Sayembara puisi oktober tempat ke 5 2012
Pada
saat zaman berganti
kehidupan menjadi abadi
dunia akan di huni kembali
disini aku melihat bumi yang lalu
penuh dengan tindakan merayu
waktu berjalan tiap detik hati ini
geram akan cacian tajam dan sinis
bagaikan sampah selalu diabaikan
aku sungguh lelah penuh kesukaran
kini aku menungguNya
mengadili dunia yang kini tertawa
Oleh: Fatimah Zahrah
sajak apabila dunia akan berakhir/30 Oktober 2012 11:56 PG
kehidupan menjadi abadi
dunia akan di huni kembali
disini aku melihat bumi yang lalu
penuh dengan tindakan merayu
waktu berjalan tiap detik hati ini
geram akan cacian tajam dan sinis
bagaikan sampah selalu diabaikan
aku sungguh lelah penuh kesukaran
kini aku menungguNya
mengadili dunia yang kini tertawa
Oleh: Fatimah Zahrah
sajak apabila dunia akan berakhir/30 Oktober 2012 11:56 PG
35 ulasan:
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG OKTOBER2012
PUSINGAN AKHIR PENENTUAN
Sdri/Pn Fatimah Zahrah tahniah! buat pertama kali berjaya terpilih ke pusingan akhir penentuan dengan sajaknya yang bertajuk: TERBANG KE SYURGA Tema sajak menarik ketuhanan Cuma tajuk kurang bersesuaian nampaknya.Pengucapannya juga sadikit perlu diperbaiki lagi. Bahasa bersahaja punya artinya tersendiri. Mesejnya menceritakan tentang hari kebangkitan di hari qiamat. Cuma cara penyampaiannya sadikit mengelirukan sekadar diberi tempat ke lima sahaja (5)
4 buah sajak pusingan kedua suku akhir untuk KUM 1
KUMPULAN 1
1.WAJAH IBU-Abdullah Sani (LSS)
2.LARANGAN TUHAN- Raja Munirah (LSS)
3PERIH LUKA- Petualang Tiga (TBD)
4.SEJARAH DIHATI -Supain Sipaun (TBD)
Thaniah!
KUMPULAN 1
WAJAH IBU (LSS)
ku pandang wajah ibu penuh terharu
padanya terlakar sekolam lesu
padanya jua terlukis selaut resah
tercoret perasaan rindu mendalam
tidak sekaliku dengar rasa kesah
menyesali takdir menyesali suratan
cuma ada hanya segaris keluhan
mengenang kehidupan masa depan…
Oleh: Abdullah sani
sajak tentang pengorbanan
Machang Bubuk 9.1.2012/24 Disember 2012 2:40 PTG
PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.
UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.
Sdra. Addullah Sani kini muncul kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: WAJAH IBU Tema sajak tentang pengorbanan nampaknya. Pengucapannya, ada sadikit penambahan dan bersahaja penuh peringatan namun punya artinya yang tersendiri. Mesejnya menyentuh tentang pengorbanan seorang ibu yang tak bisa mengeloh atau resah gelisah membesar dan mendidik anak-anaknya dengan penuh kerelaan hatinya demi masa depan. Cuma andaian..Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)
2.LARANGAN TUHAN (LSS)
Islam tidak melarang membangun
jika mampu bangunlah
Tapi mengapa mahu derhaka
Islam membenarkan berkemajuan,
tetapi mengapa berkemajuanmu
hadir bersama kederhakaan?
Gunakanlah kebebasan yang diberi
tetapi jangan merobek hak manusia
hingga melanggar larangan Tuhan,
Oleh: Raja Munirah
sajak peringatan buat semua
Ipoh 3.2.2012/24 Disember 2012 2:47 PTG
PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.
UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.
Sdri/Pn.. Raja Munirah kini kembali dengan mengetengahkan sajak ayahndanya yang bertajuk: LARANGAN TUHAN Tema sajak peringatanbuat semua nampaknya. Pengucapannya, bersahaja penuh dengan peringatan untuk semua rakyat Malaysia dan punya artinya yang tersendiri. Mesejnya menyentuh soal isu semasa politik agaknya bila keadaan tidak siuman dan penderhakaan cuba dilakukan sehingga mencabar larangan Allah swt Ini pastinya dianggap satu penyelewengan kebebasan dan perlu dibendung dan ditangani segera. . Cuma andaian..Apa pun layak terpilih untuk sayembara seterusnya (LSS)
3.PERIH LUKA (TBD)
Ketikaku terjebak dalam perih luka
Aku menjerit untuk menahan pedihnya
Ketika aku terkulai tak berdaya
Aku terlelap untuk melupakannya
Setiap ukiran kekecewaan terpahat
Tak pernah ku mengenangkannya lagi
Petualang Tiga
sajak kekecewaan setelah putus tunang xda ilham nk buat sajak lain jd sy buat sajak jiwa2 Sungai Wang 21.12.2012/24 Disember 2012 2:52 PTG
PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.
UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.
Sdra Petualang Tiga kini kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: PERIH LUKA Thema sajak sedih kecewa katanya. Pengucapannya agak bersahaja penuh keluhan dan kekecewaan , Mesejnya tentang kehidupan seharian orang muda punya biasa yang dilaluinya dalam kehidupan ini Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)
4. DIHATI (TBD)
Bolehkah aku berharap?
Ada namaku kembali
Bolehkah aku memohon?
mengingat wajahku dimimpi indah
Walau sebentar kembali mengobati
Rayuan manis mengulas senyum
Sudah cukup ia hanyalah sejarah
sejarah terindah dalam hatiku
perkara yang paling berbekas
Supain Sipaun
sajak jiwa2 lagi? hehe lgpn xda idea nk buat sajak lain dlu sy menang sajak jiwa2 hrp2 kali ni menang jgk Bayan Baru 8.11.2012/24 Disember 2012 2:57 PTG
PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.
UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.
Sdra Supian Sipaun kini kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: SEJARAH DI HATI Thema sajak jiwa2 katanya.Pengucapannya terlalu biasa perlu diperbaiki lagi pada keseluruhanya , namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya cerita biasa tentang kehidupan seharian orang muda punya biasa yang dilaluinya Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)
kenapa qalam pnggil sy puan? hehehe belum kawin lagi umur pun bru 22... hehehe
terima kasih qalam sbb adjust sikit sajak sy sbb sblm ni mmg agak tunggang langgangs ikit nk cepat masa tu
terima kasih la qalam benar ulasan anda tu mmg campur politik sikit ayah kata
untung la dorg berdua masuk kumpulan ni senang menang
kumpulan 2 sapa plak nanti
eh! semua anak murid en nuri dh tersingkir ke
BANGKAI HANYIR
AKU BAGAI SEONGGOK BATU HITAM
DALAMEREMANG MALAM
DIKELILINGI KEPULAN ASAP MENGGUMPAL
DI TENGAH HUTAN BELANTARA
POHON TERBAKAR DAN TUMBANG
TERJAJAR BERSAMA BANGKAI
BERTEMAN NAFSU DUNIAWI
MENYEBARKAN BAU HANYIR DAN HANGIT
MENERKAM DUNIA HINGGA KE DALAM MIMPI TAK PERNAH BERTEPI
Santantee Krisnasari
sajak simbolik dari ayah saudara "deraman nusa" yang berasal dari bandung 7.8.2012
MONITOR PC
Malam ini aku hanya bisa terpaku
memandang monitor pc
hanya jari jemari menulis
bermain didalam kata kata
hati tetap membisu
tak ada senyum dalam diri
bagaikan ini hari terakhir
ku menatap monitor pc
Muhamad AKmal
sajak tak ada idea smabil menghadap pc nak tulis sajak akhirnya tulis je sajak psl pc hehehe Kuala Sepetang 8.12.2012
ANDAI WAKTU BERJALAN
Andaikan waktu berjalan hari ini
Adalah waktu yang terahir bagiku
Aku jadikan hari ini
adalah hari yang menyenangkan
Andai esok tak lagi menyapaku
Ku ingin selalu mengenang masa lalu
Andai sang suria tak lagi tersenyum
Andai bintang tak lagi bersinar
Jikalau jiwa ini tak lagi menyatu
Tok Tam
sajak terkenang
Kota Sarang Semut 2.10.2012
INDAHNYA QALAMMU
Indahnya kalamMu
Ku tenggelam dengan syahduMu,
Tutur bahasaMu menikam kalbu
indahmu pengubat rindu
kias lirikMu selembut baldu
begitu cantik agung namamu
Pendekar Waja
sajak tentang al-quran
hutan lipur 16.6.2012
sajak kumpulan 2 dilepaskan.... maaf chatbox ada prob apa2 hal semua chating kat ulasan
aik chatbox prob plak ke
kdg2 ada prob sikit chatbox tu
boleh ke hbis sayembara ni sebelum 2013?
rasanya terlajak smpai 2013 jgk ni
baru kumpulan 2 ke? sah terlajak smpai 2013 rasanya ni
5.BAGAIKAN BANGKAI HANYIR (LSS)
AKU BAGAI SELONGGOK BATU HITAM
DALAM RESAH REMANG MALAM
DIKELILINGI KEPULAN ASAP MENGGUMPAL
DI TENGAH HUTAN BELANTARA
POHON TERBAKAR DAN TUMBANG
TERJAJAR BERSAMA BANGKAI
BERTEMAN NAFSU DUNIAWI
MENYEBARKAN BAU HANYIR DAN HANGIT
MENERKAM DUNIA HINGGA KE DALAM
MIMPI-MIMPIKU YANG TAK BERTEPI
Oleh: Santantee Krisnasari
sajak simbolik dari ayah saudara "deraman nusa" yang berasal dari bandung 7.8.2012/25 Disember 2012 2:26 PTG
PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.
UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.
Sdri/Pn Santantee Krisnadari thahmniah kerana kembali lagi dengan mengetengahkan sajak ayah saudarandanya dari Bandung yang bertajuk: BAGAI BANGKAI HANYIR Tema sajak bersimbolik pula nampaknya. Pengucapannya, penuh dengan simbolik ada juga terasa sebagai sinis tajam dan punya artinya yang tersendiri dan tersendiri Mesejnya menyentuh soal kehidupan setempat, dimana keadaan buruk yang agak mencengkan bagaikan tidak ada berkesudahan.Cuma andaian..Apa pun layak terpilih untuk sayembara seterusnya (LSS)
6.MONITOR PC (TBD)
Malam ini aku hanya bisa terpaku
memandang monitor pc
hanya jari jemari menulis
bermain didalam kata kata
hati tetap membisu
tak ada senyum dalam diri
bagaikan ini hari terakhir
ku menatap monitor pc
Oleh: Muhamad AKmal
sajak tak ada idea smabil menghadap pc nak tulis sajak akhirnya tulis je sajak psl pc hehehe Kuala Sepetang 8.12.2012/25 Disember 2012 2:41 PTG
PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.
UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.
Sdra Muhamad Akmal kini kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: MONITOR PC Thema ketandusan idea katanya.Pengucapannya terlalu biasa perlu diperbaiki lagi pada keseluruhanya , namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya cerita biasa tentang keluhan menunggu ilham yang tidak kunjung tiba di muka monitor pc agaknya ..Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)
7.ANDAI WAKTU BERJALAN (TBD)
Andaikan waktu berjalan hari ini
Adalah waktu yang terahir bagiku
Aku jadikan hari ini
adalah hari yang menyenangkan
Andai esok tak lagi menyapaku
Ku ingin selalu mengenang masa lalu
Andai sang suria tak lagi tersenyum
Andai bintang tak lagi bersinar
Jikalau jiwa ini tak lagi menyatu
Oleh: Tok Tam
sajak terkenang
Kota Sarang Semut 2.10.2012/25 Disember 2012 3:16 PTG
PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.
UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.
Tok Tam kini tampil kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: ANDAI WAKTU BERJALAN Thema sajak Cuma terkenang katanya.Pengucapannya terlalu biasa perlu diperbaiki lagi pada keseluruhanya , namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya cerita biasa tentang kehidupan seharian yang dilaluinya terasa meresahkan penuh dengan andaian sahaja. Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)
8.INDAHNYA QALAMMU (LSS)
Indahnya kalamMu
Ku tenggelam dengan syahduMu,
Tutur bahasaMu menikam kalbu
indahmu pengubat rindu
kias lirikMu selembut baldu
begitu cantik agung namaMu
Oleh: Pendekar Waja
sajak tentang al-quran
hutan lipur 16.6.2012/25 Disember 2012 3:18 PTG
PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.
UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.
Sdra Comando Pendekar Waja Tahniah! kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: INDAHNYA QALAMMU Tema sajak tentang Al Quran nampaknya. Pengucapannya, bersahaja penuh dengan makna untuk semua punya artinya yang tersembunyi dan tersendiri. Mesejnya menyentuh soal qalam Allah yang bila dibaca dengan taramun boleh menenangkan jiwa yang lara. Apatah lagi mengetahu pula maknanya sekali untuk buat pengajaran. Cuma andaian..Apa pun layak terpilih untuk sayembara seterusnya (LSS)
MERPATI TERBANG TINGGI
merpati terbang tinggi menjauhiku
tak mampu ku kejar namun
berat hati harus ku relakan
demi kehidupan yang lebih baik
kini hariku hampa tak dapat
ku sentuh lagi kelembutan
terbanglah merpatu setinggi mungkin
raihlah apa yang ingin kau raih
suatu saat khabarkan
kebahagiaanmu disana
Brader Joe
sajak simbolik
Pasir Salak 9.jun2012
KECERIAN
Hari demi hari bergilir-gilir
dimakan sang waktu
tak terasa rindu semakin meninggi
tanpa terlihat dihadapan
hanya kepadaMu ku pasrahkan
hanya kepadaMu ku titipkan rindu
Ku bertanya dalam hati
biarlah sang waktu yang menjawab
Ku harap selalu dihiasi keceriaan
Doktor Hasmawi
sajak terkenang
Sarawak 19.2.2012
BONGKAH AIS
KESENDIRIAN YANG TAK BERTEPI
SERUNAI BULAN MENYIRATKAN KESEDIHAN
GORESAN HEMBUSAN ANGIN MENERPA
KULANGKAHKAN KAKI MENITI JALAN SETAPAK MENELUSURI JEJAK KERINDUAN
HATI INI TAK SEKOKOH BATU KARANG
JIWAKU TAK SEKERAS KAYU JATI
AKU LAKSANA SEBONGKAH ES
YANG MELELEH SAAT TERKENA PANAS
DAN MENCAIR SAAT TERTIMPA HUJAN
Muhamad Mualim
sajak tentang kehidupan peribadi
Kota Baharu 9.10.2012
MENINDIH
Aku dijalanan terbakar hitam
mungkin tak sehitam nasibku
Kurasakan sebuah kutukan hidup
Aku bersama rembulan yang bersinar
tetapi redup dalam gulita
Menembus gelap malam
mengharungi liku hidup kian perih
bebanan yang kiah menindih
Ayu Manja
Sajak Kekehidupan
Kuala Kurau 8.8.2012
KUMPULAN yang seterusnya aku lps siap2 sbb esk aku ada kerja jadi
aku lps siap2 senang sikit....
HUJUNG DERMAGA
Senja hari ini di ujung dermaga
Denyut jantungku tak henti
Menatap laut seakan tak bertepi
Hati terus bertanya
Berpijakkah kakiku di sana ?
sebelum senja terbenam
mentari pagi akan terdiam
Deru ombak masih menggelegar
walau keras terdengar
tapi sangat jauh sudah ku belajar
Haji Khali
sajak terkenang ketika zaman muda sewaktu jadi navy
Bersaut 9.3.2012
CAHAYA PUTIH
semuanya terpatri pada batu dinding kusam melagukan dosa
cahaya bersinar putih tak
boleh mengubah penat hati disini
aku jatuh dalam lingkaran dosa
tak kunjung sedar
langkah telah terbuat
Mencuba bangkit dalam renungan
bisikan syahdu sudut mataku
bukan sekadar barisan makna indah
Adi marhain
sajak kekesalan sewaktu sebelum islam
Wang Kelian 2.2.2012
DUKA UJIAN
di sini duka ujian dan cobaan
ku alami dan tiada kuasa kuhindari
hari – hari kujalani sendiri
racun kenangan membunuh
diri ini dengan perlahan
tak kuasaaku berlari
dari luka yang bertempang ini
kaki tak kuat berdiri sendiri
tak kuasa menahan gementar
Tok Mahat
sajak kecewa
Melaka 6.sep.2012
IMAGINASI
dikala ku sendiri termenung
tanpa seorang di sisi
detik demi detik mulai merasuk
sehingga ku mulai berkhayal
kepada benda yang tak nyata
aku dapat menjadi apa pun
tanpa ada larangan dan ikatan
tetapi semua hanyalah imajinasi ku
sedang aku masih tetap disini jua
Dam Catur
sajak berkhayal
Taiping 8.5.2012
Catat Ulasan