Khamis, 29 November 2012

MATAHARI TETAP SETIA (4)






Puisi tempat ke 4 September 2012


Kupasrahkan jiwaku
di bawah naungan bintang
kubiarkan cahaya rembulan
melapisi mewarnai tubuhku
Aku hairan mengapa bintang itu
tak tersenyum lagi kepadaku?
Apakah ia hairan melihatku
Rembulan pun tak lagi peduli
bahkan ia menolehkan pandangan
Matahari begitu terik memijarkan
udara begitu dingin kencang
seolah-olah  semua tak mahu
bersahabat lagi dengan diriku
Apakah ini pertanda buruk berlaku
bahawa sesuatu kefahaman politik
telah terjadi ke hidupan tidak tenteram lagi.

Oleh: Naga Samudera
sajak kekecewaan apabila dipulau
oleh rakan di tempat kerja baru di kelantan
atas pahaman politik yg berbeza/27 September 2012 8:12 PG




30 ulasan:

Tinta Emas berkata...


SAYEMBARA PUISI CITRARASA/NURI UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPTEMBER 2012

PUSINGAN SEPARUH AKHIR DAN AKHIR.
Sdra Naga Samudera Berjaya ke peringkat akhir dengan sajak bertajuk: MATAHARI TETAP SETIA Tema sajak kecewa pula nampaknya. Pengucapannya ada sadikit pembetulan tapi punyai artinya yang tersendiri. Mesejnya menyentuh tentang tugas yang dialaminya, munkin sadikit kurang menyenangkan dengan kawan2 yang berlainan fahaman politik agaknya.Apa pun diberi peluang dan Terpilih ke final untuk tempat ke 4 (LT4)

Tinta Emas berkata...


Maaf Gambar atau kulit Antologi Sayembara Puisi tak dapat disiarkan, kecuali tajuk2nya sahaja.

Nanti kami maklumkan. Insyaallah!

Tinta Emas berkata...

6.CERPEN BERTAJUK : AKU, MAMA, TUGAS DAN ALAM-ALAM. SIRI 1.
OLEH : NURIMANJA SERAWAK. KISAH SEKITAR TAHUN !978/1979.



MAMA, kini aku berada di satu alam yang cukup indah kurasakan, walaupun pada peringkat awalnya aku bagai tidak percaya, dan tidak mengerti, cuma hari kini mama, aku mula menyedari dan megerti bila berada di sebuah alam pendidikan.

Mama, sebenarnya aku pun bagai tidak mengerti mengapa aku mesti melewati alam-alam ini? Benarkah ini kehidupan dan ketentuan Ilahi, bahawa sesaorang itu Allah telah tetapkan tugasnya di dunia ini, begitu juga dengan makhluk lain yang bernama manusia seperti aku ini, dengan tugas dan alamnya yang tersendiri.

Adakah ini nekmat yang sebenar dalam alam kehidupan ini Mama? Adakah aku perlu melalui beberapa alam lagi dalam kehidupan ini Mama? Ahh, Betapa seksanya hidup,kalau aku kira kini, sudah berapa alam yang aku lalui.

Ada alam yang cukup mengembirakan. ada alam yang cukup mendukacitakan. Adakah ini hidup dalam kehidupan aku yang mesti aku lalui dalam kehidupan ini, yang mesti aku lalui sebagai insan kerdil di bumi Allah ini.

Tetapi Mama, kini alam yang ku lalui ini cukup terasa indah, ghairah dan mempersonakan mama, mungkin juga mama telah memalui alam-alam yang baru aku lalui ini,

Mama, di akhir-akhir ini, maluku kian menjadi-jadi mama, bukannya aku tidak biasa bercampur gaul dengan sejenisku yang lain bentuk fizikalnya , Malah mama dan papa orang yang sangat aku sayangi, orang yang mempunyai dua sifat yang berlaian fizikalnya. Tetapi kenapa hari ini agak anih dan berlaianan sekali mama?

Mama, sebenarnya aku telah melewati alam yang tidak perlu lagi mama bimbangkan. Beberapa tugas dan alam ini jugalah yang mengajar aku selama ini mencapai cita-cita, dan selama ini mama yang mengasuh dan mendidik aku sehingga dewasa. Cita dan tugas ini telah pun dikabul Allah AWT.


BERSAMBUNG......................(B)

Tinta Emas berkata...

CERPEN BERTAJUK : AKU, MAMA, TUGAS DAN ALAM-ALAM. SIRI 2 OLEH : NURIMANJA SERAWAK.


PADA hari ini mama, aku dibawa ke satu daerah yang cukup asing buatku, selama ini aku tidak pernah menjejakkan kaki di daerah ini Mama, Aku tidak pernah melihatnya, cuma aku pernah mendengar namanya saja Mama, Esok aku akan memulakan latihanku untuk menentukan cita-cita tugasku.

"Selamat pagi cikgu!"
"Terima kasih cikgu!"
Alahai Hati: Betapakah kau begitu kembang rasanya. Muka: senyumlah sepuas-puasnya. Diri: Benarkah aku ini seorang guru? Bakal menjadi seorang pendidik? Tuhan: sesungguhnya Engkau maha mengetahui.

Hati; Baikkah perangai budak-budak ini? Diri: Jangan takut. Bukankah aku selama ini telah banyak mempelajari ilmu pendidikan di maktab. Semua Pensyarah telah memberi keyakinan tentang kewibawaanku. Tangan: Janganlah kau gementar sewaktu memengang kapur tulis, Tubuh: Janganlah kau bergemuruh. Hati: iman tetaplah, Oh Tuhan!.

"Pok! Pak! Pok! Pak!"
"Eh! Ehh! Siapa pula lempar kampur ini?"
"Mulut: Tanyalah , murid mana pula buat kurang ajar ini? Bagaimana aku hendak menulis. Jika aku cuba menulis di papan hitam, mereka akan membaling kapur ke arah papan hitam. Tangan: Tulis cepat, jangan berhenti.

"Pok! Pak! Pok! Pak!"
"Hai, Siapa yang lepar kapur ini?"
Sial betul budak-budak ini, bila aku mula hendak menulis, mereka lempar kapur. Mereka mula buat bising, Mereka langsung tidak menghormati aku. Sebagai guru mereka dalam kelas ini.

"Ingat! sekali lagi, sesiapa yang buat kacau, dia akan kena dengan cikgu nanti."
Tangan: Tulis cepat, Hati: Jangan takut. cuba buat serius sadikit, Mata: Cuba beranikan guna kuasa.Bila lagi aku hendak mengunakan kuasa mata mengawal kelas. Hati: Jangan lupa bagaimana untuk mengunakan kuasa teknilkal mengawal kelas.

"Pok! Pak! Pok! Pak!"
Lagi berulang, Hati: Sabar. Mata: Cepat lihat siapa budak nakal ini?

"Emmm! Kamu Ahmad, Mari sini!."
"Bukan saya cikgu, Ali yang suruh."
"Ahmad cikgu!"
"Ali cikgu!"
"Ehh! Dua-dua datang sini!"
"Tak mahu cikgu, bukan saya, Ali cikgu,"
"Ahmad cikgu, Ahmad!"
"Aliiii."
"Ahmadddd..."
"Aliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....."
"Diammmmmmmm!!!!"

BERSAMBUNG SIRI 2 ESOK .............(B)

Tinta Emas berkata...

CERPEN SIRI 3. BERTAJUK : AKU, MAMA, TUGASD DAN ALAM-ALAM OLEH : NURIMANJA SERAWAK


Hati: Marahkah kau? geramkah Kau?
"Saya kata datang sini!"

Darah: Kenapa kau meruapa? Tubuh: kenapa kau mengeletar? Gigi: Kenapa kau berkerup-kerup? Hati: Iman dimanakah kau? Tolonglah beri kesabaran dan ketenangan. Ahhhh! Aku akan sergah mereka, tidak boleh beri muka.

"Cepat! Datang seniiiiii!"
"Bebaik cikgu!"
"Baik cikgu!"
"Kau orang berdua degil ya?"
"Ampun cikgu!"
"Ampun kami cikgu!!"
"Nahh! Pak! Pakkk! Pakkk!"
"Aduh ciku, Ampun! Saya tak buat lagi,"
"Saya pun begitu cikgu! Sumpah tak buat lagi!"

Tangan: Kenapa rengan sangat kau merotan? Aku bukankah guru baru. Budak-budak ini juga tidak kenal lagi dengan aku. Ya Allah! Mana perginya ilmu psaikologi yang aku belajar selama ini? Hati: Kenapa kau tidak tahan sabar? Iaman: Kemana perginya kau? Mulut: cubalah mengucap sadikit. Berastakfarlah banyak-banyak. Tubuh: Kenapalah sejak tadi masih mengeletar?

"Duduk tempat! Jangan bising lagi!"
Tangan: Cepat tulis, apa yang hendak ditulis, nanti masa habis, pelajaran tidak dapat dimulakan. budak-budak akan ketawa pada aku, mereka akan mengejek, mereka akan berkata: Cikgu tak pandai mengajar. Kami tak faham. Cikgu suka marah. Cikgu suka pukul. Suka rotan. Kami tak suka cikgu. Kami semua tak berminat dengan cikgu!.

Tangan: Tulis cepat.
"Pok! Pak! Pok! Pak!"
"Wooo!!! Siapa lagi yang berani lempar kapur ini haa?"
Mulut: Kenapa kau memekek begitu kuat sekali?
"Salim cikgu!"
"Mustafa cikgu!"
"Johanis cikgu!"
"Mazlan cikgu!"
"Mastura cikgu!"
"Diammmmm!!!!!!"
"Ha ha ha ha ha ha ha ha ! Cikgu marah!"
"Diammmm! Saya kata diammmm!"
"Ha ha ha ha ha ha! Cikgu kita marah!"
"Diammmm! Emmmm . Emmmm..."
Mata; Kenapa kau cepat keluar airmata? Hati: Kenapa kau tak sabar lagi? Ohh! Tuhan kenapa aku perlu menangis?.

BERSAMBUNG SIRI 4.......... (B)


CERPEN SIRI KE 4 BERTAJUK : AKU, MAMA, TUGAS DAN ALAM-ALAM. OLEH : NURIMANJA SERAWAK.

"Ha ha ha ha ha ha, Cikgu menangis!....."
"Dimmm! Emmm! Emmmmmm! Kamu semua ini, memang degil, degil laaa......."
"Ha ha ha ha ha ha Cikgu Jamilah tak malu menangis, menangis macam budak-budak, ha ha ha ha ....."

Sialan, mereka mengejek aku, Tangan: Kenapa kau rengan sangat ini? Jejari pun mengapa mengemgam kuat rotan?
"Kamu semua, memang kurang ajar dengan cikgu! memang nak kena betul dengan cikgu. Nah! Nahh, nah ambil ini...!"
"Pelepak! Pelepok! Pelepak! Pelepok!"
"Aduhhh!"
"Aduh! Sakit cikgu!"
"Saya tak ketawa cikgu!"
"saya tak lempar kapur cikgu..."
"Saya pun tak lempar cikgu, kenapa pukul saya?"
"Cikgu tak patut!"
"Cikgu tak adil!"
"Cikgu tak patut!"
"Cikgu garang!"
"Cikgu cepat naik angin, cepat marahhhh!!"
"Cikgu tak mahu masuk lagi kelas kamu lagi ...."

Mulut: Kenapa kau kata begitu? Kaki: Kenapa kau cepat sangat melangkah meninggalkan kelas itu? Airmata: Kenapa kau sejak tadi bercucuran tak mahu berhenti? Diri: Bolehkah? Bolehkah aku menjadi seorang pendidik jika seterusnya berkeadaan begini?
BERSAMBUNG SIRI 5 ........(B)

Tinta Emas berkata...

CERPEN SIRI KE 5 BERTAJUK : AKU, MAMA, TUGAS DAN ALAM-ALAM OLEH : NURIMANJA SERAWAK.

Mama! Mujurlah segala-galanya tidak begitu. Mujurlah segala-galanya yang aku duga tidak berlaku. Malah cukup berlainan sekali dari apa yang aku andaikan di dalam benak hatiku selama ini. Malah aku cukup cepat mesra di sini Mama. Guru-guru lama di sini memberi tunjuk ajar dan kerjasama padaku Mama. Aku cukup terhutang budi Mama.

Di sini juga aku menemui seorang guru muda yang cukup istimewa kurasakan mama. Dia sering memberi semangat seperti pensyarah-pensyarahku di maktab dulu Mama. Dan kini aku cukup bersemangat untuk menghadapi tugas sebagai seorang pendidik kecil di daerah pendalaman Mama.

Mama maafkan aku, jika melanggar pesan kau dahulu, sebenarnya aku telah dewasa, mama tentu tahu tentang hati seoarang anak gadis seperti aku berusia dua puluh tiga tahun, kalaulah Mama mengerti. alangkah baiknya, aku yakin dan percaya Mama tidak akan marah.

Mama salahkan aku? Jika menerima perlawaan seorang guru muda yang bertugas sama sekolah denganku, bukan apa cuma sekadar minum bersama di kantin sekolah. Lagi pun bukan sekali dia mempelawai aku, sudah dua, tiga kali, aku menolaknya, tentu dia terasa rendah hati.

Sebenarnya mama, pertemuan itu tidak dirancang, cuma kebetulan aku bersama temanku dipelawanya minum, selepas aktiviti petang sukan sekolah. Tetapi temankulah yang lebih mengenalinya. Dari situlah Mama aku mula mengingatinya.

Dia merenungku, kemudian bertanya,
"Em sama dengan Sal?"
"Ya," Hati; Kenapa kau berdebar-debar? Mata: Kenapa kau segan malu melihat wajahnya?
"Minum apa?"
Mulut: Jawablah pertanyaanya, sebutlah apa air minuman yang menjadi kegemaranku.
"Sal, tolonglah sebut, kenapa pula diam," bisik hati kecilku.
Hati: kenapa berbisik saja? Tolonglah Sal, sebut saja, apa yang kau minum aku ikut saja. Mulut: Kenapa kau berat untuk menjawab pertanyaanya? Dada; Kenapa kau berdebar kencang? Ahh! Tolonglah berhenti. janganlah kau takut, dia bukan Jin atau Jemalang Cuma manusia biasa.

"Minuman sejuk? atau orenge boleh?"
"Boleh juga," Lidah: Kenapa kau berat sangat hendak mengatakan Boleh, Hati: hairan betul bagaimana dia tahu, air itu memang kegemaran aku? Diri; Oh! Apakah dia seorang lelaki yang aku cari, kerana dia mengetahu sesuatu kegemaranku?

"Kita makan mee goreng? Boleh?"
"Boleh juga,"
Mulut: Beratnya kau,
"Pesan dulu, saya ke tandas kejap!" kata cikgu Salmah,sambil berlalu meninggalkan aku dan dia.
Hati: Cikgu Sal, kenapa kau pergi pula meninggalkan aku yang berdebar ini?
"Siapa nama cikgu sebenar dan berasal daripada negeri mana?"
Diri: Mestikah kau berterus terang, Dia bertanya nama dan asal negeriku, Mulut; Jawablah, jangan malu dan segan, jawab janganlah biarkan dia ternanti-nanti begitu lama.

"Saya Jamilah, berasal Serawak, kota Semerah."
"Emmm, Baik sekali nama itu, kalau dalam bahasa Arab, erti cantik, terlalu cantik, seperti orangnya juga."

BERSAMBUNG SIRI 6 ......(B)

Tinta Emas berkata...

CERPEN SIRI KE 6 BERTAJUK : AKU, MAMA ,TUGAS DAN ALAM-ALAM OLEH : NURIMANJA, SERAWAK.

"Ya Allah! Dia memuji namaku. Apa betulkah aku ini cantik? Hati; dan Diri; Kenapa kalian semua diam? Betulkah kata-kata dia itu, aku kurang yakin dan percaya, Mulut; pastikah kau mengaku?

"Terima kasih, Emmm, saya orang Serawak, tinggal Kota Semerahan,"
Hati; tanyalah pula dia berasal darimana, sudah berapa lam dia tinggal di sini.

"Oh! Kota Semerahan, saya pernah ke sana. Emm Saya dari Perak, sudah hampir lima tahun di bahagian ke enam ini."

Ahh! Anih belum pun aku bertanya dia sudah menjawab dan bersama penerangannya sekali. bagai dia tahu sahaja, Ahh, anih.

"Bagaimana keadaan kelas?"
"Baik..."
"Cikgu mungkin berusia 22 tahun, pandai melukis, menyanyi dan menari?"
"Tak ada lah, sikit-sikit saja,"
Eh! Eh! Bagaimana dia tahu semua ini? Adakah dia mempunyai ilmu pirasad. Oh tajam sekali penglihatannya. malah dia membuat andaian yang tepat.

Kemudian datang pelayan yang membawa makanan dan minuman yang diminta di letakannya di atas meja , kini makanan telah pun tersedia di hadapan mereka berdua.pelayan pun berlalu.

"Silakan!" Dia mempelawa aku makan.
Perut; Kau sesungguhnya cukup lapar, tengah hari tadi tidak sempat makan, ahh capailah botol orenge itu, ambil gelas yang berisi ais batu itu, tuangkan segera, Ayuh! tangan, tarik pinggang mee goreng itu, angkat sudunya.

"Sila makan!" ulangnya lagi
"Sekejap, tunggu Salmah," Jawabku.
"Ohh! Hampir lupa saya, maaf, maafkan saya,"
Seketika cikgu salmah tercegat disisiku sambil tersenyum,sambil menghenyakkan pinggulnya di kerusi kayu.
"Ehh! Kenapa tak makan lagi? Makanlah,: kata cikgu Sal.

Dia membaca bismillah dan doa makan, kami mengaminkannya, selesai doa dia mempersilakannya.

"Sila makan!"
Tangan; Cepatlah angkat sudu itu, dia mula makan itu, Bismillah hirrahman nirrahhim. Sal, kau mulalah dulu, nanti aku ikut, dia dah makan tu. Tekak; Kenapa pula kau rasa tersumbat? Bukankah ini semua makanan dan minuman yang menjadi kegemranku selama ini.

BERSAMBUNG SIRI 7........ (B)

Tinta Emas berkata...

SIRI 7. AKHIR : AKU, MAMA, TUGAS DAN ALAM ALAM.
Oleh Nurimanja :
Ahh. Cikgu salmah pun sama , semacam tidak ada selerakah hendak makan atau pura-pura malu. Memangnya inilah kali pertama aku makan di katin sekolah bersama seorang guru muda yang tidak begitu aku kenali. Dan ini pun cuma secara kebetulan sahaja, itupun diperkenalkan oleh cikgu Salmah temanku .
Itulah satu pertemuan yang telah aku lakukan mama, sehingga kini masih kental bersemadi di sudut hati. Berdosakah aku mama? Telah melanggar pesan dan kata-katamu dahulu; Jangan mudah menerima perlawaan orang yang tidak kita kenali.
Tetapi itulah yang telah aku lakukan mama, Aku berharap mama tidak marah. pertemuan yang aku lalukan itu mama satu pertemuan yang ikhlas dan jujur, itu pun bukan aku berseorangan, aku ditemani bersama oleh cikgu Salmah , juga teman sekuliah dengan aku mama.
Mama, sebenarnya aku cukup berharap selepas latihan ini nanti, semoga aku dapat berkhidmat di daerah pendalaman. Biar pun daerah ini jauh dari kesebukkan kota dan sukar perhubungannya, asalkan hatiku berasa senang bersama anak didikku yang dahagakan ilmu pengetahuan.
Mama aku cukup merasa senang aman dan damai di daerah ini, bersama kicauan beburung dan deruan ombak di pantai, semuanya bagai membisikkan sesuatu yang indah dalam hatiku. Mama mungkinkah dahulu mama juga pernah merasai apa yang telah aku rasai ini, sewaktu mama dan papa muda rumaja dahulu?
Dan paling aku merasai senang, bila guru muda yang mempelawa aku minum dan makan di kantin dahulu, adalah guru muda yang cukup istimewa yang mungkin dapat menawan hatiku. Maafkan aku mama jika mama tidak bersetuju dan tidak mengerti akan perasaan hatiku ini.

Mama alangkah baiknya jika dia seperti papa dan aku seperti mama, lalu berjumpa dan bermesra. Ah alangkah indahnya, semoga tuhan suka melihat di antara dua hati anak muda berkasih sayang seperti burung merpati yang berpasangan. Maafkan aku mama jika membuat hatimu terguris lantaran mengenang kembali kisah silammu dulu bersama papa.

Itulah ceritaku mama, diantara aku, mama, tugas dan alam-alam yang aku lalui kini mama. Sekian , sembah salam daripada anakmu JAMILAH.

SELESAI . Oleh : Nurimanja Serawak. I979.

SELAMAT: Ada satu lagi cerpen lama ANJ bagi tahu belum disiarkan yang sudah ditaip. Terlepas pandang. CERPEN lama juga yang hilang dulu. AKU MAMA DAN TUGAS DAN ALAM-ALAM..


Fatimah Zahrah berkata...

KATA YANG MENGAUM

Diam berdiri dalam kata mengaum
Antara dimensi malam dan pagi
Namun berbeza tetapi hampir sama
Singkat, namun cukup rumit
Padat tapi terdengar bergema
Canda tawa mengiringi sepenggal kata bermakna hanya itu yang keluar

Salleh Muhamadon
sajak simbolik kehidupan
11.5.2012 balik pulau


PALUNG HATI

Lelah hati menanti
mencoba mendaki tebing hati
inikah takdir dari Illahi
memangkah aku tak pantas dikagumi
tanpa jawaban aku harus terima sepi
selarik puisi harap luluhkan sunyi
secarik kain bantu hapus duka ini
pantasnya aku undur diri
terima kegagalanku kesekian kali
jika memang ada dalam palung hati

Yusri Nawab
sajak sedih ketika isteri minta cerai
Raub 1/2/2012


MERAPUH

Tuhan ajarlah aku
menghitung hari-hari hidupku sahaja
Tetapi untuk bertemu Dikau
Dalam detak jantung memburu waktuMu
Engkau yang awal Engkau yang akhir
Berkatilah selagi aku masihberjalan
sebelum jejakku ini mulai merapuh

Fatimah Zahrah
sajak keinsafan
ketika berada di kampung di Rawang 12/11/2012


TAK MAMPU BERTAHAN
Seiring keindahan pagi terus pergi.
Hati mulai gelisah
jarak bersenandung mesra.
Seiring senja muncul.
Berpadu dengan keindahan malam.
Tanpa ku terus terikat dirantai ini
Karena tak mampu bertahan lagi

Malik Wariya
sajak kerinduan kepada isteri(Sharifah AL Habsi) di sabah sedangkan sy di Kuala Nerang


KOTAK IMAGINASI

mencari aroma Ikan di dalam air,
Boneka pula kembali ke rumah
Seekor burung berkepak perkasa
Melayang melaju di angkasa raya Melengkung dalam kotak imaginasi
Aku dengan lautan kata
Bergulung mengombak tetapi pecah, bertepi dalam bait-bait puisi

Tetamu Malam
sajak fantasi
ketika dlm bercuti di Skinchan
17.4.2012


SEKADAR ISYARAT

Tak lagi kucari ke mana
setiap rindu bermuara
Barangkali percuma atau parah
Mengendus jejak di samudera rindu
Andai tulisan ini sekadar isyarat
Ke arah mana harus kutatap
Biar nyala semangattak segera padam

Brader Joe
sajak simbolik terkenang
batu feringgi 12.12.2011


MELIHAT TANPA MERASA

kini aku semakin terporosok
di dalam jurang yang kelam ini
tak ada yang datang membantu
semua diatas sambil menghirup udara
mengapa menjadi seperti ini
semuanya penuh sifat kebingungan
tetapi jika ada tersalah langkah
mohon jangan panggil aku
kerana aku semakin terpuruk disini
hanya melihat tanpa merasa .

Haji Khali
sajak ketidakpuashati
ketika di warung Teluk Tempoyak
10.10.2012


SENJATA

kita berjuang untuk satu masa depan
sedang tidak ada takdir yang datang
tak usah kita berkumpul dan bersatu
berperang di medan kebodohan
wajau digelar seorang pahlawan
tapi akhir gugur di pertempuran
selaluku di hantui rasa bersalah
mengingat pahlawan yang gugur
walau perang sudah berakhir
tetapi masih ada perang yang kedua
kini aku hanya bersiap berdoa perlindung sebagai senjata

Pendekar Waja
sajak pejuangan semasa di hutan pahang ketika membuat latihan komando sy dpt idea utk menulis sajak ni 3.7.2012

Tinta Emas berkata...


1.KATA YANG MENGAUM - Salleh Muhamadon (TBD)
2.PALUNG HATI-Tusri Nawab (TBD)
3.MERAPUH- Fatimah Zahrah (LSS)
4.TAK MAMPU BERTAHAN – Malik Wariya (TBD)
5.KOTAK IMAGINASI- Tetamu Malam (TBD)
6.SEKADAR ISYARAT – Brader Joe (LSS)
7.MELIHAT TANPA MERASA- Haji Khali (LSS)
8.SENJATA- Pendekar Waja (LSS)

Tinta Emas berkata...

Aku dah bagi tahu Qalam 8 sajak sayembara maha dah bermula.

Sambil duk pegang pala. Dia cuma baca dan catat apa yang dia kira layak agaknya.

Lalu aku lepaskan keputusannya.
Mungkin esok atau malam nanti aku
lepas kalau dia habis ulas.

Tinta Emas berkata...


Kasihan pula Qalam dah sakit pala ditambah dengan pitam pula ..

Nampak melelong dia berjalan, aku ingat dia mabuk, rupanya pitam. Ini mesti salah makan, durian atau daging agaknya. atau ikan masim atau telok asing. Dia memang alah ...

Tinta Emas berkata...

1.KATA YANG MENGAUM (TBD)

Diam berdiri dalam kata mengaum
Antara dimensi malam dan pagi
Namun berbeza tetapi hampir sama
Singkat, namun cukup rumit
Padat tapi terdengar bergema
Canda tawa mengiringi sepenggal
kata bermakna hanya itu yang keluar

Oleh: Salleh Muhamadon
sajak simbolik kehidupan
11.5.2012 balik pulau

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

Sdra Salleh Muhamadon kini kembali lagi dengan sajak bertajuk: KATA YANG MENGAUM Sebaiknya SERUANG YANG BERGEMA Tema sajak simbolik kehidupan katanya ? .Pengucapannya perlu diperbaiki lagi, namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya baik tetapi pengelahannya meragukan pembaca .Harap maaf cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)


Tinta Emas berkata...


2.PALUNG HATI (TBD)

Lelah hati menanti
mencoba mendaki tebing hati
inikah takdir dari Illahi
memangkah aku tak pantas dikagumi
tanpa jawaban aku harus terima sepi
selarik puisi harap luluhkan sunyi
secarik kain bantu hapus duka ini
pantasnya aku undur diri
terima kegagalanku kesekian kali
jika memang ada dalam palung hati

Yusri Nawab
sajak sedih ketika isteri minta cerai Raub 1/2/2012


SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

Sdra Yusri Nawab kini kembali lagi dengan sajak bertajuk: PALUNG HATI sebaiknya DI RUANG HATI Tema sajak kesedihan katanya ? .Pengucapannya perlu diperbaiki lagi, namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya mengenang nasib malang yang begitu sedih dan kecewa bila orang tersayang meminta sesuatu yang kurang menyenangkan.. Harap maaf cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...

3.MERAPUH (LSS)

Tuhan ajarlah aku
menghitung hari-hari hidup dan matiku
semuanya kerana bertemu denganMu
Dalam detak jantung memburu waktu
Engkau yang awal Engkau yang akhir
Berkatilah perjalanan hidupku ini
Selagi jejak kakiku ini
mulai merapuh

Oleh: Fatimah Zahrah
sajak keinsafan
ketika berada di kampung di Rawang 12/11/2012

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

Sdri/Pn Fatimah Zahrah kembali lagi dengan sajak bertajuk: MERAPUH Tema sajak keinsafan nampaknya. Pengucapannya bersimbolik tapi ada sadikit pembetulan, namun bersahaja punya artinya yang tersembunyi Mesejnya tentang pemhambaan diri pada pencipta, mungkin sedang mencari jalan keredhaanNya. Cuma andaian. Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...


4.TAK MAMPU BERTAHAN (TBD)

Seiring keindahan pagi terus pergi.
Hati mulai gelisah
jarak bersenandung mesra.
Seiring senja muncul.
Berpadu dengan keindahan malam.
Tanpa ku terus terikat dirantai ini
Karena tak mampu bertahan lagi

Malik Wariya
sajak kerinduan kepada isteri (Sharifah AL Habsi) di sabah sedangkan sy di Kuala Nerang

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

Sdra Malik Wariya kini kembali lagi dengan sajak bertajuk: TAK MAHU BERTAHAN Tema sajak kerinduan nampaknya ? .Pengucapannya biasa, perlu diperbaiki lagi, namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya semacam tidak tertahan menanggung rindu buat isteri tercinta kerana berjauhan. Harap maaf kerana diberi peluang pada muka baru yang belum ke final , cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...


5.KOTAK IMAGINASI (TBD)

mencari aroma Ikan di dalam air,
Boneka pula kembali ke rumah
Seekor burung berkepak perkasa
Melayang melaju di angkasa raya
Melengkung dalam kotak imaginasi
Aku dengan lautan kata
Bergulung mengombak tetapi pecah,
bertepi dalam bait-bait puisi

Oleh: Tetamu Malam
sajak fantasi
ketika dlm bercuti di Skinchan
17.4.2012


SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

Sdra Tetamu Malam kini kembali lagi dengan sajak bertajuk: KOTAK IMAGINASI Tema sajak fantasi katanya ? .Pengucapannya sukar dimengertikan namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya semacam mengelirukan, munkin mengharapkan sesuatu, tetapi berbeza pula yang di dapatinya .Cuma andaian saja . Harap maaf , cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...


6.SEKADAR ISYARAT (LSS)

Tak lagi kucari ke mana
setiap rindu bermuara
Barangkali percuma atau parah
Mengendus jejak di samudera rindu
Andai tulisan ini sekdar isyarat
Ke arah mana harus kutatap
Biar nyala semangat hati
tak munkin segera padam

Brader Joe
sajak simbolik terkenang
batu feringgi 12.12.2011

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

Brader Joe kembali dengan sajak bertajuk: SEKADAR ISYARAT Tema sajaknya terkenang nampaknya. Pengucapannya bersimbolik tapi ada sadikit pembetulan, namun bersahaja punya artinya yang tersembunyi Mesejnya terkenang tentang pencarian, mungkin sehingga kini menjadi tanda tanya.sukar terjawab. Cuma andaian. Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...


7.MELIHAT TANPA MERASA (LSS)

kini aku semakin terporosok
di dalam jurang yang kelam ini
tak ada yang datang membantu
mereka diatas senang menghirup udara
mengapa terjadi seperti ini
semuanya penuh sifat kebingungan
tetapi jika ada tersalah langkah
mohon jangan panggil aku
kerana aku semakin terpuruk disini
hanya melihat tanpa merasa .

Oleh: Haji Khali
sajak ketidakpuashati
ketika di warung Teluk Tempoyak

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.

Tuan Haji Kali kembali dengan sajak bertajuk: MELIHAT TANPA MERASA Tema sajaknya ke tidak puasan hati.. Pengucapannya bersahaja punya artinya yang tersembunyi Mesejnya tentang persoalan isu tempat negerri yang di diami mungkin ada yang kurang menyenangkan Cuma andaian. Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...

8.SENJATA (LSS)

kita berjuang untuk satu masa depan
sedang tidak ada takdir yang datang
tak usah kita berkumpul dan bersatu
berperang di medan kebodohan
wajau digelar seorang pahlawan
tapi akhir gugur di pertempuran
selaluku di hantui rasa bersalah
mengingat pahlawan yang gugur
walau perang sudah berakhir
tetapi masih ada perang yang kedua
kini aku hanya bersiap berdoa perlindung sebagai senjata

Oleh: Pendekar Waja
sajak pejuangan semasa di hutan pahang
ketika membuat latihan komando sy dpt idea utk menulis sajak ni 3.7.2012
4 Disember 2012 4:50 PTG

SAYEMBARA MAHA CITRARASA AHLI DAN PENJAGA BLOG DISEMBER 2012

PUSINGAN PUISI LAYAK SAYEMBARA SETERUSNYA.



Sdra. Pendekar Waja kembali lagi dewngan sajak bertajuk: SENJATA Tema sajak perjuangan nampaknya. Pengucapannya bersahaja punya artinya yang tersembunyi Mesejnya tentang persoalan isu semasa tanah air mungkin ada yang kurang menyenangkan .Cuma andaian. Apa pun terpilih untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

Dam Catur berkata...

DISINI AKU BERDIRI

disini aku berdiri…
ketika gelap bersama bintang…
sinarnya indah dan terang…
walau gelap kian datang…
snyap datang mengundang sepi
ku menatap sudut kehidupan…
melamun bagai dilanda kepedihan…
diam membisu bak bunga yang layu….
semangat ini bukannya
berakhir dari kehidupan…
masih banyk pelangi belum terlukis

Dam Catur
sajak terkenang ketika dlm bengkel Guest
11.2.2012

Wan Aidy berkata...

CERMIN DUKA

biarkan suara menjamah daun telinga
agar mengubati rasa kerinduan
kini patah sudah smua harapan
andai ini mampu menyentuh perasan
takkan ada daun yang gugur
takan ada bunga yang layu ketika
ketika kulihat cermin duka

Wan Aidy (Adik Mat Toopa)
sajak fantasi sy sndiri sbb abg sy kata hntr sajak dia tp sy x jmpa sajak2 dia jd terpaksa tulis sndiri jgk walaupun agak tungang langgang =(abg sy Wan Hasnol(mat toopa) dia pergi honeymoon kat bangkok)

Jumary Hadayan berkata...

AKU BAGAI DEBU

kala pagi bersinar ditengah fajar….
aku terdiam membisu pilu….
berharap ada mentari merelung
dalam jiwa rintihan doa…
aku tak ubah seperti debu….
hanYa bisa goreskan Luka…

Jumary Hadayan (abg capricorn)
sajak fantasi dari adik tiri sy sendiri Irfa Bahunai(Capricorn) tp di wakil kepada sy suruh hntr sbb dia ada di hospital operate apendik.

Petualang Tiga berkata...

BATIN NURANI

Kala ku berdiam membisu
hati tulusku selalu berkata
renungilah erti kehidupanmu
kau kan mengerti suatu saat nanti
mengenangi air mataku
hidupnya dalam batin dan nurani kesedihan yang taK pernah terlewati

Petualang Tiga
sajak sedih ketika di tanjung karang 4julai 2012

Tajudin Norman berkata...

PERGI DARI SINI

aku cuba mengadah langit
walau hanya sedikit
titisan air hujan kudapat
aku cuba untuk mengerti
apa maksud semua yang kulakukan ini
Aku bersumpah pada diri
akan cuba pergi dari sini

Tajudin Norman (anak Pak Manaf)
sajak makan hati dari ayah sy maaf bulan ni ayah sy Hanafi Manaf(Pak Manaf) x masuk sayembara dia lari duduk kampung xthu la apa yg dia merajuk kepada sy dn keluarga? mngkin ada kata2 sebelah mertua sy yg menguris hati dia apa2pun klu menang sy teruskan hntr sajak2 ayah sy lagi

Muhamad Akmal berkata...

PANCARAN CAHAYA

CAHAYAMU MENEMBUS PLANET BUMI
PANAS KAU BERI MEMBAWI KAMI TENAGA
TANPAMU MENTARI BUMI PUCAT LESU
TIADA KEHIDUPAN DAN SINAR CAHAYA
MUNGKI TIADA KEKAYAAN ALAM
KETIKA ITU BUMI JADI SUNYI DINGIN
MENTARI TETAPLAH BERSINAR
BERIKAN KEHANGATAN DIBUMI INI

Muhamad Akmal
sajak sy buat sndiri masa dlm kelas sbb ayah xmahu tolong lagi katanya 20.9.2012

Guru yahya berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Guru yahya berkata...

PINTU TERTUTUP RAPI

kedinginan kursi yang kau duduk
cuma menghilangkan rasa rindu
mana mungkin hanya sekujur tubuh
dapat mengeluarkan kata-kata indah
ia hanya bungkam
ku cuba mempelajari detik hati
mendekati denyut jantung
tak mampu aku memerhati lagi
jangan ajariku membuka pinta
kerana pintuku sudah tutup rapi

Guru yahya
sajak politik semasa mengajar di Permatang Pauh dahulu 2.9.2012

Raja Muda berkata...

DAMAI DIJIWA

kuingin rasa sedikit damai di jiwa
setelah kulalui banyak dugaanmu
aku ingin menikmati
sisa hidupku tanpa beban
dengar aku Tuhan aku di sini,
masih menyebut namaMu
jangan tinggalkan aku
kuharap kau mengerti
karena engkaulah Maha mengetahui
aku hanya minta sedikit ketenangan
dalam jiwa yang resah ini

Raja Muda
sajak kekesalan ketika di SLim RIver bercuti dekat rumah kawan
8.7.2012

Nor Asyikin berkata...

LUPUT DARI DOSA

Menggema diantara suara yang ada…
Pekat malam takbosan hadirkan sunyi
berjalan ku kedepan coba menyusuri
maksud hati dalam cinta duniawi…
aKu hanyalah manusia biasa….
tak pernah luput dari dosa

Nor Asyikin (isteri Geletek malam)
sajak penyesalan dari suami dia wakil kepada sy sbb dia sibuk bertugas di kuala nerang