Ahad, 8 Disember 2019

SIFAT ALLAH SWT MAHA ADIL?









SIFAT ALLAH S.W.T MAHA ADIL

Ayat-ayat Al Quran
Telah ada petanda ke hadapan
Sebelum Nabi lahir telah diceritakan
Tentang kedatangan seorang lelaki bernama Ahmad
Dia akan membawa syahadah dan mengislamkan para umat akhir zaman.

Orang-orang berilmu
Mereka mengajar keilmuannya
Kepada mereka yang ingin mengetahui
Wahai Tuanku tambahkan ilmu pengetahuan kepadaku
Agar aku dapat mencurahkan ilmu sebagai ulul ilmu yang nyata dan telus.

Sedangkan malaikat
Mempunyai ilmu bersifat tersedia
Berbeza dengan manusia kena mencari
Baru ada keberkatan dan guru untuk mengajarnya pula
Sedangkan orang yang melampau atau menunjuk-nujuk itu adalah terbatal.

Allah memberi keadilan 
Setiap prinsip kehidupan di dunia
Sebagai satu penegasan dengan dalil-dalil
Kita sepatutnya mengenal dan mempunyai sifat 
Kerana tidak ada siapa mengutuk dan mengsyirikkan akan sifat Allah S.W.T itu.

Oleh Suara Pulau,
Catatan 6 30 pagi Rabu
18/November/2019 Gambar hiasan.


Tiada ulasan: