sajak pilihan warga Cr.
Gelak tabur hilang semua luka lara
benci terbang ke awan
marah meresap ke udara semua hilang
tinggal rasa kosong seketika
air mana memenuhkan segenap ruang
ada rasa penuh sempurna
mimpi bulan hilang
mimpi bintang hilang
mimpi matahari hilang
tinggal adalah kosong tak bernyawa
titik dan bernoktah
Oleh: Ustaz Omar Sharif
sy imam di surau berdekatan semalam jalal mengajak saya masuk blog ni
kebetulan sy pun minat menulis sajak2011 Januari 3 18:40
benci terbang ke awan
marah meresap ke udara semua hilang
tinggal rasa kosong seketika
air mana memenuhkan segenap ruang
ada rasa penuh sempurna
mimpi bulan hilang
mimpi bintang hilang
mimpi matahari hilang
tinggal adalah kosong tak bernyawa
titik dan bernoktah
Oleh: Ustaz Omar Sharif
sy imam di surau berdekatan semalam jalal mengajak saya masuk blog ni
kebetulan sy pun minat menulis sajak2011 Januari 3 18:40
30 ulasan:
1 ulasan:
Qalam berkata...
Sajak Ustaz Omar Sharif bertajuk GELAK TAKBUR pengucapannya bagai ingin mendedahkan kepada kyalayak bawaha apa yang ada cari dan buru semuanya akan terhenti, ketawa besar atau takbur anda di hari ini pasti akan terhenti, bila diaarah oleh Allah swt untuk berhenti .Dan disitu sajalah noktah terakhir anda,kerana tidak ada satu pun yang abadi.
Justeruitu jangan terlalu takbur dengan gelak ketawa. Semoga Kita semua tidak begitu. Amin.
Oleh: Qalam Mutiara.
3 Januari 2011 6:57 AM
Ejen politik pilihan raya masjid(UM)
Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my
BUTTERWORTH 10 Jun - Kebimbangan banyak pihak berhubung anasir politik kepartian dalam pilihan raya masjid di Pulau Pinang ternyata berasas apabila kelibat ‘ejen’ parti politik tertentu sudah mula membayangi perjalanan pemilihan menjelang proses penamaan calon yang bermula esok.
Difahamkan, aktiviti lobi-melobi ejen parti politik dikesan sebaik sahaja Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan pilihan raya berkenaan baru-baru ini. Yang Dipertua Persatuan Kariah-kariah Masjid Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff ketika mendedahkan perkara itu berkata, sudah ada gerakan secara aktif untuk mewujudkan kumpulan-kumpulan tertentu menjelang pilihan raya itu kelak.
Menurutnya, senarai nama calon yang dihantar kepada pejabat tadbir agama juga dibuat secara berkumpulan-perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Ada jawatankuasa kariah masjid menghubungi saya bahawa mereka ada hantar salinan nama-nama (calon) yang difikirkan layak, tetapi kemudian ada orang politik membuat senarai lain dan dihantar kepada pejabat tadbir agama.
“Sudah nampak ‘perlumbaan’ untuk menjadi calon, pihak yang menghantar ini pula orang politik. Bayangkan kalau setiap kumpulan ada senarai sendiri, tidakkah ia akan mengundang pergeseran nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Mohd. Yussof berkata, semua pihak perlu mengambil iktibar pergolakan dalam beberapa jawatankuasa masjid di Pulau Pinang ketika pemilihan secara terbuka dibuat pada sekitar awal 1990-an. Ketika itu, katanya, pemilihan berlangsung tegang kerana prosedur yang lemah sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati antara satu sama lain.
“Sebab itu kaedah tersebut diubah dan digantikan dengan sistem pemilihan yang dilaksanakan pada masa ini. Kekecohan tidak mustahil boleh berulang, malah mungkin lebih teruk kerana prosedur pemilihan kali ini juga sangat longgar.
“Saya minta tolong, jangan untuk mentadbir rumah Allah pun kita nak bertelagah apatah lagi kerana politik. Cukup-cukuplah kita berpecah, jangan bawa sampai ke masjid. Mari cari jalan yang lebih sesuai demi kepentingan bersama,” ujarnya. Sehubungan itu, Mohd. Yussof berkata, persatuan itu akan mengadakan mesyuarat tergempar Rabu depan bersama kepimpinan kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya tersebut.
KOMENTAR:
TIDAK dinafikan kemenangan pembangkan selama ini ada hubung kain dengan menguasai AJK masjid. kerana senang mereka guna kuliah untuk menjemput orang parti mereka merasuk makhluk parti lain.
Selepas kelas takki dan pasti diracuni sewaktu berusia pucuk rebung. Ini juga budaya orang Yahudi dan Nasran atau keristiani.
Tidak hairan mereka menang lima negeri. BN mesti bertindak jangan tunggu dan lihat , awas!!
sajak geletek malam mcm komedi jer
mcm sajak politik je geletek malam ni
sajak psl apa ni geletek malam?
mcm sajak sindiran pun ada geletek malam ni
sajak politik rasanya geletek malam ni
sajak mcm politik pun ada geletek malam
dh lama aku tunggu sajak aku tersiar baru skrg kluar... terima kasih en nuri
sajak psl apa plak ni?
sajak sindiran rasanya geletek malam ni
sajak geletek malam plak
geletek geli pun ada jgk? hahahhaa
ingatkan geletek pagi rupanya geletek geli
sajak semangat kalau x salah
dua2 sajak ahli mana sajak en nuri?
nampaknya dua2 sajak geleytek
sajak geletek2 nampaknya semua ni
sajak pejuangan je sjak ni
sajak geletek malam lps ni sapa la plak
sajak dua2 mcm politik je?
sajak agak boleh tahan la
BINGUNG BAHASA ALAM
Tatkala mentari meraut mendung
dasar lautan membelah ruang
lalu menolak gelombang
hangat ke wajah tenang pantai
jasad merenung takdir kaku
bingung mentafsir bahasa alam
sedang ombak merejam
memusnah dalam diam
manusia pun tenggelam
hilang dahan berpaut
nyawa nan ringan di ambang maut.
Karim Ghani
sajak tentang alam
PESAN UNTUK ADIK-ADIK
adik oh adik mari sini adik
abang mahu tanya
sudah dewasa mahu jadi apa
adik nak jadi jurutera
bagus adik bagus kerjaya bagus
ingat pesan abang kena belajar
ikut kata guru jangan malas malas
buat kerja sekolah jangan tidur
beri tumpuan penuh
solat jangan tinggal
tuhan jangan lupa
doa sungguh sungguh
minta betul betul
baru senang ingat
bila adik berjaya
jangan lupa mak ayah
jangan lupa guru
jangan lupa agama
akhir sekali adik
jangan makan rasuah…
Puteri Lilin
sajak nasihat buat adik2
BAHLOL DAN TOLOL
si bahlol mula beraksi
perlahan ikut rentak
makin lama makin serasi
akhirnya berjaya
makin lama makin menjadi
sudah mula lupa diri
sudah pandai tukar rentak
rentak putih jadi hitam legam
si tolol tekun memerhati
hati tak tahan lagi
mahu iku jejak si bahlol
yang makin puja dunia lupa akhirat
si tolol mula menari
sambil dipimpin si bahlol
makin lama makin seiring
sudah mula rasa nikmat
terus jadi pengikut si bahlol
si bahlol terus ketawa
barjaya tarik si tolol
terjun ke lembah durjana
si tolol dah jadi bahlol
sama-sama bahlol dan tolol
Mawar Berduri
Sajak politik
KARATHU APA KHABARMU?
moga kamu sihat sejahtera
dapat tidur dengan lena
walau hati masih berbara
kerana bahang piala FA
adat kita main bola
kalah menang kena terima
memang bukan rezeki kita
wahai datuk karathu
atas kertas tampak perkasa
atas padang lain cerita
tiada silap pada jentera
semua pemain nampak berbisa
cuma nasib mungkin tiada
usah marah pada daudsu
asah marah pada si apek
usah marah pada pengadil
usah marah penjaga garisan
usah marah pada penyokong
usah marah pada padang
wahai datuk karathu
terimalah dengan terbuka
piala FA milik terengganu
cuba lagi di lain masa
kini penyu tidak menangis lagi…
Datuk Borhan
sajak bola final FA
SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB
Karim Ghani dengan sajaknya bertajuk: BINGUNG BAHASA ALAM. Tema bencana alam yang kekadang kita pun tersilap ramalannya . Pengucapanya rasa menyakinkan punya daya kreatifnya. Penceritaan menyentuh kehidup makhluk bumi dan alam. Apa pun ada berbagai
andaian boleh di tafsirkan oleh pembaca, untuk mencari isi dan maksudnya. Layak untuk ke sayembara seterusnya (SM)
SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB
Puteri Lilin dengan sajak kanak-kanaknya bertajuk PESAN UNTUK ADIK-ADIK. temanya pun sudah dinyatakan sebagai nasihat dan ransangan untuk adik-adik , khas sekolah tadika atau pra sekolah rendah. Apa pun sajak biasa ini bolehlah diterima menjana semangat adik-adik yang malas belajar.buat renungan dimasa drpan. Sajak ini terpaksa dikeluarkan kerana termasuk dalam kategori keanak-anakkan. usaha lagi . Maaf cuma di sini terpaksa berhenti (TK)
SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB
Sajak BAHLOL DAN TOLOL oleh Mawar Berduri ini terpaksa bersain hebat dengan sajak Datuk Borhan bertajuk KARATHU APA KHABARMU. Pengucapan biasa saja, Cuma ada unsur lucu atau komedi. Tema hal semasa politik dan bola sepak negara kita. kerana kami memelih satu dari dua. apa pun setelah diundi , ternyata nasib menyebelahi Datuk Burhan dengan isu yang panas dan terkini daudsu. sedangkan isu politik ini, ramai yang sudah faham.Maaf sajak anda terpaksa mengundur diriusaha lagi. (TK
SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB
Sajak KARATHU APA KHABARMU oleh Datuk Borhan ini terpaksa bersain hebat dengan sajak Mawar Berduri bertajuk BAHLOL DAN TOLOL. Pengucapan biasa saja, Cuma ada unsur lucu atau komedi. Tema hal semasa politik dan bola sepak Negara kita.kerana kami memelih satu dari dua apa pun setelah diundi, ternyata nasib menyebelahi Datuk Burhan dengan isu yang panas dan terkini , kerana mencatata cerita kesilapan daudsu menjadi kemarahan penyokong Kelantan. sedangkan isu politik ini, ramai yang sudah faham. Ternyata sajak anda terpilih dan diberi peluang ke sayembara seterusnya. (TK)
Catat Ulasan