Rabu, 24 Ogos 2016

MEMANG TIDAK MENGERTI MENILAI






MEMANG TIDAK MENGERTI MENILAI

Bangsa kita kini
Memang tidak mengerti menilai
Rezeki yang Allah S.W.T berikan tanpa disedari
Atas ketaatan kita kepadanya sebagai Syiah di surau
Setelah bertahun menjadi tukang azan lima waktu sehari semalam.

Adakah takdir ini
Kini kita memilih semula hidup
Tinggal kembali di Kampung halaman sendiri
Jual rumah dapat percuma  dan warung kecil di tepi jalan
Dengan harga cuma RM75,000 bolehkah buat rumah baru Kampung?

Mudah lupa kini ?
Dahulu kita merantau berkahwin
Puluhan tahun jadi penduduk tanah setinggan
Bila tanah kena projek perumahan kita dapat percuma
Kini kita jual kepada orang lain kembali jadi penghuni Kampung semula.


Oleh : Qalam Mutiara,
Catatan jam 6.50  pagi
Tarikh: Hari Rabu 10hb Ogos 2016


1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Sesekali manusia bangsa kita ini memang tidak keluar daripada kepompong , setelah merantau puluhan tahun ada rezeki mengubah kjehidupan dari belenggu kesusahan , bila ada orang pujuk atau tidak setuju dgn jiran jual segala rumah dan kedai balik duduk kampung semula ...