Ahad, 8 Disember 2019

BANGUN DI HUJUNG MALAM









BANGUN DI HUJUNG MALAM 

Betapa berat hati kalian?
Untuk bangun di hujung malam sepi
Di antara dua pertiga malam untuk bertahajud ?
Bukannya banyak cukup sekadar dua rakaat sebagai permulaan 
Tetapi apabila sudah terbiasa tambah lah lagi rakaat dengan solat sunat lain pula.

Hanya orang yang beriman
Mereka zuhud dan penuh rasa takwa
Lalu bangkit pasrah kepada Allah untuk membisik kan?
Merayu , memohon apa sahaja yang terlintas di hati mereka  itu?
Kerana Allah S.W.T amat mengetahui dan perkenankan permintaan kita selama ini

Justeru itu wahai kalian!
Sentiasa husnul zan dan istiqamah
Bersihkan hati dengan bangun di hujung malam sepi
Semoga kalian mendapatkan ketenangan jiwa yang memerlukannya
 Bagi mengharungi dunia yang penuh dengan fitnah pancaroba dan tipu daya  kehidupan.

Oleh : Nuri Manja,
Catatan jam 7.00 pagi
Tarikh 24hb November 2019

Tiada ulasan: