Isnin, 10 Disember 2018

ALLAH MEMBENARKAN MAKAN MINUM





ALLAH MEMBENARKAN MAKAN MINUM

Masuklah Al Qariah
bandar atau pun kampong
Memasuki Baidul Makdis dengan Selamat
Makan dan minumlah dengan mengembirakan hati
Masuklah dengan menundukkan kepala atau sujud tanda bersyukur.

Begitulah caranya
Setiap kali kita mendapat
Apa sahaja kejayaan dan nikmat diberikan
Tetapi janganlah kita pasyik kufur dengan nikmat
Bukan melakukan satu kezaliman atau lupa melakukan keampunan.

Tetapi bani Israil
Telah mempermainkan
Akan segala perintah yang  Allah  berikan
Ternyata begitulah sikap keji menjijikkan bani Israil
Sehingga kini menjadi pengajaran buat kita sebagai akhir zaman .

Oleh Pena Utara,
Catatan jam 5.  pagi
Rabu 28hb November 2018.

Tiada ulasan: