BILA SENJA BERLABUH
Bila senja berlabuh
Aku sering termangu dan
terharu
Pembilang waktu menghitung
usia yang berlalu
Gemercik kekerdilan hati
yang menghayati kehidupan selama ini
Di mana aku dan kehidupan
saling membicara kan tentang kisah susah dan senang.
Kini persis fasrah
Bahawa kehidupan yang dilalui
ini
Penuh dengan onak ranjau
dan duri penyeksaan
Sebagai satu ujian menilai
keimanan untuk kita calon ke dua pintu
Jikalau tersalah pilih dan
sengaja membiarkan diri hanyut tanpa kawalan keimanan.
Janganlah hairan!
Jikalau di hari
kebangkitan nanti
Kita didapati bergelumang
dengan dosa dan noda
Maka itulah penghayatan dan
amalam kita semasa di dunia dahulu
Di ketika itu rasa
penyesalan dan mengharap pengampunan tidak guna dan bererti lagi.
Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam9.50 malam
Hari Khamis Tarikh 6hb
November 2018.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan