Isnin, 30 Disember 2019

KINI JAMBANGAN BUNGAKU LAYU.









KINI JAMBANGAN BUNGAKU LAYU. 

Melayuku kini
Umpama bunga kembang layu
Di bakar panas mentari pagi dan petang
Kini bagaikan bunga yang terkulai layu tidak bermaya
Kalau tidak cepat di seram pasti akan layu dan terus mati di jambangan ?

Di Taman kini
Ada sebidang pemotong pokok
Sengaja disembunyikan dalam jambangan
Ada pokok-pokok yang telah tahu akan nasib mereka
Tidak diketahui sama ada pokok muda atau tua akan dipotong dan dibuang ?

Jambangan ini 
Dahulu terkenal keharumannya 
Dari timur tengah hingga ke barat eropah
 Kini telah tercemar dengan kerangkusan mabuk kuasa
Maka janganlah hairan jika jambangan ini bertukar corak warna bunganya ?

Oleh Suara Pulau,
Catatan jam7. 15. Petang
Jumaat Tarikh 27hb Disember,  2019

Tiada ulasan: