Rabu, 26 Disember 2018

APA SUDAH JADI KINI SUDAH KALAH PECAH LAGI?





.APA SUDAH JADI KINI SUDAH KALAH PECAH LAGI?

Bila orang melayu
Partinya pecah lima dan enam
Kabinet pun berubah tempat dan kedudukan
Walaupun orang melayu lebih ramai disebabkan kekalahan
Menjadikan kerusi dalam dewan yang mulia bukan bumi lebih ramai.
Malah sudah kalah dalam dewan orang Melayu jadi Pembangkang pun pecah lagi ?

Inilah suara PH
Parti gabungan pembangkang
Kini berjaya berkuasa yang rakyat harapkan
Dengan sinonim slogan kata ini kali lah kita tukar dan ubah 
Kini orang melayu perlulah musibah diri dan akur dengan keputusan.
Bila ada dua parti orang melayu majoritinya jadi Pembangkang dalam negara ini?

Nasib kita kini
Di tangan orang melayu sendiri
Kerana kita yang pilih dan kita yang pangkah
Setelah kita terperangkap dengan manifesto yang luar biasa
Terima sajalah dengan penuh harapan baik atau buruknya nasib kita.
Semua  ini adalah usaha kita sendiri mencoraknya dengan menjadi boneka sahaja?

Oleh Suara Pulau
Catatan jam 3.40 petang
Tarikh  asal 15hb Mei  2018 . Tulis semula 26/12/18.                                     

Tiada ulasan: