PESTA ARAFAH
Dinihari
Di padangmu
banjir lagi Arafah
Dengan pesta
pencukup rukun
Hadir dari
pelusuk seluruh dunia
Dalam satu
perhimpunan Pesta Agung
Kerana di sini tiada lagi beza dan kasta
Cuma
mengabedi diri dibawah seruan Ilahi
Bersama suara
kudus yang bergema sama
Pada hati
tersisip rasa insaf dan parah
Dinihari
Dipadangmu
banjir lagi Arafah
Dalam pesta
suka duka bergema sama
Di hati
mengalir darah cuci murni
Sujud dan tawaduk pada Allah yang Esa
Di sini tiada
lagi beza kulit dan rupa
Di sini tiada
lagi miskin dan kaya
Di sini tiada
lagi darjat dan pangkat
Di sini Cuma
satu penilaian
Rasa
ketinggian iman dan takwa
Oleh;
Nuri manja,
Teluk Kumbar 21\9\98
Sdutan drp Antologi Lagenda citranuri.
Puasa di hari arafah 9 Zulhijzah dapat
menghapus kan dosa-dosa kita di tahun ini dan tahun lepas
5 ulasan:
Hari raya Qurban biasanya menyikap kembali kisah dua anak nabi Adam habil dan Qabil merebut seorang saudaranya perempuan yang bernama Akhlima .
Bila Allah memerentah mereka membawa hadiah utk menilai keimanan dan pengorbanan mereka mengikut pekerjaan mereka . Habil membawa buah-buah yang agak kurang menarik dan Qabil membawa sekor kambing yang sihat dan gemuk utuk di hadiahkan .
Allah menerima hadiah yang baik daripada Qabil . menjadikan dia layak memperiusterikan Aklima . Lalu timbullah rasa cemburu dan tidak puas hati dalam hati Habil.
lalu dibunuhnya saudaranya Qabil dengan memhempapakan seketul batu di kepala maka matilah Qabil merupakan peristiwa pertama kematian . lantas Habil menjadi begung utk diletakan kemana mayat Qabil ini?
lalu Allah SWT mengutus dua ekor gagak yg berkelahi dan bila mati salah sekor drpnya dia menanamkan rakannya itu . Maka Habil pun mengikuti apa yang telah dilakukan oleh burung gagak itu.
Catat Ulasan