Hati seorang koprat
tidurnya tidak lena
khuater ribuan sahamnya jatuh
malah utang piutangnya belum langsai
maka berusahalah dia siang hingga ke malam.
Hati seorang pengemis
tidurnya lena di kaki lima
tidak pernah fikir tentang kerugian
malah rezeki hari esok pun belum tahu
maka jadilah dia seorang pengemis jalanan.
Oleh: Nurimanja,
Bila keadaan telah memaksa
Sesiapa pun begitu dan beginilah jadinya
catatan sajak lagenda hilang tarikh hari bulan tahunnya.
50 ulasan:
ULASAN:
Ini sajak lagenda en nuri dahulu diterbitkan semula.
Apa pun semua ahli dan P.Blog boleh membut analis dan pengucapan apakah yang anda rasakan ? Dan apa pula
mesej yang hendak disampaikan oleh
en nuri?
Sambungan semalam
Menunjukkan seolah-olah Saiful berbohong. Mereka mentafsirkan tiada kesan luka. rodokan dan koyakan sebagai bukti liwat tidak pernah dilakukan oleh Anwar Ibrahim.
Mengapa mereka tergesa-gesa mahu mendahului perbicaraan mahkamah? Banyak gel atau krim pelincir yang membolehkan liwat berlaku tanpa memberi kesakitan kepada mangsa. Mereka mengabaikan ini. Malahan tindakan peguam Anwar mentafsirkan kenyataan tiada koyakan dan pendarahan sebagai bukti tidak berlaku liwat adalah cubaan mengelirukan umum.
Mereka mendakwa ini konspirasi UMNO. Jika benar ini merupakan konspirasi nescaya punggung Saiful akan dikenakan tusukan tumpul secara kasar supaya ada kesan luka dan koyakan dahulu bagi memastikan cerita beliau benar-benar mendatangkan kesan.
Ada juga penulis-penulis upahan Anwar yang menulis mendakwa apakah logik untuk seorang lelaki berusia 61 tahun dapat meliwat seorang pemuda berusia 23 tahun tanpa berlaku kekasaran. Apakah anak muda berusia 23 tahun ini tidak mempunyai kekuatan untuk menendang Anwar dan melarikan diri.
Penulis seperti ini sama ada berpura-pura bodoh untuk membantu memulihkan imej Anwar atau memang tidak mempunyai pengetahuan dalam kes-kes jenayah seksual.
Kes jenayah seksual boleh berlaku dalam keadaan menyerah taanpa kerelaan atas faktor-faktor psikologi. Faktor psikologi termasuklah takut kepada pengaruh pemangsa, terlalu hormat kepada pemangsa sehingga tidak dapat menolak kehendak seks dan beberapa isu psikologi lain yang boleh dibaca dalam kajian saintifik mahu pun menonton drama-drama "crime" barat. Dalam keadaan sedemikian kita akan mendapati tiada kesan kekerasan fizikal dapat ditemui. Kes-kes sedemikian juga banyak berlaku di kalangan paderi dan anak muda di barat yang pernah menjadi skandal beberapa tahun lalu.
Dalam sebulan ini kita terasa amat hairan mengapa Anwar bersungguh mahu menghalang perbicaraan daripada berlangsung. Sedangkan suatu ketika dahulu Anwar Ibrahim dengan lantang membuat kenyataan bahawa beliau bersedia menjawab segala pertuduhan liwat beliau di mahkamah.
Jika benar Anwar mahu membersihkan dirinya, inilah masa terbaik beliau menjawab semua soalan di mahkamah. Bukankah ini juga pentas terbaik untuk para peguamnya menyerang dan menjatuhkan kredebiliti Saiful (mangsa), bukti dan laporan Doktor sekaligus membebaskan Anwar.
Sekali lagi para penyokong Anwar akan mendakwa mahkamah tidak bebas biarpun sebahagian besar mereka langsung tidak boleh memahami para undang-undang melebih tiga baris awal.
Maka mereka berpegang kepada hujah-hujah logik peguam bela dan mengabaikan hujah-hujah logik pendakwa.
Untuk kumpulan ini, jika benar mahkamah tidak boleh dipercayai pun mengapa mereka tidak mahu
Sambungan esok
sajak psl anjing dgn kucing plak?
sajak mcm politik pun ada
ziarag makrifat ni buat sajak mcm sajak politik jer
sajak mcm ada sindiran jer?
sinis jgk sajak kali ni
perli sapa plak sajak ni? hehhee
mcm perli PKR je sajak ziarah makrifat ni
sajak ingatkan jiwa2 rupanya
nk tergelak aku tgk gambar kuecing dgn anjing ni? hahahaha
kenapa bukan seekor anjing dan kucing?
sajak politik ke ni?
sajak psl apa la agaknya susah nk phm
sajak agak pelik tajuk dia
pening jgk sajak ziarah ni
sajak sindiran jer ni
perli sapa ni ziarah anuar ke? hehe
2 kehidupan yg berbeza
rupanya kaya pun susah miskin pun susah
eh1 sedih plak baca sajak en nuri ni
rupanya kaya dgn susah dua2 x leh tidur lena
rupanya yg kaya pun xleh tidur lena
apap2pun hidup dgn sederhana lagi baik boleh tidur lena
sajak en nuri kali ni mmg hiba
rupanya kaya pun sussah
orh yg untung org x kaya dan x miskin
baik xpyh kaya klu kaya pun susah
benar tu en nuri kalau org kaya ni tidur msti teringatkan saham saja tp sy bukan nk kata sy kaya tp boleh la
kaya2 sgt pun susah semua org dok aim jer
kalau kaya pun bahaya syukur aku hanya sederhana
susah nak jadi kaya atau miskin kalau mcm ni?
baik jdi sederhana lagi senang
org kaya pun x tidor lena?
byk harta pun susah xde harta pun susah
apap2pun lebih baik hidup sederhana
en nuri org kaya ke miskiN?
en nuri msti katogori org sederhana
btol tu jgn ingat org kaya boleh tidur lena malam2 pun kdg2 susah nak lelapkan mata teringatkan masalah rakyat
kalau xleh jadi kaya baik jadi sederhana
biar x kaya atau miskin asalkan hidup bahagia
biar x kaya atau miskin asalkan hidup selesa dan bahagia
ALLAHUMMABARIKLANA
peluh dingin keluar
degup jantung bergetar
kaki mula terketar
tubuh rasa bergetar
gugup tiba-tiba hilang kata-kata
pandang kiri kanancuba alih tumpuan
lengahkan masa bagi mereka alpa
mereka ternanti
aku mula senyum sendiri
terasa kerdilnya diri
jadi malu sendiri
peluh keluar idea mula berlegar
rasa berani menjelma
bismillah Allahummabaariklana…
ketawa pecah kesunyian
pak tua geleng ketawa
lantas dia berkata
pandai kamu baca doa alfatihah
Jupri Helmi
kenangan pertama kali msuk islam terbaca doa makan bila bapak mertua minta baca al fatihah
SIAPAKAH GERANGAN
siapa gerangan dinda
baju kebaya berselendang sutera
berjalan kaki seorang sahaja
siapa gerangan tuan memakai serban
tersenyum manis tiada segan
mengapa harus berkorban
serba tak kena serba tak tahan
menjaga hasrat yang telah tertawan
kini aku pun menjadi bosan
sebab puisi dah tak keruan
Salikin samsudin
sajak simbolik
ASING BAGINYA
asing baginya
bagai buku usang tak terbaca
padahal lembar demi lembar
hidup ada dia tapi sayang
cuma korban saja
pelengkap tak berpengaruh
dengan ego kau karang sendiri
jelas saja hakmu melakukan
hanya jangan lupa biar setitik juga cinta ada untuknya,
hanya kau yang punya
Asyar Mujid
sajak jiwa2
CERITA DI SURAT KHABAR
Beristirahat di tengah hari
Melepas lelah regangkan ototkaku
Hilangkan penat di otak
Dengan dibantu oleh angin
Siang itu di halaman ofice
Sambil menikmati mee ayam
Ku lihat banyak cerita politik
Yang luar biasa sibuknya
Namun bukan sibuk dengan kerja
atau sibuk melayani masyarakat
Tapi sibuk mempersiapkan fitnah
bagi mereka yang penting
fitnah yang baru kosong diisi baru
walau gaji masih tetap dibayar
malah Ku lihat pemerintahan
mereka amat megah mewah
Walau di sekitar sini
masih banyak lagi kesusahan
Syed Faizal
sajak isu semasa
PUISI SAYEMBARA BLOG BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB
Sajak Jupri Helmi dengan tajuknya ALLAHUMMABARIKLANA. Pengucapannya boleh iterima. Walaupun penceritaannya agak lucu. Kerna tersalah baca doa. Diminta baca fatihah ibaca doa makan, sebab gelabah . Mesejnya ada dan bersama pengajarannya, kita patut beringat, bila berhadapan dengan Pak mentua. Jadi sebelum berkhawin kena ada persediaan , Mujur dia tidak minta jadi imam. Apa pun kerana ada > Dibernarkan kesayembara seterusnya (SM)
PUISI SAYEMBARA BLOG BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB
Salikin Samsudin dengan sajaknya betajuk SIAPAKAH GERANGAN, Penucapannya sudah dikira bejaya dan boleh diterima, Tetapi anda terpaksa bersaing dengan dua saja lagi yang lebih hebat dan mengancam pngucapannya. Dan punya isu yang lebih menarik untuk diketngahkan pada khalayak. Walau apa pun penceritaanya memang sudah ada dan isinya pula bagai tidak kesampaian ditambah dengan penutup yang tidak sepatutnya mengaku tidak keruan, Hujung ini telah mencacatkan penceritaan, Maaf terpaksa berhenti disini usaha lagi jika bkan kumpulan sama mungkin boleh dicalunkan(TK).
PUISI SAYEMBARA BLOG BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB
Asyar Mjid dengan sajaknya betajuk ASING BAGINYA , Penucapannya sdah dikira bejaya dan boleh diterima, Tetapi anda trpaksa bersaing dengan dua saja lagi yang lebih hebat dan mengancam pngucaannya. Dan punya isu yang lebih menarik unuk diketengahkan.Apa pun ada rasa percubaan yang berani tetapi bait dan ayat dan perkataan masih mengelirukan pembaca untuk menangkap maksudnya. Walaupun jiwa-jiwa mesej yang hendak disampaikan masih samar ungapannya, Bagaimana kyalayak hendak menangkap maksud? Maaf Cuma disini terpaksa berhenti. Usaha lagi Jika bukan kumpulan sama boleh dicalunkan. (TK)
PUISI SAYEMBARA BLOG BULAN JUN 2011 DIANTRA AHLI CITRARASA DAN PB
Syed Faizal dengan CRITA DISURAT KHABAR, Pengucapan tenya cerita isu semasa, dan sekadar mengisi ruang muka celah akhbar. Apa pun berita yang menarik kiah politik. Biasa Penulis politik ini kekadang berpihak pada yang dia minat, malah jika ada upah mungkin lebih sudu dari mangkok, termasuk fitnah dan putar belit, siapa saja mesti ada kepentingan, Apa pun yang ditulis. Tak perlu diterima bulat-bulat. Kita mesti ada pendirian guna minda yang tidak berpihak kemana-mana. Kemudian buat kajian, akhir ternyata dan terbukti akan dapat kebnarannya. Mungkin akan masa sadikit. Layak untuk sayembara seterunya.(SM)
Catat Ulasan