Ahad, 19 Jun 2011

KOTAK KATIK




sajak pilihan warga CR.

 
Untuk kotak aku tak muat
masukkan aku dalam katik.
aku tak punya sifat anjal
untuk kecilkan diri aku
untuk masuk dalam kau punya kotak.
aku tak punya kuasa
kecilkan aku untuk masuk
dalam kau punya katik
kau pendek aku tinggi.
aku rasa tak perlu teman macam aku.
sebab kau mahu katik kau juga.
aku terlalu tinggi untuk kau katik.
untuk kau rendahkan aku.
untuk itu.aku harap
jangan kotakkan dan katikkan aku.
sebab aku tak punya dua itu jadi.
ya.aku menang.kau kalah.
aku mahu kotak dan katik kau pula.
 
 
Oleh: nuri ketitel
Kuala Pilah, Negeri 9.
1pagi  20/09/2010
 
 
 




30 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

1 ulasan:

Qalam berkata...

Sajak kedua ahli barudaripada Entitel Kuala Pilih Negeri 9.bertajuk KOTAK KATIK.
Menyetuh tentang ketidak kepuasan hatinya bila sesaorang yang cuba menjadikannya barang mainan yang boleh dilipat dan dikepak sesuka hatinya untuk menjayakan satu
wawasan yang ingin dicapai dengan rangkusnya..

Tetapi si penulis cepat sedar dan mempertikaikannya situasi tersebut,
dan kini mulai menjauhkan diri daripada terus dimain dan diperlakukan sesuka hatinya,
Kini keadaan telah pun berubah orang yang telah pun atau cuba di kotak katikkan dulu mulai rasa sedar dan membuat persediaan untuk menyerang balik tindakkannya yang suka membuli sesiapa saja itu. Amin.

Oleh: Qalam Mutiara
19 September 2010 11:19 AM

Geletek Petang berkata...

Zulkifli, Anwar perdaya Qaradawi
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Jun – Bekas peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Noordin mengesahkan bahawa Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi sebenarnya diperdaya ketika ulama tersohor itu mengeluarkan fatwa menyokong ketua pembangkang dalam kes liwat.

Beliau yang merupakan antara individu bertanggungjawab di sebalik muslihat itu mendedahkan, semua helah itu dirancang oleh Anwar bagi memastikan Dr. Yusuf percaya, bahawa pertuduhan liwat adalah fitnah dengan menyembunyikan fakta sebenar.

“Kita memang memperdaya Dr. Yusuf supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah. Kita atur supaya keluar daripada mulut beliau pasal benda itu (untuk) dirakam. Kita nak (dengar) dari mulut Dr. Yusuf, ini fitnah, ini qazaf. Kita nak (yang) itu.

“Saya selaku peguam diarah mainkan peranan beri gambaran kepada Dr. Yusuf bahawa ini fitnah. Macam tahun 1998. Memanglah, sebagai ulama yang diberi maklumat macam itu, pasti dia akan kata fitnah dan qazaf. Apa yang kita rancang itu menjadi.

“Kita tidak beri gambaran sebenar, iaitu Mohd. Mohd. Saiful Bukhari Azlan ini kakitangan dia, mengadu diliwat Anwar. Kita tidak beritahu ada DNA (asid deoksiribonukleik), kita tak pernah beritahu semua itu,” katanya seperti dipetik dari laman blog,

http://www.anwaraidc.com.
Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata demikian ketika ditemu bual secara eksklusif oleh blog tersebut di Parlimen baru-baru ini.

Ditanya kenapa Anwar memerlukan fatwa Dr. Yusuf, beliau yang sebelum ini sanggup bermati-matian mempertahankan ketua pembangkang itu berkata, ia kaedah paling mudah untuk menguasai mentaliti orang Melayu kerana mereka akan percaya kata-kata ulama.

“Saya pernah sembang dengan Anwar. Dia kata, orang Melayu ini, kalau hang (kamu) keluar televisyen, dia percayalah. Jadi, Anwar faham. Kalau ulama macam Dr. Yusuf boleh keluar fatwa bela dia, itu satu pembelaan yang hebat. Dia gunalah,” jelasnya.

Bagaimanapun, Zulkifli berkata, kini beliau sudah sedar dan berasa cukup berdosa bukan sahaja kepada Dr. Yusuf, tetapi juga kepada masyarakat keseluruhannya kerana Anwar sering kali memperalatkan fatwa tersebut bagi membuktikan dia tidak bersalah.

Zulkifli menambah, beliau bertindak demikian pada waktu itu kerana taksub, sehingga akur kepada setiap arahan Anwar, tetapi kini bersyukur kerana Allah masih memberi kesempatan kepadanya berjumpa orang tertentu bagi memohon maaf.

“Kita buat silap, kita mengaku. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Dr. Yusuf untuk betulkan balik. Bila tengok balik, banyak dosa, sampai ulama macam itu pun, kita boleh memperdaya supaya percaya isu Anwar difitnah.

“Saya masih diberi kesempatan oleh Allah untuk jumpa orang tertentu dan minta maaf. Saya dah buat. Saya perlu jumpa Dr. Yusuf untuk jelaskan perkara sebenar dan kalau lepas itu, beliau masih lagi nak percaya, terpulang kepada dia. Itu bukan kerja saya dah,” ujarnya.

KOMENTAR:

BILA orang yang bersekongkol mendedahkan , berharap kecelaruan minda yang anda alami selama ini akan terungkai. Lihatlah melayu mudah tertipu oleh darah bukan melayu yang sering buat cerita palsu. Harap lepas ini jangan bagi undi membuta tuli. Kerana yang tertipu dan rugi bangsa kita sendiri. Amin!

Ustaz Majusi berkata...

GERHANA

aku tahu apa ertimu gerhana
aku tahu apa maksudmu purnama
aku tahu siapa dirimu rembulan
aku cuma belum tahu
berkisahnya kita sampai bila?
aku cuma belum tahu
mengapa aku yang lara?
aku cuma belum tahu
mengapa masih kauhias malamku?
kita kan telah tahu
tiadalah kan bersatu
bulan dan pemujanya.

Ustaz Majusi
sajak simbolik

Rembulan Senja berkata...

MEMBUKA KENANGAN

Membuka sebuah kenangan
Yang lama tersimpan
Ingatkan kembali akanmu
Yang dulu pernah ada di hatiku
Begitu tajam duri yang kuhadapi
Agar kamu tetap indah dalam anganku
Hingga perih ini tak pernah berubah
perasaan ini sejak kamu pergi
tinggalkan semua kenangan kita

Rembulan Senja
sajak terkenang kenangan dulu

Seruling Kelana berkata...

SESUATU DIHATIKU

Ada sesuatu di dalam hatiku
Yang membuatku merasa
Tak pernah sempurna
Aku bertanya pada sang waktu
Yang tak pernah kembali
Tak pernah kembali
Inikah cinta yang selalu
Aku rasakan membuatku
Tak pernah sempurna
Mimpi ternyata tak pernah nyata
Yang kita kenali tak kita sadari

Seruling Kelana
sajak jiwa2

Angker 13 berkata...

TATAP MATANYA KOSONG

Dalam tatap mata terlanjur kosong
Kucoba buatnya tak menetes air mata
Dalam rasa tersisa sediakan waktu
Berjalan lagi bersamanya
Menghabiskan waktu untuknya
Dan mendengarkan isi hatinya lagi
Itulah hal terindah yang dapat
Aku pikirkan sekarang
Hanya itu untuk saat ini…

Angker 13
sajak jiwa2

Viger berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG

Sajak ada bau politik oleh Ustaz Majusi. Salah orang mangsa penggodam agaknya. Ini caranya nak tubuh Negara kebajikan atau Negara kemunkaran. Politik perkara biasa.kalau kita hentam Orang kita ketawa, tapi bila orang hentam kita seopatutnya terima saja. Mengapa mesti nak godam pula? Ini ternyata jelas apa yang dikata benar belaka. Kalau tidak bersalah mengapa anda mesti marah? Malah pula orang hemtam blog mereka. Ini kebebaan bersara. Malah akhbar UM Pun nak diharamkan pula. Nampak sangat temelang mereka. Rakyat menilainya. Layak untuk sayembara seterusnya (SM)

Viger berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG

Sajak Rembulan Senja MEMBUKA KENANGAN . Pengucapannya bagaikan membaca cerita.Cara rengkasnya sajak ini bagaikan terkenang kemasa dahulu. Apa pun yang telah berlaku dan segala macam halangan dan rentangan . Kebarangkalian sudah taqdir tidak bersama , kenangan Yang berlaku tetap bersemadi di sudut hati. Diberi peluang sayembara seterusnya (SM)

Viger berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG

Sajak Seruling Kelana bertajuk: SESUATU DI HATIKU. Pengucapnya boleh juga diterima. Namun kisah jiwa yang terlalu biasa. Tema semacam kecewa. Bagaikan cerita yang tidak menjadi, apa yang diharap semuanya bagaikan tertiarap. Atau mimpi yang tidak menjadi. Usaha lagi lain kali Harap maaf disini terpaksa berhenti (TK)

Viger berkata...

SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG

Sajak Angkar 13 bertajuk: TATAP MATANYA KOSONG Pengucapan biasa kisah orang muda punya bisa. Apa pun ada ceritanya dan boleh diterima. Kerana ada puisi lain yang lebih menepati ciri puisi ang kreatif dan puitis dan mencabar , Harap maaf sajak anda cuma disini sahaja terpaksa berhenti. Usaha lagi lain kali. (TK)

Atuk berkata...

sajak politik ke inspektor Halim ni

Tetamu Malam berkata...

mcm sajak sindiran jer

Tan Sri Yunus berkata...

sajak perli sapa plak kali ni?

Nasruq Haqq berkata...

agak sinis jgk sajak ni

Atan Yahoo berkata...

ingatkan sajak alam sekitar td

Lelangit Biru berkata...

ingatkan ajak psal pemanasan global

Datuk Hasbi berkata...

agak pedas jgk sajak panas ni

Tok Mahat berkata...

hentam sapa plak sajak ni?

Dam Catu berkata...

agak kena batang hidung jgk sajak kali ni... hehehe

Mozaire berkata...

sajak agak pelik jgk

Zainal Arifin berkata...

en nuri klau boleh tukar password

Olie Pajutdy berkata...

sajak politik dua2 sekali ni

Wasiril Aswad berkata...

sajak agak sinis jgk ni

Si Kecil berkata...

lps ni sajak sapa plak?

Penghuni Maya berkata...

agaknya kena kat sapa la sajakni? hehe

Brader Joe berkata...

sajak agak sinis jgk kali ni

Jalil Janggut berkata...

dua2 sajak ahli sajak en nuri x ke?

Raja Muda berkata...

boleh tahan sajak ni

Lagenda Pulau berkata...

sajak agak tajam jgk nampaknya

Julia berkata...

sinis tajam sajak ni.. hehehe