Ahad, 22 Disember 2019

.HARI INI ADA NAMPAK BAYANGAN









HARI INI ADA NAMPAK BAYANGAN 

Hari ini ada sesiapa
Telah nampak bayangan ngeri
Di atas perebutan kuasa kedudukan tertinggi 
Antara kedudukan dalam parti-parti  orang melayu itu  sendiri 
Bila tahun tikus bermula ramai ahli politik bawah dan atas  bermain sorok-sorok 

Malah ada yang suka
Main cantas mencantas pula
Dalam Konggeras kini  bermacam cerita berlaku
Di depan khalayak nampak mesra akar umbi tidak tahu apa-apa ?
Tetapi nawaitu di belakang semacam mahu cantas dan tikam sahaja dari belakang ?

Ini politik tahun tikus
Berhati ramai nak menikus
Ada juga yang cuba merebut tempat asalkan dapat
Ada pula yang cuba menyekat menyokong ketua menjadi patung
Apa  yang telah nampak kini bayangan  ketua parti jadi Boneka, Patung dan Tok Pekong.

Oleh Geletek Petang
Catatan jam 4.40 petang
Jumaat Tanggal 6hb November 2019

Tiada ulasan: