Rabu, 26 Disember 2018

ISLAM BERMULA DENGAN AKHLAK




ISLAM BERMULA DENGAN AKHLAK

Adakah Islam itu berbeza ?
Orang Islam dahulu dengan hari ini ?
Kerana terlalu banyak dan jauh perbezaannya ?
Di manakah salah dan silapnya umat Islam akhir zaman ini ?
Nilai-nilai akhlak yang mulia semua bagaikan hanyut entah ke mana ?

Islam dahulu zaman nabi.
Akhlak diutamakan dalam diri ini
Jika orang susah kita bantu apa yang mampu
Bukannya kita hina dan maki hamun dan caci mencacinya
Bukan orang kaya raya sahaja kita sanjung dan menghotrmatinya?

Kini ternyata akhlak kita
Telah jauh berbeza nampaknya
Ramai memilih bulu pangkat dan kedudukan
Orang kaya di sanjungi kerana ada habuan yang dicarinya
Orang fakir dan miskin di pandang rendah di caci dihina setiap masa?

Oleh Pena Utara
Catatan jam 5.50 pagi
Tarikh Rabu 26hb Disember 2018.

Tiada ulasan: