Khamis, 27 Disember 2018

JUAL AKHIRAT UNTUK KEPENTINGAN DUNIA





JUAL AKHIRAT UNTUK KEPENTINGAN DUNIA
-untuk renungan penyokong ahli pas yg jadi amanah


Lihatlah hari ini
Dunia barat mentertawakan
Pengaruh kebendaan buat parti islam
berani mencabar telah mengatasi segalanya.
susah menilai keperibadian bergelar tokoh agama.

Ada surau untuk ibadat
diruntuhnya untuk dijadikan
pusat  tapak  perniagaan keuntungan
mungkin memberi pulangan kesenangan berabad
beginilah nilai hati budi manusia bila telah berkuasa.

Ada perbicaraan jenayah
ternyata didapati sah dan salah
masih juga ditangguh bertahun lamanya
malah diputar belitkan segala fakta untuk selamat
terasa di permainan peradaban undang-undang ditetapkan.

Ada kelakuan kemaksiatan
terlalu kotor onak dan mungkar
tapi hak kebebasan di lepas dibebaskan
kerana Islam bukan menentukan hak kebebasan.
Buat undang syariah hanya untuk penganutnya sahaja

Zina dan hubungan sejenis
telah menjadi perkara terlalu biasa
malah ada perhimpunan haram dihalalkan
kisah petualang negara digelar hero negara pula
tetapi untuk betul akidah umat Islam diketepikan saja..

Oleh: Suara Pulau,
Teratak bernaung di hujung pulau.
Catatan dikirimkan pagi hari 15hb November 2011.

Tiada ulasan: