sajak pilihan warga Cr.
Disini aku sudah bosan
salji turun setiap hari.
beku.sejuk.dingin.seksa!
Satu hari,kau sentuh aku,
kau kucup aku,dengan cinta itu.
Saat sama salji turun lagi.
kini baruku rasa nyaman.selesa.indah.cantik!
Sekarang,setiap hari dalam kesejukan musim dingin,
aku terhangat oleh marak cinta itu.
Terima kasih Tuhanku.
Oleh: Kembara Budiman
11mlm
di rumah sewa
4.3.2010
30 ulasan:
ULASAN:
MUSIM SEJUK oleh Kembara Budiman Sajak bertemakan rasa keharuan bila tiba musim salji sajak ini mungkin dulu telah diulas oleh en nuri, Tetapi ulasannya telah hilang kerana telah pun terdelik oleh anak nuri jantan atau nuri kecil dengan tidak disengajakan.
Apa pun Kini terpulang kepada sahabat ahli dan P/blog Citarasa untuk membuat ulasannya. Okey. Setuju. Hentam sajalah, kata en nuri anda semua pula diangkat menjadi para juri yang layak untuk mengulasan sajak ahli di dalam rungan utama blog Cr, setelah disiarkan.
Bahana keghairahan Pas (UM)
Oleh Zulkiflee Bakar
Golongan pro ulama perlu bersedia untuk berhadapan dengan perubahan hala tuju politik yang bakal dibawa oleh golongan profesional ke dalam Pas.
___________________________________
MENANG sorak kampung tergadai’, ‘Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran’ dan bersedialah untuk melupakan kepimpinan ulama serta perjuangan negara Islam.’’
Mungkin itulah yang boleh dikatakan kepada kumpulan pro ulama apabila muktamar tahunan parti itu berakhir hari ini.
Keputusan pemilihan yang diumumkan semalam menyaksikan golongan pro ulama bakal menjadi pengikut sahaja kepada golongan profesional yang menguasai sebahagian besar jawatan yang dipertandingkan.
Ulama turut kehilangan kerusi Timbalan Presiden yang dikuasai sejak tahun 1981 dan tidak mempunyai seorang pun wakil bagi kerusi Naib Presiden manakala bagi kerusi Ahli Jawatankuasa Pas pusat hanya ada lapan sahaja wakil mereka di dalamnya berbanding 18 kerusi yang dipertandingkan.
Walaupun ketika Muktamar Pemuda di Shah Alam pada Khamis lalu memastikan golongan ulama terus menguasai Dewan tersebut tetapi arus tersebut tidak sampai ke muktamar induk di Gombak.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merupakan seorang ulama kini harus bersedia menghadapi cabaran daripada golongan profesional yang sudah tentulah mempunyai suara majoriti bagi menentukan hala tuju politik parti itu. Biar pun ada yang mengatakan Pas mempunyai Majlis Syura yang boleh memberikan kata putus tetapi kewujudan majlis tersebut buat masa ini ibarat ‘hidup segan mati tak mahu’ sahaja.
Jika Majlis Syura benar-benar berfungsi sudah pastilah tidak wujud perebutan jawatan dalam parti tersebut. Bagaimana pula dengan keputusan majlis berkenaan yang merestui perbincangan kerajaan perpaduan diadakan tetapi akhirnya ditentang oleh sesetengah pemimpin Pas sendiri? Sebenarnya, arus perubahan yang berlaku di dalam Pas juga didorong oleh ucapan dasar Abdul Hadi yang begitu bersemangat menghentam UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta begitu teruja menguasai Putrajaya bersama-sama pakatan pembangkang yang turut disertai oleh Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Akibat keghairahan tersebut Abdul Hadi terlepas pandang bahawa ucapannya boleh menimbulkan semangat kepada kelompok pro profesional untuk menguasai parti itu. Tindakan Abdul Hadi yang bercakap soal membangunkan negara berkebajikan dilihat meletakkan pemimpin daripada golongan ulama tidak diperlukan lagi kerana Pas tidak lagi memperjuangkan negara Islam.
Malahan keterujaan Abdul Hadi mahu Pas menjadi sebuah parti yang cukup kuat bagi menghadapi pilihan raya umum turut mempengaruhi perwakilan untuk memastikan golongan profesional memikul tanggungjawab itu.
Lemah sebelum ini ulama-ulama di dalam Pas telah digambarkan sebagai kelompok yang lemah dan tidak bermaya untuk berhadapan dengan BN dalam pilihan raya umum akan datang. Oleh itu bagi memastikan impian Abdul Hadi tercapai maka beliau diberikan satu barisan kepimpinan yang kononnya paling sesuai untuk melaksanakan perjuangan tersebut. Ia bermakna selepas ini golongan ulama tidak akan mempunyai apa-apa kuasa atau peranan lagi selain hanya menurut sahaja apa juga strategi yang disusun oleh golongan profesional.
Jika dalam ucapannya Abdul Hadi menganggap ulama yang menyebelahi UMNO tidak mampu menterjemah kefahaman Islam mengenai politik semasa, bagaimana pula dengan ulama Pas? Apakah mereka benar-benar memahami politik sehingga tidak mampu berkompromi sesama mereka bagi memastikan undi tidak pecah dan orang lain mengaut keuntungan? Sebenarnya Pas yang gagal mendidik ulamanya untuk memahami politik semasa sehinggakan kesempatan itu diambil oleh golongan profesional mengatur strategi bagi memperluaskan penguasaan mereka.
Bersambung siri 2.
AMBIL BUNGKUSAN INI
titip bungkusan ini untuk rumah
kotak roti rasa mewah sekali
tak terbayang bagaimana mukanya
menikmati apa selalu di dalam mimpi
kantong plastik berisi kotak roti
kudapatkan dari seseorang pagi ini
katanya dia bersyukur diri
atas apa dicapainya sampai saat ini
senyum mengembang anakku ini
gelak tawa bersenang diri
begitu kembung pipinya akan terisi
mengunyah roti yang entah
setahun sekali bisa terbeli
jadi berkat rezekiku pagi tadi
satu jam lebih tentu sangat berarti
Tuan Haji Abkam
sajak kenangan waktu susah dulu dpt idea bila baca sajak brader joe
KALAULAH KALAU
kalau lapang begini
pasti kau masuk dalam corong minda
sungguh aku kusut
kau cinta ikan salmon
amat mencuit hati aku .
siapa si istimewa dalam nukilan kau
kalau aku orang itu
kalau kau ini patung cendana
sudah lama aku jadi pencuri
biar dapat aku sembunyi
kau di balik pintu bilik .
boleh bawak sekitar bandar
menunjuk nunjuk pada yang iri hati
semuanya kalaulah bukan kalau .
Tetamu Malam
sajak jiwa2
SISA HIDUP
Sisa hidup ini telah terisi
dengan beragam jejak hati
tangan mengarak harapan bahagia tapi suatu ketika
kenyataan berkata lain.
sering berakhir dengan elegi.
sebagai penutup perjumpaan,
selalu mereka semua
dilahirkan ke dunia karena karma
lakukan kewajibanmu
tanpa engkau mengharap imbuhan
kita sepakat dalam hati,
setelah ini tidak ada apa lagi
antara seorang pejalan dengan
pemain musik pertunjukan
di pesta perjamuan Hidup hari ini
esok kita belum tahu apa terjadi
belum tentu kita selalu bermakna.
Haji Hamdan
sajak simbolik
RESTU ILAHI
Kuintai jendela sufiah
mencari sinar hidayah
kulerai belenggu nafsu
memancar kilauan mujahadah
kucantas sulur mazmumah
bertunas pucuk keinsafan
Kutenggelamkan kapal keegoan
belayarlah bahtera keikhlasan
lantas bercahaya wajah suram
indah menghias memancar seri
terserlah syukur kuabdikan diri mencari restu reda Ilahi.
PENYAIR AGUNG
sajak ketuhanan
SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB
Tuan Haji Abkam sajak mengenang kisah lampau beratuk: AMBIL BUNGKUSAN INI. Nah ternyata sajak Brader Joe ada kesan pada pembaca. sehingga Tuan Haji Abkam pun boleh pula merakamkan kembali ingatannya semasa silam dengan apa yang pernah dilaluinya. Walaupun bukan mengabil, menceduk atau palagiat sajak orang lain. tetapi kesannya dan pengajaran yang dapat menimbulkan cerita kpd orang lain.Apa pun kerana pemelihan cuma terkhat. dan 2 orang lagi mempunyai sajak yang terserah maka sajak anda terpaksa terkeluar untuk seterusnya. Harap maaf usahala lagi (TK)
SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB
KALAULAH KALAU sajak jiwa2 oleh Tetamu Malam. Pengucapannya bagai rasa cerita di alam fantasi pun ada, tidak memperdulikan daya kareatif pengucapan puisinya. Tema jiwa-jiwa dan penceritaannya semacam mengelirukan, dailong berkekasih pun ada. Semacam cerita drama Tv pula.Mungkin maksud cerita di atas cerita atau mimpi di dalam mimpi. Apa pun kena usaha lagi menyusun persembahan pembukaan isi dan penutup. Harap maaf Cuma di sini sahaja. (TK)
SAYEMBARA PUISI ULANB JUN 2011 DIANTRA AHLI BLOG CITRARASA DAN PB
Sajak Haji Hamdan dengan tajuknya SISA HIDUP/ Pengucapnya penuh beerti dan maksudnya yang tersendiri, walaupun kurang puitisnya. tema mungkin perjuagan mengahadapi kehidupan dalam baki sisa kehidupan yang sadikit ini.Berbagai andaian boleh berlaku. Apa pun perlulah berhati-hati dalam usia meniti senja. Jika ada pengalaman luahkanm jangan simpan demi menjana minta dalam latihan pemikiran. Kerana hidup kita belum tentu menerima rahmat Allah selalunya diberkati/ Layak untuk sayembara seterusnya (SM)
SAYEMBARA PUISI JUN 2011 DITERUSKAN AHLI BLOG CITRARASA DAN P/BLOG
PENYAIR AGUNG selamat bercuti! Kini muncul dengan sajaknya RESTU ILAHI. tema pada ketuhanan. Pengucapannya agak tinggi dan menarik,juga punya maksut tersirat dan juga tersurat Penceritaannya membawa berbagai andain yang boleh kita tafsirkan menjurus kearah niat mencari rastu Ilahi. Itulah sebagai jalan dalam kehidupan kita di bumi Allah ini.Amin/ Layak untuk sayembara seterusnya.(SM)
sajak jiwa2 ke kembara budiman?
sajak kat sapa la kembara budiman ni
sajak jiwa2 je kembara ni xde sajak lain ke?
sajak pasal apa ni kembara siap ada salji
kembara budiman angau kat tengku anita ni
sajak jiwa2 lagi kembara ni
syahir ni msih x serik lagi ke walaupun dia beri warning?
syahir ni x blah lagi ke dari situ?
syahir tu mmg cari penakit la
byk jgk pantang larang syahir langgar
sapa prof ismail tu en nuri?
sajak dari pro ismail ke ni?
sajak kedamaian ni
sajak yg tenang je baca
sajak mengaungkang keindahan ilahi
menarik sajak ni
best sajak ni
eh! sajak prof ismail ni sapa plak dia ni?
menarik indah sajak kali ni
sajak amat menarik kebesaran ilahi
Catat Ulasan