Ahad, 8 Disember 2019

SAEKOR IKAN YU KO KIA











SAEKOR IKAN YU KO KIA 

Ada saekor ikan Yu Ko Kia
Amat cukup licik bila dapat peluang
Pantas ia menyambar apa sahaja habuan
Tanpa ada belaskasihan pada mangsanya terus menelan
Dalam lautan luas ialah bermaharajalela merebut peluang yang terhidang.

Tetapi setelah tertangkap
Oleh perahu  pukat nelayan pantai
Setelah naik ke dalam perahu berbunyi
Sambil kepalanya pula berpusing ke kiri dan ke kanan.
Semacam minta simpati lalu berbunyi Ko kia ke belah kiri ko kia di  kanan.

Justeru itu kita manusia
Janganlah terlalu pelahap dan licik
Kita akan kebas untuk temolok kita saja
Apabila kita nampak ada saja peluang hidup di dunia ini
Tanpa kita memperdulikan lagi hak dan kepentingan hak orang lain sama?

Oleh: Suara Pulau,
Catatan 6 30 pagi Rabu
21/November/2019 Gambar hiasan.



Tiada ulasan: