Khamis, 27 Disember 2018

KITA SEBENARNYA LUPA?




KITA SEBENARNYA LUPA? 



Sajak spontan,
kita sebenarnya lupa
Pada perangkap menjerat bangsa?
Bertahun lama,
Sudah pun dipasang
Agenda utama memecah belahkan?
Kini telah terbukti
Bila melayu pecah lima
Hilang kuasa di dewan yang mulia ?
Sebenarnya kita
Bangsa sentiasa kawan
Mudah lupa lihat kebendaan dunia?
Kini perlukah kita
Menangis dan bersedih
Setelah bersetuju rela memberi kuasa? 

Oleh Pensel Kontot
Catatan setelah  sarapan pagi
Khamis  27/12/2018.

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...


Puisi catatan Pensel kontot ? Pengucapannya sangat mudah dan sesiapa sahaja dapat menangkap apa yang tersurat dan tersirat mengikut situasi keadaan semasa di negara kita kini >

Makasih Qalam Mutiarea .