CITRA SI PENGEMBALA DENGAN SERI GALA
Cerita Seorang tokoh pegembala tua
dia dapat mengawal beribu kambing lembunya
malah, kesemuanya tunduk dan patuh mengikut arah
tetapi kini hatinya mula tertarik dengan sang seri gala
yang pandai bermuka dan membuat helah yang berbagai cara.
Sebenarnya kebaikan seri gala ada makna
cuba menukar warna bulu kambing dan lembunya
tanpa sedar si pengembala tua terasa cukup gembira
ingin pula rasanya dia mengkhabarkan ke seluruh dunia
bahawa lembu dan kambingnya telah mendapat pengiftirapan.
Yang anehnya pada si pengembala tua ini,
percaya pada seri gala yang sering bertukar bicara
kini telah pun memakan hati kambing dan lembunya
beberapa ekor kambing dan lembunya mulai rasa tersedar
dan cuba menghindar diri tidak mahu lagi menghormati dirinya
kerana sikap si pengembala tua yang lebih percaya kepada seri gala.
Oleh: Pena Runcing,
Catatan lewat malam hari
jam 12. 30 waktu Malaysia kini.
bersamaan 4hb, Julai, 2010 Gambar hiasan
20 ulasan:
SAMBUNGAN DARI CERPEN BERSIRI
BERTAJUK; PILU HATIKU PILU
Oleh: Nurimanja.
SIRI KE 6
Aku memang dari dulu lagi suka ziarah rumah adik beradik, bila ayah kata , kita ada tali persaudaraan dan ada hubungan keluarga, aku pasti sampai ke rumah mereka , sama ada mereka uka atau tidak akau tidak tahu, Cuma yang aku ingat untuk menukuhkan tali persaudaraan,itulah yang digalakan oleh agama Islam, bukan berpecah belah di atara satu sama yang lain.
Lagi pun kata uztazku sesiapa yang menghubungkan tali slaturrahim panjang umur.
Mak Ngah Derma mengirup habis air kopinya,kemudian dia bangun dari keusi.
¡°Maafkah , aku nak pegi rumah Mahmud pula, ¡° kata Mak Nah berlalu ke ruang dapur.
¡°Mana kueh raya nak bagi aku?¡± kata Mak Nah kepada Mahani.
Begitulah tabiat Mak Ngah Derma tak sudah-sudah dengan meminta.
Saad senyum melihat Mak Ngah, lantas Mahani pun bangun menuju ke ruang dapur .
Sejenak kemudian Mak Ngah keluar dengan sebunkus kueh raya di tangannya.
¡°Ada mak kau di rumah?¡± Tanya Mak Ngah padaku.
¡°Ada, Mak Ngah pergilah,¡± jawapku
¡°kau bila nak pegi ke umah aku? Sombong anaka-anak saudara la ni,¡± kata Mak Ngah.
¡°Maaflah Mak Ngah, Insya allah, panjang umur sampai, lagi pun saya cuti pendek saja, rumah adik beradik di kampung ini pun belum habis ziarah lagi,¡±
aku cuba mematikan cakap Mak Ngah.
¡°Tenguk anak cucu Mak Ngah, seorang pun tak pernah datang,
Mak Ngah seorang saja terhegeh-hegeh datang, mereka haram seorang pun tak menjelma,¡± sampok Saad, seperti menyekong aku.
¡°Ahh, Mereka kata lecerlah datang kampung ini, air susah, api tak ada, kereta nak masuk pun susah, kalau ujan jalan pula becak,¡± kata Mak Ngah sambil berjalan menuju ke pintu..
bersambung siri ke 7
SIRAH RASULLULLAH
1.3.NAZAR ABDUL MUTALIB
Nazar Abdul Mutalib jika dia dapat mencari dan mengali air di telaga zam-zam , salah seorang anaknya yang 10 orang itu akan dikorbankan.
Kaum Judzeah telah memberi kuasa kepada Abdul Mutalib menjaga Kaabah yang terletak di antara dua gereja Nailah dan Habal,tiga kali dia bermimpi, bila kaum khuraish dilanda kemarau panjang, dalam mimpi itu, ada gambaran menyatakan tempat yang perlu dicari, ada sekumpulan semut putih dan saekor gagak berparuh putih bermain di sekitar itu.
Abdul Mutalib bersama salah seorang anaknya Haris, setiap hari pergi mencari dan mengali tanah disekitar yang dikira ada tanda dalam mimpinya, orang quraish tidak mahu menolong , mengangap mereka dua beranak gila buat kerja yang sia-sia, setelah beratus ribu tahun, mana ada lagi telaga zam-zam.
Dengan izin Allah dia berjaya memperolehi telaga zam-zam itu, menjadikan hatinya cukup gembira bersama penduduk Quraish itu,seketika dia pun terkenang akan janjinya untuk menyebeleh salah seorang anak lelakinya yang 10 orang itu.
Apabila dibuat undian anak panah yang paling pendek sekali dalam sarungnya, masih juga jatuh kepada anak busunya yang bernama Abdullah.walau pun beberapa kali undian dibuatnya.
Sewaktu upacara hendak dijalankan, kaum Quraish berasa kesian mereka mencadang sangup menganti dengan 11 ekor unta sebagai cagaran mengantikan Abdullah. Abdul Mutalib pun bersetuju...
Bersambung lagi
ada bersambung jgk cerita dlm ni
rupanya ada cerpen x perasan pun sebelum ni
sajak pasal binatang pun pena buat?
macam sajak kanak2 plak sbb cerita pasal binatang
mcm ada maksud tersirat sajak binatang ni
sajak psl perbandingan dua haiwan ke? boleh tahan jgk
mcm sajak sinis je psl binatang ni
sajak binatang ni psl apa kehidupan manusia ke
ada 2 cerpen plak dlm ni makin menarik
sambung lagi best jgk cerpen ni
alamak! tgh syok baca ada sambung plak cerpen ni
ada lagi x sambung cerpen
dalam ni qalam x lps sajak plak
mana qalam kenapa x ulas 24 semua trus sajak bru la cepat habis
cerpen agak menarik
nampaknya anak murid dia smua teka x betol pandai ghazali ni wat teka teki
rasa mcm ada berbaur tentang politik antara dua pemerintah sajak serigala ni pada pandangan saya la
Tiga org dapat menangkap maksud apa yg tersirat dan tersurat, kalau nak buat sajak sinis jangan buat dengan lontaran yang tepat , biarkanlah bersimbolik sikit pengucapakan sebaiknya ada membawa dua makna.
Makasih Sarjan Husin,Keris Belian,dan Bayangan Illustrasi.
Selamat QM.
Catat Ulasan