Sabtu, 15 Disember 2012

.KEMUNAFIKAN (1)



 
Tempat pertama sayembara puisi Oktober 2012.
 
kepada Tuhan buat kesekian kalinya
aku berdoa dalam kekhusyukanku
Jiwaku meminta dalam pergolakan..
pengembaraanku telah ke penghujung
Aku lahir dari lingkaram malam
dalam kesakitan aku bersimpuh
keheningan membungkus diriku
aku memanggilMu tanpa malu
Di balik kemunafikan yang berlaku.

Oleh: Raja Munirah
sajak ketuhanan tentang kekesalan tentang kesilapan lalu/
30 Oktober 2012 11:57 PG
 

30 ulasan:

Tinta Emas berkata...


SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG OKTOBER2012

PUSINGAN AKHIR PENENTUAN

Sdri/Pn..Raja Munirah Thahniah! buat pertama kali berjaya terpilih ke pusingan penentuan akhir dengan sajaknya yang bertajuk: KEMUNAFIKAN Tema sajak ketuhanan tapi simbolik juga nampaknya Pengucapannya bersahaja ada kekuatannya dan punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam ada rasa kebimbangan dengan isu semasa pihak tertentu yang cuba mengharu birukan keadaan dengan cerita kemunafikan .kita sekadar boleh berdoa dan pasrah kepadaNya Amin !. Layak diberi tempat pertama (1)

Ulasan Qalam Mutiara.

Tinta Emas berkata...


SEDIKIT BICARA TENTANG PENULISAN PUISI


1.Puisi mutakhir atau kontemporari.

tafsiran

- Signifikasi
- tersurat dan tersirat


2. Dua kerja Pengkritik/Pengulas sajak.

- membaca melihat bentuk pengucapan gaya dan bahasa
- memberi makna pada perkataan kemudian cuba pula
- mengeluarkan makna untuk menangkap isi dan maksud cerita.

3,Aspek lain

- Bentuk ( gaya - isi – bahasa – abstrak- simbolik)
- Rima bunyi
- Asonansi-Gaya bahasa yg membawa maksud pengulangan bunyi vokal yang sama pada perkataan yang berturutan dalam baris2 puisi. Contohnya :
Merenung sepi leretan sejarah mereka pengulangan vokal e pada setiap perkataan
- Aliterasi- pengulangan bunyi konsonan dalam baris-baris karya. Perlu ditegaskan bahawa
aliterasi bukannya pengulangan HURUF konsonan, tapi BUNYI konsonan. Kedudukan konsonan itu
boleh jadi diawal kata (contoh: segala sudah sedia) atau pada suku kata yang ditekankan
(contoh: duka menjalar ke jantung). Hal ini lebih ketara apabila sajak itu dideklamasi
(dari buku ‘Bimbingan Istilah Sastera’ oleh Rahman Shaari)
- Semile -yang bermaksud satu ragam atau gaya bahasa perbandingan. Perbandingan sesuatu benda,
keadaan atausuasana dengan jelas. Contah bahasa perbandingan ialah seperti, bagai, bak, umpama, laksana.
- Contoh : Hidung mancung bak seludang Kau umpama puteri kayangan
- Matofora-Gaya bahasa kiasan atau perbandingan. Ia bersifat ringkas, padat dan tersusun rapi.
Biasanya terdiri dr 2
perkataan, satu bersifat nyata dan satu lagi bersifat abstrak.
- Contoh :Lautan manusia perahu waktu
-Bombastik (kata ibarat) contoh guru umpama lilin. (BERSAMBUNG ESOK)

SAMBUNGAN SIRI 2 AKHIR

Farhana Farina berkata...

MEMBOHONGI

Hari berganti hari makin pasti
Kusadar rindu mulai hadir di hati
Menempat bilik kosong yang sepi
Bersembunyi enggan menyapa hari
Menyatu dan larut dalam sanubari
Biar kusimpan rindu walau kalbu
sudut ruangan yang terpaku
Melengkapi jiwa diri nan syahdu
Kusembunyikan rindu pada rasa malu
Walau hati tak akan membohongi
Fikiranpun melantunkan
Sementara jiwa makin terbelenggu

Farhana Farina
sajak terkenang
jerantut 7.april.2012

Ali COnan berkata...

TATAP LANGIT

telah berapa musim tanpa suara
hingga butir pasir
menghambur celah-celah jemari
tertawa sembunyikan luka didalam..
bunga kecil itu sedang mengembang
tak pernah layu meski
cahaya tak pernah mendekatinya
tak perlu takut walau gelap datang
tataplah langit bersama deru angin

Ali COnan
sajak fantasi
pasir puteh 10.1.2012

Nasruq Haqq berkata...

BENIH MENGUCUP

Ketika mentari memetik sayap angin
Senyum memecah kepalsuan
Tak bias berkilau memangku cahaya Dimanakah lagu musim yang terhenti
Dimanakah nada menghilang
Rasakanlah rintik merinai memugar hitam putih sebuah cerita indah
mencuba mengepak sayap
bersama impian yang kosong
dalam menanti benih mula menguncup

Nasruq Haqq
sajak simbolik sinis
Johor Baharu 2mac2012

Tok Tam berkata...

SEPI MEMANGGIL-MANGGIL

sepi mencuba memanggil-manggil cahaya yang pada ketika itu
sedang menjilat gelap bersama ilusi
kabut bayang bayang tepenjara
dalam balik jeriji takdir murka
meronta namun tak ada yang simpati
sudah cukup bermain dengan cerita
bunuhlah ia dalam terang benderang
jangan di dalam hening yang sepi

Tok Tam
sajak sinis
Bukit Gantang 8ogos2012

Halima Saadiah berkata...

MEMBOHONGI CERMIN

di dalam nada nadiku
aku terlahir meluka harapan tersia
hingga masih merindu angin
menyanyikan di bukit impian
aku masih tak sanggup
merangkai segugus gemilang itu
tiada menyapa di persimpangan
menetes luka dalam hampa
aku tak bisa membohongi cermin

Halima Saadiah (Adik Puteri Bunian)
sajak kisah hidup sendiri saya wakil dari kakak sy sbb kakak sy kesihatan dia agak menganggu sbb slalu migran lps kejadian tu sy dpt tahu kakak sy menang sayembara pun sbb gelora maya dtg rumah bgi rm100 katanya qalam dgn datuk hasbi bagi
Karak 3.6.2012

Hamba Allah berkata...

HITAM HILANG ANGKUHNYA

aku mungkin bukan pujangga
memberi seribu bait cinta
aku hanyalah mahluk biasa
teranyam dari derita
ketika fajar berseri turun ke bumi
bersama lafaz hati yang tersudut
kubiarkan hatiku berlutut
memohon mengelupas kesunyian
malam yang menari sepi
memudar hitam hilang angkuhnya

Hamba Allah
sajak marah
damansara 2.disember.2012

Haji Abkam berkata...

KESEMPATAN ITU

ku terdiam meratapi nasib
penyesalan ini tiada berkurang
rasa ini pun tak pernah hilang..
malah semakin bertambah..
hari yang ku lewati
berusaha untuk berubah
menanti kesempatan itu datang lagi
walau mungkin ia tak pernah ada..

Haji Abkam
sajak simbolik
Ulu Yam 2.10.2012

Roy Rashid berkata...

SAKIT DAN LELAH

sakit dan lelah yang kurasa..
tapi mengapa hati ini
masih bahkan sampai ketubuh
terasa tak lagi berdaya..
saat burung tak berkicau lagi..
saat matahari tak lagi terbit
malam menjadi terang
hujan tak bisa membasahi bumi
maka aku pun berhenti berharap..

Roy Rashid
sajak ketika terlantar sakit
Langkawi 3.9.2011

Tinta Emas berkata...


KUM 7

49.MEMBOHONGI- Farhana Farina (TBD)
50.TATAP LANGIT -Ali Conan (LSS)
51.BENIH MENGUCUP -Nasruq Haqq (LSS)
52.SEPI MEMANGGIL-MANGGIL -Tok Tam (LSS)
53.MEMBOHONGI CERMIN- Halima Saadiah (LSS)
54.HITAM HILANG ANGKUHNYA- Hamba Allah (TBD)
55.KESEMPATAN ITU -Haji Abkam (TBD)
56.SAKIT DAN LELAH -Roy Rashid (TBD)

Tinta Emas berkata...


49.MEMBOHONGI (TBD)

Hari berganti hari makin pasti
Kusadar rindu mulai hadir di hati
Menempat bilik kosong yang sepi
Bersembunyi enggan menyapa hari
Menyatu dan larut dalam sanubari
Biar kusimpan rindu walau kalbu
sudut ruangan yang terpaku
Melengkapi jiwa diri nan syahdu
Kusembunyikan rindu pada rasa malu
Walau hati tak akan membohongi
Fikiranpun melantunkan
Sementara jiwa makin terbelenggu

Oleh: Farhana Farina
sajak terkenang
jerantut 7.april.2012/15 Disember 2012 3:39 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdri/Pn: Farhana Farina kini kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya bertajuk: MEMBOHONGI .Thema sajak cuma terkenang katanya.Pengucapannya mengelirukan perlu diperbaiki lagi, namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya baik cerita orang muda punya biasa tetapi pengolahannya meragukan baik2nya .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...


50.TATAP LANGIT (LSS)

telah berapa musim tanpa suara
hingga butir pasir bertaburan
menghambur dicelah jari jemari
senyuman hanya meyembunyikan luka didalam..
bunga-bunga kecil itu sedang mengembang
tak pernah layu atau kering meski pun
cahaya tak pernah mendekatinya
tak perlu takut walaupun kegelapan datang
tataplah langit bersama deru angin rastu dariNya.

Oleh: Ali Conan
sajak simbolik fantasi
pasir puteh 10.1.2012/15 Disember 2012 3:43 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdra Ali Conan kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk: TATAP LANGIT Tema sajak sinis dalam fantasi nampaknya. Pengucapannya ada sadikit pembetulan bersahaja ada rasa simbolik, namun punya artinya yang tersendiri walaupun dalam fantasi. Mesejnya tentang persoalan kehidupan , bahawa dalam kehidupan kita ini tidak perlu terlalu bergantung pada pihak tertentu, berusaha sahaja, Insyaallah rezeki itu ada di tangan Allah swt..Rasanya sajak terbaik dari kum 7 ini Syabas! Cuma andaian. Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...


51.BENIH MENGUCUP (LSS)

Ketika mentari memetik sayap angin
aku tersenyum memecah kepalsuan
Tak bias berkilau memangku cahaya
Dimanakah lagu musim yang terhenti
Dimanakah nada menghilang pergi
Rasakanlah rintik merinai memugar
hitam putih sebuah cerita indah
mencuba mengepak sayap
bersama impian yang kosong
dalam menanti benih mula menguncup

Oleh: Nasruq Haqq
sajak simbolik sinis
Johor Baharu 2mac2012/15 Disember 2012 3:48 PTG


SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdra Nasruq Haqq kini kembali lagi dewngan sajaknya bertajuk: BENIH YANG MENGUCUP Tema sajak sinis simbolik katanya. Pengucapannya bersahaja tetapi ada sadikit pembetulan untuk lebih menyakinkan. ada rasa sinis dan bersimbolik, namun punya artinya yang tersendiri. Mesejnya tentang isu semasa berbau politik tanah air juga. Satu peringatan bagi mereka yang ingin berkuasa jangan terlalu mengharap pada andaian semata-mata. Jika rakyat diabaikan... Cuma andaian. Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)


Tinta Emas berkata...


52.SEPI MEMANGGIL-MANGGIL (LSS)

sepi cuba memanggil-manggil
cahaya yang ada pada ketika itu
sedang menjilat gelap bersama ilusi
kabut bayang bayang tepenjara
dalam balik jeriji takdir murka
meronta namun tak ada yang simpati
sudah cukup bermain dengan cerita
bunuhlah ia dalam terang benderang
jangan di dalam hening sepi yang tak bearti .

Oleh: Tok Tam
sajak sinis
Bukit Gantang 8ogos2012/15 Disember 2012 3:52 PTG


SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

Sdra? Tok Tam kini kembali lagi dewngan sajaknya yang bertajuk: SEPI MEMANGGIL-MANGGIL Tema sajak sinis nampaknya. Pengucapannya ada rasa sinis bersimbolik, namun punya artinya yang tersendiri. Mesejnya menyentuh soal isu semasa buat YB agaknya, mungkin ada sesuatu yang dirasakan kurang menyenangkan dalam pentabiran kawasan yang tidak banyak membawa perubahan pada kehidupan rakyat. Malainkan asyek dengan politik sepi yang penuh dengan muslihat. Cuma andaian. Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...


53.MEMBOHONGI CERMIN (LSS)

Di dalam nada dan nadiku ini
aku terlahir meluka harapan tersia
sehingga kini masih merindu cahaya
bagi menyanyikan di bukit impian
namun aku masih tak sanggup dan kecewa
merangkai segugus kegemilangan kehidupan
malah tiada siapa sudi menyapa di persimpangan
lalu aku menetes luka dalam harapan yang hampa
kini aku tak bisa membohongi cermin kehidupan ini.

Halima Saadiah (Adik Puteri Bunian)
sajak kisah hidup sendiri saya wakil dari kakak sy sbb kakak sy kesihatan dia agak menganggu sbb slalu migran lps kejadian tu sy dpt tahu kakak sy menang sayembara pun sbb gelora maya dtg rumah bgi rm100 katanya qalam dgn datuk hasbi bagi (Bukan Qalam datuk Hasbi) Qalam Cuma buat ulasan sahaja. Karak 3.6.2012/15 Disember 2012 3:56 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

Sdri Halima Saadiah penganti kakanya Puteri Bunian kembali lagi dewngan sajaknya bertajuk: MEMBOHONGI CERMIN HIDUP Tema sajak kisah hidup katanya. Pengucapannya ada sadikit pembetulan namun bersahaja ada ceritanya dan punya artinya yang tersendiri. Mesejnya tentang soalan peribadi mungkin kerana kecewa dengan apa yang diharapan oleh keluarga , lalu tak bisa lagi membohongi dalam cermin kehidupan ini. Cuma andaian. Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...


54.HITAM HILANG ANGKUHNYA (TBD)

aku mungkin bukan pujangga
memberi seribu bait2 puisi cinta
aku hanyalah seorang insan biasa
teranyam dari derita luka nestapa
ketika fajar berseri turun ke bumi
bersama lafaz hati yang tersudut
kubiarkan hatiku berlutut
memohon mengelupas kesunyian
malam yang menari sepi
memudar hitam hilang angkuhnya

Oleh: Hamba Allah
sajak marah
damansara 2.disember.2012/15 Disember 2012 4:00 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdra Hamba Allah kini kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: HITAM HILANG ANGKUHNYA .Thema sajak marah katanya.Pengucapannya menarik dan bersahaja. Tetapi gagal kami untuk memperbetulkan ungapan penutupnya mengelirukan namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya ada tetapi pengolahannya akhir meragukan baik2nya .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...


55.KESEMPATAN ITU (TBD)

ku terdiam meratapi nasib
penyesalan ini tiada berkurang
rasa ini pun tak pernah hilang..
malah semakin bertambah..
hari demi hari yang ku lewati
betapa pun aku berusaha untuk berubah
menanti kesempatan itu datang lagi
walau mungkin ia tak pernah ada..

Oleh: Haji Abkam
sajak simbolik
Ulu Yam 2.10.2012/15 Disember 2012 4:03 PTG
SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdra Tuan Haji Abkam kini kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: KESEMPATAN ITU .Thema sajak simbolik katanya.Pengucapannya mengelirukan perlu diperbaiki lagi pada penutupnya , namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya gagal dikesan disebalik simboliknya yang meragukan pada baik2 akhirnya .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)



Tinta Emas berkata...


56.SAKIT DAN LELAH (TBD)

sakit dan lelah yang kurasakan..
tapi mengapa hati ini
masih bahkan sampai ketubuh
terasa tak lagi terdaya..
saat burung tak berkicau lagi..
saat matahari tak lagi terbit
malam menjadi terang
hujan tak bisa membasahi bumi
maka aku pun berhenti berharap..

Oleh: Roy Rashid
sajak ketika terlantar sakit
Langkawi 3.9.2011/15 Disember 2012 4:07 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdra Roy Rashid kini kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya bertajuk: SAKIT DAN LELAH .Thema sajak ketika sakit katanya.Pengucapannya mengelirukan perlu diperbaiki lagi, namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya ada cerita tentang penderitaan sakit yang dialami, tetapi pengolahannya meragukan pada baik2 akhirnya .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)


Tinta Emas berkata...


Terima kasih pada Datuk hasbi kerana mengambil 12 orang untuk menerima hadiah buat pusingan akhir yang ke 12 ini. Amin. Semoga murah rezeki dan panjang umur bersama isteri yang terlewat ditemui . Amin Ya Rabbul alamin.

Tinta Emas berkata...

Sambungan Siri Ke dua INGIN JADI PENULIS

Dalam Teknik Penulisan Puisi dalam
puisi tempat ke dua pemenangan sayembara bulan oktober yang akan disiarkan nanti.

Insyaallah.!

Tinta Emas berkata...

Apa pun letak dulu 8 sajak untuk KUM 8 . dalam ruang yang tinggal 8 saja lagi ini.

Awi Mursyidi berkata...

POTONGAN KATA

entah dari mana harus kumulai
ketika setiap kata kurangkai
hanya berupa barisan tanpa makna
tak berarti apa-apa
bagaimana potongan katabisa kucipta
biarlah kebisuan lebih berarti

Awi Mursyidi (anak Pak Awang)
sajak simbolik sy wakil abah sy pak awang dia ada kerja sikit katanya jd dia hantar kat sy sajak dia suruh sy hntr kepada qalam
janda baik 1januari2012

Quratul Aini berkata...

MATI DALAM KEDAMAIAN

aku terhempas ke dalam
dimensi keterasingan.
waktu terus berlari berkejaran
sementara kematian terus mendekat.
entah bila tuhan memanggil
hanya ku tahu
kematian pasti menghampiri
sama ada hari ini atau esok
Jika aku mati esok
aku Ingin mati dalam kedamaian…

Quratul Aini (adik Abul Hassan)
sajak dari abg sy (abul hassan) dia hilang ingatan skrg tp dia tahu menulis sajak tp bila kami tanya dia kata dia pun xthu mcm mana dia boleh tulis sajak??? skrg dia kenal hanyalah keluarga dia sahaja kwn2 dgn saudara mara dia xknal sy dh pun terima hadiah dari datuk hasbi (nset) tu pun ustaz zulkarnain yg kirim dan datuk hasbi jgk hntr surat kecil dia kata suruh hntr sajak kat blog ni
Bagan Ajam 2.disember2012

Ahmad Zakry berkata...

MENANTI KEBAHAGIAN

Indah kehidupan terbentang cerah..
berteman bulan dan bintang…
bersatu demi kebahagian dunia…
bulan selalu menemani gulita malam,
disaat insan duduk termenung
bagai sebongkah batu
pasrah terima takdir,
terkulai lemah tak berpenghuni…
menanti kebahagian diujungg harapan

Ahmad Zakry (anak haji hasbullah)
sajak simbolik dari ayah sy tp sy pun xthu sajak apa dia tulis ni sbb sy x minat sajak pun klu x malas nk hntr tp dh hajat ayah sy nk sy hntr sajak kat sini terpaksa la tunaikan ayah sy balik kmpung sbb ada urusan sikit
Lenggong 2.2.2012

Saidatina Ayubi berkata...

LUMPUR HITAM

bertahan meski jiwa tak tenang,
mencari arti kehidupan mencengkam..
betapa hati merindu
menemani kesepian menyelimuti diri
Dunia tak adakah tempat
selain penderitaan??
masih adakah kesempatan lagi
bagi lumpur hitam terbenam
menyusup begitu dalam
untuk mendapat secuil kebahagian??

Saidatina Ayubi
sajak sedih
lubuk antu 8.9.2012

Zain Issac berkata...

ANUGERAH

bulan malam ini menyinari
tetapi tak bisa penuhi
sinar kalbu yang redup sekian lama
hanya angin yang bertalu
menyeksakan kesabaran
terimakasih ku ucapkan,,,
membuka hati setelah
sekian lama tertutup rapat..
tersenyum merasa sebuah anugerah

Zain Issac
sajak berpuas hati
termerloh 3.oktober.2012

sadqallah azim berkata...

SEBENTUK KASIH

Rintik hujan turun
Tak kuasa ku menahan perih…
Bilamana waktu terganti…
Pintaku hanya ingin disini….
daLam indah aroma nafas
Sepiku hilang bersama sebentukkasih

sadqallah azim
sajak terkenang
Jelotong 2.1.2012

Saudagar Emas berkata...

HATI SUDAH TIADA

bila hati bicara
biarlah bulan bercanda
kala derita pudar nurani terjaga
masihkah ada rindu di dalam dada
Di dalam wajah selalu tersenyum
Dan semangat tak pernah berhenti
merangkai alunan bernyanyi bisu

Saudagar Emas
sajak tentang semangat
Jemapoh 2.10.2011

UStaz Mahfuz berkata...

RODA

roda kehidupan telah berputar
hidup selalu dalam kecukupan kasih
tapi kini sudah berubah
tiada lagi senyum di hati ni…
namun seiring berjalannya waktu semua telah pudar kini yang tersisa hanyalah kepingan sesalan
tak kan pernah terhapuskan

UStaz Mahfuz
Sajak sesalan
Bachok 9.2.2012