sempena hari bapa.
Ayah! bila kau tiada barulah aku terasa.
Betapa hitam keriput kulit dan tulangmu
bekerja pagi petang dibakar panas mentari
demi mencari rezeki membesar anak-anakmu
langsung tidak mengerti betapa kesusahanmu.
Aku yang tidak pernah sekali pun kau jentek
terasa amat mengkagumi akan kewibawaanmu
kejayaanmu mendidikku amat terharu kurasakan
aku yang kini belum tentu dapat mendidik cucumu
terasa masih terharu dan termangu tidak menentu
Ayah! Selamat rohmu sebagai seorang perjuang
membela mendidik anak-anakmu tanpa jemu
aku tetap masih ingat akan kata nasihatmu itu
kehidupan di dunia ini cuma sementara sahaja,
kehidupan di akhirat yang kekal abadi selamanya.
Oleh: Nurimanja,
Catatan malam semalam,
cadai x ada idea lagi hendak dilontarkan.
tanggal 18hb, jun, 2011 . malam hari tika sunyi.
30 ulasan:
CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRAS WAJAH (SYAHIR DAN ADIKNYA SYAKIR) DITULIS DAN CERITAKAN SEMULA SECARA BEBASATAUOLEH:NURIMANJA.
______________________________________________________________________
Siri Ke Tigapuluh satu.. *sebulan)
MENJELANG terbit matahari pagi Putera Wira Syahir bangun dengan keadaan tergopoh gapah berlari membawa 4 biji bakul besar menuju ke tepian tasek. Dari jauh kelihatan berkemutih beribu biji telur angsa berbulu emas sepanjang tepian tasek itu.
Dengan pantas Putra Wira Syahir mengutipnya dengan penuh berhati –hati, jika ada yang pecah syarat ini akan terbatal, dia akan dikenakan denda, perkhawinan dibatalkan , malah dirinya akan dihumban ke luar dari daerah tasik ini. bersusah payah dia mengutipnya sebiji demi sebiji sehingga matahari meninggikan diri.
Sesekali terasa pinggangnya bagai hendak patah kerana terlalu lama membongkok mengutip telur angsa yang memutih itu, Apa yang anihnya setelah dikutip isi ke dalam bakul itu tidak juga penuh. malah bila dip using semula kebelakang masih banyak pula yang tertinggal.
Darimana pula datangnya telur-telur itu. Putra Wira Syahir terasa sebagai dipermainkan.
Sehingga matahari hamper terbenam satu bakul pun belum penuh, malah angsa-angsa itu sebagai member cabaran dan mengejeknya dengan bertelur lebih banyak lagi di tepian tasek ajaib itu. Akhirnya dia terasa bagaikan terhoyong hayang perjalananya .Bagaikan hendak muntahdan pening melihat telur yang berkemutih dengan jumlah ribuan biji itu.
Apabila matahari telah terbenam ternya Putra Wira Syahir gagal menununaikan janji dan syarat yang ditetapkan, Perkhawinan dibatalkan sebagai hukumana rakyat berketurunan angsa itu mengangkatnya dan dihumban ke luar dari daerah tasek ajaib itu.
Dalam keadaan yang amat leteh , dia tidak sedarkan diri dengan apa yang telah terjadi
Kedaanya terjelepuk dicelah batu-batu kerekel di puncak gunung mentera alam itu. Angin gunung sepoi bayu terasa lembut meniup di tubuhnya . Seketika dia nampak bergerak-gerakkan jarinya, Susana sepi di sekitarnya. Tetiba datang sekumpulan lebah manusia berwajah.
Mereka mengangkatkannya dan membawa menyembah Putri Ratu Lebah yang sedang bersemayam di Istana mambang di awan. Ternyata di puncak gunung Mentra Ala mini banyak daerah dan perkapung yang anih dan ajaib, Ada tasek, kebun bunga dan istana yang indah bersama tuan puterinya yang cantek jelita.
BERSAMBUNG.
HARI BERGANTI HARI
Hari berganti masa berlalu
Seiring perginya waktu
Ku tahu aku terdiam
Terkucil oleh kesepian
Hingga ku tak mampu
Menatap matahari indahku
Rasa sepi ini tak mampu
heningkan pikiranku
Yang ku tahu hanya
Aku telah terbuang
Dari gelapnya sebuah kehidupan
Atuk
sajak kehidupan
HINAKAN PERADAPAN
lupakan kebersamaan
Hinakan peradaban
Hingga ku tak mampu
damaikan peperangan
Dan heningkan keramaian
Ku hanya mampu berdiri sendiri
Tanpa mampu menahan tonggak
Ku tak bisa bersama
Karena ku tahu perbedaan
Telah kikis kan
Orang Lama
sajak simbolik
H (kumpulan geng veteran)
1 ATUK
2 Haji Khali
3 Sulaiman EMbong
4 Aziz Moktar
5 Ezad Emir
6 Pak Awang
7 Haji Atang
8 Orang lama
1 nasruq haqq
2 madah pujangga
3 rembulan senja
4 seruling kelana
5 angker 13
6 tinta bayu
7 ustaz majusi
8 ambuyak
SYAFAAT
kami mohon syafaatmu
kala nama itu disebut
terasa begitu syahdu
melanda lubuk kalbu
sebak menerobos dada
terkenang segala juangnya
terkenang besar jasanya
terkenang agung cintanya
insan paling agung
insan paling ulung
sebaik-baik manusia
tiada yang sebaiknya
ciptaan tuhan terhebat
dia kekasih Allah
nama yang lama wujud
sebelum adam tercipta
nama tak mungkin terhapus
hingga akhirnya dunia
nama yang kekal selamanya
haji khali
sajak keagaamaan
JANGAN RAGU
Jangan pernah kamu
ragukan arti cintaku
Hingga saat ini masih membekas
di setiap peluhku
Dalam lelap kamu selalu hadir
Memberi ceria
seakan kembali ke masa itu
Saat kamu masih bersamaku
Ambuyak
sajak jiwa2
SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG
Sajak HARI BERGANTI HARI oleh Atuk. Pengucapannya terlalu biasa dalam kehidupan seharian , manusia dengan gelagatnya , kekadang dengan egonya boleh tersinggung perasaan orang lain, apatah lagi diri kita yang agak malang dengan kemiskinan dan serba kekurangan. bisa dipingger dan terasing.Kerana persangain agak hebat ,pemilihan terhad, Harap maaf sajak anda ini terpksa dikeluarkan, usaha lagi lain kali. (TK)
SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG
Orang Lama dengan sajaknya bertajuk: HINAKAN PERADAPAN Pengucapannya sinis atau pertanyaan cuba membawa kita berfikir tentang kehidupan manusia yang penuh dengan kemelut seharian dalam dunia yang tidak abadi ini, sehingga menyebabkan tiada lagi rasa persaudaraan sesame Islam, khususnya orang melayu yang gilakan kuasa, sanggup melakukan apa sahaja.Layak untuk sayembara seterusnya. (SM)
SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG
Haji Khali dengan sajak SYAFAAT. Pertolongan Allah . Pengucapannya kreatif dan juga rasa puitisnya. dengan memuji namamu Ilahi, kerana dengan safaatmu kita hidup dan mati, tidak ada sesuatu yang sehebatnya Allah. Dia yang hidup dan kekal selamanya Amin. Layak untuk anda menyertai buat sayembara seterusnya (SM).
SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG
Haji Khali dengan sajak SYAFAAT. Pertolongan Allah . Pengucapannya kreatif dan juga rasa puitisnya. dengan memuji namamu Ilahi, kerana dengan safaatmu kita hidup dan mati, tidak ada sesuatu yang sehebatnya Allah. Dia yang hidup dan kekal selamanya Amin. Layak untuk anda menyertai buat sayembara seterusnya (SM).
mampus nak isi telur semua tu
boleh ke kutip telur tu?
hbis la syahir semua dia xpdt buat?
gila mampus nak kutip mcm tu?
hahaha lagi kutip lagi byk?
angsa langsung x tolong dia kesian
pengajaran jgk cerita ni supaya buat baik dgn haiwan
ada lagi ke tugasan dia lps ni?
hbis la kena humban lagi? hahaha
bila dia nak kena sumpah jadi batu asyik kena humban je?
x mati plak dia kena humban mcm tu?
dia x kena sumpah hanya kena humban je ke?
sakit2 badan la dia asyik kena humban jer
sakit badan tu kalau kena humban je hahahahhaa
hehe dia asyik kena permain je
angsa pun pandai kenakan dia.. hahahhaa
hahahaha padan muka syahir dulu sombong sgt
hbis la 1 pun dia x lepas
lps ni msti kena humban lagi
apa pnya malang nsib dia
Catat Ulasan