Ahad, 16 Disember 2012

PUJANGGA TANPA TANDA (2)




 Puisi tempat ke 2 Oktober 2012.

aku kini tak seperti kamu
pandai merangkai kata-kata
aku cuma hanya pujangga tanpa tanda
Sekadar berdiam dibawah tangga
emosiku kini kaku bagai kaca pecah
tidak seperti awan yang bergerak
terkadang terasa bagai penari latar
walau di hadapan orden tapi
hanya menari belakang layar
waktu mungkin tak mempedulikan
betapa pun aku lelah lama menunggu

Oleh: Puteri Bunian
sajak dalam ketidakpastian dan emosi kini terganggu/
/30 Oktober 2012 12:07 PTG



30 ulasan:

Tinta Emas berkata...


SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG OKTOBER2012
PUSINGAN AKHIR PENENTUAN

Sdri/Pn..Puteri Bunian Thahniah! Pernah berjaya dulu? Kini kali ke dua terpilih ke pusingan penentuan akhir dengan sajaknya yang bertajuk: PUJANGGA TANPA TANDA Tema sajak rasa kecelaruan perasaan nampaknya Pengucapannya bersahaja ada kekuatannya dan punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam ada rasa kebimbangan dan kecelaruan perasaan dengan keadaan sakit yang pernah dialaminya selama ini , kini anda perlu berusaha berubat dan berdoa serta pasrah kepadaNya Amin !. Layak diberi tmpat ke dua (2)

Tinta Emas berkata...

SAMBUNGAN SIRI 2 AKHIR

INGIN JADI PENULIS?
___________________________________

Sambungan dari siri ke 2 ingin jadi penyaeir

4.Setiap Penyair

- Pengucapanya - gaya bahasa digunakan
- Ketajamannya - mengeluarkan idea atau ilham
- Renungannya - pemerhatian yang tajam pada permasaalahan
- Sensiviti nya - cepat tangkap pada keadaan sekeliling dan luar
- Kebijaksanaannya - pengalaman yang mengajar anda
- Kesan dalamnya - ada hikmah setiap pengucapannya
- Pengajarannya - ilmu tambah nilai dari pembacaan dan orang lain
- Sesuatu yang baru - belum dicipta orang lain dia menerokainya
- Condong kepada khalid - ingat kepandaian ini ilmu dipinjam Al
5.Ada kesan pada cerita dan maksudnya.

- buat orang berfikir
- mendekatkan diri kepada Khalid
- ada pengajaran dan logik
- menyentuh hati nurani
- memberi inspirasi
- kesan yang mendalam.


PETEKAN PERINGATAN.

Jangan pula anda ingat mesti ikut ciri-ciri di atas seratus peatus, pasti anda tidak akan mahu menulis. Mula-mula hentam saja, lama kelamaan perbaiki sadikit demi sadikit, sajak en nuri pun belum 100% betul. Contoh mudah macam Tn Haji Abu Hassan Al Asaari, pakar ilmu tajuid al Quran ,Sdra.Hashim Awang pengulas cerpen dewan sastra, Profesor (maaf lupa namanya) Pengulas sukan tanah air , saya tidak pernah dengar mereka pernah dapat juara dalam bidang masing-masing.

Cuma kita dengar dan terkenal pakar hakim terbaik pengulas sastera terbaik, pengulas sukan terbaik.menang tialawah, menang cerpen, menang sukan, tidak ada pun. Oleh itu anda pun boleh menulis, tidak semestinya jika kita tidak pakar tidak boleh membuatnya.

SEKIAN.

Tinta Emas berkata...


57.POTONGAN KATA (TBD)

entah dari mana harus kumulai
ketika setiap kata kurangkai
hanya berupa barisan tanpa makna
tak berarti apa-apa
bagaimana potongan kata bisa kucipta
biarlah kebisuan lebih berarti

Awi Mursyidi (anak Pak Awang)
sajak simbolik sy wakil abah sy pak awang dia ada kerja sikit katanya jd dia hantar kat sy sajak dia suruh sy hntr kepada qalam
janda baik 1 januari2012/17 Disember 2012 6:13 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdra Awi Mursyidi mengantikan abahnya Pak Awang kini kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: POTONGAN KATA .Thema sajak simbolik katanya.Pengucapannya mengelirukan perlu diperbaiki lagi, namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya semacam ada cerita yang hendak di samapikan tetapi tidak sampai, lantas dibiarkannya diam begitu sahaja...Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...


68.MATI DALAM KEDAMAIAN (LSS)

Aku terhempas ke dalam
dimensi keterasingan.
waktu terus berlari berkejaran
sementara kematian terus mendekati.
entah bila tuhan ingin memanggil
hanya ku tahu kematian pasti menghampiri
sama ada hari ini atau esok
Jika aku mati ke esokan harinya
Ingin mati dalam kedamaian…

Quratul Aini (adik Abul Hassan)
sajak dari abg sy (abul hassan) dia hilang ingatan skrg tp dia tahu menulis sajak tp bila kami tanya dia kata dia pun xthu mcm mana dia boleh tulis sajak??? skrg dia kenal hanyalah keluarga dia sahaja kwn2 dgn saudara mara dia xknal sy dh pun terima hadiah dari datuk hasbi (nset) tu pun ustaz zulkarnain yg kirim dan datuk hasbi jgk hntr surat kecil dia kata suruh hntr sajak kat blog ni Bagan Ajam 2.disember2012/17 Disember 2012 6:18 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

Sdri Quratul Aini penganti abangnya Abul Hassan kembali lagi dewngan sajaknya bertajuk: MATI DALAM KEDAMAIN Tema sajak mengharap nampaknya. Pengucapannya ada sadikit pembetulan namun bersahaja ada ceritanya dan punya artinya yang tersendiri. Mesejnya tentang kisah peribadi mungkin kerana kecewa dengan apa yangdilakukan selama ini, lalu tak bisa lagi membohongi diri, kini pasrah dan penuh harap biarlah mati dalam kedamaian.. Cuma andaian. Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...


59.MENANTI KEBAHAGIAN (TBD)

Indah kehidupan terbentang cerah..
berteman bulan dan bintang…
bersatu demi kebahagian dunia…
bulan selalu menemani gulita malam,
disaat insan duduk termenung
bagai sebongkah batu
pasrah terima takdir,
terkulai lemah tak berpenghuni…
menanti kebahagian diujungg harapan

Oleh: Ahmad Zakry (anak haji hasbullah)
sajak simbolik dari ayah sy tp sy pun xthu sajak apa dia tulis ni sbb sy x minat sajak pun klu x malas nk hntr tp dh hajat ayah sy nk sy hntr sajak kat sini terpaksa la tunaikan ayah sy balik kmpung sbb ada urusan sikit Lenggong 2.2.2012/17 Disember 2012 6:22 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdra Ahmad Zakry mengganti bapaknya Haji Hasbullah kini kembali lagi dengan cuba mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: MENANTI KEBAHAGIAN .Thema sajak simbolik katanya. Pengucapannya bersimboliknya sadikit mengelirukan , kerana mentari yang menyinari alam, begitu juga pada bait akhir untuk penutupnya namun punya artinya yang tersendiri Mesejnya semacam ada cerita berbau politik rasanya. Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...


60.KEHIDUPAN MENCENGKAM (LSS)

Jika bertahan meski jiwa tak tenang,
mencari arti kehidupan yang kini mencengkam..
betapa hati ini kian resah merindunya
menemani kesepian menyelimuti diri
Adakah dunia bagaikan tiada tempat
selain penuh dengan penderitaan?
masih adakah kesempatanku lagi
bagi menghendarkan segala
rasa kehidupan yang mencengkam
menyusup begitu mendalam?
Hanya doa dan rastu ku pohon
untuk mendapat secebih kebahagian?

Oleh: Saidatina Ayubi
sajak sedih
lubuk antu 8.9.2012/17 Disember 2012 6:24 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

Sdri?Pn.Saidatina Ayubi kembali lagi dewngan sajaknya tukar tajuk: KEHIDUPAN YANG MENCENGKAM Tema sajak kisah sedih katanya. Pengucapannya ada sadikit pembetulan namun bersahaja ada ceritanya dan punya artinya yang tersendiri. Mesejnya tentang soalan kehidupan dan kemudahan , mungkin situasi tempat kerja atau tinggalnya amat menyedihkan jauh dari segala kemudahan dengan apa yang pernah dialaminya sebelum ini. Cuma andaian. Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...


61.ANUGERAH HIDAYAH (LSS)

bulan malam ini menyinari
tetapi tak bisa penuhi semuanya
sinar kalbu yang redup sekian lama
hanya di bawah angin yang berlalu
cukup menyeksakan kesabaranku
apa pun terima kasih ku ucapkan,,,
kerana telah membuka matahatiku
setelah sekian lama tertutup rapat..
kini tersenyum merasa sebuah anugerah

Oleh: Zain Issac
sajak berpuas hati
termerloh 3.oktober.2012/17 Disember 2012 6:28 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

Sdra. Zain Issac kini muncul kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk: ANUGERAH HIDAYAH Tema sajak puah hati nampaknya. Pengucapannya diberi sadikit penambahan ianya , bersahaja penuh simbolik, namun punya artinya yang tersendiri. Mesejnya menyentuh soal bersyukur dan berpuas hati dengan anugerah taufik dan hidayah yang Allah berikan kepadanya. Selama ini Amin. Cuma andaian. Sajak terbaik kum 8 .Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...


62.SEBENTUK KASIH (TBD)

Rintik hujan turun
Tak kuasa ku menahan perih…
Bilamana waktu terganti…
Pintaku hanya ingin disini….
daLam indah aroma nafas
Sepiku hilang bersama sebentuk kasih

Oleh: Sadqallah Azim
sajak terkenang
Jelotong 2.1.2012/17 Disember 2012 6:30 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdra Sadqallah Azin kini kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya bertajuk: SEBENTUK KASIH .Thema sajak terkenang katanya. Pengucapannya mengelirukan perlu diperbaiki lagi, namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya ada cerita terkenangkan si dia kisah orang muda punya biasa agaknya tetapi pengolahannya sadikit meragukan pada baik2 akhirnya .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)




Tinta Emas berkata...


63.HATI SUDAH TIADA (TBD)

bila hati bicara
biarlah bulan bercanda
kala derita pudar nurani terjaga
masihkah ada rindu di dalam dada
Di dalam wajah selalu tersenyum
Dan semangat tak pernah berhenti
merangkai alunan bernyanyi bisu

Oleh: Saudagar Emas
sajak tentang semangat
Jemapoh 2.10.2011/17 Disember 2012 6:37 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdra Saudagar Emas kini kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:HATI SUDAH TIADA .Thema sajak mencari semangat katanya.Pengucapannya mengelirukan perlu diperbaiki lagi pada keseluruhanya , namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya gagal dikesan disebalik simboliknya yang meragukan pada baik2 akhirnya .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...


64.RODA KEHIDUPAN (LSS)

Roda kehidupan telah berputar
dahulu hidup penuh kemesraan
tetapi kini sudah berubah
tiada lagi senyum di hati ini…
namun seiring berjalannya
waktu semua telah pudar
kini tinggal yang tersisa sahaja
hanyalah kepingan kekesalan
bagai tidak pernah terhapuskan..

Oleh: Ustaz Mahfuz
Sajak sesalan
Bachok 9.2.2012/17 Disember 2012 6:39 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

Sdra Ustaz Mahfuz kini kembali lagi dewngan sajaknya yang bertajuk: RODA KEHIDUPAN Tema sajak sesalan nampaknya. Pengucapannya ada rasa sinis bersimbolik, namun punya artinya yang tersendiri. Mesejnya menyentuh soal isu semasa buat YB agaknya, mungkin ada sesuatu yang dirasakan kurang menyenangkan dalam pentabiran kawasan yang tidak banyak membawa perubahan pada kehidupan rakyat. Malainkan asyek dengan politik sepi yang penuh dengan muslihat. Cuma andaian. Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)


Tinta Emas berkata...


KEPUTUSAN KELAYAKAN KUM 8
SEPERTI DI BAWAH INI.

57.POTONGAN KATA – Awi Mursyidi(TBD)
58.MATI DALAM KEDAMAIAN Quratul Aini (LSS)
59.MENANTI KEBAHAGIAN – Ahmad Zaky (TBD)
60.LUMPUR HITAM – Saidatina Ayubi (LSS)
61.ANUGERAH – Zain Issac (LSS)
62.SEBENTUK KASIH-Sadqallah Azim (TBD)
63.HATI SUDAH TIADA- Saudagar Emas (TBD)
64.RODA- Ustaz Mahfuz (LSS)


Tinta Emas berkata...


MENGENALI NAMA PENA EN NURI
KENAPA NAMA INI YANG KUPILIH ?

Tahun 1976, Pada malam 10 akhir ramadhan waktu syahor jam 4.30 pagi di asrama almashoor Pulau Pinang, semasa aku sedang makan syahor tiba-tiba terbang seekor burung nuri hinggap di bahuku dengan mesra aku memengangnya terrnyata begitu jenak dan manja .


Beberapa kali aku cuba melepaskannya, Tetapi dia datang kembali betambah mesra dan manja pula aku jadi terharu, tidak sampai hati hendak melepaskannya aku tidak tahu siapa yang punya , lalu aku memasukkannya ke dalam beg plastik, esok aku hantar ke rumah bapa angkatku di Perak Road,

Selang Beberapa minggu aku pergi menziarahinya untuk b bertanya, khabar kata bapa angkatku burung nuri itu telah terlepas terbang menghilangkan diri…….


Aku pun terharu, seekor burung yang cantek berwarna warni, disebut orang si burung nuri, aku tidak dapat memeliharanya, kerana aku semasa itu maseh seorang pelajar yang tinggal di asrama.

Bagi mengenangkan namanya, aku meletakan nama penaku NURIMANJA, sehingga kini mudah dikenali dan senang diingati oleh sahabat. Teman dan taulan .


Oleh; Nurimanja,
Catatan 10.00 malam, BBTK. Bayan Lepas, Penang.Tanggal 1hb, Oktober, 2009.

Zuraifah berkata...

REMBULAN

biarkan malam menjadi saksi
biarkan bulan jadi renungan
ku tatap jauh bulan bersinar
walau sulit untuk kudapatkan
ku rela hati ini terkapar
kerana cahaya bersinar selalu
wahai rembulan hanya untaian
terima ksih terucap dari bibir ini

Zuraifah
sajak dari suami (taib bin mas'on) sbb sy xda idea nak tulis sajak jd minta bantuan suami kebetulan dia ada sajak lebih
abang galau 6.sep.2012

Asyar Mujid berkata...

TONGKAT

seperti bangun dari mimpi
semua trasa lelah mulut terbungkam
namun tangis tak tertahankan
apa kurasakan ini sebenarnya
tak ada satupun berdetak?
Aku seperti orang buta
selalu bersandar pada tongkat

Asyar Mujid
sajak tentang ketidakpastian
Negeri sembilan 2.9.2012

Muhamad Mualim berkata...

DESIR ANGIN

aku sering terkejut ketika
desir angin mulai mengena tubuh
seringkali aku menepis cerita tentang sebegitu kuatnya angin mampu menerbangkan tubuhku
tak terlihat dan tak tergenggam namun bisa dirasakan..
tapi apa angin mampu mendengar ceritaku yang kaku ini..?

Muhamad Mualim
sajak simbolik
sabak bernam 10.10.2012

Atan yahoo berkata...

HIDUP TANPA JIWA

cemas dan gundah bersahabat denganku
seringku usir namun
mereka datang kembali,
apa aku harus mengusir jasadku ini
betul saat ini aku hanya
ingin hidup tanpa raga dan jiwa

Atan yahoo
sajak cemas
Simpang Ampat 2.2.2012

Tok Mahat berkata...

PALSU

MALAM INI GERIMIS DATANG
DINGINNYA MENUSUK TULANG
LANGITPUN KELAM TAK ADA BINTANG
KALA RINDU MENYERGAP
TAK BISA KUUNGKAP TERHANYA DIAM..
TERKADANG DATANG RAGU-RAGU
TERKADANG KUPELUK BAYANGAN
WALAU AKU TAHU ITU PALSU
LURUH HATI INI MENGENANGKAN

Tok Mahat
sajak sedih
mersing 18..8.2012

Doktor Hasmawi berkata...

MENIPU

Manusia seringkali tak masuk akal
berpikir logik dan ego.
Tapi bagaimanapun ampuni mereka
biarkan saja orang lain
menuduh kita mempunyai
satu maksud tersembunyi
Tapi bersikap jujur dan terbukalah
agar tidak ada yang menipu

Doktor Hasmawi
sajak peringatan
ampang jajar 4.april.2012

Penglipur Lara berkata...

HANCURKAN

Apa yang kamu bangunkan
selama bertahun-tahun
mungkin akan dihancurkan
oleh orang lain dalam masa 1 hari
Tapi bagaimanapun juga
kita harus bangun menentang
bisa saja orang lain iri hati
Tapi yang penting perjuangan kita
selama ini harus diteruskan

Penglipur Lara
sajak semangat
Baling 5.8.2012

nahul Hidzar berkata...

MENAPAK MALAM

ketika senja ini kembali datang..
hati terpana melihat gelapnya malam
diantara bintang terlihat disana
segala damai dalam angan
dlangkah kecil menapak malam…

nahul Hidzar
sajak tentang alam
Kuala Ketil 10.9.2012

Tinta Emas berkata...

KEPUTUSAN KUM 9 SEPERTI BERIKUT;

65.REMBULAN – Zuraifah (TBD)
66.TONGKAT- Asyar Mujid (TBD)
67.DESIR ANGIN – Muhamad Mualim(LSS)
68.HIDUP TANPA JIWA- Atan Yahoo (TBD)
69.PALSU-Tok Mahat (LSS)
70.MENIPU – Doktor Hasmawi (LSS)
71.HANCURKAN –Penglipur Lara (LSS)
72.MENAPAK MALAM – Nahul Hidzar(TBD)

Ulasan Qalam Mutiara.

Tinta Emas berkata...


Zuraifah berkata...

65.REMBULAN (TBD)

biarkan malam menjadi saksi
biarkan bulan jadi renungan
ku tatap jauh bulan bersinar
walau sulit untuk kudapatkan
ku rela hati ini terkapar
kerana cahaya bersinar selalu
wahai rembulan hanya untaian
terima ksih terucap dari bibir ini

Oleh: Zuraifah
sajak dari suami (taib bin mas'on) sbb sy xda idea nak tulis sajak jd minta bantuan suami kebetulan dia ada sajak lebih
abang galau 6.sep.2012/18 Disember 2012 3:45 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdri/Pn. Jurifah Job ke ? Zuraifah dengan sajak Taib suaminya kini cuba kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: REMBULAN Thema sajak tidak pula dinyatakan di sini . Pengucapannya bersimboliknya sadikit meragukan mungkin ada arti yang tersembunyi dan tersendiri Mesejnya semacam ada cerita pemujaan yang berbau politik rasanya. Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...


Asyar Mujid berkata...

66.TONGKAT (TBD)

seperti bangun dari mimpi
semua trasa lelah mulut terbungkam
namun tangis tak tertahan
apa kurasakan ini sebenarnya
tak ada satupun berdetak?
Aku seperti orang buta
selalu bersandar pada tongkat

Oleh: Asyar Mujid
sajak tentang ketidak pastian
Negeri sembilan 2.9.2012/18 Disember 2012 3:48 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdra Asyar Mujid kini kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:TONGKAT .Thema sajak ketidak pastian katanya.Pengucapannya bersimbolik tetapi sadikit mengelirukan perlu diperbaiki lagi, namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya gagal dikesan disebalik simboliknya yang meragukan pada baik2 petengahannya .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...


Muhamad Mualim berkata...

67.DESIR ANGIN (LSS)

aku sering terkejut ketika
desir angin mulai mengena tubuh
seringkali aku menepis cerita
tentang sebegitu kuatnya angin
mampu menerbangkan tubuhku
tak terlihat dan tak tergenggam
namun bisa dirasakan..
tapi apa angin mampu mendengar
tentang ceritaku yang kian terharu ini..
sering saja diserang penyakit kecelaruan minda.?

Oleh: Muhamad Mualim
sajak simbolik
sabak bernam 10.10.2012/18 Disember 2012 3:53 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

Sdra. Muhamad Mualim kini muncul kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk: DESIR ANGIN Tema sajak bersimbolik nampaknya. Pengucapannya diberi sadikit penambahan, bersahaja penuh simbolik, namun punya artinya yang tersendiri. Mesejnya menyentuh soal situasi semasa isu kutuk mengutuk dan rasa celaru dan mengharukan bila mendengar cerita yang kurang menyenangkan hati selama ini... Cuma andaian. Sajak terbaik kum 9 nampaknya .Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...


Atan yahoo berkata...

68.HIDUP TANPA JIWA (TBD)

cemas dan gundah bersahabat denganku
seringku usir namun
mereka datang kembali,
apa aku harus mengusir jasadku ini
betul saat ini aku hanya
ingin hidup tanpa raga dan jiwa

Oleh: Atan yahoo
sajak cemas
Simpang Ampat 2.2.2012/18 Disember 2012 3:57 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdra Atan Yahoo kini kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: HIDUP TANPA JIWA .Thema sajak cemas katanya.Pengucapannya mengelirukan perlu diperbaiki lagi pada keseluruhanya , namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya gagal dikesan disebalik ceritanya yang meragukan pada baik2 akhirnya .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...


Tok Mahat berkata...

69.PALSU (LSS)

MALAM INI GERIMIS DATANG
DINGINNYA MENUSUK TULANG
LANGITPUN KELAM TAK ADA BINTANG
KALA RINDU MENYERGAP DI HATI
TAK BISA KUUNGKAPKAN HANYA TERDIAM..
TERKADANG TERFIKIR RASA KERAGUAN
TERKADANG KHAYAL DENGAN BAYANGAN
WALAU AKU TAHU ITU SEMUA ADALAH PALSU
LURUH HATI INI BILA CUBA MENGENANGKAN KEADAAN.

Oleh: Tok Mahat
sajak sedih
mersing 18..8.2012/18 Disember 2012 3:59 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

Tok Mahat kini muncul kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: PALSU Tema sajak bersimbolik nampaknya. Pengucapannya, ada sadikit penambahan dan bersahaja penuh simbolik, namun punya gaya dan artinya yang tersendiri. Mesejnya menyentuh soal situasi semasa isu politik agaknya bila mendengar cerita yang kurang menyenangkan hati selama ini.kerana ternya penuh kepalsuan.. Cuma andaian..Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...


Doktor Hasmawi berkata...

70.MENIPU (LSS)

Manusia ini seringkali melemparkan kewarasan
lalu berbicara perkara yang tak masuk akal
bermain dengan pikiran tak logik dan kegoan.
Tapi bagaimanapun untuk ampuni mereka ini
biarkan saja masyarakat lain menilainya
kerana menuduh kita mempunyai
satu agenda maksud yang tersembunyi
sebaiknya bersikap jujur dan terbukalah
agar tidak ada siapa yang ragu dan menipu.

Oleh: Doktor Hasmawi
sajak peringatan
ampang jajar 4.april.2012/18 Disember 2012 4:05 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

Sdra Doktor Hasmawi sudah dapat cayaha mata? Apa pun kini doktor kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: PENIPU Tema sajak peringatan katanya. Pengucapannya ada sadikit pembetulan namun bersahaja ada ceritanya dan punya artinya yang tersendiri. Mesejnya tentang soalan kehidupan dan nasihat atau peringatan, mungkin ada rasa kepingcangan dalam masyarakat hari ini yang hidup penuh dengan kepuraan dan penipuan. Tidak mahu bersikap terbuka Cuma andaian. Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...


Penglipur Lara berkata...

71.HANCURKAN (LSS)

Apa yang kamu bangunkan
selama bertahun-tahun
mungkin akan dihancurkan
oleh orang lain dalam masa 1 hari
Tapi bagaimanapun juga
kita harus bangun menentang
bisa saja orang lain iri hati
Tapi yang penting perjuangan kita
selama ini harus diteruskan ….

Oleh: Penglipur Lara
sajak semangat
Baling 5.8.2012/18 Disember 2012 4:08 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

Sdra Panglipur Lara muncul kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: HANCURKAN Tema sajak bersemangat nampaknya. Pengucapannya, baik ada rasa semangat perjuangan punya gaya dan artinya yang tersendiri. Mesejnya menyentuh isu semasa politik agaknya, bila seorang itu cintakan agama bangsa dan negara, sememangnya rasa tercabar bila mendengar cerita kurang menyenangkan hatinya selama ini. kerana untuk membena sebuah kemerdekaan bukanlah mudah dengan apa yang telah kita nekmati dan alami selama ini.Syabas!! Cuma andaian..Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...


nahul Hidzar berkata...

72.MENAPAK MALAM (TBD)

ketika senja ini kembali datang..
hati terpana melihat gelapnya malam
diantara bintang terlihat disana
segala damai dalam angan
dlangkah kecil menapak malam…

Oleh: Nahul Hidzar
sajak tentang alam
Kuala Ketil 10.9.2012\18 Disember 2012 4:13 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdra Nahar Hidzar kini cuba kembali lagi dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: MENAPAK MALAM .Thema sajak menyentuh tentang alam katanya.Pengucapannya pendek mengelirukan perlu diperbaiki dengan mencari ungapan yang lebih berkesan.,namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya gagal dikesan disebalik simboliknya alam yang diketengahkan pada baik2 akhirnya .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...


Thaniah! Buat anda ahli dan penjaga blog yang telah pun terpilih dan menyambungkan puisi Layak sayembara seterusnya (LSS)

Dari Tinta Emas.