Isnin, 21 September 2015

ORANG ISLAM SEPATUTNYA CONTOHI NABI MUHAMAD S.A.W.




ORANG ISLAM SEPATUTNYA CONTOHI NABI MUHAMAD S.A.W.


Nabi Muhamad S.A.W di lahir kan  sebagai contoh kepada manusia
Sepatutnya lah dalam kehidupan ini kita  bersikap sederhana sahaja
Amalkan budaya tolak ansur, hormat bantu membantu sesama kita
Sepatutnya lah kita berkasih sayang agar orang lain kasih kan kita
Jangan buruk sangka tidak akan wujudnya perpaduan sesama kita
Sebaiknya ikhlasan hati dan Allah S.W.T akan membantu kehidupan kita.

Selamat hari Malaysia dalam usaha mengekalkan sehati dan sejiwa
Perpaduan merupakan asas utama dalam sebuah Negara Malaysia
Dengan masyarakat yang hidup berbilang kaum bangsa dan agama.
Janganlah dibesarkan sangat pendapat yang berbeza di antara kita
Apa yang penting keikhlasan hati , luhur, dan ikhlas itulah amalan kita
Agar tidak ada di antara rakyat kita yang rasa terpinggir dan terhina

Tetapi apa yang menhairankan kita umat Islam melakukan sebaliknya
Orang Islam lah buang anak di longkang, tong sampah dan depan masjid
Jika orang Islam bergaduh, hasad dengki, bertelagah sesama sendiri
Bagaimana untuk dihormati oleh orang lain kepada maruah bangsa kita
Sedangkan kita setiap hari solat dan berdoa kepada Allah yang Maha Esa.
Mengapa kita tidak amalkan sikap yang ditunjukkan oleh Nabi Muhamad S.A.W.?

Oleh: Nuri Manja,
15  September 2015
Catatan Selasa jam 7.35 pagi


5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Nabi diutusan memberi rahmat sekelian alam. dan sebaik-baik akhlak contohilah akhlak Nabi Muhamad rasullullah alaihisalam.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Tetapi kita yang mengaku orang Islam , kita jyugalah yang melakukan kerja onar dan mungkar. melakukan kerja kemaksiatan , minum arak, berrjudi, berzina , buang anak , hasad dengki , beradu domba dan sebagainya.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Sebab itu bangsa lain dan beragama lain memandang rendah pada bangsa kita orang Melayu yang beragama Islam kerana sikap dan gaya hidup kita cukup mewncewlarukan minda .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Yang tua dengan cara mereka yang muda pula terlalu bebas pula nampaknya. agama dan ulama dipermainkan kerana mengejar kedudukan, pangkat , nama dan kuasa sehingga sanggup melakukan apa sahaja .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Ternyata rukun Iman dan rukun Islam masih longgar dan kefahaman aqidah masih belum dapat keyakinan yang sebenar . Ramai yg langsung tidak tahu sifat-sifat 20 Allah SWT , yang wajib, mustahil dan harus begitu juga dg sifat nabi Muhamad SAW.