Isnin, 31 Disember 2012

SENJA TAKKAN BERUBAH (2)





Sayembara tempat ke 2 November 2012


Mungkin waktu telah menepis
hingga membelenggu aku
satukan arti dalam sebuah mimpi
Menenggelamkan janji
Terlalu lelah untuk aku mengerti
Jejak kisah sepi tergores dihati
Menemani jalanku satu arah
Namun senja takkan pernah berubah
Masa lalu takkan mampu menunggu.

Oleh: Pak Manaf
sajak simbolik/29 November 2012 12:12 PG


31 ulasan:

Tinta Emas berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRARASA / CITRANURI UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG AKHIR NOVEMBER 2012

PUSINGAN AKHIR PENENTUAN

Pak Manaf Thahniah! Telah terpilih ke pusingan penentuan akhir dengan sajaknya yang bertajuk: SENJA TAKKAN BERUBAH Tema sajak simbolik nampaknya Pengucapannya bersahaja ada kekuatannya dan punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam ada rasa kebimbangan dan kecelaruan perasaan dengan keadaan isu semasa yang pernah dialaminya selama ini , kini menjadi tanda Tanya yang sukar dimengerti, Apa pun penulis sekadar mampu pasrah kepada ketentuanNya !. Layak diberi tmpat ke dua (2)

Pedekar Waja berkata...

KUNTUMAN BUNGA

Dari jauh aku datang
semata mengambil kuntuman bunga
tetapi apabila ku berjalan
begitu banyak halangannya.,
Namun itu tidak pula ku undur diri
walaupun bunga itu berduri
aku tetap jua memegangnya
walau tangan penuh darah
kerana bunga itu semenangnya
bermakna dari nyawaku sendiri..

Pedekar Waja
sajak perjuangan
Lumut 2.12.2012

Pangeran Pertawa berkata...

JEMARI KU TULIS

jemariku membaca barisan haruskutulis
memerintah bila harus berhenti
ketika harus mulai menggoreskannya
aku bukanlah penyajak
mengetahui kaedah menulis syair
namun aku hanya mengikuti suarahati
apa yang dikatakan kemudian
aku memerintah jemari menuliskan

Pangeran Pertawa
sajak simbolik tentang hati
Brunei 12.11.2012

Nasruq Haqq berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Nasruq Haqq berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Nasruq Haqq berkata...

UCAPAN DAN TULISAN

Setelah beberapa bulan berlalu
kadang yakin kadang duka
kehidupan beragam rasa
siang dan malam begitu indah
begitu hangat menyentuh rasa
pengorbanan membuai mimpi
terungkap dan termaktub
ucapan dan tulisan kembali bertanya
siapakah diri aku sekarang

Nasruq Haqq
sajak dalam dilema memilih mana yang benar
Kelantan 9.12.2012

Irham Kesuma berkata...

BICARA PADA DINDING

tak berdaya melawan bayang-bayang
kerana iasemakin merosak sayapku
Semakin tinggi ku terbang ke langit
terjauh terhempas jua akhirnya
ibarat sebuah syair tanpa nama….
sebuah kata tidak dapat diukir
bagaik berbicara pada dinding

Irham Kesuma
sajak simbolik
Bukit Bintang 12.12.2012

Hambali Maliki berkata...

KUM 5

TERSELUBUNG KABUS

pagi yang terselubung kabus
ditemani nyanyian burung
bersama mimpi kemarin
ku melangkah dengan waktu menipis
seperti pelangi di pagi hari
di hujung jalan yang tak bertepi
mengisi hari-hari yang kan mati

Hambali Maliki
sajak simbolik tentang kehidupan
Jelapang 19.12.2012

Penglipur Lara berkata...

MENGINTIP

diriku terpana sesaat
bintang dan bulan bersama
tertawa bersuara di hening malam
detak jantung berpacu dengan waktu
tak terasa cepat berlalu
Lupakah kamu ada bintang disini
menanti secerah cahaya mu
keranaku tahu ia memerlukanmu
walau hanya aku hanya mengintip

Penglipur Lara
Sajak simbolik
tebuk panchor 7.4.2012

Penyair Agung berkata...

OMBAK KEJAM

meskikah hariku seperti ini
tenggelam dalam kesepian
tersudut tak ada yang tahu
bahwa disini menyimpanmutiara indah
tetapi setelah ditemui
kini semua hancur di hempas ombak
tak berperasaan berotak kejam

Penyair Agung
Sajak Simbolik
Ulu tembeling 8.2.2011

Tuan Wan leman berkata...

BAHASA INDAH

menatapi dalam kebisuan
Semua mengalir ke dalam hati
Matahari terbit dan ternggelam
Hari yang terus berganti kegelapan
Hanya akan ada suara gemuruh
suara daun yang menari
Bersama angin kadang datang mengusik hati dengan bahasa indah

Tuan Wan leman
sajak kecerian
Machang Bubuk 4.4.2012

Muhamad Mualim berkata...

KUm 6

HUJUNG KEBAHAGIAN

Dalam kebisuan kata
semua rasa tak ada tempat berbagi
Terdiam terpaku seperti
kehilangan bayang-bayang
Kata-kata semua rasa tertulis
di kertas menjadi puisi
semuanya akan terus berlalu
Semoga berakhir dihujung
saat kebahagian ku datang

Muhamad Mualim
sajak simbolik
Kota Damansara
7.6.2012

Richard Sariosa berkata...

MENDUNG

Setelah tirai terbuka
serlalu terdapat perbezaan ketara
Mungkin telah lumpuh sementara
memang awal dari suatu pertikaian..
Nurani selalu merosak senja
Di sisi hari suasana begitu indah..
Sulit untuk mengulang mungkin
hanya tersimpan di balik mendung
perjalanan menuju pulang..
walau tak semudah di waktu pergi..

Richard Sariosa
sajak simbolik
Sarawak 4.2.2012

Syah inderapura berkata...

SUARA BERDESING

suara berdesing mengusik sekeliling
keserakahan tangan manusia
tidak akan pernah cukup
digergaji tanpa diganti
tanah yang lama tertidur
gersang semua digali
aku marah hujan badai datang
kuterhanyutkan dan terhentam mungkin ratusan nyawa lagi melayang
hanyut entah kemana
banggakah kalian dengan hasil itu!

Syah inderapura
Sajak marah
Pahang 10.11.2012

Zain Issac berkata...

REDUP

alam redup perjalanan hidup
walau ragu tapi mampu melangkah
tertambat tujuan rapat pada diri
seiring detak waktu tak alpa
tercurah kilauan purnama
terpetik makna wujudkan kesan
kuredup dalam hidup
Menghinakan dalam perjalanan

Zain Issac
sajak perjalanan hidup
Sabah 8.8.2012

Raja Munirah berkata...

sajak kami (gibran agi,adi marhain,fatimah dan raja munirah) lps semua sekaligus...

sbb line intenet terlalu lembab kat tempat kami jadi kami lps smua la snang apa2pun terpulang kat qalam nak ulas berapa

Tinta Emas berkata...


KUM 4.

13.KUNTUMAN BUNGA- Pedekar Waja (LSS)
14.JEMARI KU TULIS -Pangeran Pertawa (TBD)
15.UCAPAN DAN TULISAN- Nasruq Haqq (TBD)
16.BICARA PADA DINDING- Irham Kesuma (LSS)

Pedekar Waja berkata...
13.KUNTUMAN BUNGA (LSS)

Dari jauh aku datang
semata mengambil kuntuman bunga
tetapi apabila ku berjalan
begitu banyak halangannya.,
Namun itu tidak pula ku undur diri
walaupun bunga itu berduri
aku tetap jua memegangnya
walau tangan penuh darah
kerana bunga itu semenangnya
bermakna dari nyawaku sendiri..

Oleh: Pedekar Waja
sajak perjuangan
Lumut 2.12.2012/1 Januari 2013 4:36 PTG

PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

Sdra Pendekar Waja dulu kopi susu Tahniah! Muncul kembali dengan sajaknya yang bertajuk: KUNTUMAN BUNGA Tema sajak perjuangan nampaknya. Pengucapannya bersahaja dan sadikit bersimbolik namun punya artinya yang tersembunyi dan tersendiri. Mesejnya mengambarkan satu cabaran yang hebat, perlu semangat yang kental dalam perjuangan untuk mendapatkan sesuatu menuju puncak terutama seorang komando..Cuma andaian..Apa pun layak terpilih untuk sayembara seterusnya calun ke final (LSS) STK4

Tinta Emas berkata...


Pangeran Pertawa berkata...

14.JEMARI KU TULIS (TBD)

jemariku membaca barisan harus kutulis
memerintah bila harus berhenti
ketika harus mulai menggoreskannya
aku bukanlah penyajak
mengetahui kaedah menulis syair
namun aku hanya mengikuti suarahati
apa yang dikatakan kemudian
aku memerintah jemari menuliskan

Oleh: Pangeran Pertawa
sajak simbolik tentang hati
Brunei 12.11.2012/1 Januari 2013 4:41 PTG

PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)
Sdra Pangeran Pertawa kini tampel kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk: JEMARIKU TULIS Thema sajak simboli tentang hati katanya. Pengucapannya bersahaja dan terlalu biasa namun punya artinya yang tersendiri Mesejnya juga terlalu biasa bicara tentang idea atau ilham yang datang untuk diluahkan ke atas kertas melalui hati dan jari jemari .Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)


Tinta Emas berkata...

Nasruq Haqq berkata...

15.UCAPAN DAN TULISAN (TBD)

Setelah beberapa bulan berlalu
kekadang yakin kekadang duka
kehidupan kini beragam rasanya
siang dan malam berlalu indah
begitu hangat menyentuh rasa
pengorbanan membuai mimpi
terungkap dan termaktub
ucapan dan tulisan kembali bertanya
siapakah diriku sebenar sekarang?

Oleh: Nasruq Haqq
sajak dalam dilema memilih mana yang benar
Kelantan 9.12.2012/1 Januari 2013 4:46 PTG

PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

Nasruq Haqq kini tampel kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk: UCAPAN DAN TULISAN Thema sajak dilemma katanya. Pengucapannya bersahaja dan sadikit perlu diperbaiki, namun punya artinya yang tersendiri Mesejnya semacam banyak mendengar dan membaca keadaan isu semasa mungkin hati menjadi celaru memikirkan sehingga diri teperangkap dalam dilemma mengenal diri, siapakah aku sebenarnya sekarang ?. .Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...


Irham Kesuma berkata...

16.BICARA PADA DINDING (LSS)

Tak berdaya melawan bayang-bayang
kerana ia semakin merosak sayapku
Semakin tinggi aku terbang ke langit
walaupun jauh terhempas jua akhirnya
ibaratkan sebuah syair tanpa nama….
sebuah kata yang tidak dapat diukir
bagaikan berbicara pada dinding …..

Oleh: Irham Kesuma
sajak simbolik
Bukit Bintang 12.12.2012/1 Januari 2013 4:46 PTG

PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

Sdr Irham Kesuma Tahniah! Muncul kembali dengan sajaknya yang bertajuk: BICARA PADA DINDING Tema sajak simbolik nampaknya. Pengucapannya, bersahaja dan bersimbolik penuh persoalan tidak terjawab, namun punya artinya yang tersendiri dan tersembunyi. Mesejnya ternyata soal peribadi, mungkin keadaan hidup yang mencengkam, lantas bila seorang itu hidup tanpa nama atau kedudukan tiada siapa ingin peduli, sebaiknya lebih enak berbicara saja pada dinding.. Cuma andaian..Apa pun layak terpilih untuk sayembara seterusnya calun ke final (LSS)

Pendekar Waja Sakti berkata...

sajak sy tu pejuangan utk dptkan julia sebenarnya qalam sbb sblm kawin dlu mcm2 halangan sy tempuhi dgn keluarga mertua dia sbb sy hanya pangkat SPM je sedangkan julia tu master tp alhamdulilah keluarga mertua terima sy akhirnya....

Pengeran Pertawa berkata...

sajak sy lebih kepada apa yang sy fikir anggota sy lakukan sajak simple je?apa2pun sy terima kekalahan ni sbb tahun lps sy dh menang motosikal dri inspektor halim tahun ni xpe beri peluang org lain plak

Nasruq Haqq berkata...

ingatkan boleh menang? sbb sy bernazar klu ke final sy rancang nak beri cuti seminggu kepada anak2 murid sy yg belajar silat? tp nampaknya dh tesingkir latihan kena teruskan lah apa2pun tahniah buat yg berjaya.... sajak tu berkenaan kecelaruan yg mana yg benar antara 2 parti politik

Irham Kesuma berkata...

sajak sy lebih kpd dh serik nak mengadu kepada pihak penguasa di tempat sy sbb kdg2 nak buat aduan pun x dilayan sbb tu bagi sy lebih baik mengadu pada dinding saja? x sangka menang utk kali ni... buat kali kedua la nampaknya mcm jalal jgk sbb hujung tahun 2011 sy ke final jgk masa tu dpt perabot hrp2 thn ni dpt benda lain

Haji Khali berkata...

sajak sy nampaknya smpai disini saja la rasanya... lgpn sajak yg lain2 byk yg lebih baik silap sendiri jgk sbb x buat betol2 sy ingat hadiah kali ni mcm bulan lps jgk

Sanantee Krisnasari berkata...

sajak sy tu lebih kpd pemberontakan tp xdilayan tp kami x terus diam sbb 1 ari nanti kami akan bangkit kembali... terima kasih qalam pak saudara sy kirim slm kpd qalam dan dia mempelawa qalam bercuti di jawa

Abdullah Sani berkata...

akhrinya ke final nampaknya esk kena balik kmpung belanja adik2 KFC sbb mmg sy berhajat asalkan masuk final mmg sy nak balik kmpung minta mak tlg doakan hrp2 hujung bulan ni boleh dpt kereta sajak sy tu snang sajak psl kekesalan tentang sesuatu dosa

Satria Jurgan berkata...

tahniah la apa yg sy boleh katakan kpd pemenang rezeki sy smpai kat sini saja sbb sajak kali ni sy buat sendiri sbb tu kurang mememuaskan sikit dlu minta bantuan ayah tp ayah plak masuk hospital sb byk mkn durian hari tu....

Tanpa Nama berkata...

nghnghngh

Tanpa Nama berkata...

gmghmg

Tinta Emas berkata...

Maaf Qalam Mutiara balik lewat petang juga ada urusan luar pasal anak dekat USM ...

Balik letih dia tidur , Al maklum turun bukit naik bukit cari pusat pengajian agaknya.

Katanya macam nak pecah dadah , jangan buat main kalau tak biasa
berjoging atau berjalan jauh...