Jumaat, 7 Disember 2012

SAYAP MERPATI (5)



Sajak tempat ke 5 sept 2012


Merpati luka dapat tempat berteduh
Tapi tiba-tiba sayapnya terasa pula
kepenging untuk terbang kembali
Tapi entah kenapa ia tetap menanti
Menikmati indahnya panorama alam
Tapi kenapa tiba-tiba tanpa suara
lantas ia terbang berlalu pergi
kerana tak mampu menahan sayapnya
tetapi akhirnya paruhnya tersangkut
kini mampukah merpati ini terbang lagi
dengan membawa bekas lukanya  itu

Oleh: Angker 13
sajak tentang kenapa sy masuk pusat serenti/27 September 2012 8:05 PG


30 ulasan:

Tinta Emas berkata...




9.DISINI AKU BERDIRI (LSS)

disini aku berdiri…
ketika gelap bersama bintang…
sinarnya indah dan terang…
walau pun gelap kian mendatang…
senyap datang mengundang sepi
ku menatap sudut kehidupan…
melamun bagai dilanda kepedihan…
diam membisu bak bunga yang layu….
semangat ini bukannya berakhir dari kehidupan…
tetapi masih banyak sinar pelangi yang belum kukenali.

Oleh: Dam Catur
sajak terkenang ketika dlm bengkel Guest 11.2.2012 . 6 Disember 2012 6:03 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdra. Pendekar Waja kembali lagi dewngan sajak bertajuk: SENJATA Tema sajak terkenang nampaknya. Pengucapannya bersahaja tetapi ada sadikit pembetulan, namun punya artinya yang tersembunyi Mesejnya tentang persoalan isu semasa dalam politik tanah air mungkin ada yang kurang menyenangkan pada sebuah parti yang diharapkan banyak mengelirukan. .Cuma andaian. Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...


10.CERMIN DUKA (TBD)

biarkan suara menjamah daun telinga
agar mengubati rasa kerinduan
kini patah sudah smua harapan
andai ini mampu menyentuh perasan
takkan ada daun yang gugur
takan ada bunga yang layu
ketika kulihat cermin duka

Wan Aidy (Adik Mat Toopa)
sajak fantasi sy sndiri sbb abg sy kata hntr sajak dia tp sy x jmpa sajak2 dia jd terpaksa tulis sndiri jgk walaupun agak tungang langgang =(abg sy Wan Hasnol(mat toopa) dia pergi honeymoon kat bangkok) /6 Disember 2012 6:10 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdra Wan Aidy calun penganti bapaknya mengetengahkan sajaknya bertajuk: CERMIN DUKA Tema sajak fantasi katanya ? .Pengucapannya sukar dimengertikan namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya semacam sadikit mengelirukan, munkin rasa duka bila mengharapkan sesuatu,gagal mendapatkannya .Cuma andaian saja . Harap maaf , cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)



Tinta Emas berkata...


11.AKU BAGAI DEBU (TBD)

kala pagi bersinar ditengah fajar….
aku terdiam membisu pilu….
berharap ada mentari merelung
dalam jiwa rintihan doa…
aku tak ubah seperti debu….
hanya bisa goreskan luka…

Oleh: Jumary Hadayan (abg capricorn) sajak fantasi dari adik tiri sy sendiri Irfa Bahunai(Capricorn) tp di wakil kepada sy suruh hntr sbb dia ada di hospital operate apendik./6 Disember 2012 6:14 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdra Jumary Hadayan calun penganti abangnya mengetengahkan sajaknya bertajuk: AKU BAGAI DEBU Tema sajak fantasi katanya ? .Pengucapannya sukar dimengertikan namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya semacam ada sadikit mengelirukan, munkin rasa rendah diri dan kecewa bila mengharapkan sesuatu,gagal pula mendapatkannya .Cuma andaian saja Harap maaf , cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...


12.BATIN NURANI (LSS)

Kala aku diam membisu
hati tulusku selalu berkata
renungilah erti kehidupanmu
kau akan mengerti di suatu masa nanti
bila mengenang air mataku berderai
kerana peyeksaan mencengkam batin nurani
Dengan kesedihan yang pernahku alami selama ini.

Oleh: Petualang Tiga
sajak sedih ketika di tanjung karang 4julai 20126 Disember 2012 6:17 PTG


SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdra Petualang Tiga kembali lagi dewngan sajak bertajuk: BATIN NURANI Tema sajakkesedihan nampaknya. Pengucapannya bersahaja tetapi ada sadikit pembetulan, namun punya artinya yang tersembunyi Mesejnya tentang persoalan peribadi mungkin ada yang kurang menyenangkan menimpa nasib malang yang perlu direnungan buat pengajaran dalam kehidupan..Cuma andaian. Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...


13.PERGI DARI SINI (TBD)

aku cuba mengadah langit
walau hanya sedikit
titisan air hujan kudapati
aku cuba untuk mengerti
apa maksud semua ini
Maaf apa yang kulakukan ini
Aku bersumpah pada diri
akan cuba pergi dari sini

Oleh: Tajudin Norman (anak Pak Manaf)
sajak makan hati dari ayah sy maaf bulan ni ayah sy Hanafi Manaf(Pak Manaf) x masuk sayembara dia lari duduk kampung xthu la apa yg dia merajuk kepada sy dn keluarga? mngkin ada kata2 sebelah mertua sy yg menguris hati dia apa2pun klu menang sy teruskan hntr sajak2 ayah sy lagi 6 Disember 2012 6:23 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdra Wan Aidy calun penganti bapanya mengetengahkan sajaknya bertajuk: PERGI DARI SINI Tema sajak makan hati atau merajuk katanya ? .Pengucapannya semcam bersimbolik namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya semacam sadikit mengelirukan, munkin rasa senang hati dan kecewa bila mengharapkan sesuatu,lian pula jadinya lalu membawa diri..Cuma andaian saja . Harap maaf , cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...


14.,PANCARAN CAHAYA (LSS)

CAHAYAMU MENEMBUS PLANET BUMI
PANAS KAU BERI MEMBAWA KAMI TENAGA
TANPAMU MENTARI BUMI PUCAT LESU
TIADA KEHIDUPAN DAN SINAR CAHAYA
MUNGKI TIADA KEKAYAAN ALAM
KETIKA ITU BUMI JADI SUNYI DINGIN
MENTARI TETAPLAH BERSINAR
BERIKAN KEHANGATAN DIBUMI INI

Oleh: Muhamad Akmal
sajak sy buat sndiri masa dlm kelas sbb ayah xmahu tolong lagi katanya 20.9.2012 6 Disember 2012 6:27 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.


Sdra Muhamad Akmal kembali dan terpilih lagi dengan sajaknya bertajuk: PANCARAN CAHAYA . Tema agak bombastik nampaknya. Pengucapannya bersahaja dan bersimbolik punyai erti yang berbagai. Mesejnya juga boleh diandaikan berbagai. Keindahan alam, sains, sinis politik, atau ketuhanan. perlu direnungan buat pengajaran dalam kehidupan.munkin sajak terbaik dalam kumpulan 2 ini. .Cuma andaian. Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...


15.PINTU TERTUTUP RAPI (TBD)

kedinginan kursi yang kau duduk
cuma menghilangkan rasa rindumu
mana mungkin hanya sekujur tubuh
dapat mengeluarkan kata-kata indah
ia hanya bungkamku
cuba mempelajari detik hati
mendekati denyut jantung dan nadi
tak mampu aku memerhati lagi
jangan ajariku membuka pintu
kerana pintuku hatiku sudah tertutup rapi

Oleh:Guru yahya
sajak politik semasa mengajar di Permatang Pauh dahulu
2.9.20126 Disember 2012 6:37 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

Sdra Guru Yahya kembali kini dengan mengetengahkan sajaknya bertajuk: PINTU TERTUTUP RAPI Tema sajak politik katanya ? .Pengucapannya sinis bersahaja tapi kami gagal cuba memperbetulkannya , namun punya artinya yang tersendiri.Mesejnya ternyata ada berbau politik, munkin ada rasa kecewa dengan sesaorang pemimpin yang cakap tak serupa bikin..Cuma andaian sahaja . Harap maaf, ada persaiangan cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...


16.DAMAI DIJIWA (LSS)

kuingin rasa sedikit kedamaian
setelah kulalui banyak dugaanmu
aku ingin menikmati ketenangan
dalam baki sisa hidupku tanpa beban
Oh Tuhan perkenankanlah aku di sini,
masih setia menyebut namaMu
jangan tinggalkan aku sendirian
mengharapkan satu pengertian
karena engkaulah Maha mengetahui
aku hanya meminta sedikit ketenangan
dalam jiwa yang dilanda resah gelisah ini.

Raja Muda
sajak kekesalan ketika di SLim RIver bercuti dekat rumah kawan
8.7.2012/6 Disember 2012 6:43 PTG
SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

Sdra. Raja Muda kembali lagi dewngan sajak bertajuk: DAMAI DI JIWA Tema sajak kekesalan nampaknya. Pengucapannya bersahaja tetapi ada sadikit pembetulan, namun punya artinya yang tersendiri.Mesejnya tentang persoalan peribadi agaknya mungkin ada sesuatu yang kurang menyenangkan hati.kini mengharap dan pasrah saja kepada Allah yang maha kuasa. .Cuma andaian. Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...

Ada terlebih satu sajak isteri geletek malam (nor Asyikin) bawa kehadapan ke?

Apa pun blog ini top blogs lima bintang. setiap hari digodam. semalam dan kemarim hilang terpaksa cari Admin . Malam tadi jumpa . pagi ini hilang lagi. Luar negara punya kerja kerana tarikh dan jamnya selalu ditukarkan.

Tinta Emas berkata...

SAMBUNGAN ULASAN SAJAKSAYEMBARA PUISI CITRARASA/NURI UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPTEMBER 2012

PUSINGAN SEPARUH AKHIR DAN AKHIR.
Sdra Angker 13 Berjaya ke peringkat akhir kembali lagi dengan sajak bertajuk:SAYAP MERPATI Tema sajak simbolik nampaknya. Pengucapannya ada sadikit pembetulan, namun bersahaja punyai artinya yang tersembunyi. Mesejnya menyentuh tentang kehidupan yang pernah dialami dihimpit sadikit penderitaan tapi demi pemulihan ia cuba melawan keresahan.Apa pun diberi peluang dan Terpilih ke final untuk tempat ke 5 (LT5)

Tinta Emas berkata...


KUM 2

9.DISINI AKU BERDIRI – Dam Catur (LSS)
10.CERMIN DUKA – Wan Aidy (TBD)
11.AKU BAGAI DEBU – Jumary Hadayan (TBD)
12.BATIN NURANI – Petualang Tiga (LSS)
13.PERGI DARI SINI-Tajudin Norman (TBD)
14.PANCARAN CAHAYA- Muhamad Akmal (LSS)
15.PINTU TERTYUTUP- Guru Yahya (TBD)
16.DAMAI DI JIWA – Raja Muda (LSS)

Tinta Emas berkata...

Apa pun yang mana sajak dikira baik dan boleh diperbetulkan dan mesejnya yang menarik akan kami cuba untuk Qalam Minilainya.

Jika dia kata okey Layak untuk sayembara seterusnya (LSS) .

Tinta Emas berkata...


CERPEN SEMPENA HARI GURU CINTA GADIS KENYALANG TAHUN 1982.(B)
DI AKHBAR MINGGUAN WANITA. HASIL KARYA: OLEH : NURIMANJA .



CIKGU KAMSIAH masuk ke dalam bilik darjah lima merah. Namun belum pun sempat murid-murid darjah itu bangun memberi hormat, Cikgu Kamsiah menghempaskan buku persediaan mengajarnya di atas meja tulis di hadapan muri-murid.

Semua murid darjah lima merah terkejut pagi itu.kemudian segera bangun memberi hormat, dan mengucapkan salam sejatera. Cikgu Kamsiah tidak menjawab, dia cuma berkata duduk, tinggi suaranya.

Murid-murid darjah lima merah duduk, keadaan kelas senyap sepi.“Keluar buku latihan sains!” Perentah cikgu Kamsiah. Pagi itu wajah cikgu Kamsiah tidak seperti hari-hari yang lalu, senyum dan ketawanya bagai tiada lagi.

Cikgu Kamsiah segera mencapai sebatang kapur tulis di dalam kotak atas meja di hadapannya, kemudian dia munulis sepuluh soalan di papan hitam. Murid-murid semuanya tunduk dan terus menulis mengikutnya.

“Jawab semua soalan yang saya beri ini! Cari jawapan di dalam buku teks Ilmu Sains Kamu,” Selesai menulis dan member arahan. Cikgu Kamsiah kembali duduk di atas kerusi dekat meja tulis yang berhadapan dengan murid-muridnya itu.

Pelahan-lahan dia menarik se pucuk surat bersampul biru yang terselit dicelah buku persediann mnajarnya ,surat itu baru diterimanya pagi tadi. Sampul surat itu telah pun disebetkan dihujungnya itu, dikeluarkan isi suratnya yang telah dibaca sepintas lalu pagi tadi.

SAMBUNGAN SIRI 2

Tinta Emas berkata...

SAMBUNGAN CERPEN SIRI 2 TAHUN 1982 (FB)

BERTAJUK: CINTA GADIS KENYALANG
OLEH : NURIMANJA .

Cikgu Kamsiah ingin mengulangi bacaan lagi sekali. Dia belum faham isi kandungannya yang sebenar, bola mata cikgu Kamsiah meniti tiap baris ayat-ayat yang ditulis dengan bullpen berwarna hitam di atas keras berwarna biru itu,

Tiba-tiba bola matanya terhenti pada sebaris ayat, lama dia memerhatinya. Kemudian dia mengulanginya lagi ayat itu, di dalam hatinya kian cemas dan resah. Dia terasa seperti suara Ham yang berkata;

“Aku ingin datang ke kampung tempat engkau mengajar pada cuti penggal ketiga ini,”
Cikgu Kamsiah berhenti seketika, dia menarik nafas panjang. “Buat apa kau datang lagi ke kampong ini Ham?”. Bentak hati cikgu Kamsiah.

Peluhpeluh kecil tumbuh bergerigih dan berbintek-bintek di kening dan gigi ramutnya, walaupun cuaca pagi itu tidak begitu panas. Angin pagi sesekali menyelinap masuk dan menerjah rerambut cikgu Kamsiah yang terurai jatuh ke dahi. sesekali jari-jemari cikgu Kamsiah menolak anak-anak rambut itu ke tepi telinganya.

Cikgu Kamsiah menkap surat itu ke dadanya. Buat apa kau dating lagi? Bentak hati cikgu Kamsiah sekali lagi. Terasa resah, kekuatiran menyerang benak hatinya. Nanti kau mencari muibah lagi di sini.

Dia masih ingat sewaktu Hamid datang ke kampong tempat dia mengajar hari raya puasa dahulu.Orang-orang kampung rasa tidak senang, ada yang membeliakkan mata dan mengangkat kening memandang cikgu kamsiah seperti mengejek.

Pada malam itu salah seorang mengikuti mereka.lelaki pemuda kampong itu, telah mengikuri mereka berdua, sewaktu pulang dari menuntun pertunjukkan konset di b alai raya kampong itu. Cikgu Kamsiah berasa cemas kenapa pula pemuda itu

“Siapa lelaki yang mengikuri kita tadi?” Tanya Hamid agak marah dan hairan. Bagai tidak pernah lihat orang luar masuk kampong.
“Entah! Mabuk agaknya,” jawab cikgu Kamsiah untuk mengelakan Hamid daripada meninbulkan pergaduhan.
“Dia hendak apa dengan kita? Kita bukan ganggu dia?” Sangah Hamid. Marah juga bunyinya. Terasa juga oleh Hamid akan darah mudanya meruap dan mengelegak sadikit, bila melihat orang itu mengikurinya.

“Biarlah dia, mari kita pulan Ham!g sahaja ke quates,”Kata cikgu Kamsiah sambil menarik tangan Hamid.segera meninggalkan tempat itu.
Sejak peristiwa itu. Cikgu Kamsiah telah dipersendakan dan diejek oleh orang kampung. Berbagai tomahan dan sangkaan yang kurang menyenangkan telah dilemparkan kepadanya.
Mereka menuduh cikgu Kamsiah membawa jantan tidur ke quates guru semasa cuti sekolah. Cikgu Kamsiah tidak layak menjadi seorang pendidik, tidak layak mengajar anak-anak mereka.


BERSAMBUNG SIRI 3.

Tinta Emas berkata...


CERPEN SIRI 3
BERTAJUK ;CINTAGADISKENYALANG
OLEH : NURIMANJA.

Seorang murid lelaki yang duduk di bangku paling belakang sekali di darjah 5Merah itu melemparkan kertas yang telah diperonyok menjadi sebiji bola kepada seorang murid perempuan. Cikgu Kamsiah terpandang kelakuan murid lelaki itu.

“Haii! Apa kamu buat haa?” Dengan pantas cikgu kamsiah menyergah.. Budak lelaki itu tersengeh-sengeh senyum. Kemarahan cikgu Kamsiah kian menyinga.Darah panasnya meruap-ruap dirasakan.
“Hey! Kamu senyum pula?” Tinggi suara cikgu Kamsiah memekek.
“Tak ada apa cikgu,”
“Jangan bohong…,” Suara cikgu Kamsiah kian bertambah tinggi lagi, seperti menengking bunyinya.
Murid-murid yang sedang asyik menulis terhenti seketika, tetapi tidak ada seorang pun yang berani bersuara, mereka pura-pura tunduk menulis kerana takut dan kecut perut Jika mereka juga turut terlibat.

Cikgu Kamsiah bangun meluru. Fikirannya yang berkecamuk dengan masalah Hamid
Itu bertambah pula dengan masalah tugas harian yang kian membeban diri di bilik darjah, sering menjadikan dia mudah naik angin berang.

Budak lelaki itu ditempelingnya sadikit, “ Saya memang marah, jika orang yang buat salah tak mahu mengaku kesalahannya,” Tegas cikgu Kamsiah lagi.seperti member amaran kepada murid-murid lain.

Budak lelaki itu diam. Mukanya kelihatan merah, tetapi tidak berani bersuara sepatah kata. Cikgu Kamsiah berjalan kembali ke meja tulisnya, di sebelah papan hitam itu. Dia duduk semula, mukanya kelihatan merah rupanya.

Cikgu Kamsiah sedar, sejak dia membawa Hamid datang ke quatesnya, orang-orang kampug bagai tidak mahu lagi menghormatinya,Pernah di satu petang , dia ke kedai di kampung itu, ada dua tiga orang kampung di dalam kedai itu, mereka segera berlalu,

Kemudian mereka menjuehkan bibir bila melihat cikgu kamsiah masuk. Cikgu Kamsiah amat terasa penghinaan itu. Dia amat kesal.

Lebih lagi sikap Hamid yang degil, Dia sudah beri tahu Hamid kalau hndak jumpa pun jangan di kampong tempat dia mengajar,kerana dia terlalu khuatir; jika orang-orang kampung tersalah angap.

BERSAMBUNG SIRI 4.

Tinta Emas berkata...

SAMBUNGAN CERPEN BERSIRI 5
BERTAJUK :CINTA GADIS KENYALANG
OLEH : NURIMANJA

TETAPI Hamid tidak mahu menghiraukan itu semua. Hamid datang juga ,cikgu Kamiahterpaksa menerimanya dengan menyempan perasaan yang mengcurigakan. Setelah hamid pulang. Berbagai tomahan dan umpat cela telah diterimanya daripada orang kampong tempat dia mengajar.Sedangkan Hamid sadikit pun tidak merasainya.

Cikgu Kamsiah amat terasa segala jasanya selama ini bagai tiada nilainya di kampong ini, Lantaran itulah, cikgu Kamsiah berasa cemas dan bimbang jika Hamid pemuda hitam manis itu datang lagi.

Cukuplah dengan umpat cela yang baru sahaja hendak reda itpasukan tentera u, bisik hati kecil cikgu Kamsiah. Dia amat terasa susah hndak menyembunyikan muka waktu berjalan, bila bertemu dan bersua dengan orang-orang kampong di perjalanan.

Sedangkan Hamid sedikit pun tidak merasa apa-apa cemuhan, dia cuma pulang sahaja ke kempungnya, kemudian bertugas dengan hati yang riang sebagai seorang pasukan TUDM..

“Kau memang tidak mahu faham.Aku bukannya tidak suka kau datang, tetapi orang kampung? Kau mesti fikir Ham, ini kampung, bukan bandar,” Bentak hati cikgu Kamsiah lagi.

Locing rehat telah pun berbunyi. Cikgu Kamsiah tersentak dari lamunannya, dia segeramengarahkan ketua murid mengumpulkan buku latihan sains dan dibawa kemejanya di bilik stap guru panatia mata pelajaran.

Murid-murid semuanya berdiri memberi hormat. Setelah mengucapkan terima kasih , semuanya keluar dari bilik darjah 5M itu. Cikgu Kamsiah tidak keluar makan waktu rehat, dia masih dimeja guru dibilik itu.

Diwaktu itu fikiran cikgu Kamsiah masih lagi berkecamuk. Sesekali dia terasa mahu bertukar saja daripada kampung itu . Ingin beralih angin, dan menghilangkan segala kisah yang lalu.

Cikgu Kamsiah masih teringat lagi sewaktu dia pulang ke kampungnya cuti penggal satu dulu.Sesampai saja dia di rumah, Ibunya menyambut dengan mata yang tidak berkejep. Tetapi dia cuma berbuat seperti biasa.


BERSAMBUNG SIRI 5.

Tinta Emas berkata...


CERPEN SIRI 5
BERTAJUK CINTAGADISKENYALANG
OLEH : NURIMANJA


SETELAH Cikgu Kamsiah menukar pakaiannya. Dia melangkah keluar dari biliknya.
Diikuti oleh ibunya dari bakang,

“Siapa budak lelaki itu?” Tanya ibunya
“Budak lelaki mana pula?” Cikgu Kamsiah cuba pula bertanya ibunya kembali.

Ibunya yang memang sudah semingu menahan marah itu,kian meruap naik darah panasnya.
“Haii! Kau tak tahu pula? Aku ini dah nak pecah anak telinga mendengarnya dari orang-orang kampung tempat kau mengajar itu, kau pula buat tak tahu?” cemuh ibunya.

“Kawan saja,” jawab cikgu Kamsiah selamba.
“Kawan apa dengan budak lelaki? Hey Kam! Budak mana dia tu? Kerja apa? Dimana kau temu dia?” Soal ibunya.

Cikgu Kamsiah menjadi serba salah mendengar soalan ibunya begitu banyak sekali, dia juga tidak menduga; Cerita dia membawa Hamid ke Quates guru di kampong tempat dia menajar itu, telah pun sampai ketelinga ibu bapaknya.

Cikgu Kamsiah masuk ke dalam biliknya kembali, tetapi ibunya tetap mengikuridari belakang,cikgu Kamsiah mengambil kain bajunya yang telonggok di atas katil, kmudian melipat-lipatkannya.

“Siapa budak lelaki tu?” Tanya ibunya lagi.
“Hamid , budak Semenanjung, ibu bapanya sudah tiada lagi,” cikgu Kamsiah memberi tahu kemudian dia diam.

“Kerja apa?”
“Tentera udara, di Kuching,”
“Bagaimana kau kenal dia?”

Cikgu Kamsiah diam seketika, dia terasa ibunya bertanya terlalu banyak.
”Dimana kau jumpa diaa?”Ulang ibunya lagi, kuat sedikit bunyi suaranya.

“Di hari perayaan kemerdekaan di bandar Sarikei dua bulan yang lalu,”
“Jadi, kau nak kawin dengan budak itu?” Tanya ibunya lagi.

“Siapa kata?”Soal cikgu Kamsiah memandang muka ibunya. Dia terasa pertanyaan ibunya itu seperti mengejek.

BERSAMBUNG SIRI 6.

Tinta Emas berkata...


CERPEN SIRI 6
BERTAJUK CINTA GADIS KENYALANG
OLEH : NURIMANJA


“Aku dengar, kau bawa dia ke tempat kau mengajar itu? Kenapa tak bawa saja ke sini?” kata ibunya lagi, agak tinggi sadikit suaranya. Cikgu Kamsiah tunduk. Ibunya bangun berjalan dua tiga langkah, kemudian memandang kea rah cikgu Kamsiah, dia bercekak pinggang.

“Kau percaya dngan budak itu?” Ulang ibunya lagi agak curiga kepada hamid.
“Kami Cuma berkawan saja ibu, tak lebih daripada itu,” jawab cikgu Kamsiah, lalu bangun hendak keluar dari biliknya.

“Heeiii! Kamsiah, jangan kau nak buat malu aku dan bapa kau,”
Langkah cikgu Kamsiah terhenti, dia menoleh dan menundukan sadikit kepalanya.

“Malu apa pula?” Tanya cikgu Kamsiah
”Manshor itu kau nak letak di mana?” Pekek ibunya, sambil mengikuri cikgu Kamsiah daripada belakang , lalu keluar berdiri di muka pintu hala ke arah dapur.
Apatah lagi hndak diberi nasihat.

“Manshor, Manshorlah, Hamid ini lain,”
Ibu cikgu kamsiah bertambah bengung. Dia tahu sikap cikgu Kamsiah sejak kecil lagi.Kata-katanya memang susah dibuat kira bicara atau diberi nasihat.

“Kau nak tinggal aku?” kata ibunya pula.
“Tinggal apa pula?”
“Kalau kau khawin dengan Hamid itu. Dia akan bawa kau ke semenanjung,” Sangah ibunya , bagai hendak menangis suara ibunya, sayu.

Cikgu Kamsiah Cuma terdiam.
“Kalau budak Manshor itu tak mengapalah, dia orang kampong kita juga, bukan orang lain dengan kita,”tambah ibunya lagi.

“ Keringg! Keringg.!! Keringg!!!”.Tiba-tiba lamunannya terhenti, locing rehat di sekolah itu berbunyi lagi, waktu rehat sudah habis. Cikgu Kamsiah melihat jam di tangannya. Beberapa orang murid telah masuk ke dalam kelas. Sebentar lagi guru lain akan mengamil alih kelas itu.

Cikgu Kamsiah tergesa-gesa keluar, lalu menuju ke bilik pejabat guru. Dia duduk di meja tulisnya.Pura-pura membuka buku latihan dan melihat jadual waktu di papan tanda di bilik guru itu.

BERSAMBUNG SIRI 7.

Tinta Emas berkata...

CERPEN SIRI 7
BERTAJUK: CINTAGADIS KENYALANG .
OLEH : NURIMANJA

Beberapa orang guru masuk dan kelaur di pejabat guru itu. Dua orang guru lelaki masih berada di sudut bilik guru itu bercerita sesama mereka, kemudian ketawa berderai. Cikgu Kamiah tidak menghiraukan telatah kedua orang guru elaki itu.

Beberapa orang guru perempuan yang lain telah bangun dan menuju kelas masing-masing untuk memulakan pelajaran. Tetiba datang seorang guru perempuan menyapa;

“Hei! Ciku Kam! Kemana waktu rehat tadi?” Sambil menepok bahu cikgu Kamsiah.dan duduk di sebelahnya.
“Emm, ada duduk di dalam kelas tadi,”
“Hey! Tak sihat ke, muram nampak hari ini?”
“Tak ada, tak ada apa-apa,” jawab cikgu Kamsiah, cuba menyembunyikan segala perasaannya.lalu mengambil buku persedian mengajar pergi meninggalkan bilik guru itu menuju ke kelasnya.

Satu petang; Ada pomen datang di.quatesnya, dua hari sebelum cuti penggal ketiga bermula. Cikgu Kamsiah menerima sepucut surat lagi, hati cikgu Kamsiah begitu berdebar-debar sekali. Dia tahu surat itu datangnya daripada Hamid, ini amat difahaminya sekali dengan tulisan tangannya.

Setelah mengucapkan terima kasih kepada posmen itu , cikgu Kamsiah segera masuk ke dalam biliknya, tangannya begitu gementar sekali untuk membuka sampul surat berwarna biru itu, setelah lambaran itu dibuka dan dibaca isi kanungannya, Perlahan-lahan air matanya mengalir jatuh di kedua belah pipinya.

Dia tidak menduga sama sekali, Tuhan merastui kehendak ibunya. Hamid telah bertukar semula ke Semenanjung. Dia juga telah lulus ujian naik pangkat. Dan pastinya dia bergembira setelah lama di perantauan.

Cikgu Kamsiah termnung lama di atas katil, ingatannya sewaktu bertemu dengan Hamid dahulu terakam kemali. Dia amat terasa kemesraan itu, selepas pertemuan pertama, mereka berdua bertemu sekali lagi di salah sebuah restron di bandar Sibu.

“ Kam, Emm Ham benar-bnar sayangkan Kam, jika Kam tidak ada maalah keluarga, Ham bercadang untuk mengambil Kam,” Hamid memandang tepat ke muka cikgu Kamsiah, jari-jarinya memusing-musing gelas yang berisi air minuman di hadapannya.

BERSAMBUNG. SIRI 8

Tinta Emas berkata...


CERPEN sIRI 8 AKHIR
BERTAJUK CINTA GADIS KENYALANG
Oleh: NURIMANJA

Cikgu Kamsiah mendiamkan dirinya.
“Ham balik kampong, tak ada ertinya, Ham tak ada mak bapa, Ham Cuma menumpang rumah saudara mara, sekejap ke sana sekejap ke sini, kadangkala Ham duduk dengan nenek,” Begitu kata Hamid sayu saja bunyi suaranya.

Cikgu Kamsiah begitu sempati dengar cerita Hamid itu. Sejak hari itu jugalah cikgu Kamsiah sering menulis surat, sehingga melahirkan rasa kemesraan di antara dia dan Hamid. Hati cikgu Kamsiah bertambah sayu. Angin petang yang mnyelinap masuk dari daun jendela yang terbuka itu. terasa bersimpati dengan keresahan hatinya.

Dia terbayang pula wajah Manshor bakal tunangannya yang dirastui kedua orangtuanya,walaupun selama ini dia dan Mashor tidak pernah mengambil tahu hal berbincangan kedua belah pihak orang tuanya dan keluarga Mashor.

Dia cuma tahu: Setelah dia ditunangkan dengan Mashor yang bekerja sebagai seorang pegawai pertanian yang selama ini tidak pernah dia ambil tahu, malah tidak pernah sekali pun berkenal sapa dan berbual mesra. Hatinya amat berat dan susah untuk menerima dan mengerti.

Dengan penuh rasa resah di dada,Cikgu Kamsiah menghabikan bacaan surat itu.Seketika kemudian, wajah Hamid menjelma di muka surat itu, bebrapa titik air mata sayunya jatuh mengembang di muka surat itu.

Hati cikgu Kamsiah kian disalut rasa kesayuan,bila dia terasa, ayat-ayat di dalam surat itu seperti Hamid yang mengucapkannya; “Kamsiah, kepulanganku, mungkin tidak akan datang lagi ke bumi Kenyalang ini, maafkan aku Kam, disebabkan perhubungan kita, keluarga Kam dicerca oleh masyarakat, akhir sekali, angaplah kisah pertemuan kita sbahagian dari mimpi-mimpi dalam tidurmu,” sekian salam perpisahan aku Hamid.

Cikgu Kamsiah tidak dapat menahan sebaknya, air matanya berjujuan membasahi kedua kelopak matanya, dia menyembamkan mukanya ke bantal, kemudian menangis sekehendak hatinya, sehinga menyebabkan bantal itu basah.

Lama dia dalam keadaan termanggu dan terharu, patah hatinya itu, cuma Tuhan saja yang tahu, sesekali dia dapat merasakan hatinya dan hati Hamid hanya bersatu di dalam kenangan, walaupun mereka tidak dapat lagi bertengtangan mata, mungkin kerana Tuhan lebih tahu siapa pasangan dan jodoh di antara mereka.

S E L E S A I . Oleh: Nurimanja 25/5/2010.


Nor Asyikin berkata...

LUPUT DARI DOSA

Menggema diantara suara yang ada…
Pekat malam takbosan hadirkan sunyi
berjalan ku kedepan coba menyusuri
maksud hati dalam cinta duniawi…
aKu hanyalah manusia biasa….
tak pernah luput dari dosa

Nor Asyikin (isteri Geletek malam)
sajak penyesalan dari suami dia wakil kepada sy sbb dia sibuk bertugas di kuala nerang

Mozaire berkata...

MENANTI YANG TAK PASTI

Biarkan aku menanti
sampai hati ini merintih
biarkan aku mengukir
hati di atas pelangi yang indah
walau letih menanti yang tak pasti

Mozaire
Sajak Kecewa
teluk kumbar baru buat hari ni

Syah Inderapura berkata...

BERTERIAK PADA SUNYI

aku penasaran seperti apa dirimu saat ini dialog debu dan angin
tak lelah bercengkrama
di setapak yang ku rindukan.
lihatlah langkah juang keteguhan
masih ada setia menjejak disana
masih tetap tampak angkuh dan muram
masihkah membeku lalu pulang
berteriak pada sunyi.

Syah Inderapura
sajak simbolik pinjam dari rakan "Ahmad Mansuri" sbb sy xda masa nak buat sajak jd pinjam sajak rakan sekerja
sungai buloh 2.2.2012

Hafiz Zikrillah berkata...

MASIH TERLIHAT

masihkah terlihat ketika itu
waktu akrab bersama dengan kenangan.
setiap detik adalah kurniaan
mengingatnya adalah kesyukuran
keteguhan adalah paling sederhana

Hafiz Zikrillah
sajak simbolik
Besut 2.10.2012

Penyair Agung berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Penyair Agung berkata...

KARYA ALAM

Kini desaku matahari kembali terbit
di balik puncak pergunungan
menyinari pepohonan dengan sinaran.
ku semakin hargai keindahan ini
tetapi aku kecewa mengapa
masih ada manusia yang sanggup
menghancurkan segala karya indah yang diciptakan oleh alam ini

Penyair Agung
sajak simbolik sinis
Kuala Kurau 1.12.2012

Muhamad rabbi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Bos Kacak berkata...

MERANGKUMI

menyanyi dan merenung dari jiwa,
sentiasa menghuni ruang semesta menaburkan bintang di angkasa.
walau tiada batas terkandung
tiada bergerak dari fikiran
biarkanlah ia merangkumi yang lain,
hari ini bersama dengan kerinduan

Bos Kacak
sajak kenangan
wang kelian 4jun2012

Muhamad rabbi berkata...

MENGUKUR WAKTU

jika ingin mengukur waktu
usah bermimpi kerana waktu
tanpa ukuran dan tak terukur.
Namun keabadian di dalam dirimu kesedaran akan kehidupan nan abadi,
mengetahui bahawa semalam
hanyalah kenangan untuk hari ini esok adalah harapan dan impian

Muhamad rabbi
sajak pengajaran
Kelantan 2.11.2012

Kusyairi Adnan berkata...

TERKAPAR DI TENGAH JALAN

peringatan telah diturunkan
mungkin begitu ingkarnya
hingga nyata didepanku
ciptaan pencipta yang begitu tulus
perlahan kutanggalkan
setan yang membayangiku
tarik menarik yang begitu nyata
aku terkapar ditengah jalanNya

Kusyairi Adnan (adik Guest)
sajak keinsafan ni sajak sy sendiri masa study kt UiTM sy wakil abg sbb abg sy sibuk ke kuantan utk beli rumah kedai klu x salah? sbb dia nk buka cawangan bengkel baiki moto kat sana