Sabtu, 8 Disember 2012

CINTA TERLALU INDAH (6)




 
sajak tempat ke 6 sept 2012

Sudahlah bintang tak usah lagi
kau ragu pada sebuah kenyataan
saat rindu berlari nan kencang
meninggalkan jejak kehampaan
Mungkin yang terbaik buatku
adalah sedikit sebuah renungan
Cinta terlalu indah untuk di rasakan

Oleh: Mozaire
sajak jiwa2/27 September 2012 8:09 PG

30 ulasan:

Tinta Emas berkata...


SAYEMBARA PUISI CITRARASA/NURI UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPTEMBER 2012

PUSINGAN SEPARUH AKHIR DAN AKHIR.
Sdra Mozaire Berjaya ke peringkat akhir kembali lagi dengan sajak bertajuk: CINTA TERLALU INDAH Tema sajak jiwa2 katanya. Pengucapannyaada bersahaja dan bersimbolik tapi punyai artinya yang tersembunyi. Mesejnya menyentuh soal penyakit anak muda punya biasa yang terkena panah cinta asmara. Semuanya indah belaka nampaknya. Apa pun diberi peluang dan Terpilih ke final untuk tempat ke 6 (LT6)

Tinta Emas berkata...

Buat ahli blog cintara rasa atau citranuri ini. Anda yang berminat
membicarakan tentang politik dan ingin menjadi sahabat Fb yang kini Tinta Azimad dan Pena utara , Pensel kontot kini menjadi Admin bersama beberapa orang lagi.Sila ke Fb penaruncing selamat datang ..

Tinta Emas berkata...

Kerana tinta dan pena berada di sana
mereka berhak menyiarkan segala hasil karya en nuri dan begitu juga
sajak yang telah menang hadiah di blog en nuri.

Bagi thema ketuhanan , alam sekitar dan politik atau isu semasa. Harap maklum! Kerana jalal dan Zainal tidak terikat lagi dengan sumpah laknat.

Itu saya di fahamkan .

Tinta Emas berkata...

Untuk pengetahuan anda blog en nuri sekian lama disekat oleh pihak tertentu, kerana politik sempet mereka yang gila kuasa. Walaupun blog ini merupakan blog number 1 diantara blog teratas. Tapi sayang disekat dan disembunyikan cuma kepada ahli tertentu sahaja orang luar tak boleh lihat dan masuk.

Begitu sy difahamkan.

Tinta Emas berkata...

Citra Rasa


Info

Username: Nurimanja
Description: Dunia ini tanpa sempadan, di hujung jari kita layari, jika hidup tiada pedoman, bagai belayar di laut mati.
URL: http://nurimanja.blogspot.com
Category: Blogger
Member Since: 2009-10-13

Average Rating: 5 / 5
Number of Ratings: 1

Sy difahamkan begitu. harap maklum!
bukan rekaan.

Tinta Emas berkata...


17..LUPUT DARI DOSA (TBD)

Menggema diantara suara yang ada…
pekat malam takbosan hadirkan sunyi
berjalan ku kedepan coba menyusuri
maksud hati dalam cinta duniawi…
aku hanyalah manusia biasa….
tak pernah luput dari dosa

Nor Asyikin (isteri Geletek malam)
sajak penyesalan dari suami dia wakil kepada sy sbb dia sibuk bertugas di kuala nerang 6Disember 2012 6:47 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdri?Pn Nor Asyilin penganti suaminya kini dengan mengetengahkan sajaknya bertajuk: LUPUT DARI DOSA Tema sajak penyesalan katanya ? .Pengucapannya bersahaja tapi perlu sadikit lagi pembetulan , namun punya artinya yang tersendiri.Mesejnya ternyata ada berbauisu sesama , munkin ada rasa kecewa dengan sesaorang pemimpin yang cakap tak serupa bikin..Cuma andaian sahaja . Harap maaf, ada persaiangan cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...


18.MENANTI YANG TAK PASTI (TBD)

Biarkan aku menanti
sampai hati ini merintih
biarkan aku mengukir
hati di atas pelangi yang indah
walau letih menanti yang tak pasti

Oleh: Mozaire
Sajak Kecewa teluk kumbar baru buat hari ni
/9 Disember 2012 1:40 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdra Mozaire kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya bertajuk: MENANTI YANG TAK PASTI Tema sajak kekecewaan lagi nampaknya ? .Pengucapannya bersahaja tapi perlu sadikit lagi pembetulan, namun punya artinya yang tersendiri. Mesejnya ternyata kecewa jangan bertepuk sebelah tangan, sukar bunyinya.munkin ada rasa kecewa dengan sesaorang yang telah mencuri hati.Cuma andaian sahaja . Harap maaf, ada persaiangan cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...


19.BERTERIAK PADA SUNYI (LSS)

aku penasaran seperti apa dirimu
saat ini dialog debu dan angin
tak lelah bercengkrama
di setapak yang ku rindukan.
lihatlah langkah juang keteguhan
masih ada setia menjejak disana
masih tetap tampak angkuh dan muram
masihkah membeku lalu pulang
berteriak pada sunyi.

Oleh: Syah Inderapura
sajak simbolik pinjam dari rakan "Ahmad Mansuri" sbb sy xda masa nak buat sajak jd pinjam sajak rakan sekerja
sungai buloh 2.2.2012/9 Disember 2012 1:44 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdra Syah Inderapura kini kembali dengan sajak Ahmad Mansuri sahabatnya yamg bertajuk: BERTERIAK PADA SUNYI. Tema sajak bersimbolik nampaknya. Pengucapannya bersahaja punyai erti yang bombastik . Mesejnya punya skop luas juga boleh dikatakan berbagai andaian. Mungkin sinis pada kehidupan manusia atau dalam isu semasa dunia. perlu direnungan buat pengajaran dalam kehidupan. munkin sajak terbaik dalam kumpulan 3 ini. Cuma andaian. Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...


20.MASIH TERLIHAT (TBD)

masihkah terlihat ketika itu
waktu akrab bersama dengan kenangan.
setiap detik adalah kurniaan
mengingatnya adalah kesyukuran
keteguhan adalah paling sederhana

Oleh: Hafiz Zikrillah
sajak simbolik
Besut 2.10.2012/9 Disember 2012 1:46 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdra Hafiz Zikrillah kembali kini dengan mengetengahkan sajaknya bertajuk: MASIH TERLIHAT Tema sajak simbolik katanya ? .Pengucapannya bersahaja tapi semacam bermadah perlu sadikit lagi pembetulan , namun punya artinya yang tersendiri. Mesejnya yang hendak disampaikan juga rasa bagaikan tergantung. Cuma andaian sahaja . Harap maaf, ada persaiangan cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...


21.KARYA ALAM (LSS)

Kini desaku matahari kembali terbit
di balik puncak pergunungan
menyinari pepohonan dengan sinaran.
ku semakin hargai keindahan ini
tetapi aku kecewa mengapa
masih ada manusia yang sanggup
menghancurkan segala karya alam
yang indah diciptakan oleh Khalid ini…

Oleh: Penyair Agung
sajak simbolik sinis
Kuala Kurau 1.12.2012/9 Disember 2012 1:57 PTG
SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdra Penyaair Agung kembali dan terpilih lagi dengan sajaknya bertajuk: KARYA ALAM . Tema simbolik nampaknya. Pengucapannya berkiasan dan bersimbolik pada alam dan punyai erti yang tersendiri . Mesejnya juga boleh diandaikan dengan berbagai. Keindahan alam, atau ketuhanan dan sinis politik,. perlu direnungan buat pengajaran dalam kehidupan.munkin sajak terbaik dalam kumpulan 3 ini. .Cuma andaian. Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...


22.MERANGKUMI (TBD)

menyanyi dan merenung dari jiwa,
sentiasa menghuni ruang semesta
menaburkan bintang di angkasa.
walau tiada batas terkandung
tiada bergerak dari fikiran
biarkanlah ia merangkumi yang lain,
hari ini bersama dengan kerinduan

Oleh: Bos Kacak
sajak kenangan wang kelian 4jun2012/9 Disember 2012 2:04 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdra Bos Kacak kembali lagi kini dengan mengetengahkan sajaknya bertajuk ; MERANGKUMI Tema sajak kenangan katanya ? Pengucapannya bersahaja tapi masih perlu sadikit lagi pembetulan , Apa pun punya artinya yang tersendiri.Mesejnya juga sadikit mengelirukan semacam ada sesuatu hendak disampaikan atau dikenang dalam kerinduan, Cuma andaian sahaja . Harap maaf, ada persaiangan cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

t berkata...


23.MENGUKUR WAKTU (LSS)

jika ingin mengukur waktu
usah bermimpi di malam hari
kerana waktu yang berlalu
tanpa ukuran dan akkan pergi.
Namun keabadian di dalam dirimu
kesinsafan akan kehidupan nan abadi,
cubalah mengetahui bahawa semalam
hanyalah kenangan untuk hari ini
esok adalah harapan dan impian
yang belum pasti boleh diperolehi..

Oleh: Muhamad rabbi
sajak pengajaran
Kelantan 2.11.20129 Disember 2012 2:04 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdra. Muhamad Rabbi kembali lagi dewngan sajaknya bertajuk: MENGUKUR WAKTU Tema sajak pengajaran nampaknya. Pengucapannya bersahaja tetapi ada sadikit pembetulan, namun punya artinya yang tersendiri.Mesejnya semacam berfelasafah untuk mengukur waktu , kerana waktu tidak pernah menunggu kita. Ianya tetap berlalu dan peregi. Justeruitu berusahalah hanya Allah yang maha kuasa.menentukan harapan dan impian kita. .Cuma andaian. Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...


24.TERKAPAR DI TENGAH JALAN (LSS)

peringatan telah diturunkan
mungkin begitu ingkarnya
hingga nyata didepanku
ciptaan pencipta yang begitu tulus
perlahan kutanggalkan
setan yang membayangiku
tarik menarik yang begitu nyata
aku terkapar ditengah jalanNya

Oleh: Kusyairi Adnan (adik Guest)
sajak keinsafan ni sajak sy sendiri masa study kt UiTM sy wakil abg sbb abg sy sibuk ke kuantan utk beli rumah kedai klu x salah? sbb dia nk buka cawangan bengkel baiki moto kat sana 9 Disember 2012 2:08 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdra. Kusyairi Adnan peganti abangnya Guest kembali lagi dewngan sajak bertajuk: TERKAPAR DI TENGAH JALAN Tema sajak keinsafan nampaknya. Pengucapannya bersahaja ada rasa simbolik, namun punya artinya yang tersendiri.Mesejnya tentang persoalan peribadi agaknya, mungkin ada sesuatu yang kurang menyenangkan hati.mungkin keadaan semasa cuba mempengaruhi hati. kini keinsafan dengan pasrah saja kepada Allah yang maha kuasa. .Cuma andaian. Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)


Tinta Emas berkata...


17.LUPUT DARI DOSA – Nor Asyikin (TBD)
18.MENANTI YANG TAK PASTI – Mozaire (TBD)

NAMA KEPUTUSAN LSS PUSINGAN KUM 3.

19.BERTERIAK PADA SUNYI- Syah Inderapura (LSS)
20.MASIH TERLIHAT- Hafiz Zikrillah (TBD)
21.KARYA ALAM - Penyair Agung (LSS)
22.MERANGKUMI – Bos Kacak (TBD)
23.MENGUKUR WAKTU – Muhamad Rabbi (LSS)
24.TERKAPAR DI TENGAH JALAN- Kusyari Adnan (LSS)

Tinta Emas berkata...



CERPEN BERSIRI
BERTAJUK: LECERRRR!
SIRI 1

“A ssalamualaikum!”
“Waalaikum salam,” Oh kak Sarah. Aku mnyapa , bila dengan tiba-tiba wajah kak Sarah muncul dihadapan muka pintu rumahku, di bawah bangunan flat tujuh ingkat. Perumahan boundry PadangTembak Air Itam,Pulau Pinang.

“Masuklah kak Sarah!” Aku mempelawanya masuk, aku terpaksa mengukir senyum, walapun hatiku terlalu khuatir, kalau-kalau Ba terbangun dari bilik tidurnya.

“Terima kasih, Kak Sarah nak tumpang letak beg sekejap, kak Sarah nak pergi tingkat 3 block dua, ziarah rumah saudara suami kak Sarah ini, nanti balik kak Sarah singgah,” kata kak Sarah.Aku pun terpaksa senyum dan membenarkan Kak Sarah pergi setelah mnyambut begnya, kemudian aku membawa masuk dan meletakannya di atas meja di ruang tamu

Ahh, suami Kak Sarah kurus orangnya tetapi cumel, nampak gayanya semacam orang baik-baik, hai bertuahlah kak Sarah.

Ba tidak patut jika idak jemput suami kak Sarah masuk, aku khuatir nanti mereka kata Ba seorang yang sombong pula.Aku menjadi serba salah memikirkannya. Sikap Ba selama ini.Kenapa Ba tidak suka tetamu datang ke rumah? Walaupun adik beradik, aku cukup benci dengan sikap Ba itu, tetapi apa yang dapat aku katakana, Ba bapaku sendiri, sudah sikap Ba begitu.

Aku berdoa kepada Tuhan, semoga sikap Ba tidak begitu di hari ini, biarlah Ba tidur dahulu, jika kak Sarah datang bersama suaminya nanti, aku akan kejutkan Ba. BERSAMBUNG SIRI 2 ……….

Tinta Emas berkata...


SAMBUNGAN CERPEN SIRI 2
BERTAJUK: LECERRRR!
OLEH: NURIMANJA.

Ma pun sebuk digerai goring mee dan bihun, waktu petang begini tentu ramai pelangan yang datang. Ba cukup tidak patut, semacam tidak berhati perut , tidak mahu membantu Ma.

Aku bercadang untuk memberi minum Kak Sarah dan suaminya, biar mereka berkata kami
orang yang hidup sederhana, tidak lokek, lagi pun waktu Kak Sarah kawin dahulu, Ma dan Ba tidak hadir, Ba yang tidak benarkan Ma pergi, Ba sememangnya lokek. Tangkai jering,tahi hidung masin.

Namun hari ini, mereka datang pula menziarahi keluarga kami, Aku mesti menyediakan sadikit minuman petang untuk kedua mempelai baru ini, lagi pun apa salahnya Kak Sarah ada sakut paut juga bau-bau macang , adik beradik di sebelah Ma.

Ustaz di sekolah pun ada berkata, wajib kita melayani tetamu yang datang ke rumah kita,
Mudah-mudahan hati Ba baik dan sejuk hari ini,.Kalau suami Kak Sarah bertanya, Ba kerja apa? Apa yang mesti aku jawap. Ba memang tidak bekerja. Dulu Ba kastam, Ba sudah kena buang, sebab Ba rasuah, Ah malu aku.

Tetapi aku akan cuba menyembunyikan nama buruk Ba dengan mengatakan Ba berniaga saja, buka gerai makan, tapi bukan Ba yang berniaga Ma yang berniaga, Ah tak mengapalah, asalkan jaga nama.

Mudah-mudahan hati Ba baik hari ini, mudah-mudahan Ba mahu melayani suami Kak Sarah hari ini. Kalau Ba naik angin hari ini seperti hari yang lalu, malulah aku, Oh Tuhan mudah-mudahan hati Ba baik dan sejuk hari ini.

Ah, Ma pun belum balik lagi dari gerai, biarlah, jika Kak Sarah datang dengan suaminya, Ba boleh melayan mereka, Aku boleh panggil Ma di gerai, Ahh, mereka mappelai baru, malah inai di jari Kak Sarah pun masih merah lagi. Emm, tentulah Kak Sarah seronok jadi pengantin baru.

Ah, sementara Kak Sarah datang, baik aku berkemas di ruang tamu dahulu, nanti mereka akan berkata aku anak dara yang rajin. Ba pun tidak akan malu mempunyai anak dara seperti aku., Mudah-mudahan aku pun cepat dapat suami seperti Kak Sarah.

Hai, Ba pun tak bangun lagi, kalau dapat tidur petang liat nak bangun, nanti kalau suami Kak Sarah datang, baru nak bangun ,lecerlah! Masa itu baru nak mandi, bila pula nak layan tetamu. Ba ini selalu saja buat lecer.


BERSAMBUNG 3 ………

Tinta Emas berkata...


SAMBUNGAN CERPEN SIRI 3
BERTAJUK: LECERRRR!
OLEH: NURIMANJA.

Suami Kak Sarah tentu orang baik-baik, dengar kata daripada Ma, suami Kak Sarah seorang pendidik, Hai, tentulah beradap sopan orangnya, Betuahlah kak Sarah.

Wah, aku sudah selesai berkemas. Apa pula siaran TV petang ini. Smentara Kak Sarah datang baik aku menonton ty dahulu, kalau mereka datang pun aku tidak kemana, Emmm cerita kartun.

“Assalamalaikm?”
“Waalaikumsalam, masuklah”, Haa, itu mungkin Kak Sarah, aku menerpa ke muka pintu, daun pintu pagar sekerat dawai aku buka, aku mempersilakan Kak Sarah dan suaminya masuk.

“Masuklah bang!”kataku.
“Teima kasih,” Jawapnya, aku lihat suami Kak Sarah seperti seorang yang pemalu dan segan.barangkali tak ada oang lelaki agaknya, Sudah petang-ptang begini Ba masih nak tidur lagi. Lecer! Lecer!.

“Mana pergi Ma dan Ba?” Tanya Kak Sarah masih terecegat di muka pintu, suaminya juga begitu, matanya memerhati keadaan sekeliling, barangkali dia cuba memahami keadaan manusia yang hidup di flat yang berdiri tegak bersama kebisingan suara orang ramai yang terlalu sukar untuk ditangkap perbualan mereka.

Aku tidak berani bersuara kuat, aku cuma menunjukkan bahasa isyarat kepada Kak Sarah, seperti orang bisu menerangkan sesuatu. Ba masih lagi tidur di biliknya.walau bagaimanapun aku terpaksa menyembunyikan rahsia sikap buruk Ba yang memang tidak suka orang datang ke rumah itu.

“Masuklah bang, masuklah!”
Aku mempelawanya lagi, Kak Sarah sudah masuk, aku lihat suami Kak Sarah mula membka kasutnya. Mereka berdua masuk dan duduk di bangku tempat aku meletakkan beg mereka tadi.

Hatiku berbelah bagi. Ba masih tidur lagi di biliknya, jika aku kejut Ba, aku khuatir nanti Ba buat lecr, Ba itu memang kasar orangnya melayan tetamu, malah Ba memang tak uka jika ada orang datang ke rumah.

Jika aku tidak kejutkan Ba, tentu tidak sedap rasanya, suami Kak Sarah termangngu-mangu seorang diri, aku pun malu hendak berbual dengannya.Jika Ba yang lawan berbual tentulah sopan sadikit, lagi pun Ba memang ada di rumah.
BERSAMBUNG SIRI 4 …

Tinta Emas berkata...


SAMBUNGAN CERPEN SIRI 4
BERTAJUK: LECERRRR!
OLEH: NURIMANJA.

“Noni masih sekolah?” Tanya Kak Sarah
“Ya, calun persendirian,”
“Ulang pepereksaan la?”
“Noni gagal SRP dulu, kemudian Noni ambil lagi sebagai calun persendirian, kini Noni belajar cara post saja,”jawapku rengkas , sebenarnya aku tidak boleh lagi belajar, tiap hari kepala aku pening, Ba pula selalu saja marah kalau aku tidak buat kerja rumah, lambat masak meningking, macam mana nak belajar.

Suami Kak Sarah melihat periasan dalam rumahku, sesekali matanya meleret ke peti tv yang sedang terpasang itu, aku tahu dia ingin berbual, tetapi tidak ada orang lelaki agaknya.

Aku segera bangun menuju ke bilik tidur Ba, pelahan aku bagi tahu Ba, ada orang datang ke rumah kita, kemudian aku keluar kembali, aku amat takut kalau Ba betempek kata lecer! kepada aku.

“Sekarang jam pukul berapa?”tanya suami Kak Sarah
“Dekat pukul lima, kenapa awak nak solat assar ke?” tanya Kak Sarah pula, aku berpura-pura melihat jam di dinding.
“Sudah masuk waktu assar, bolehkah saya solat di sini sekejap?”Tanya suami Kak Sarah kepadaku.
“Boleh, boleh,”jawabku, tetapi Ba masih juga lagi di bilik tidurnya.

Aku segera bangun menuju ke dapur, sewaktu aku hendak mencapai cawan, entah bagaimana bunyi hantukkan cawan agak kuat, aku jadi tegamam, bila Ba mula batuk-batuk. Aku mengerling ke ruang tamu, aku nampak Ba bangun tidak berbaju, dia melintasi ruang tamu, suami Kak Sarah bangun menghulurkan tangan kepada Ba, aku nampak cukup bersopan orangnya.

Tapi hatiku berdebar, bila aku lihat Ba menyambut tangan bagai hendak tak hendak saja, Ba nak tunjuk angin lagi ke?. Ba ini memang gila. Aku jadi geram
Bila melihat Ba tidak duduk bersama Kak Sarah dan suaminya.

Malah Ba duduk di kerusi kayu panjang di beranda, muka Ba merah macam tak suka kehadiran tetamu , Aku cukup bimbang , kalau Ba buat perangai lagi. Dulu keluarga sebelah Ba, datang buat bising, Ba halau mereka balik macam itu saja.

BERSAMBUNG 5…

Tinta Emas berkata...


SAMBUNGAN CERPEN SIRI 5
BERTAJUK: LECERRRR!
OLEH: NURIMANJA.

Waktu aku cuba mencapai bekas gula untuk membuat kopi, Ba memanggil namaku, Aku tahu Ba hendak marah, tetapi sebagai anak, aku terpaksa mendapatkan Ba, hatiku kalut memikirkan diantara sikap Ba dengan menjaga hati tetamu.

“Noni, hang pi panggil Ma hang, apa depa ni nak? Aku tak tahu, aku tak kenal depa ni semua,” Berderau darahku, bila Ba kata begitu, terasa seperti aku ingin menutup mulut Ba, tetapi apakan daya , aku anak kepada Ba.
“Noni nak buat kopi sad,” jawabku lembut.
“Aku kata piii duluuuu! Panggil Ma hang,”Kuat suara Ba. Aku tak sedar airmataku mulai mengalir. Ba mulanak tunjuk angin gilanya.

Krana aku takut, Ba mungkin tempeleng aku. Segera aku member tahu Kak Sarah dan suaminya aku henak panggl Ma balik sekejap.sambil berlari anak aku keluar rumah menuju ke gerai Ma. Dalam hati aku khuatir kalau Kak sarah dan suaminya
Tenguk sikap Ba tadi, aku jadi malu.

“Ya Allah! Minta jangan Ba halau Kk Sarah dengan suaminya di rumah nanti. Ba itu memang gila.Memang tabiatnya macam itu. Mmang tak suka orang dating ke rumah. Mudah-mudahan kalau Ma balik keadaan tentu tenang nanti.

Ba pun pelik , langsung tidak bersopan, keluar jumpa tetamu, tidak berbaju, nak tunjuk perut buncik dia itu, malu aku, Ba memang tak patut, darah mamak itu masih mengalir di tubuhnya.

Dalam kekalutan aku berfikir itu, aku sudah sampai ke gerai Ma, aku lihat Ma begitu sebuk mengoreng mee untuk pelanggan. Dari jauh Ma sudah nampak aku tercungap-cungap.
“Ada apa ini Noni?” Tanya Ma sambil tangannya rancak mengoreng mee di dalam kuali,
“Ada orang datang, adik beradik belah Ma, anak Mami Fezah, Ma ingat tak?”kataku.
“Haa, ha, yang baru kawin tu,” sambung Ma.
“Ya, Kak Sarah dan suaminya datang, mereka ada dirumah, Ba suruh Ma balik,” kataku segera hendak berlalu.
“Ma balik cepatlah, Ba itu sudah bangun, nani Ba buat gila lagi, cepat Ma , cepat. Ba panggil balik,” aku bagai hendak terbang rasanya.

BERSAMBUNG SIRI 6 …….



Tinta Emas berkata...


SAMBUNGAN CERPEN SIRI 6
BERTAJUK: LECERRRR!
OLEH: NURIMANJA.


“Ya, baik, Ma balik sekarang,”
Ma segera membasuh tangannya di singki, kemudian meminta Usop jual cendul itu tolong tenguk-tenguk gerai Ma sebenar. Ma segera keluar, aku mengikut Ma dari blkang , dahulu kemuian aku dan Ma bergerak melintasi jalan di celah orang ramai
Di kawasan perumahan flat itu.

Dalam kepalaku terlalu khuatir , jika Ba buat gila lagi, seperti lima hari lalu. Cikgu Feah yang sedang minum air yang Ma hidangkan, tiba-tiba Ba muncul.

“Hang Non! nak bagi habis gula kopi, orang mai macam ni pun, hang nak jamu kopi. Nana tak suka laa..” kata Ba , aku lihat muka Cikgu Feah berubah, dia tunduk menyembunyikan air mukanya, tapi Ba sadikit pun tak ambil perduli.

“Nana ni lokek sunguh, setakat se cawan kopi tu, tak boleh rugi Nana,” jawab Ma bagi menenangkan hati Cikgu Feah.”
“Tak rugi hang kata, kena sepuluh orang datang, dah sepuluh cawan,” kata Ba pula. Selepas Cikgu Feah balik, Ma kena pukul teruk dengan Ba, aku tidak boleh buat apa, cuma menangis saja.

“Bila depa mai?” Tanya mak.
“lama dah, depa nak balik, depa singgah rumah sat, suami kak Sarah nak tumpang sembahyang,” jawabku,
“Depa pi mana tadi?”
“kata Kak Sarah, pi rumah saudara suaminya, di block J, tingkat tiga tu, depa tompang letak beg sad, “ jawabku.

Kakiku terasa begitu cepat melangkah,
“Ba dah lama bagun?” Tanya Ma.
“Sudah,” aku mula terasa cemas.
Tiba-tiba aku ternampak Kak Sarah dan suaminya berdiri di perhentian yello bus.
“Eh, Ehh, Ma, tu haa!!” aku terasa mahu memkek.
“Kenapa Noni?” Tanya Ma.
“Itu haa, Kak Sarah dan suaminya,” aku menunjuk jari kearah mereka yang berdiri di perhentian yello bus, Nampak agak muram wajah mereka.

BERSAMBUNG SIRI 7 ………

Tinta Emas berkata...


SAMBUNGAN CERPEN SIRI 7
BERTAJUK: LECERRRR!
OLEH: NURIMANJA.

“Haa, Sarah, nak kemana pula ni?”Tanya Ma merasa hairan
“Nak balik Mami, petang dah ni,” jawab Kak Sarah, suaminya tunduk saja.

“Apa yang Ba kata tadi? Ba ni memang lecerlah,”aku tidak sedar air mataku mulai mengalir, aku terasa hendak lari dari situ, terasa tebal mukaku hendak melihat Kak Sarah dan suaminya,
“Tak baik kata Ba macam tu, dia tak kata apa, Tak palah Mami, kami balik dulu,”kata kak Sarah, suaminya aku lihat semacam memaksa senyum, walaupun air mukanya berubah.

“Abang kata nak solat tadi?” soalku,
“Tak apalah, solat di surau pun boleh,”jawab suami kak sarah rengkas.
Aku tahu, jawapan itu mungkin keluar daripada mulut Ba. Apa lagi yang Ba kata dekat mereka, sehingga mereka keluar dari rumah. Ba memng lecerr, lecerrr.

Kerana aku tidak tahan menerima kesedihan itu, aku segera berlari ke rumah. Ma ikut aku dari belakang.

Tiba di rumah, aku Nampak Ba macam tungul kayu mati, tidak berbaju, masih duduk di beranda, aku tidak berkata apa-apa, terus masuk ke rumah.

“Kenapa depa balik? Apa Nana sudah kata dekat depa?”Tanya Ma, ingin tahu.
“aku kata, aku tak kenal depa,”
“depa nak tompang solat,”
“Solatlah dekat surau,”
Aku sudah duga, jawab itulah yang membuat kak Sarah dan suaminya meninggalkan rumah ini. Ba memang lecerr, lecerrrr.

“Depa tu ada juga kena mengena belah Non,tau Nana, tak patutlah Nana buat macam tu,”kata Ma, kesal.
“Mana aku tahu, aku ingat depa mai, nak berasmara di rumah ni,”itu jawab Ba. Pada hal aku sudah beri tahu Ba tadi, tapi Ba cuma kata Lecer, lecer.

“Yang perempuan tu, Sarah anak Mami Fizoh, lelaki tu suami dia, depa baru khawin,” terang Ma , seperti geram dan kesal.
“Mana aku tahu, aku ingat boy friend dia,” Jawab Ba, aku terasa cukup menyakitkan hati bila Ba cuba berdalih.

Kerana aku tidak tahan dengan sikap Ba, aku terus masuk ke bilik, merebahkan diri di atas katil dan menangis sendirian, bila mengenangkan sikap Ba yang sungguhnya amat lecerr, lecerrrrr!.

SELESAI. OLEH: NURIMANJA,


Tinta Emas berkata...


Tak ada komentar ke? Dengan cerpen yang disiarkan.?


Bila tak ada komentar blog akan menjadi lesu macam orang letih tak bermaya.

Ananita A/P Subahan berkata...

CIUMAN PERTAMA

tegukan pertama dari cawan
diisi oleh para dewa
bersama batas antara kebimbangan menghiburkan dan menyedihkan
takdir yang mengisinya
Itulah baris dari suatu kehidupan tali menghubungkan pengasingan
Ciuman pertama dapat menyatukan

Ananita A/P Subahan
sajak tentang cinta dari dewa2
sungai petani 2.3.2012

Melati hawa berkata...

DUA AROMA

keheningan perasaan bersamanyanyian
Itulah satu kata kesetiaan
rintihan manis permulaan
membawa kepada ilham dan impian
bintang dengan bunga buah delima,
menyatukan dua aroma pada satu jiwa

Melati hawa (kakak ipar Angker 13)
sajak cinta saya wakil angker 13 dia tarik diri ada hal lain yg perlu diselesaikan
Shah Alam 9.2.2012

Anjang Aki berkata...

PERKUBURAN MEREKA SENDIRI

Kasihan bangsa itu
memakai pakaian yang terkoyak
makan roti basi minum anggurdipijak
mereka menganggap orang bodoh
diangkat menjadi pahlawan
membuat rusuhan sebagai hadiah.
meremehkan nafsu dalam mimpi
sementara menyerah ketika bangun.
bangsa itu tidak pernah bersuara
kerana mereka bagai berjalan
di atas perkuburan mereka sendiri

Anjang Aki
sajak sinis simbolik
Baling 11.12.2012

Karim Ghani berkata...

DIGERTAK

aku tidak akan memberontak
kecuali jika digertak
tetapi kini aku sudah
berada di antara landasan.
org atasan kini menjadi serigala,
seniman semua menjadi penipu
hanya untuk merebut kuasa
orang sucinya diperbodohkan
kini terasa aku semakin retak
kerena disini semuanya
masing-masing mengangap diri raja

Karim Ghani
sajak tentang masalah di tempat kerja baru sy setelah ditukarkan dari teluk kumbar ke Balakong 2.12.2012

mentari senja berkata...

BISIK

bisik bahawa hidup adalah kegelapan
penuh ketakutan jadi sebarkanlah
apa yang telah dituturkan
walau hati penuh kebimbangan
Kuwartakan pada kalian
jika tidak diselimuti oleh kehendak
maka akan buta bila
tidak diselimuti pengetahuan
kosong hati tidak diiringi kerja
segala kerja hanyalah kehampaan
kecuali disertai kesungguhan

mentari senja
sajak pengajaran ketika di tempat kerja baru di Jeli 13.7.2012

Syed Faizal berkata...

KALA MALAM DATANG

Kala malam datang aku mulai terasa
bangun dan berjalan ke laut
Laut yang tidak pernah tidur
laut menjadi penghibur
bagi jiwa yang terjaga
Ketika aku sampai di pantai,
kabus dari gunung menjuntai kakinya
seperti selembar menghiasi wajahku
Aku melihat ombak yang berdeburan. tersembunyi di dalam ombak itu

Syed Faizal
sajak fantasi ketika bercuti di pandai batu feringgi


Jalan Rafzee berkata...

KUSUT HATI

Ketika ku coba berbicara
tak didengarkan tak dipedulikan
Ku coba menjauh hindari
Agar diri tetap terjaga
merenungkan akan nasib diri
Yang tercampak dari permukaan bumi
Sesekali nyamuk nakal menemani
Kubiarkan larut bersama kusut hati

Jalan Rafzee
sajak sedih
bagan samak 10.10.2011

Adi marhain berkata...

ROH SEDANG BERMAIN

Ketika sebagian diri terlelap
roh pula bermain di alam mimpi
sebujur badan tergeletak bagai mati
Aku masih tetap tejaga sepi sendiri
Menyelami hidup agar
bertemu dengan jati diri
Mencari ketenangan hati menemani
Hingga sampai pada batas waktu
Ku adukan semua pada illahi

Adi marhain
sajak keinsafan setelah memeluk islam tapi nama sy x tukar tetap guna nama adi marhain sbb imam yg mengislamkan sy dia kata dh elok nama ni sajak ni sy buat ketika bercuti bersama tunang di bayan lepas 15.11.2012