Sehingga kini aku masih ingat
cerita kampong halaman di pendalaman
masyarakat yang setia dan penuh kedamaian.
walaupun sudah bertahun
lamaniannya aku meninggalkanmu
namun ingatan maseh kental dan segar rindu
pada kampong dan peninggalan rumah pusakaku.
Lamanian aku hanyut
di tengah muara kesebukan kotaraya
bersama gelombang kehidupan yang mencabar
Kini aku tearasa damai
menjejakkan kaki di teratak tua
terasa bagaikan menonton filem lama
melihat rumah dan halaman
menitis air mata, kanak -kanak berkejaran
riuh rendah disini lebih lima puluh tahun dahulu
Kini sepi tidak bermaya
mana nasi gulai lemak belimbing buluh?
ulam pegaga kerabu kelapa?kini tinggal kenangan.
Pekasam puyu kegemaranku di tengah hari
baumu yang mengengat hidung hasil bikinan ibu
masih setia enak rasanya yang beraroma haruman kelasik itu.
Kini aku gagal menghimpun kembali semua
akan kisah-kisah lama yang telah hilang dan berkecai
entak kemana pergi dan hayutnya di bawa arus kemodenan zaman.
Oleh: Nurimanja,
catatan kembali sajak lagenda
22hb, Disember 2010 se waktu di teratak bernaung.
30 ulasan:
CERITA-CERITA DONGING RAKYAT SEDUNIA DARI NEGARA PAKISTAN . SELASA 26HB APRIL 2011 DARI BLOG CITRARASA BERTAJUK: KEMBAR SEIRAS WAJAH (SYAHIR DAN ADIKNYA SYAKIR) DITULIS DAN CERITAKAN SEMULA SECARA BEBAS ATAU OLEH:NURIMANJA.
______________________________________________________________________
Siri Ke duapuluh sembilan.
“Apa salahnya jika tuan hamba Pemaisuri ratu kalkatu sudi?” jawab Putra Wiwa Syahir dengan penuh rasa keinginan.
“Boleh tetapi dengan bersyarat, mulai esok tuan hamba kena mengupas biji kacau hijau dari pagi hingga ke petang sehingga penuh satu karung guni , mulai terbit matahari sehingga terbenam matahari. Jika tuan hamba gagal , rakyat hamba akan mencampakan anda ke luar pintu gerbang sana.” kata Pemaisuri ratu kalkatu.
Pada pagi itu apabila Putra Wira Syahir membuka pinti penginapannya kelihatan manusia berwajah ana-anai i dan kalkatu mengangkut beribu biji buah kacang hijau, melonggokkannya di hadapannya bersama se biji karung guni.
Apabila melihat keadaan itu dia segera memulakan kerjanya dengan mengupas buah kacang hijau dan mengambil bijinya dan memasukkannya ke dalam karung guni. pada mulanya kerjanya berjalan lancer, akhir sekali mulai pelahan dan bertambah leteh sehingga sakit dan lenguh segala anggotanya.
Beberapa kali Putra Wira Syahir berhenti, akhirnya dia terlalu letih dan terlena. kerana dari pagi hingga tinggi matahari dia tidak berhenti mengupaskan kulit kacang hijau itu, kemudian memasukkannya pula ke dalam karung guni.
Nampaknya begitu lena dia tertidur sedangkan hasil kerja belum lagi mengatasi setengah karung guni. Apabila matahari sudah hamper terbenam baharu dia tersedar, kalang kelibut dia bangun dan mengupaskannya kembali kulit kacang itu, Tetapi sayang matahari mulai terbenam.
Apa bila matahari terbenam sahaja beberapa orang manusia berwajah anai dan kalkatu menerkam dan menangkapnya, Dia cuba melawan tetapi gagal kerana terlalu ramai mengikat dan mengangkatnya lalu mereka mengusungnya keluar dari pintu gerbang. kemudian mencampakkannya ke keluar dari kawasan intana Pemaisuri Ratu Kalakatu itu.
Putera Wira Syahir terguling-guling jatuh mengelek ke bawah, kemudian terhantuk kepada seketul batu kecil dan tersangkut disitu. Dia kelihatan semacam tidak sedarkan diri nampaknya.dalam keadaan sedar dan tidak sedar itu , dia terasa badannya sakit dan perutnya juga tersa lapar. dalam hatinya dia rasa menyesalkerana menerima kerja yang tidak sepatutnya dilakukanya itu.
BERSAMBUNG.
Anwar punca kemelut politik (UM)
Oleh AZRAN FITRI RAHIM azran.rahim@utusan.com.my
PASIR MAS 11 Jun - Tiga Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Datuk Zulkifli Noordin tampil buat pertama kali di atas satu pentas untuk memberikan penjelasan mengenai isu-isu semasa terutama membabitkan kemelut politik yang melanda masyarakat Melayu dan umat Islam di negara ini.
Ceramah perdana yang dianjurkan Pusat Khidmat Membela Rakyat (PKMR) Pasir Mas itu diadakan di dua tempat iaitu di Kampung Pohon Rawa dan Chetok di sini bagi memastikan rakyat di kawasan tersebut mendapat maklumat tepat dan benar daripada ketiga-tiga penceramah yang pernah bekerjasama dengan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bagaimanapun, ceramah tersebut bermula agak lewat disebabkan hujan lebat sejak petang. Ketiga-tiga mereka bersetuju masalah yang melanda masyarakat Melayu dan umat Islam hari ini sehingga menyebabkan perpecahan besar, berpunca daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu cita-citanya menjadi Perdana Menteri tercapai.
Ibrahim Ali berkata, Pas perlu mengkaji kembali hubungannya dengan Anwar memandangkan pemimpin itu mempunyai terlalu banyak tuduhan, termasuk yang terbaru berkaitan video seks.Secara menyindir, beliau berkata, walaupun pemimpin Pas mendakwa tidak menonton video itu tetapi mereka telah berani membuat 'fatwa' sendiri bagi mempertahankan Penasihat PKR itu. Zulkifli pula yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, menyifatkan Anwar sebagai pembohong besar dan akan melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya itu.
"Keraguan saya terhadap Anwar bermula pada kes Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Sebagai peguam saya mengambil kes atas dua asas pertama iaitu saya percaya dia tidak melakukan dan kedua, saya mempunyai pembelaan yang kuat. Kes liwat pertama dulu saya bersama peguam-peguam bela yang lain percaya kami mempunyai pembelaan yang kuat kerana ia berlaku terlalu lama sebelum dituduh.
"Tetapi bagi kes Saiful ia terlalu dekat, ditambah pula dengan sumpah laknat. Keraguan ini bertambah jelas dalam isu kalimah Allah. Anwar bersetuju kalimah Allah digunakan oleh orang kafir sebab mahu menarik undi orang bukan Islam. Bagi saya itu satu penghinaan yang jelas terhadap Islam," katanya ketika menyampaikan ceramah tersebut.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain berkata, Anwar sanggup mempertahankan sahabat-sahabatnya daripada DAP biarpun tindakan mereka menindas masyarakat Melayu dan Islam.
"Saya dipecat kerana mempertikai kerja-kerja yang dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Apabila saya beritahu Anwar tentang kerja-kerja DAP yang menindas orang Melayu dan Islam, saya pula yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti kerana bagi dia, DAP amat penting dalam menarik sokongan bukan Islam.
"Anwar memang luar biasa, kalau orang macam saya saja kena tipu tidak apa. Tetapi Presiden Amerika dan Presiden Turki pun kena kelentong dengan dia. Dengan kita dia cakap lain, depan orang lain dia cakap lain. Contoh paling mudah, 16 September, sampai hari ini tidak ada apa," katanya.
KOMENTAR:
PEMBANGKANG sememangnya YB paling kerja senang tak payah fikir apa untuk pembangunan Negara. lihat saja Pulau Pinang dan Perak. Mereka Cuma seronok duduk kerusi lembut dapat gaji . soal rakyat buat topeng saja.Rakyat patut saman kerana x ada keadilan pun dibuat untuk rakyat, sekadar guna nama keadilan untuk rakyat. Ini satu penipuan. Sehingga ada yang mengatakan buka saja mulut mula menipu.
PELUANG SEKALi
jika dia pergi biarkan ia pergi
kiranya dia kembali takkan kuterima
ditanya ku mengapa
aku mendiamkan diri.....
sampai bila dia bertanya
tidak ku peduli mengapa ku begini
tanya pada dirimu sendiri....
maafkan dirinya ayat sudah lali
berikan peluang tidak sekali
Ganesh Mahendran
sajak jiwa2
DAUN KERING
kenapa kau begini
hidupnya aku umpama dedaun kering
yang berterbangan ditiup angin
aku sayang kepadamu
tapi hati mu tetap pada harta
kau benci ku kerna harta
usah kau menjenguk ku
Wong Lee Sin
sajak jiwa2 (sy perempuan nnt takut mentari keliru)
SANG KEKASIH
Harusnya kau sadar semuanya berlalu
Bila waktu hadirkan cinta untukmu
Selagi angan dan cita masih bersama
Arungi mimpi indah berdua
Kan ku tulis sebagai puisi terindah
Untukmu sang dewi yang terindah
hanya untukmu sang kekasih
Mr Lim Tan
Sajak jiwa2
SUDAH
Sudahlah sudah kita mencari
Masa lalu penuh kepedihan
Cobalah lepaskan untuk semua
Cobalah mencari masa depan
Raih…sentuh karena itu buatmu
Mimpi…mimpi serta kedamaian
Kejar…kejar semua di depanmu
Mimpi…indah adalah untukmu
Raju Linggam
sajak sedih
SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG
PELUANG SEKALI sepatutnya berkata PELUANG HANYA SEKALI/ Pengucapannya terlalu biasa. seakan sama iramanya dengan bahasa pasar. Apa pun ada kemampuan menyusun kata. jika buat lagu sama dengan Ally Cat > Aramugum penyanyi india rambut gonderong. Ceritanya ada cuma seni rasa puitis yang masih sangsi atau masih meragukan. Apa pun usaha lagilain kali , Maaf cuma di sini sahaja penyertaan anda terpaksa berhenti. (TK).
SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG
DAUN KERING tajuk yang menarik oleh Wong Lee Sin, mungkin pendatang baru munkin agaknya? Pengucapanya juga puitis dan menyakinkan. Penceritaanya dan temanya berbentuk jiwa-jiwa tetapi ada daya tarikkan yang mempersona. Cuma pada penutup penceritaan agak longgar sadikit pada ungapannya. Apa pun kami beri peluang untuk sayembara seterusnya (SM)
SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG
SANG KE KASIH sajak daripada Mr Lim Tan pendatang baru agaknya. Pengucapannya ada kemampuan, Cuma perlu cari lagi sesuatu yang lebih puitis yang boleh member kesan yang mendalam untuk sesiapa yang membacanya. Apa pun teruskan usaha. Kerana ada 4 persaingan yang terhebat sajak anda terpaksa terhenti di sini saja. harap maaf dan maklum(TK)
SAYEMBARA PUISI BULAN JUN 2011 DIANTARA AHLI CITRARASA DAN P/BLOG
Sdra Raju Linggam dengan sajaknya SUDAHLAH/ Pengucapannya bagaikan sebuah dialog nampaknya. tema sedeh dan marah juga kesal nampaknya. Penceritaannya ada sesuatu yang tidak kena pada pergaulan dan kemesraan di dalam perjalanan hidup seharian ini. Apa pun sajak perlu diperbetulkan lagi. Harap maaf kerana ada 4 persaingan sajak yang terhebat, Cuma disini saja penyertaan anda usahala lagi. (TK)
wah! kena kupas kacang hijau plak!
susah tu nk kupas kacang hijau 1 guni
boleh ke kupas kacang byk tu?
sian syahir tu
sorg2 dia nak kupas semua? payah tu
mampus nak kupas 1 guni!
dorg aniaya syahir la
sian dorg perkena dia
sian sorg2 ke kena kupas tu?
mmg sah la x boleh kupas kalau sorg2
gila boleh patah tangan dia
xkn x boleh minta pertolongan sapa2?
kalau sorg2 kupas mcm mana nak boleh kalau minta toong org boleh la
boleh mati kalau sorg2 buat kupas kacang tu
xkn xde alat kena kupas dgn tangan ke?
xkn sorg2 kupas sehari di beri masa?
sian syahir sorg2 kena buat xde sapa tolong ke?
itulah syahir sombong sgt kalau dia baik msti haiwan2 kat sana tolong?
sian syahir rasanya dia xdpt selesaikan tugas yg diberi tu
haha mcm nangka busuh dorg humban syahir ni
Catat Ulasan