PERKEMBANGAN SIHAT ATAU MELARAT
Satu cerita yang kurang menarik
Bila melayu mulai berlumba berpecah
belah
Satu demi satu parti orang melayu
mulai merudum
Sehingga hilang rasa kematangan yang
kita harapkan
Bila PAS berpecah , kini UMNO pula
pecah lagi selepas PKR.
Apa pun yang menjadi persoalan
Orang kita lebih rasa meluat pada
parti-parti
Seperhan yang dahulu ketua pemimpin
yang dipuja
Kini mungkin sebelah mata pun susah
untuk melihatnya
Kerana penyakit mabuk kuasa telah
menjadi penyakit GILA.
Sebenarnya ada rasa merugikan
Orang melayu sendiri hilang
penghormat kini
Terutama puak yang ada kroni tamak
halubanya
Sengaja merebut segala kenikmatan
yang berlebihan
Dalam kehidupan yang mungkin
bertuhankan KEBENDAAN.
Oleh : Suara Pulau,
Catatan jam 7.50 pagi
Tarikh: Hari Khamis 11hb Ogos 2016
1 ulasan:
Kita kini sudah merdeka perlulah mencari dan berbincang dalam perkembangan yang sihat bukan mengujudkan keadaan yang melarat .
Catat Ulasan