Ahad, 8 Disember 2019

ISLAM ADDIN YANG SEBENAR?









 ISLAM ADDIN YANG  SEBENAR 

Satu agama yang sebenar
Adalah addin iaitu agama ada balasan
Apa saja kita lakukan di dunia ini  bermaksud ada balasan
Islam itu kesejahteran mengaku tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah S.W.T
Allah tidak akan menerima agama lain kecuali yang dibawa oleh nabi Muhamad S.A.W ia itu Islam.

Ini satu bukti yang jelas
Allah sendiri yang mencipta agama
Agama Islam di akui oleh pembawa agama sebelum ini
Kitab Taurat, Injil, Zabur telah jelas tercatat dalam kitab sebelum ini
Tetapi mereka sengaja rasa iri hati juga hasad dan denggi melihat kebenaran  Nya
Justeru itulah Allah murka dan menilai agama itu adalah ilmu yang baik hati penuh ikhlas jujur.

Sesungguhnya perhitongan
Allah S.W.T itu maha sempurna ilmunya
Kerana Allah tidak ada sembunyi nyata dan jelas wahyu
Melalui wahyu yang Allah berikan kepada mereka sengaja untuk menolaknya
Mereka yang suka berdebat menyangkal wahyu terakhir kitab Al Quran dibawa Nabi Muhamad.

Allah S.W.T membalas hujah
Dengan memberi pembalasan setempal
Kerana sengaja menyangkal dan menolak apa diceritakan
Sedang telah mencatat dalam kitab mereka sebelum ini ada nabi akhir zaman.
Telah datang seorang lelaki bernama Muhamad atau Ahmad membawa agama penutup zaman>

Oleh: Suara Pulau,
Catatan 6 30 pagi Rabu 
19/November/2019 Gambar hiasan.



Tiada ulasan: