Rabu, 2 Januari 2013

BERGETAR TAK BERHENTI (3)






Sayembara November tempat ke 3 2012.


Aku anak bangsa Mendengus
gusar, marah, membara didada.
Ingin aku rombak negeriku,
tapi aku tidak punya kekuatan.
Terkadang aku ingin menangis
agar seisi dunia mendengar
Namun Hanya dengan sepasang mata
kaki ku bergetar tidak berhenti

Oleh: Tuan Wan Leman
sajak marah saya ingatkan kena berlawan dgn sapa2 sayembara tp raja munirah kata menang tanpa bertanding? sbb lagi 4 org lama x hntr sajak mereka jd kami org baru menang trus...29 November 2012 12:16 PG.


32 ulasan:

Tinta Emas berkata...


SAYEMBARA PUISI CITRARASA / CITRANURI UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG AKHIR NOVEMBER 2012

PUSINGAN AKHIR PENENTUAN

Tuan Wan Leman, thaniah! buat pertama kali berjaya terpilih ke pusingan akhir penentuan dengan sajaknya yang bertajuk BERGETAR TAK BERHENTI Tema sajak marah nampaknya Pengucapannya sinis dan geram , namun punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam ingin bertanya dengan keadaan isu semasa mungkin politik tanah air yang sering mengharubirukan keadaan rakyat dalam negari. oleh pihak tertentu. Cuma andaian. Layak diberi tempat ke tiga (3)

Tinta Emas berkata...


Bila aku fikir agak pelek juga sayembara puisi blog citarasa atau citranuri ini. Hadiah cukup lumayan
juri seorang Qalam Mutiara dan selepas final ada lagi persaigan untuk menentukan tempat pertama hingga 12 pula .. Berak tahu kapor Qalam ...Hari ini aku tegok Qalam macam ayam mabuk tahi ...

Maaf Bergurau Qalam!

Tinta Emas berkata...


KUM 5

17.TERSELUBUNG KABUS Hambali Maliki (LSS)
18.MENGINTIP Penglipur Lara (TBD)
19.OMBAK KEJAM - Penyair Agung (LSS)
20 .BAHASA INDAH -Tuan Wan leman (TBD)

Tinta Emas berkata...


Hambali Maliki berkata...

17.TERSELUBUNG KABUS (LSS)

Pagi yang terselubung kabus
ditemani nyanyian burung
bersama mimpi kemarin
ku melangkah dengan waktu menipis
seperti pelangi di pagi hari
di hujung jalan yang tak bertepi
mengisi hari-hari yang akan mati

Oleh: Hambali Maliki
sajak simbolik tentang kehidupan
Jelapang 19.12.2012/1 Januari 2013 4:50 PTG

PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

Sdra Hambali Maliki Tahniah! Kini muncul lagi dengan sajaknya yang bertajuk:. TERSELUBUNG KABUS. Tema sajak simbolik tentang kehidupan nampaknya.Pengucapannya, bersahaja dan bersimbolik penuh persoalan namun punya artinya yang tersendiri dan tersembunyi Mesejnya ternyata soal peribadi, mungkin keadaan hidup yang mencengkam, lantas hari–hari yang dilaluinya terasa bagaikan diselubungi kabus pagi sama seperti pelangi yang akan hilang? Atau mati di hujung jalan yang tidak bertepi. Cuma andaian...(sajak ini berentap dengan sajak Mengintip) Apa pun anda layak terpilih untuk sayembara seterusnya calun ke final (LSS)

Tinta Emas berkata...


Penglipur Lara berkata...

18.MENGINTIP (TBD)

Diriku rasa terpana sesaat
melihat bintang dan bulan bersama
tertawa bersuara di hening malam
detak jantung berpacu dengan waktu
tidak terasa pun masa cepat berlalu
Lupakah kamu ada bintang disini
menanti setia secerah cahaya mu
keranaku tahu ia memerlukanmu
walau pun aku hanya mengintip
telah lama berdiri sebagai pemerhati….

Oleh: Penglipur Lara
Sajak simbolik
tebuk panchor 7.4.2012/1 Januari 2013 4:54 PTG

PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

Sdr Penglipur Lara Tahniah! Muncul kembali dengan sajaknya yang bertajuk: MENGINTIP Tema sajak simbolik nampaknya.Pengucapannya, bersahaja dan bersimbolik namun punya artinya yang tersendiri dan tersembunyi. Mesejnya ternyata sebagai pengintip di satu keadaan atau kawasan, mungkin agak terpana dengan pergerakan dua kumpulan melayu ingin menjatuhkan satu kumpulan melayu yang lama membangun tetapi apa pun penulis cuma sebagai pengintip Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)



Tinta Emas berkata...



Penyair Agung berkata...

19.OMBAK KEJAM (LSS)

Meskikah hari-hariku seperti ini
dibiarkan tenggelam dalam kesepian
di sudut hati tak ada yang tahu
bahwa disini menyimpan mutiara indah
tetapi setelah ku berusaha menemuinya
datang pula ombak ganas dan kejam
cuba menghempas dan menghentam
kini menjadi hancur semuanya
tidak berperasaan berotak kejam.

Oleh: Penyair Agung
Sajak Simbolik Permata di rimba
Ulu tembeling 8.2.2011/1 Januari 2013 4:57 PTG.

PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

Sdra Penyair Agung Thaniah! kini tampel kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk: OMBAK KEJAM, sebaiknya PERMATA DI RIMBA Thema sajak simboli katanya.Pengucapannya bersahaja dan bersimbolik penuh sinis namun punya artinya yang tersendiri Mesejnya menyentuh tentang kehidupan di perdalaman , dimana anak-anak adalah permata atau mutiara berharga untuk digelapkan. tetapi bila ada puak2 yang kurang senang mencetuskan ombak ganas dan kejam tidak berperasaan telah menghentamkannya.Cuma andaian Apa pun anda layak terpilih untuk sayembara seterusnya calun ke final (LSS) STK5

Tinta Emas berkata...


Tuan Wan leman berkata...

20 .BAHASA INDAH (TBD)

menatapi dalam kebisuan
Semua mengalir ke dalam hati
Matahari terbit dan ternggelam
Hari yang terus berganti kegelapan
Hanya akan ada suara gemuruh
suara daun yang menari
Bersama angin kadang datang
mengusik hati dengan bahasa indah

Oleh: Tuan Wan leman
sajak kecerian
Machang Bubuk 4.4.2012/1 Januari 2013 4:58 PTG

PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

Sdra Tuan Wan Leman kini tampel kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk: BAHASA INDAH Thema sajak kecerian katanya. Pengucapannya bersahaja dan terlalu biasa namun punya artinya yang tersendiri Mesejnya juga terlalu biasa bicara tentang keceriaan alam untuk diluahkan ke atas kertas dengan bahasa yang indah. .Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...

KUM 6

Pagi esok agaknya Qalam ulas, kata
Qalam 4 sajak akhir ini sama hebat dan sama lemah pengucapannya banyak mengelirukan, apa mesej yang hendak di sampaikan ? . pening pala Qalam kata ...

Tinta Emas berkata...


KUM 6. TERAKHIR PUISI MAHA

21.HUJUNG KEBAHAGIAN- Muhamad Mualim (TBD)
22.MENDUNG - Richard Sariosa (TBD)
23.SUARA BERDESING- Syah inderapura (LSS)
24. REDUP - Zain Issac (LSS)

Tinta Emas berkata...



Muhamad Mualim berkata...

21.HUJUNG KEBAHAGIAN (TBD)

Dalam kebisuan kata
semua rasa tak ada tempat berbagi
Terdiam terpaku seperti
kehilangan bayang-bayang
Kata-kata semua rasa tertulis
di kertas menjadi puisi
semuanya akan terus berlalu
Semoga berakhir dihujung
saat kebahagian ku datang

Muhamad Mualim
sajak simbolik
Kota Damansara
7.6.2012/1 Januari 2013 5:00 PTG

PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

Sdra Muhamad Mualim kini tampel kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk: HUJUNG KEBAHAGIAN Thema sajak simbolik katanya. Pengucapannya sadikit mengelirukan namun punya artinya yang tersendiri Mesejnya juga agak samar dan terlalu biasa bicara tentang mengharap kebahagian datang dihujung perjalanan atau perjuangan kerjaya anda. Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...


Richard Sariosa berkata...

22.MENDUNG (TBD)

Setelah tirai terbuka
terdapat perbezaan ketara
Mungkin telah lumpuh sementara
memang awal dari suatu pertikaian..
Nurani selalu merosak senja
Di sisi hari suasana begitu indah..
Sulit untuk mengulang mungkin
hanya tersimpan di balik mendung
perjalanan menuju pulang..
walau tak semudah di waktu pergi..

Oleh: Richard Sariosa
sajak simbolik
Sarawak 4.2.2012/1 Januari 2013 5:03 PTG

PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

Sdra Richard Sariosa kini tampel kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk:MENDUNG Thema sajak simbolik katanya. Pengucapannya bersahaja dan sadikit mengelirukan namun punya artinya yang tersendiri Mesejnya agak samar sukar menangkap maksud. Apa pun mungkin ada perbezaan pendapat atau seliseh faham menjadikan suasana tempat bekerja mendung walaupun keadaan nampak ceria tapi tak se indah pada mulanya dulu. . Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...




Syah inderapura berkata...

23.SUARA BERDESING (LSS)

suara berdesing mengusik sekeliling
keserakahan tangan manusia
tidak akan pernah cukup
digergaji tanpa diganti
tanah yang lama tertidur
gersang semua digali
aku marah hujan badai datang
kuterhanyutkan dan terhentam
mungkin ratusan nyawa lagi melayang
hanyut entah kemana
banggakah kalian dengan hasil itu!

Oleh: Syah inderapura
Sajak marah
Pahang 10.11.2012/1 Januari 2013 5:08 PTG

PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

Sdra Syah Inderapura Thaniah! kini tampel kembali lagi dengan mengutarakan sajaknya yang bertajuk:, SUARA BERDESING Thema sajak marah katanya. Pengucapannya bersahaja dan bersimbolik penuh sinis dan marah namun punya artinya yang tersendiri Mesejnya menyentuh tentang bising gentera penerokaan manusia terhadap alam sekitar, dimana hutan dan bukit bukau rangkus dimusnah oleh tanagan manusia sesuka hati mencari kekayaan, sehingga alam semulajadi teruk terjejas maka berlakulah bencana alam banjir dan sebagainya. Cuma andaian Apa pun anda layak terpilih untuk sayembara seterusnya calun ke final (LSS) STK6

Tinta Emas berkata...


Zain Issac berkata...

24. REDUP (LSS)

alam redup perjalanan hidup
walau ragu tapi mampu melangkah
tertambat tujuan rapat pada diri
seiring detak waktu tak alpa
tercurah kilauan purnama
terpetik makna wujudkan kesan
kuredup dalam hidup
Menghinakan dalam perjalanan

Zain Issac
sajak perjalanan hidup
Sabah 8.8.2012/1 Januari 2013 5:13 PTG

PUSINGAN KETIGA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012

UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPARUH AKHIR (FINAL)

Sdra Zain Issac Thaniah! kini tampel kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk: REDUP, Thema sajak perjalanan hidup katanya.Pengucapannya bersahaja dan bersimbolik penuh makna namun punya artinya yang tersendiri Mesejnya menyentuh tentang kehidupan yang dilaluinya Mungkin pada hati nuraninya cukup menyenangkan dengan pegangan agama yang dipilih,tetapi pada adat dan kaumnya agak menyukarkan untuk diberi keyakinan sebenarnya.(sajak ini bersaing dengan MENDUNG ) Cuma andaian Apa pun anda layak terpilih untuk sayembara seterusnya calun ke final (LSS)

Tinta Emas berkata...


Ahamdulillah!
Semua ulasan dapat dijalankan dengan lancar walaupun dengan seorang juri yang merupakan manusia biasa saja kekadang sihat dan kekadang pitam
pula . Tidak pernah berlaku dalam sejarah sayembara puisi sedunia kecuali dalam blog citrarasa sahaja.

Tinta Emas berkata...


PUSINGAN KE EMPAT SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG KE FINAL PENENTUAN KEDUDUKAN TAHUN 2012.

12 ORANG KINI AKAN BERSAING MENENTUKAN KEDUDUKAN AKHIR.

1.JALAN BERLIKU- Ayu Manja (LSS)
2.LEMAH KERANA BENCANA- Raja Munirah (LSS) STK1
3.SIMPONIS BERIRAMA-Jalal Rafzee (LSS)
4.TERBONGKAR- Fatimah Zahrah (LSS) STK2
5.TAHAJUD MENANGIS- Abdullah Sani (LSS)
6.SURIA TAKKAN TERLELAP Sanantee Krisnasari (LSS)
7.KUNTUMAN BUNGA- Pedekar Waja (LSS)
8.BICARA PADA DINDING- Irham Kesuma (LSS)
9.TERSELUBUNG KABUS Hambali Maliki (LSS)
10.OMBAK KEJAM - Penyair Agung (LSS)
11.SUARA BERDESING- Syah inderapura (LSS)
12. REDUP - Zain Issac (LSS)

SEKIAN TERIMA KASIH. DIATAS KERJASAMA ANDA!
QALAM MUTIARA.

Hambali Maliki berkata...

terima kasih qalam sajak tu lebih kepada menghayati semua benda ciptaan ilahi.. x sangka boleh ke final? hehehe thnkz byk2 qalam... apa2pun rezeki aku hujung bulan ni nampaknya menarik la... hehehe

Penglipur Lara berkata...

ingatkan boleh menang sajak pengintip tu? sbb klu menang hajat nk lepas ayah sy tolong ganti sbb sy sibuk sikit menguruskan KFC ni sbb sy manager KFC.... sajak politik tu asalnya sy mengintip perkerja sy yg asyik mengutuk kerajan saja dia xthu sy ni BN sedap2 mereka kutuk najib...

Penyair AGung berkata...

syukur sbb tahun ni ke final lagi sama mcm tahun lps cuma tahun lps dpt hadiah radio saja? hrp2 tahun ni boleh dpt kereta.... benar ulasan anda qalam sayang tempat sy byk bakat yg bagus tapi semua dicantas oleh pihak tertentu tu yg amat menyedihkan sy rugi bakat2 disini semuanya terpendam begitu saja

Tuan Wan Leman berkata...

mmg dh dijangka sbb 1 kumpulan dgn penyair agung mmg susah nk menang la sbb sy dgr penyair agung sajak dia bgus2.... apa2pun tahniah kepada semua! x sangka sajak2 kalian lebih hebat walaupun sajak2 dari rangmuda

Zain Issac berkata...

sajak sy berkenaan perjalanan hidup saya sendiri apa2pun tahniah walaupun sy tulis ringkas saja ingatkan terisngkir tp alhamduluih ada rezeki ke final jgk.... syukur esk kena buat kenduri la nampaknya... hehe

Syah Inderapura berkata...

sajak sy berkenaan psl yg heboh kluar dalam paper tu yg penduduk diarah pindah? sy duduk kat situ la bru sebulan duduk situ lps berkwin tiba2 kena arah pindah! mana x marah padahal ni smua kerja2 perkeja tu la toreh bukit mcm menggila skrg kami kena tanngung akibatnya.... sy skrg terpaksa duduk umah mak mertua kat seberang jaya buat sementara waktu ni... aduh... tp syukur jgk ke final? hrp2 boleh dpt kereta...

Richard Sariosa berkata...

sajak sy berkenaan tmpt kerja sbb kerana lain pahaman politik smuanya bermasam muka? alahai... xthu nk kata apa? nampaknya xda rezeki nk ke final plak tahun 2012 ni...

Muhamad Mualim berkata...

sajak sy lebih kpd alam rumah tangga sbb lps kawin mmg kerja sy makin snang dan bahagia sbb badan pun dh naik ni... hehe walaupun terisngkir x mengapa sbb byk lagi penjaga blog ke final? hrp2 penjaga blog yg menang? hehehe tahniah semua!!!

Tanpa Nama berkata...

dfhdfhdfhd

Tanpa Nama berkata...

fgjfgjfgj

Raja MUnirah berkata...

12 ORANG KINI AKAN BERSAING MENENTUKAN KEDUDUKAN AKHIR.

1.Ayu Manja
2.Raja Munirah
3.Rafzee
4.Fatimah Zahrah
5.Abdullah Sani
6.Sanantee Krisnasari
7.Pedekar Waja
8.Irham Kesuma
9.Hambali Maliki
10.Penyair Agung
11.Syah inderapura
12.Zain Issac

Adi Marhain berkata...

disebabkan raja munirah dgn fatimah masuk final aku yg kena lps sajak? tp buat masa ni yg hntr sajak cum penyair agung,irham,syahindera dgn hambali yg lain2 bila nk hntr sajak ni?

Gibran Agi berkata...

tadi fatimah dgn abdullah sani dh hntr sajak kat aku nnt aku send kat kau adi marhain

Megat Iskandar berkata...

1.Ayu Manja
2.Raja Munirah
3.Jalal Rafzee
4.Sanantee Krisnasari
5.Pedekar Waja
6.Zain Issac

tinggal lagi 6 org ni masih x hntr sajak pergi bertapa ke apa ni?

En Sanusi berkata...

ha! mana mereka pergi raja munirah dgn sanantee pun dorg ambik cuti seminggu sbb nnk balik kmpung smpai skrg xda khabar berita? adoiyai.. sajak pun x hntr mcm mana nak umu pemenang ni

Tinta Emas berkata...

Depa pi betapa ke cari bomoh minta menang kereta..

Patutlah senyap saja ...Nampaknya Qalam pun baru ada tenaga sidikit.

Apa pun terpulang kepada En Sanusi nak bagi tempuh berapa lama dekat 6 orang ini?

nurimanja berkata...





KEPUTUSAN SAYEMBARA PUISI MAHA CINTRANURI AKHIR TAHUN 2012

Raja Munirah
BISIKAN PALSU (1)

Pendekar Waja
MENAPAK LANGKAH (2)

Jalal Rafzee
POLITIKAL (3)

Penyair Agung
JANGAN KORBANKAN MARUAH (4)

Abdullah Sani
TAKKAN MENYERAH (5)

Irham Kesuma
PENINGGALAN YANG SUKAR DIKIKIS (6 )

Hambali Maliki
BIDADARI MENARI (7)

Zain Issac
BULAN SENDU (8)

Sanantee Krisnasari
MEMBUAT MIMPI (9)

Shah Inderapura
EGO DAN SIMPATI (10)

Ayu Manja
DEMENSI KEGELAPAN (11)

Fatimah Zahrah
BERJALAN DI TEPI ANGIN (12 )