Ahad, 22 Disember 2019

KAMPUNG ATAS AWAN










KAMPUNG ATAS AWAN 

Berkurun kami
Tinggal di kampung atas awan
Kedamaiannya begitu mesra dengan bangsa kami
Bebas dan mesra alam menghirup udara bersih bersama flora dan faunanya
Kicau wan beberung dan ke mercik air di kaki gunung sudah menjadi lumrah dalam hidup kami.

Kini bangsa kami
Di arah berpindah taman baru
Pasarannya cukup teratur dan di tanah rata pula
Rumah tersusun  segala kemudahan dan keperluan dalam kehidupan se harian
Tetapi kami yang telah berusia hidup setiap hari ke ladang bagaikan ke hilang melihat tanaman.

Hari ini apa pun
Demi masa depan anak cucu
Kini kami terpaksa berkorban berpindah randah
Berulang alik dari kampung baru ke kampung asal melihat ladang melepas rindu
Mengutip hasil lada dan tanaman lain dari hutan kami bebas memburu mencari rezeki di hutan.

Lima jam berjalan
Sudah pun menjadi kebiasaan
Hati kami cukup berbelah bagi Tinggalkan kampung
Tradisi kami hidup di atas gunung di bawah awan sekiling hutan rimba belantara
Namun demi masa depan anak cucu cicit kami sanggup berkorban membina kehidupan lebih baik

Oleh Geletek Petang
Catatan jam 4.40 petang           
 Sabtu Tanggal 7hb November 2019.

Tiada ulasan: