Sabtu, 4 Jun 2011

KEMUNGKARAN BERMAHARAJALELA





Terasa bagaikan patah ke imanan di hati
apabila melihat kemungkaran berluasa
seorang tokoh yang amat berkewibawaan
bisa saja  melanggar apa yang dilarang tuhan
dimana kini rakyat jelata bisa saja  menilai
akan sebuah keperibadian yang tiada lagi leluhur

Aku pun rasa bagai terjebak dan bersubahat
dengan ungapan kata yang memutar belitkan
kini keyakinan  hati dan akal yang waras luntur
dengan sikap keangkuhan dan kesumbungan
kerana lalai masih enak duduk di kerusi lembut
bila rakyat tidak mengundi engkau nilailah sendiri.

Perpecahan bangsa kita kerana tolak perpaduan
yang nyata di ajar Islam  nabi junjungan akhir zaman
kini kita mendewakan Al Quran  hadis dan nasnya
semuanya ada muslihat kepentingan peribadi  semata
elok hentikanlah segara  watak lakonan sandiwara
yang ternyata jijik dan meloyakan genarasi  anak muda.

 
Oleh: Nurimanja,
catatan bila rasa perlu ditegur
berkata benar walaupun pahit bagai jadam.
tanggal 4hb, Jun, 20011. pagi hari sabtu kena selsema.






50 ulasan:

Geletek Petang berkata...

ULASAN:

Sajak en nuri kali ini bertajuk KEMUNGKARAN BERMAHARAJALELA . Ternyata ungapan rengkas dan adasadikit sinis yang penuh maana, mungkin buat mereka yang mengerti dan faham situasi politik lewat kebelakangan ini, terasa amat mencurigakan. orang yang kita hormat dan sanjung bisa melakukan perkara yang luar biasa. lebih menyedihkan lunturnya leluhur yang amat di harapkan oleh rakyat yang telah mengangkat menjadi yang berhormat. (YB) Bila berada di kerusi lembut, iman yang tebal pun boleh susut dan hanyut…

Nurimanja berkata...

CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 CITRA BERTAJUK: SYAHIR DAN SYAKIR DICERITAKAN SEMULA SECARABEBAS ATAU KEMBAR SEIRAS OLEH:NURIMANJA.
______________________________________________________________________


Siri Ke duapuluh tiga.

Beberapa ketika dalam berjalannan itu Putra Wira Syahir telah pun melewati satu lagi kawasan yang agak naneh dan mengerunkan juga. Bagaimana mungkin ada sebuah tasek ajaib kecil di atas punca gunung Mentera Alam itu.

Di tasek itu Putera wira Syahir menemui banyak telur itek angsa emas yang berselerak di tepi tasek ajaib kecil itu. Ada di antaranya yang telah pecah dipijak oleh kuda sakti Putra Wira Syahir. hamper berpuluhan biji juga.

Mungkin di atas kelalaian dan ketidak sengajaan kuda sakti kesayangan Putera Wira Syahir itu, Tetiba datang melayang sepasang itek angsa emas menyerbu kea rah kuda sakti yang di tonggang Putra Wira Syahir dalam keadaan marah kerana telah memijak telor –telor mereka sehingga pecah. dua ekor itek angsa berbulu berwarna emas itu pun berkata;

“Wahai manusia dan haiwan ganas ? Kenapa tuan hamba memijak akan telur-telur kepunyaan hamba yang lemah dan kecil ini? Bagaimana zuriat keterunan kami hendak membiak? Dimana sikap keperimanusian dan keperihaiwanan tuan hamba.? “ Sergah itek Angsa Emas itu.

Bila terdengar akan bicara itek angsa emas itu , kuda sakti dan putera wira Syahir terus memecutnya dengan lebih laju lagi, sehingga kedua itek angsa emas itu tidak dapat mengejarnya , tanpa meminta maaf akan kesalahan yang telah mereka lakukan itu.

“Jangan tuan hamba datang lagi di daerah tasek kecil ajaib ini, jika ingin membuat kerosakan di daerah kami yang tidak pernah menganggu sesiapa di sini, keanguhan tuan hamba akan menerima balasannya nanti. percayalah akan kata-kata hamba ini,” jerit kedua itek angsa emas yang marah dan kecewa dengan sikap manusia dan haiwan itu.

Tanpa memperdulikan jeritan dan pekekkan kata-kata serapah jampi dan sumpah seranah Putra Wira Syahir dan bersama kuda sakti kesayangannya itu memejut lebih laju lagi menuju kepuncak gunung Mentera Alam dan meninggalkan daerah tasek kecil ajaib yang penuh misteri dengan sepasang itek angsa berbulu emas itu.

SAMBUNGAN.

Ummu Akilah berkata...

ada tasek plak!!!

Tok Mahat berkata...

ada tasik plak atas gunung tu!

Ustaz Zamree berkata...

telur itik pun ada jgk!

Nuri Jaguh berkata...

nampaknya syahir dah langgar perintah dh ni

Nurse Lisa berkata...

syahir langgar oerintah byk dah bahaya ni

Salam berkata...

hbis la dia kena sumpah la lps ni

Atan Yahoo berkata...

sian telur itik byk pecah2

Nasruqq Haqq berkata...

mcm mana telor itik byk plak kat tasik tu?

Malik Wariya berkata...

mngkin x sengaja kot terpecahkan telor tu?

Seri Suri berkata...

hbis semua pecah apa la malang menimpa syahir nnt

Sharifah berkata...

syahir dah lupa dah syarat

Tetamu Malam berkata...

nampaknya dia dah langgar syarat

Nahul Hidzar berkata...

syahir dah mula lupa diri nampaknya

Saudagar Emas berkata...

mcm mana ada tasek plak atas gunung?

Saizul Maizav berkata...

semua bintaang boleh berckp plak!!!!

Abang berkata...

kurang asam pya syahir dia dah langgar byk syarat ni

Pak Kassim berkata...

kalau aku jd syahir telur tu aku xpecahkan aku ambik buat jadi telur masin

Harimau Berantai berkata...

kenapa syahir jd sombong plak nampaknya

Sang Arjuna berkata...

syahir dah mula lupa diri

KEmbara Budiman berkata...

nampaknya byk haiwan dah menyumpah dia

Salina berkata...

rugi je telur tu semua pecah

Olie Pajutdy berkata...

ingatkan telur ayam rupanya itik ke

lagenda pulau berkata...

itik angsa?? mana 1 ni?

Nabil Quldi berkata...

kenapa en nuri tulis itik angsa bukan ke itik dgn angsa berbeza ke?

Lukiee berkata...

itik angsa?? pening jgk ni

Wssiril Aswad berkata...

wah! itik tu kaler emes la plak!

Raja Muda berkata...

angsa tu semua jelmaan nenek tu lagi kot?

Penghuni Maya berkata...

semua bintanag ni jelmaan jgk ke?

Dayng berkata...

wah! itek angsa tu berbulu emas ke

Seniman Jalanan berkata...

wah! kaler emas lagi tu

Tok Mahat berkata...

angsa kaler emas pelik jgk

Zainal Arifin berkata...

mmg ajaib la itik angsa tu

Panghuni Maya berkata...

lps ni dia jmpa sapa plak?

Jengking Perak berkata...

byk jgk bianatang dia jmpa ni

Siti Hajar berkata...

lps ni dia jmpa binatang apa plak agaknya

Mawar Harum berkata...

itik la plak kali ni

Tasya Humairah berkata...

semua binatang boleh bercakap ke?

Pak haji berkata...

semua haiwan kat situ dah menyumpaj syahir la

Tan Sri Yunus berkata...

bila agaknya dia nk jdi batu ni

Simsalabin berkata...

entah2 atas bukit tu dia jmpa bangkai adik dia

Jalal Rafzee berkata...

PERGI TANPA MELAMBAIKAN TANGAN

Hanyut dalam lantunan musik
menutup jamuan hari itu semua bubar
melangkah pergi meninggalkan tanah
lapang rumput hijau.
dengan beberapa gengam keceriaan
terus terbawa sepanjang jalan.
Sebelum berpisah kami lupa
untuk melambaikan tangan.
hanya senyum bertemu di hati kami.
jauh sebenarnya setelah jamuan itu,
Seperti juga ketika berpisah,
berlalu tanpa melambaikan tangan,
seolah mengikhlaskan
semua perbuatan tanpa harapan
bakal dikenang dan dihargai

Jalal Rafzee
kenangan ketika hari terakhir khusus

Zainal Arifin berkata...

AKU BUKAN BATAK

kau semakin angkuh semakin jauh
lagak seperti jaguhan yang agung
tapi tak apa aku pun bukannya batak
memang aku diam tapi aku tak buta
kau terus laritapi aku tetap disini
kalau kau lelah nanti
kau pasti cari aku jadi jangan takut tak usah henti
terus dengan berani
selagi belum mati

Zainal Arifin
sajak tak puas hati

Danielson Fata Fat berkata...

BERUBAH

aku ingin berubah tapi untuk apa
aku dah memang baik
benda jahat aku tak buat
semua tahu aku baik
cuba tanya pada mereka
mesti mereka kata aku baik
aku juga rajin ke gereja
tiap waktu memang tak tinggal
pasti aku baik suka tolong orang
tak kira kecil besar
aku memang ringan tulang
cuba tanya orang kampung
mesti aku baik tapi semua kosong semua tiada makna sia-sia belaka
niat di mana untuk apa
buat siapa kamu buat
baikkah aku? wajib kamu berubah

Danielson Fata Fat
sajak tentang diri sendiri

Hambali Maliki berkata...

SEPOTONG MASA LALU

Sorot mata arah pada sudut masalalu
Dimana pertama langkah di duniabaru
Pastilah dulu aku buta,
Hingga begitu memerlukan semua
ingatlah ketika kita pertama
kita semua berjabat tangan
Ada titis embun memercik
ditengah senja merekah
Aku harap itu bukan hanya seketika,
Tetapi mimpi akan menjadi kenyataan
Bertahun mengalami pasang surut
Namun kuharap kita akan kembali
Seperti air laut tak bosan
Kalaulah tak ada jalan pulang,
Aku selalu berharap kita
Bersama sebagai sahabat,
walau tak mungkin saling mengikat
ingatlah satu Rasa tulus
tak mungkin padam
seperti lilin tertiup angin

hambali Maliki
sajak kenangan dulu

Mentari Senja berkata...

PUISI SAYEMBARA BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PBLOG CR.
Sajak Jalal Rafzee dengan sajak barunya balik kursus,PERGI TANPA MELAMBAIKAN TANGAN. Pengucapan biasa dan mudah juga difahami dan mudah saja ditangkap maksud penceritaanya/ Begitulah keadaan kita manusia dengan tugas harian mengikut jawatan yang telah ditetapkan Bila bertemu kita akan berpisah , walaupun mungkin tidak begitu kenal pada mulanya, setelah berbulan pasti ada kemesraan di antara perserta. Apa pun bila tiba hari perpisahan , biasanya hati meronta mahu pulang, masa itu mungkin ada yang terlupa sekadar mengangkat tangan.namun dalam hati terakam kemesraan dan keikhlasan. Layak sayembara seterusnya.(SM)

Mentari Senja berkata...

PUISI SAYEMBARA BULAN JUN 2011 D ANTRA AHLI CITRARASA DAN PBLOG CR.
Tema Nampak semacam ada kemarahan dan tidak puas hati rasa semacam mencengkam pula.Sajak Zainal Arifin, sudah naik pangkat En Zainal Arifin agaknya.Semuanya begitulah saya difahamkan. Dalam tugasan cabaran terlalu banyak, kekadang ada pula yang cemburu dan tak senang hati. Tetapi apa pun keikhlasan hati biasanya dapat melawan apa saja rentangan yang datang. Kebenaran juga tunjang utama, kerana berani kerana benar dan sebaliknya. Layak untuk
sayembara seterusnya (SM)

Mentari Senja berkata...

PUISI SAYEMBARA BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PBLOG CR.
Tema diri sendiri. Danielson Fata Fat sudah baik BM anda .Pengucapannya perlu sedikit lagi diperbaiki. Penceritaanya bermula dengan dia soal dan dia jawab kembali. Semuanya telah pun dilakukan demi kebaikan, tetapi tetapi bagai tidak bernilai dan kosong, Kena berubah untuk mencari rasa ketenangan jiwa. Sebaiknya serah diri kepada tuhan , pasti kekalutan kita akan reda bila menyerah diri kepadanya. Apa pun sudah ada kemampuan mengelah sajak. Maaf sahaja. Cuma di sini saja ,usaha lagi.(TK)

Mentari Senja berkata...

PUISI SAYEMBARA BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PBLOG CR.
SEPOTONG MASA LALU sajak oleh Hambali Maliki . Pengucapannya agak sederhana dalam penceritaan biasa memori. tema kenangan lalu. Penceritaanya mudah ditangkap dan mesej dan maksudnya mengenang pada pengalaman masa lalu, mungkin dengan sahabat atau gf pun boleh jadi. Sebenarnya sajak bermaksud penceritaan yang padat dan direngkaskan penuh maksud dan mesej yang hendak disampaikan sebagai pengajaran. Sajak anda ini kalau di pendekan lebih bertenaga dan puitis lagi, Tetapi kena buang masa sadikit dan renung mencari isi yang pentingagar lebih mantap. Apa pun usaha lagi. Maaf cuma di sini penyertaan andaterpaksa mengundur diri . (TK)