Rabu, 26 Disember 2012

RELUNG PANASNYA BUMI (6)



Sayembara puisi oktober 2012 Ke 6.


Direlung panasnya bumi
aku temu matahari yang sinari aku.
Menjelma menjadi terang
menghidupkan hela nafas..
Direlung panasnya jiwa
aku temukan api memancarkan
percikan bara yang menusuk
tiap kali sinarnya berubah

Oleh: Nor Amira
sajak simbolik/30 Oktober 2012 11:59 PG



40 ulasan:

Tinta Emas berkata...


SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG OKTOBER2012
PUSINGAN AKHIR PENENTUAN

Sdri/Pn. Nor Amira Thahniah! buat pertama kali berjaya terpilih ke pusingan akhir penentuan dengan sajaknya yang bertajuk: RELUANG PANASNYA BUMI Tema sajak bersimbolik nampaknya. Pengucapannya perlu sadikit pembetulan lagi namun punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam ada rasa tidak puas hati dengan pihak tertentu yang cuba mengharu birukan keadaan.isu semasa.agaknya kita cuma berdoa dan pasrah kepadaNya Amin . Layak diberi tempat ke enam (6)

Tinta Emas berkata...

KUM 2

5.BAGAIKAN BANGKAI HANYIR -Santantee Krisnasari (LSS)
6.MONITOR PC -Muhamad AKmal (TBD)
7.ANDAI WAKTU BERJALAN -Tok Tam (TBD)
8.INDAHNYA QALAMMU -Pendekar Waja (LSS)

Tinta Emas berkata...

Maaf Qalam lewat kebekakangan ini
kurang sihat selepas dia pitam dua tiga hari dulu....

Semacm malas sahaja , banyak tidur.
berjalan sikit banyak peluh. kena banyak puasa ssunat nampaknya dia.
Dia cuma ulas kemudian minta aku yang lepaskan Okey!

Tinta Emas berkata...

Kau nak lepas dua KUM sekali pun tak mengapa .

Qalam kata dia tetap pilih dua orang saja dari 4 orang dalam satu KUM itu.

Okey kalau ada 4 sajak terbaik, terpaksa 2 orang kena tolak juga dan tersingker . Harap maklum...Okey!!

Tinta Emas berkata...


KEPUTUSAN

KUM 3.

9.MERPATI TERBANG TINGGI- Brader Joe (TBD)
10.KECERIAN -Doktor Hasmawi (TBD)
11.BONGKAH AIS- Muhamad Mualim (LSS)
12.MENINDIH - Ayu Manja (LSS)

Tinta Emas berkata...


9.MERPATI TERBANG TINGGI (TBD)

merpati terbang tinggi menjauhiku
tak mampu ku kejar namun
berat hati harus ku relakan
demi kehidupan yang lebih baik
kini hariku hampa tak dapat
ku sentuh lagi kelembutan
terbanglah merpati setinggi mungkin
raihlah apa yang ingin kau raih
suatu saat khabarkan
kebahagiaanmu disana

Oleh: Brader Joe
sajak simbolik
Pasir Salak 9.jun2012/26 Disember 2012 4:11 PTG

PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.

UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.

Sdra Brader Joe kini tampil kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: MERPATI TERBANG TINGGI Thema sajak simbolik tetapi semacam terkenang sesuatu nampaknya Pengucapannya terlalu biasa bersimbolik pada cerita burung merpatinya yang terbang tinggi, namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya cerita biasa tentang kehidupan seharian yang dilaluinya terasa kecewa dan meresahkan bila merpati yang jinak makan di tanggan kini terlepas mencri kebebasannya sendiri.. Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...


10.KECERIAN (TBD)

Hari demi hari bergilir-gilir
dimakan sang waktu
tak terasa rindu semakin meninggi
tanpa terlihat dihadapan
hanya kepadaMu ku pasrahkan
hanya kepadaMu ku titipkan rindu
Ku bertanya dalam hati
biarlah sang waktu yang menjawab
Ku harap selalu dihiasi keceriaan

Oleh: Doktor Hasmawi
sajak terkenang
Sarawak 19.2.2012/26 Disember 2012 4:15 PTG

PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.

UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.

Sdra Doktor Hasmawi kini tampil kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: KECERIAN Thema sajak cuma terkenang katanya.Pengucapannya terlalu biasa perlu sadikit diperbaiki lagi, namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya cerita biasa tentang kehidupan seharian yang dilaluinya terasa penuh ceria al maklumlah sudah menamat kehidupan bujangan bersama isteri tersayang, kini pasrah kepadaNya.. Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...


11.AKU LAKSANA SE BONGKAH AIS (LSS)

KINI AKU KESENDIRIAN YANG TAK BERTEPI
SERUNAI BULAN MENYIRATKAN KESEDIHAN
GORESAN HEMBUSAN ANGIN MENERPA
KULANGKAHKAN KAKI MENITI JALAN
SETAPAK MENYUSURI JEJAK KERINDUAN
HATI INI TAK SEKOKOH BATU KARANG
JIWAKU TAK SEKERAS KAYU JATI
AKU LAKSANA SEBONGKAH AIS
YANG MELELEH SAAT TERKENA PANAS
DAN MENCAIR SAAT TERTIMPA HUJAN

Oleh: Muhamad Mualim
sajak tentang kehidupan peribadi
Kota Baharu 9.10.2012/26 Disember 2012 4:19 PTG

PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.

UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.

Sdra Muhamad Mualim Tahniah! kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: AKU LAKSANA SEBUNGKAH AIS Tema sajak tentang kehidupan peribadi nampaknya. Pengucapannya, bersahaja penuh dengan makna yang bersimbolik dan punya artinya yang tersembunyi dan tersendiri. Mesejnya menyentuh soal kehidupan peribadi yang dialaminya penuh dengan dilemma mungkin bagaikan diserang penyakin kecelaruan minda, jiwa pun jadi sakit untuk seorang anak muda menentukan satu kenyataan yang sebenarnya disekelilingi.. Cuma andaian..Apa pun layak terpilih untuk sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...


12.MENINDIH (LSS)

Aku dijalanan terbakar hitam
mungkin tak sehitam nasibku
Kurasakan sebuah kutukan hidup
Aku bersama rembulan yang bersinar
tetapi redup dalam gulita
Menembus gelap malam
mengharungi liku hidup kian perih
dengan bebanan yang kiah menindih

Oleh: Ayu Manja
Sajak kehidupan yang perih
Kuala Kurau 8.8.2012/26 Disember 2012 4:22 PTG

PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.

UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.

Sdri/Pn Ayu Manja Tahniah! kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: MENINDIH Tema sajak kehidupan yang perit nampaknya. Pengucapannya, bersahaja penuh dengan makna bersimbolik punya artinya yang tersembunyi dan tersendiri. Mesejnya menyentuh soal apa yang dialaminya bagaikan tersepit dan tertindih dalam perjalanan hidup ini. Jika jiwa sudah bercelaru, kini sekadar mampu pasrah sahaja. Cuma andaian..Apa pun layak terpilih untuk sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...


KUM 4 HARI atau Esok diulas oleh Qalam. Apa pun keputusan catatan telah dibuat. Qalam kata boleh bagi
tahu; seperti berikut.

KUM 4.
13.HUJUNG DERMAGA- Haji Khali (LSS)
14.CAHAYA PUTIH - Adi marhain (TBD)
15.DUKAKU ADALAH UJIAN - Tok Mahat (LSS)
16.IMAGINASI -Dam Catur (TBD)


Saidatina Ayubi berkata...

SEMUA BERNYANYI

Bunga-bunga bernyanyi dipadang
Mentari tersenyum riang
Rumput-rumput hijau telah basah
Sinar surga menyonsong dunia
kebahagian membuatku berwarna
Air sungai menjadi tenang dibawa
Tanpa rasa suatu kesedihan
Burung-burung bernyanyi damai
Pelangi membuatku jadi berwarna
Kelinci dan beruang pun tertawa
Semuanya bahagia tanpa rasa duka

Saidatina Ayubi
sajak fantasi
Kuala Lumpur 2.2.2012

Nasruq Haqq berkata...

PEJUANG MAKIN RAPUH

Duniaku penuh awan hitam
Awan yang tebal dan suram
Tak ada jalan menujuMu
Harapan menjadi hilang dan pudar
Mentari terang menjadi hilang
Duni perlu cahaya mengubah semuanya
mengubahkan debu jadi angin
berharap perjuangan yangmakin rapuh

Nasruq Haqq
sajak sinis
Rembau 2.5.2012

Hasyim Badri berkata...

BESI

Aku ingin ubah semuanya
biar sang bulan menyinar
Jangan tinggalkan dunia
Dunia perlu perlindunganmu
Kasihmu selembut kain sutera
Perlindunganmu bagai singa
Cahayamu membuat aku gagah
Kekuatanku kini bagaikan besi

Hasyim Badri (kawan usop nayan)
sajak pejuangan dlu sapa tulis nama sy hasyim mustapa? sebenarnya nama sy HASYIM BADRI bukan HASYIM MUSTAPA hrp maklum...
Bukit Gantang 7.10.2012

Anjang Aki berkata...

MEMBANJIR

Ditengah angin yang dingin
Hitam pekat bagai kopi
Hina dan tak ada harapan
Tiada cahaya tangisannya membanjir
Rumah tak bercahaya akan terang
Tubuh kami menjadi luka dan duka
Dentingan menhampiri jiwa raga
Jalanan panjang tajam menusuk

Anjang Aki
sajak isu semasa
Pekan rabu 8.1.2012

Muhamad Mualim berkata...

kumpulan seterusnya aku lps mcm semalam adi marhain dgn raja munirah kali ni aku plak yg lps sajak bersama gibran agi

Penyair Agung berkata...

SEBENTANG KERTAS HIJAU

Rel Kereta api ini
dahulu menjadi jembatan kehidupan
setiap hari matahari selalu
terbit bercahaya di celahnya
Tapi kini sebentang kertas hijau menghalang menuntup semuanya
kami derita kini semakin parah
mungkin menghantui hingga mati
Dengarlah rintihan sayu dari kami

Penyair Agung
sajak rintihan org2 di tempat yg kini dipegang oleh si puak hijau
Ulu Tembeling 8.7.2012

Jalal Rafzee berkata...

BUNGA MELIAR

Aku tak perlu tuntunan hidup
mahupun nasihat atau pelukan kasih
Yang kuinginkan hanyalah kebebasan
Tak seperti burung
terkurung dalam sangkar
tak dapat bergerak bebas
Aku ingin seperti bunga-bunga
Yang bebas hidup dan tumbuh meliar
Aku ingin bebas seperti matahari
menyinari dunia bersama angin
yang kini telah ku kecapi

Jalal Rafzee
sajak tentang kebebasan
penanti 7.8.2012

Ustaz Mahfuz berkata...

LAIN MAK LAIN BAPAK

Kehadiranku kini tidak diperlukan
walaupun kita saudara
cuma lain mak dan lain bapak
Tapi kita tetap saudara
Nilailah hidupku yang dahulu
Jangan nilai hidupku sekarang
dahulu aku memang bersalah
janganlah singkir aku
kerana kita semua tetap saudara

Ustaz Mahfuz
sajak terasa hati di tempat kerja
Nibong Tebal 10.4.2012

Sang Arjuna berkata...

RENCANA

Bagai malam tak berbintang…
Seperti langit berawan mendung…
Hati teriris ayat luka…
Perih menderita tak bisa
menerima kenyataan ini….
tak sanggup mengingat kenangan Ternyata manusia hanya merencana
Yang menentukan adalah Tuhan….
Hingga akhir waktu ku menutup mata…
tak sanggup menanggung luka dihati

Sang Arjuna
sajak kecewa
Melaka 9.6.2012

Tinta Emas berkata...


Maaf aku sebuk hari ini Itu pun baru teringat bila Qalam tanya dah lepas baki 4 sajak semalam ..Aduh lupa kami keluar cari printer baru nak
cetak Antolongili Oktober dan November tak siap lagi.

Tinta Emas berkata...


Haji Khali berkata...

13.HUJUNG DERMAGA (LSS)

Senja hari ini di ujung dermaga
Denyut jantungku tak henti
Menatap laut seakan tak bertepi
Hati terus bertanya
Berpijakkah kakiku di sana ?
sebelum senja terbenam
mentari pagi akan terdiam
Deru ombak masih menggelegar
walau keras terdengar
tapi sangat jauh sudah ku belajar

Oleh: Haji Khali
sajak terkenang ketika zaman muda sewaktu jadi navy
Bersaut 9.3.2012/26 Disember 2012 4:29 PTG

PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.

UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.

Tuan Haji Khali Tahniah! kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: HUJUNG DERMAGA Tema sajaknya terkenang ke masa lalu nampaknya. Pengucapannya, bersahaja penuh dengan makna bersimbolik punya artinya yang tersembunyi dan tersendiri. Mesejnya menyentuh soal peribadi, bagaikan seorang pelaut yang berpebgalaman pulang ke pantai di kala waktu kian senja, Cuma andaian..Apa pun layak terpilih untuk sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...





Adi marhain berkata...

14.CAHAYA PUTIH (TBD)

Semuanya terpatri pada batu dinding
kusam melagukan dosa
cahaya bersinar putih
boleh mengubah penat hati disini
aku jatuh dalam lingkaran dosa
tak kunjung sedar
langkah telah terbuat
Mencuba bangkit dalam renungan
bisikan syahdu sudut mataku
bukan sekadar barisan makna indah

Oleh: Adi marhain
sajak kekesalan sewaktu sebelum islam
Wang Kelian 2.2.2012/26 Disember 2012 4:39 PTG

PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.

UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.

Sdra Adi Marhan kini tampil kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: CAHAYA PUTIH Thema sajak kekesalan lama .Pengucapannya terlalu biasa perlu sadikit diperbaiki lagi, namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya tentang kehidupan lalu al maklumlah belum mendapat hidayah Allah swt Apa pun kini sudah bertaubat dan pasrah kepadaNya.. Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...


Tok Mahat berkata...

15.DUKAKU ADALAH UJIAN (LSS)

Dukaku adalah ujian dan cobaan
perlu alami dan tiada kuasa kuhindari
kerana hari demi hari kujalani sendiri
biarkan racun kenangan membunuh
beban hidup ini dengan perlahan
kerana aku tak kuasa berlari lagi
Terasa gagal megejar pelangi
bersama perit luka yang tempang ini
diriku jua tak berdaya berdiri sendiri
malah tak kuasa menahan gementarnya hati..

Oleh: Tok Mahat
sajak kecewa mengejar pelangi.
Melaka 6.sep.2012/26 Disember 2012 4:44 PTG


PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.

UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.

Tok Mahat Tahniah! kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: DUKAKU ADALAH UJIAN Tema sajak kecewa mengejar pelangi nampaknya. Pengucapannya, bersahaja penuh dengan makna bersimbolik punya artinya yang tersembunyi dan tersendiri. Mesejnya menyentuh soal peribadi dengan apa yang dialaminya selama ini bagaikan, tidak terdaya lagi mengejar pelangi kini pasrah sahaja kepadaNya. Cuma andaian..Apa pun layak terpilih untuk sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...


Dam Catur berkata...

16.IMAGINASI (TBD)

dikala ku sendiri termenung
tanpa seorang di sisi
detik demi detik mulai merasuk
sehingga ku mulai berkhayal
kepada benda yang tak nyata
aku dapat menjadi apa pun
tanpa ada larangan dan ikatan
tetapi semua hanyalah imajinasi ku
sedang aku masih tetap disini jua

Oleh: Dam Catur
sajak berkhayal
Taiping 8.5.2012/26 Disember 2012 4:49 PTG

PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.

UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.

Sdra Dam Catur kini tampil kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: IMAGINASI Thema sajak cuma fantasi katanya.Pengucapannya terlalu biasa perlu sadikit diperbaiki lagi, namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya cerita biasa tentang kehidupan orang muda punya biasa dengan dunia fantasinya.kekadang boleh masuk ke demensi yang ke lima . Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...


Kami akan terbit sajak KUM 5 dahulu
pagi ini apa yang Qalam ulas sebelum subuh tadi.

Kedua sajak politik yang terpilih pro dan kontra.

Tinta Emas berkata...


KUM 5.

17.SEMUA BERNYANYI- Saidatina Ayubi (TBD)
18.PERJUANGAN SEMAKIN RAPUH- Nasruq Haqq (LSS)
19.BESI- Hasyim Badri (LSS)
20. MEMBANJIR – Anjang Aki (TBD)

Tinta Emas berkata...



17.SEMUA BERNYANYI (TBD)

Bunga-bunga bernyanyi dipadang
Mentari tersenyum riang
Rumput-rumput hijau telah basah
Sinar surga menyonsong dunia
kebahagian membuatku berwarna
Air sungai menjadi tenang dibawa
Tanpa rasa suatu kesedihan
Burung-burung bernyanyi damai
Pelangi membuatku jadi berwarna
Kelinci dan beruang pun tertawa
Semuanya bahagia tanpa rasa duka

Saidatina Ayubi
sajak fantasi
Kuala Lumpur 2.2.2012/27 Disember 2012 6:53 PTG

PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.

UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.

Sdri/Pn. Saidatina Ayubi layak kini tampil kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: Thema sajak cuma fantasi katanya.Pengucapannya terlalu biasa dan perlu lagi sadikit diperbaiki , namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya cerita biasa tentang kehidupan orang muda punya idea dengan dunia fantasinya memuja keindahan alam... Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...


18.PEJUANG MAKIN RAPUH (LSS)

Duniaku penuh awan hitam
Awan yang tebal dan suram
Tak ada jalan menuju ke arahMu
Harapan menjadi hilang dan pudar
Mentari terang menjadi hilang sinar
Dunia perlu cahaya mengubah semuanya
mengubahkan propaganda debu dan angin
ternyata perjuangan yang makin lemah dan rapuh

Nasruq Haqq
sajak sinis
Rembau 2.5.2012/27 Disember 2012 7:01 PTG

PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.

UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.

Nasruq Haqq Tahniah! Muncul kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: PERJUANGAN SEMAKIN RAPUH Tema sajak sinis politik nampaknya. Pengucapannya, bersahaja penuh dengan makna bersimbolik punya artinya yang tersembunyi dan tersendiri. Mesejnya menyentuh soal isu semasa politik tanah air dengan apa yang dilihat dan dialaminya selama ini bagaikan, tidak terdaya lagi dan banyak tersasar dan terkeluar dari landasan menuju ke jalan yang diredhai Ilahi (sajak terbaik KUM 5) . Cuma andaian..Apa pun layak terpilih untuk sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...



19.BESI (LSS)

Aku ingin ubah semuanya
biar sang bulan menyinar
Jangan tinggalkan dunia
Dunia perlu perlindunganmu
Kasihmu selembut kain sutera
Perlindunganmu bagai singa
Cahayamu membuat aku gagah
Kekuatanku kini bagaikan besi

Hasyim Badri (kawan usop nayan)
sajak pejuangan dlu sapa tulis nama sy hasyim mustapa? sebenarnya nama sy HASYIM BADRI bukan HASYIM MUSTAPA hrp maklum...
Bukit Gantang 7.10.2012/27 Disember 2012 7:04 PTG

PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.

UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.

Sdra Hasyim Badri dulu bin Mustafa peganti kawannya (usop nayan hilang ke mana?) Tahniah! kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya yang berbau politik bertajuk: BESI sepatutnya SEMANGATKU KINI BAGAIKAN BESI Tema sajak perjuangan mengejar pelangi nampaknya. Pengucapannya, bersahaja penuh dengan makna bersimbolik punya artinya yang tersembunyi dan tersendiri. Mesejnya menyentuh soal peribadi dengan sebuah parti yang diminatinya , walaupun bulan sering mengharap pantulan sinar mentari untuk menerangi malam dek sebabkan semangat waja besi untuk mengaku tidak sekali. Cuma andaian..Apa pun layak terpilih untuk sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...





20. MEMBANJIR (TBD)

Ditengah angin yang dingin
Hitam pekat bagai kopi
Hina dan tak ada harapan
Tiada cahaya tangisannya membanjir
Rumah tak bercahaya akan terang
Tubuh kami menjadi luka dan duka
Dentingan menhampiri jiwa raga
Jalanan panjang tajam menusuk

Anjang Aki
sajak isu semasa
Pekan rabu 8.1.2012/27 Disember 2012 7:07 PTG

PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.

UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.

Anjang Aki kini tampil kembali lagi dengan mengetengahkan sajak sepontannya yang bertajuk: MEMBANJIR . Thema sajak isu semasa katanya.Pengucapannya mengelirukan perlu diperbaiki lagi keseluruhannya, namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya juga kurang jelas banjir air bah, atau banjir orang ramai datang membeli belah di pekan rabu? . Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Ali Conan berkata...

PASIR COKLAT

Pasir coklat indah dipandang mata
Desiran ombak begitu bergelora
Lautan nan bening bersih rupanya
Nyiur kelapa bertiup kesana-kemari
Angin sepoi-sepoi hiasi suasana
Sinar mentari menyengat hangatnya

Ali Conan
sajak keindahan alam
Pulau Tioman 9.5.2012

Muhamad Rabbi berkata...

JANGAN JADI TIKUS

Konon hijau itu segarkan mata
aura cuba timbulkan kekayaan
tetapi bina kerajaan penuh penyamun
habis semua kering kerontang
Lintah hijau asyik menyedot emas
janji hanya bualan sumbang
senyum mereka penuh muslihat
dalam terus menghancurkan kami
rakyat jelata menderita
Sadarlah kau jangan jadi tikus

Muhamad Rabbi
sajak sinis buat pemerintah di negeri sy
Tumpat 3.3.2012

Satria Juragan berkata...

KUMBAHAN

Hidupku di dalam kumbahan
Tak berarti bagai kotoran
Terlahir dengan cemuhan
Cahaya hilang ditelan malam
Tertawa dengan duka
Tanpa harapan dan suka
Hidup usang mati senang
Menyanyi kedukaan dalam lubuk hati gundah tak dilihat bagai serangga
Caci maki membara jiwa
Tangisan darah tutupi muka

Satria Juragan
sajak ambil dari rakan "Muhamad Amin" yg hidup di jalanan tetapi kini telah kembali ke ramatullah
Shah Alam 9.2.2012

Karim Ghani berkata...

WARNA WARNI PELANGI

Kumasuki dunia ini dengan warna
Terang benderang dalam dunia nyata
Biru,merah,kuning dan lain lagi
Penuhi kesejahteraan dan bahagia
Garis warna fantasi pelangi
penuhi otak makhluk di dunia
warna telah ubah diri kita
kebahagiaan kesejahteraan kesuciaan
Bunga mentari bernanyi senandung

Karim Ghani
sajak fantasi
6.9.2012 Jelapang
sajak fantasi

Megat Iskandar berkata...

kumpulan seterusnya giliran aku lps plak...

Qalam Musoffa berkata...

TUTUPI LANGIT BIRU

Melihat Sungai bernyanyi disana
Sambil berdendang lagu
tarian daun di pohon cinta
Seruan angin bawa jiwa
menyambut jiwaku terbawa dihilir
Dari sungai hingga lautan luas
Tersenyum menyapa riang penuhsenang
jiwa duka tiada sendu dalam hati
hanya habiskan nyawa
bersinar cahaya tutupi langit biru

Qalam Musoffa
sajak simbolik
Parit 10.2.2012

Pangeran Pertawa berkata...

DARAH SEGAR

Dunia penuh kezaliman dan kosong
Buaya menghancuri pejuang cicak
Tikus menghabiskan harta cicak
Tiada terbela kaum cicak kecil ini
mereka di habiskan kurus kering
bagai mayat tak berdaging
masyarakat hanya dijanji ayat palsu
Tanpa perlindungan lagi
kerana tangisan kini sudah berubah menjadi titisan darah segar kembali

Pangeran Pertawa
sajak isu luar negara sy minta petolongan rakan "Patinggi Haji Ali" yg berkeja didewan bahasa
Brunei 2.2.2012

Raja Muda berkata...

KULIT MENJADI KERIPUT

Perjalanan panjang di tempat ini
Melihat kawan bersenandung rindu
melewati sepanjang gurun
Suaranya bagai pisau tajam
Bicara perdamaian negeri dan bangsa
Warna damai yang indah itu
membuat kulitku jadi keriput

Raja Muda
sajak simbolik
Padang Tambak 2.9.2012

Irham kesuma berkata...

BALA-BALA

MANUSIA BILA DATANGNYA BALA,
BARU LA INGAT BANYAKNYA DOSA,
BARU SEDAR WUJUDNYA SANG PENCINTA,
BARU LA INGAT PADA YANG MAHA ESA
BILA BUMI AMAN SEJAHTERA,
DOSA ITU TERASA PERKARA BIASA,
HIDUP BAGAI TIADA YANG LEBIH KUASA,
HUDUP SEMENTARA DIANGGAP SYURGA

Irham kesuma
sajak peringatan buat semua sumbangan rakan sy dari jawa "Hortono Awi" sbb sy xda idea nak buat sajak jd minta bantuan rakan2
9.9.2012

Raja Munirah berkata...

woi! jgn lps sajak lagi la sbb sajak sebelum ni pun qalam x ulas lagi la... adoi.... apa2pun nnt tnggu arahan sy baru lps sajak jgn pakai lps je membabi buta nnt qalam keliru la byk sajak yg masuk ni..