Isnin, 23 Disember 2019

NAZAR IBU MARIAM DITERIMA ALLAH













NAZAR IBU MARIAM DITERIMA ALLAH 

Allah S.W.T
Menerima nazar
Allah memberi rezeki
Kepada sesiapa dikehendakinya
Tanpa disedarinya rezeki yang datang itu.

Meriam
Menerima kebaikan
Dijaga oleh nabi Zakaria
Di pelihara Allah S.W.T rezekinya
Sebagai menjaga Meriam dia lebih berhak.

Walaupun
Dijalankan undian
Terkena pada nabi Zakaria 
Bagai telah ditetapkan oleh Allah
Akhirnya disediakan satu tempat al misraf.

Alkaramah
Apa yang anehnya
Setiap kali nabi Zakaria masuk
Di dalam misraf itu ada buah-buahan
Rezeki musim panas dan sejuk telah tersedia.

Oleh  Qalam Mutiara
Catatan jam 4.40 petang
Hari  Selasa Tanggal 10hb November 201910


Tiada ulasan: