JANGAN BIARKAN ANGKARA TERLALU SANGAT
Demi negara kita Malaysia tercinta,
Jangan biarkan angkara terlalu sangat
Dari yak jud wa mak jud meracuni pemikiran
Sehingga sanggup hilang pegangan agama
Terlalu hebat menjadi virus makhluk perosak
Menyerang parah pada kecelaruan minda
Menjadikan kita semua tidak rasa rasional lagi…
Bukankah selama ini dunia mengetahui
Perpaduan , kemesraan wujud di kalangan bangsa
Sesama kita menghormati dan mentaati negara
Mengapa kita mengikut rentak tarian mengelirukan
Dari rasa hasad dengki dan dendam kesumat,
Semoga kita tidak terjebak sebagai pengkhianat.
Ingin merosakkan masa depan genarasi muda kita.
Oleh; Nuri manja,
Desa Bernaung, Tanjung Nipis,
Kuala kurau, Perak.
Siar kembali September 2015
5 ulasan:
Kita sebagai rakyat yang citakan perpaduan dan keamanan jangan biarkan angkara berluasan sangat. Angkara pihak teretentu yang ingin mengasut dan beradu domba. oleh kerana terlalu mabuk kuasa.
Lihat apa jadi dengan negara2 jiran kita yang sering saja berbalah dan berseleseh pendapat hingga negara sendiri jadi rosak binasa.
Kemusnahan sentiasa menunggu kita , Jika pihak berkuasa terlalu berlembut dan membiarkan angkara berluasa seperti propaganda, tohmah dan fitnah ke atas pemimpin yang belum tentu kesahihannnya sebelum ditentukan oleh mahkamah amat merbahaya .
Diu kalangan manusia ini ada jin dan syaitan yang suka mengasut dan beradu domba, perasaan hasat dengki , tamak haloba dan mabuk kuasa tidak boleh di pisahkan dari hati manusia , maka mereka sanggup melakukan apa sahaja.
Justeruitu Kerajaan yang memerentah perlu tegas dengan makhluk perosak bangsa , agama dan negara ini, jika dikatakan haram jangan buat, jika mereka lakukan juga, tidak ada tolak ansur lagi. Katakan pada mereka perentah ASgong kena denda 10 kali lipat sebagai pengajaran untuk yg lain.
Catat Ulasan