MENCATAT PUISI MALAM
Aku cuma seorang penulis biasa
Tetapi sering terjaga dari tidur
malam
Seperti ada sesuatu yang perlu aku
fikirkan
Biasanya aku akan mencari pena
Dan secebis kertas atau buku catatan
Lalu melakar dan mencatat puisi.
Ilham yang datang di hujung malam
Bagi menghilang kan rasa kerisauan
Runtuhan desakan bisikan hati di
dalam…
Oleh: Nuri Manja
18/4/2015 jam 5 pagi.
Tahun CPU rosak selalu.
1 ulasan:
JANJI SEMACAM PADI BILA DITABURKAN
Kekadang aku melihat
Janji ini seperti padi bila ditaburkan
Ayam-ayam adalah pengudi yang lapar
Sedia mematuk dan menelan apa saja ditaburkan.
Pernahkah ayam terfikir
Jika padi ditabur dibubuh racun berbisa
Setelah makan dan ditelan meranalah badan
Lihatlah beberapa negeri rakyatnya amat kecewa.
Jika ingin mengekalkan
Suasana kehidupan Kemakmuran seterusnya
Kena pintar memilih padi-padi yang perlu dimakan
Bukan padi beracun yang ditabur dengan mudahnya.
Oleh: Nurimanja,
Jangan percaya dengan kata janji
Kerana janji 2008 masih belum ditunaikan.
Catatan buat pengundi di bumi Kenyalang 11/04/20011.
Catat Ulasan