Sabtu, 12 September 2015

WAJAH WAJAH HARI MALAYSIA



WAJAH_WAJAH HARI MALAYSIA

Wajah-wajah hari Malaysia!
Kini rakyat 1 Malaysia telah banyak merubah corak
Anak muda jadi penghijrah membanjiri kota raya
Memburu pekerjaan dalam projek pembangunan negara
Bekerja sebagai pegawai am, perniagaan dan di  perindustrian.


Wajah-wajah hari Malaysia!
Kini arus kemajuan dan kemodenan telah lama meresap
Di daerah kota dan juga pendalaman dari Perlis sampai Sabah
Mengubah kehidupan petani, nelayan, penternak dan perusahaan
Untuk tidak ketinggalan menikmati kemajuan globasasi pembangunan.


Wajah-wajah hari  Malaysia!
kewujudanmu tiada sia-sia pada anak rumpun bangsa Malaysia
Kini mereka bertambah mengerti  menilai negara sedang menuju jaya
Membentuk kehidupan  yang penuh mencabar  budaya dan minda
Rakyat akan melalui zaman  IT siber jaya  dan teknologi digital terkini.

Oleh: Nuri manja,
Rajang, Sarikei 19, Ogos, 1982 Dikemas kini kembali
Catatan Semasa berada di bumi Kenyalang. Gambar hiasan.


5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

APAKAH PAS HARI INI TELAH BERJAYA?
BOLEH MENJAWAP KEMELUT PERTANYAAN?

Apakah PAS kini telah Berjaya membawa fahaman liberalisme yang diharapkan Anwar Ibrahim untuk menguasai PAS setelah Mat Sabu Berjaya dengan kemenangan tipis? Dengan mengenepikan seorang MB Kelantan – mengatasi fahaman agama atau ulamak yang jadi jatidiri PAS sejak sekian lama diwarisi, Ternyata kini terukai ? .Apakah ahli perwakilan PAS semacam menolak kefahaman Pak2 Ustaz dan tokoh ulamak seperti Pak Ustaz Harun Din yang dijangkakan menganti mursidulam PAS lainnya gagal..

Cuma Pandangan luar sahaja.

nurimanja49@gmail.com berkata...

BICARA PAGI NGIRUP SECAWAN KOPI

Assalamualaikum sahabat Fb!
Semoga hari ini lebih ceria dari semalam .

Bersyukurlah bila hidung masih lagi menyedut udara Allah , nafas masih lagi turun naik dan selera masih lagi ada deria rasa , manis , masam , masim , pahit, tawar, Jika ini semua direntap maka terlantarlah kita di rumah sakit , menunggu masa sahaja untuk dijemput kembali semula kepangkuan Ilahi.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Memkirkan soal ini banyak2lah kita perlu bersyukur, jangan menafikan hak yang Allah berikan melalui pemerentah yang memimpinnya telah banyak berjasa , bekorban masa, waktu, wang dan sebagainya . Tetapi kini bila datang pemimpin odar baru , amat berbeza nampaknya, baru sahaja menguasai tapuk kepimpinan pemerentahan, apa yang mereka fikirkan gaji dan elaun lebih tinggi untuk peribadi yang menjadi habuan utama dari segalanya .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Sebaiknya tinggallah sebuah sejarah yang mencantikkan buat renungan genarasi kemudian hari
Bukannya mencatat sejarah yang menghodohkan sejarah tanah air . bila dimaki hamun genarasi di kemudian hari.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Catatan dari meja penulis.


Dimana janji yang ditaburkan adakah keraguan dan kerisauan telah menyerang benak hati mereka? Apa bila melihat Perak dan Kedah sudah terlepas . maka justeruitu peluang yang ada didepan mata jangan lagi dilepaskan . Semoga rakyat dapat menilai jika lebih ramai pemimpin sebegini rupa …Bukan sahaja rakyat menjadi papa malah negeri atau negara juga juga boleh jadi kedana akibatnya ., jika semua penjawat awan juga ingin menuntut sadikit kenaikan yang sama .