Rabu, 26 Disember 2018

KEBENCIAN KIAN MERESAP




 KEBENCIAN KIAN MERESAP

Penyakit kecelaruan minda
Pernah menyerang  hati rakyat jelata
Di atas janji dan manifesto yang luar biasa itu
Kini kian menjalar dan mencekam hati nurani para pengundi
Setelah mereka berkuasa semua janji mereka gagal melaksanakannya?

Kini pengundi yang tertipu
Mulai rasa kebencian yang kian menjalar
Sedikit demi sedikit  kepada penguasa pemerintah
Disebabkan kesusahan dan keperitan yang kian menghimpit
Kepada rakyat jelata yang pernah senang dan mewah bertukar corak?

Ada yang telah bercadang
Lima tahun lagi kira tukar pula kuasa ini
Kerana pemimpin yang berkuasa berjanji berdusta
Jangan membiarkan agama bangsa negara terus  tergadai
Serah kembali kepada yang lebih layak adil  saksama pemerintahannya.

Oleh: Pena Utara,
Catatan jam 5.45 pagi
Selasa Tarikh 25hb Disember 018.

Tiada ulasan: