Khamis, 27 Disember 2018

ORANG BERIMAN AHLI SYURGA




ORANG BERIMAN AHLI SYURGA

Allah S.W.T telah menafikan
Andaian orang Yahudi penyeksaan Allah itu
Cuma sekejap sahaja kemudian masuk syurga

Sebenarnya:
Allah masukkan seorang itu
ke dalam Syurga atau neraka jahanam
Adalah mengikut amalan mereka di dunia dahulu
Sesungguhnya orang yang beriman dan Salleh
Merekalah orang yang layak masuk ke syurga Alah S.W.T.

Amaran Allah’:
Berbuat baiklah di antara kamu
Kepada ibu bapa dan kaum keluarga
Hormatilah orang lain bercakap  yang baik-baik
Bantulah orang miskin anak yatim dan golongan fakir
Hendaklah kamu mendirikan solat dan keluarkan zakat harta.

Larangan Allah:
Jangan lakukan perkara serik
Wahai kaum Bani Israel dan umat Islam
Sepatutnya mengambil berat mentaati Allah S.W.T
Kemudian hubung kan tali silaratulrahim dan khalayak
Inilah satu amaran dan larangan yang menciptakan manusia.

Oleh Qalam Mutiara,
Catatan jam 5.50 pagi
Tarikh Khamis 20hb Disember 2018.

Tiada ulasan: