Jumaat, 3 Jun 2011

SECANGKIR ANJING DAN SEKUNTUM KUCING



sajak pilihan warga Cr.

Sekuntum kucing
Dari lorong gelap
sekuntum kucing itu
Mencari seekor bunga rose
Kemudian datang secangkir anjing
Secangkir anjing itu berkata
Aku mahu kawan dengan kau

Seperti biasa
Sekuntum kucing menggerakkan ekor
Sekuntum kucing itu berkata
Boleh apa salahnya
Secangkir anjing itu mula menyanyi
Sambil didengar sekuntum kucing
bila secangkir anjing nyanyi
Sekuntum kucing membisikkan sesuatu
Di telinga secangkir anjing itu
Dan merpati dua sejoli itu
Beredar sambil memegang tangan
indahnya anjing kucing bersahabat


Oleh: Ziarah Makrifat
sarawak
3ptg  2010 Mei 25 20:44




50 ulasan:

Mentari Senja berkata...

ULASAN:

Sajak bertajuk SARAKAN ANJING DAN KAWAN KUCING oleh Ziarah Makrifat Sajak bertema dailog . sajak ini Mungkin dulu telah diulas oleh en nuri, tetapi telah terdilik,dulu kata Qalam. Tetapi telah pun terdelik oleh anak nuri jantan atau nuri kecil dengan tidak disengajakan.Apa pun Kini terpulang kepada sahabat ahli dan P/blog Citarasa untuk membuat ulasannya. Okey. Setuju. Hentam sajalah, kata en nuri anda semua pula diangkat menjadi para juri yang layak untuk mengulasan sajak ahli di dalam rungan utama blog Cr, setelah disiarkan.

Nurimanja berkata...

CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARABEBA OLEH:NURIMANJA.
______________________________________________________________________

Siri Ke duapuluh dua.

DALAM perjalanan menuju puncak yang penuh cubaan dan liku dan ranjang batu tajam kerekel , luruh jurang dan dalam, jika tergelencer mautlah padahnya.

Seketika dia berjalan bersama dengan kudanya yang telah beberapa kali berhenti, dan ada masa dia mengheret tali kudanya dan ada kalanya dia dapat menonggang kembali kuda kesayangnya itu.

Tetiba Putra Wira Syahir terasa berada di satu kawasan yang asing seram dan mengnerikan, entah bagai mana dia berada di sebuah perkampungan yang tenang, kabus tebal dan nipis mengelilinginya, terasa dia berada di awan-awangan.

Tidak Nampak pula ketinggian yang sepatutnya dia mendaki, malah kudanya juga bagaikan terpegun melihat keadaan yang mempersonakan.

Udara sejuk dan nyaman, Kecauan ungas dan cengkerek bagaikan satu irama melodi yang mengasy ikkan. Cukup aman damai dan tenang terasa. Putra Wira Syahir berhenti seketika dan berehat bersama kuda tunggangannya.

Di bawah sepohon pokok beringin rentang. Dalam menghilangkan keletihan dan cuba memekirkan suasana yang amat mempersona itu, Dia menghennyakkan punggulnya di atas se buah busut kecil putih dan cantek seperti sebuah kerusi marmar .

Seketika busut kecil yang kelihatan seperti marmar itu menjadi lebek dan cair. Putera wira Syahir cuba menagaleh pula di satu busut yang sama bentuknya dan berdekatan dengan tempat itu, dan tidak berapa lama busut itu juga menjadi cair dan runtuh berkecai jadinya.

Tetiba keluar saekor ratu anai-anai dan bersama beribu ekor lagi panglima dan hulubalang serta rakyatnya dari bawah tempat duduk Putra Wira Syahir sambil bersiara dengan marahnya, tetapi suara itu tidaklah mengerunkan Putra Wira Syahir lalu ratu anai-anai itu pun berkata;

“Wahai manusia? Tidakah tuan hamba tahu busut tempat tuan hamba duduk itu adalah istana kami, makluk yang kecil ini. Enyah tuan hamba dari sini, lihat betapa ramainya rakyat dan pekerja –pekerja kami yang terpenyet mati dengan sikap tuan hamba ini?”

Terkejut Putera Wira Syahir, dan kudanya juga memekek ketakutan , sambil kakinya mengais dan menendang beberapa buah busut atau istana Sang ratu anai-anai itu. Tanpa memohon maaf Putra Wira Syahir terus beredar dari situ bersama kudanya saktinya meninggalkan kawasan itu.

BERSAMBUNG.

Saizul Maizav berkata...

ranjang plak en nuri tulis sepatutnya ranjau? hahahaha

Datuk Hasbi berkata...

ranjau berduri la en nuri bukan ranjang berduri... hahahhahhahaha

Nuri Jaguh berkata...

byk je dugaan yg mendatang nnt?

Raja Muda berkata...

luruh jurang?? bukan ke lurah jurang?

Salam berkata...

dia bawak jgk kuda dia rupanya

Kembara Budiman berkata...

naik bukit bawak kuda boleh ke?

Sharifah berkata...

huh! dia ke tempat kabus?

Roslan Bidin berkata...

dia ke perkampungan bunian ke?

Salikin Samsudin berkata...

dia ke alam bunian ke?

Nahul Hidzar berkata...

ada kabus plak kt mana plak tu?

Tan Sri Yunus berkata...

wah! alam kayangan ke syahir brada tu?

Ezad Emir berkata...

syahir ada kat mana plak?

Adi Cana berkata...

dia kna pukau ke alam lain nampaknya?

Wasiril Aswad berkata...

tidur atas busut plak?

Dam Catur berkata...

tidur atas busut x gatal ke?

Karim Ghani berkata...

semut api x gigit dia ke?

Badrolshah berkata...

kerengga x gigit dia ke tidur atas busut tu?

Tok Mahat berkata...

boleh plak dia naik atas busut?

Nurse Lisa berkata...

busut mcm marmar?

Abul Hassan berkata...

busut tu berkilat ke mcm marmar?

Putera Damian berkata...

syahir dah mula langgar syarat?

Geletek Malam berkata...

ha! sombong pnya syahir ni

Saudagar Emas berkata...

anai2 boleh bercakap plak????

Abang berkata...

anai2 tu boleh ckap!! biar btol!

Atuk berkata...

ni kat negeri mana ni mcm mana anai2 boleh bercakap?

Nabil Quldi berkata...

anai2 tu boleh bercakap atau syahir hanya bermimpi?

Warga Emas berkata...

anai2 tu dah bagi amaran hbis la syahir

Tetamu Malam berkata...

hbis la syahir dia dah langgar syarat

Comel berkata...

sian anai2 tu

Jalal Rafzee berkata...

kurang ajr pnya syahir buat xthu jer

Petualang Tiga berkata...

anai2 tu x gigit dia plak?

harimau Berantai berkata...

anai2 tu mcm marah je hbis la syahir

Mona berkata...

rasanya lps ni dia kena sumpah jd batu agaknya

Tengku Anita berkata...

anai2 tu x sumpah dia jadi batu ke?

En Sanusi berkata...

sapa sumpah dia jadi batu nnt puteri bunian ke?

Atuk berkata...

agaknya sapa la yg sumpah dia nnt

Ali Conan berkata...

kat tempat mana plak dia berada ni?

Ummu Akilah berkata...

dia ke alam lain ke?

Sarah berkata...

dia ada kat mana la agaknya

Inspektor Halim berkata...

eh! syahir ni berani plak langgar syrat?

Tuna Tatiati berkata...

MENGHAMBAKAN

Sampai bila manusia mengabaikan
mereka? yang boleh memperlihatkan
keindahan pada jiwa-jiwa
simbol cinta dan kedamaian?
Sampai bila manusia
hanya akan menyanjung jasa?
orang sudah tiada?
melupakan si hidup dikelilingi penderitaan
menghambakan hidup mereka
seperti lilin menyala
menunjukkan jalan benar
bagi orang yang lupa
Kalian adalah kehidupan
Telah engkau tundukkan
abad demi abad
termasuk tirainya suatu hari
kau akan merajai hati-hati manusia
kerana itu kerajaanmu adalah abadi.
periksalah mahkota berdurimu
kau akan menemui kelembutan
di sebalik jambangan bunga-bunga

Tuna Taiati
dpt idea bila terbca sajak tuan haji

Camelia berkata...

KERANA SAYAP PATAH

Malam tak bertepi
Menghantarkan kesunyian
terlelap diam dalam lubuk hati
Nada-nada kepedihan kian merasuk
Menari bersama meretak tulang rusuk
terpaku aku dalam bimbang
Terjatuh tak dapat terbang menari
karena sayap telah kian patah
Tak ada lagi nyanyian rindu
Karena pita suaraku terhimpit

Camelia
sajak fantasi

Dewi Sageenta berkata...

PETANG NYAMAN

petang itu sangat nyaman
senyaman hati aku
angin bertiup lalu menyapa
memaksa aku mengoyak senyuman tawar
aku pandang langit cerah
aku tunduk ke bumi gersang
walau hampa aku gembira
tengok saja tak perlu gusar
yang penting gembira
burung burung kicau riang
memujuk aku tidak bermuram
aku senyum tanpa rasa
pada dunia perlahan bisik
terima kasih aku gembira

Dewi Sageenta
sajak alam sekitar

Puan Rosnah berkata...

BUTIR BUTIR PASIR

senyum matahari terpa aku
cerah menghantam keras
kemudian datangkan
ombak besar paling ganas,
agar kebisuan terbangun demi musim
dapat lebur terbawa air laut
menjadi butir pasir
beberapa abad kemudian
di pantai menjelma pandanganku
kata untuk hati selalu terjaga
usik dengan kerinduan
hingga merelakan diri melebur
mengambil bentuk hidup
aku ada untuk hidupmu
yang merindukan ketegaran.

Puan Rosnah
sajak kenangan

Mentari Senja berkata...

PUISI SAYEMBARA BLOG BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB

Sdri. Tuna Taiati dengan sajaknya mengenang atau mempejuangkan nasib orang-orang seni Bertajuk: MENGHAMBAKAN. Pengucapannya bertemakan perjuangan sini kyareatif bagai tidak ada pembelaan. termasuk semua bidang seni dan lain. Apa pun kita tidak perlu mengharap sangat kerna penulisan ini perlu ikhlas. Malah ada juga yang jadi kaya raya dengan dunia seninya tersendiri, terpulang pada masing-maing. Apa pun benar juga kata Tuan Haji yang sajaknya jatuh tempat kedua skopnya isi luas tetapi kepiutisan sajak ternya unuk Indra. Kalau zaman dahulu. Ali syaier memng duduk di istana. Malah sajak yang teragong dizaman sebelum nabi digantung dibandar untuk tatapan khalayk.Apa pun anda diberipeluang untuk sayembara seterusnya.(SM)

Mentari Senja berkata...

PUISI SAYEMBARA BLOG BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB

Sdi Camelia dengan sajaknya bertajuk: KERANA SAYAP PATAH. Ada sedikit pembetulan demi unuk menyakikan pengucapannya. Ada kemampuan dan melahirkan kepiutisannya.mesej cuma tema fantasi. Sajak fantasi ini terserah pada khalayak membuat andain kerana sama sepeti melihat gambar abstruk sepulh orang yang melihat akan sepuluh pula andainya. Anda diberi peluang menyetai saymbara seterusnya. (SM)

Mentari Senja berkata...

PUISI SAYEMBARA BLOG BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB

Dewi Sageenta dengan sajaknya bertajuk PETANG NYAMAN. Pengucapannya boleh diterima ada rasa puiis setelah ipebetulkan. Tetapi sayang penceritaanya menglirukan, walaupun simbolik pada alam seketikar, pada mulanya semacam kecewa. Kemudian memaksa diri untuk mengukir enyum, bukan mengoyak senyum tetapi tawar sepatuttnya menawan atau manis. Namun tetap gembira dalam keresahan. Agak kurang menyakinkan mesej ini. Kenapa boleh esah dan mengapa boleh gimbara pula? Apa pun ada kemapuan untuk menulis perlu berhati-hati dalam ungapan Maaf Cuma disini sahaja, usaha lagi lain kali terpaksa berhenti(TK)

Mentari Senja berkata...

PUISI SAYEMBARA BLOG BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB
Sajak Puan Rosnah dengan sajaknya membilag BUTIR-BUTIR PASIR . Penuapannya mmangdah ada alam tema mngnang kisah lama, Tetapi ungapan pada bait unuk menghiupkan cerita agak samar dan mengelirukan. Sebaiknya berhati-hati dalam susunan, sebaiknya ada praghrapnya satu atau dua agar mudah pembaca menagkap isi maksudnya. Kami tidak tahu mungkin lompat agaknya.Kerana bait-baitnya tidak dapat membantu cerita pertama kepada bait kedua dan ketiga kemudiannya.Penutupnya juga menjadi tanda tanya KETEGARAN atau KESEGARAN. Harap maaf Cuma di sini sahaja. Usaha lagi terpaksa berhenti . (TK)