Isnin, 26 November 2012

.PENA BERTINTA CERAH (3)



Tempat ketiga Puisi September 2012

Kertas lembaran bagaikan
hidupku yang putih tak bercorak
kuinginkan pena yang menggarisnya
dengan  catatan warna yang cerah
Namun garis tak selalunya lurus
Kadangkala warna pun tak cerah
Tanpamu lembaran ku kian usang
Warnai corak yang tak mungkin hilang.

Oleh: Rembulan Senja
sajak simbolik kehidupan/27 September 2012 8:07 PG

30 ulasan:

Tinta Emas berkata...


SAYEMBARA PUISI CITRARASA/NURI UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SEPTEMBER 2012

PUSINGAN SEPARUH AKHIR DAN AKHIR.

Sdra Rembulan Senja Berjaya ke peringkat akhir dengan sajak bertajuk: MELINTAS DI KAKI WAKTU Tema sajak simbolik kedupan nampaknya. Pengucapannya semacam mengelirukan tapi punyai artinya yang tersembunyi dan tersendiri. Mesejnya menyentuh tentang kehidupan yang berubah-ubah yang ialaminya, munkin sadikit kurang senang dengan apa yang berlaku di sekelilinginya. Apa pun diberi peluang dan Apa pun diberi peluang dan Terpilih ke final untuk tempat ke 3 (LT3)

Tinta Emas berkata...



CERPEN siri 1
BERTAJUK; SEBIJI JAMBU MAWAR
cerpen tanpa dialog daripada saudara nurimanja.

PULANG.

SEJAK aku pulang dari bumi Kenyalang, setelah lima tahun aku bertugas disana, aku bertukar pula ke Pulau Mutiara.Rasa rindu hendak pulang kampung tempat kelahiranku bukanlah main hebat, sering bermain di pangkal benak hatiku.
Walapun kampung tidaklah begitu jauh di antara Pulau Mutiara dengan negeri Cempaka Sari , tetapi rasa rindu yang mengoda untuk tinggal lebih lama di kampung memang tidak dapat dibendung lagi.

Telah lama aku menghitung hari cuma pada penggal ketiga ini, peluang yang paling baik, dan masa yang paling panjang untuk aku pulang ke kampung . tetapi masalah yang timbul tidak ada siapa dapat menduga sebelumnya.

Aku telah bercadang hendak bawa pulang Sarah bersama ke kampung. biar Sarah tinggal lama sadikit di kampung bersama mak dan ayah. biar Sarah dapat berkenal sapa dengan adik beradik dan ipar lamai, di sebelah mak dan ayah selama ini tidak mngizinkan.

Bukanlah aku hendak berbangga kerana isteriku orang bandar, hidupnya tidak pernah bermalam dengan pelita minyak tanah, mandi tidak pernah dengan air perigi,.tetapi kali ini keadaan juga tidak mengizinkan, Sarah telalu syarat mengandung anakku yang sulung.

Jika tidak mak dan ayah tentu rasa bangga dalam hati , ayah akan segera turun ke sungai menjala udang galah., mak pula akan segera mengait buah belimbing buluh. di belakang rumah, kemudian mak akan masak gulai lemak udang galah campur belimbing buluh.

Kalsun akan mencari pucuk ubi kayu untuk buat rebus cicah, Liza adik Kalsum akan tumbuk sambal belacan, mereka dua beradik anak abang Ngah yang tinggal di felda Gunung bersahut 2, Sebab sekolah lebih dekat dengan rumah dan kampung kami,mereka tinggal bersama mak dan ayahku

BERSAMBUNGAN SIRI 2

Raja Munirah berkata...

FINAL 8 orang menang tanpa bertanding..

1.Pak Manaf
2.Tok Tam
3.Ananita Subahan
4.Dewi Anuja
5.Haji Hasbullah
6.Tuan Leman
7.Zuraifah
8.Angelina Woo

Zuraifah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Raja Munirah berkata...


BULAN 1

1 Bos Kacak
2 Doktor Hasmawi
3 Jalal Rafzee
4 Mat Noh
5 Inspektor Halim
6 Abul Hassan===Quratul Aini(adik)
7 Penyair Agung
8 Ustaz Mahfuz

BULAN FEB

1.Teksi Manaf
2.Raja Muda
3.Karim Ghani
4.Roy Rahsid
5.Haji Abkam
6.Pak awang==Awi Musyidi (anak)
7.Guru Yahya
8.Nahul Hidzar

BULAN MAC

1 Irham Kesuma
2 Syah Inderapura
3 Pengeran Pertawa
4 Satria Juragan
5 Penglipur Lara
6 Hafiz Zikrullah
7 Mentari Senja
8 Ayu Manja

BULAN 4

1 Tok Mahat
2 Raju linggam
3 Nasruq Haq
4 Megat Iskandar
5 Tinta bayu
6 syed faizal
7 Pendekar Waja
8 Hambali Maliki

Bulan 5

1 Qalam Musoffa
2 usop nayan==Hasyim Mustapa(rakan)
3 richard sirosa
4 muhamad rabbi
5 Paloi Atang
6 haji khali
7 Kevin Khairudin
8 Salleh Muhamadon

Bulan 6

1 adi marhain
2 gibran Agi
3 muhamad Mualim
4 Supain Sipaun
5 Atan yahoo
6 Lagenda Pulau
7 Brader Joe
8 Geletek Malam=Nor Asyikin(isteri)

Bulan 7

1 Hadi Hamzah
2 Mat Toopa=Moktar Amri(adik)
3 zain issac
4 yusri nawab
5 asyar mujid
6 Hamba Allah
7 Sang Arjuna
8 sadqallah azim

Bulan 8

1 saudagar emas
2 ali conan
3 petualang tiga
4 pagok lana
5 dam catur
6 tetamu malam
7 Capricorn==Jumary Hadayan(Abang)
8 malik wariya

Bulan 9

1 penghuni maya
2 rembulan senja
3 Guest=Khusyairi Adnan(Adik)
4 mozaire
5 muhamad akmal
6 abdullah sani
7 angker 13=Hairi Razali(abg ipar)
8 naga samudera

Bulan 10

1 raja munirah
2 Sanantee Krisnasari
3 nor amira
4 fatimah al zahrah============
5 farhana farina
6 diyana shafeqah
7 saidatina ayubi
8 puteri bunian=Halima Sadiah(Adik)

Bulan 11
1.Pak Manaf
2.Tok Tam
3.Ananita Subahan
4.Dewi Anuja
5.Haji Hasbullah
6.Tuan Leman
7.Zuraifah
8.Angelina Woo


bulan 12 semua akan berkumpul berentap semula apa2pun datuk hasbi dh bagi senarai peserta yg dia ambik secara rawak.....

Raja Munirah berkata...

nama yg sy tulis sebelah dia ada nama org lain tu nama org yg ganti mereka nanti.....

Pak Manaf berkata...

SENJA TAKKAN BERUBAH

Mungkin waktu telah menepis
hingga membelenggu aku
satukan arti dalam sebuah mimpi
Menenggelamkan janji
Terlalu lelah mengerti
Jejak kisah sepi tergores dihati
Menemani jalanku satu arah
Namun aenja takkan pernah berubah
Masa lalu takkan mampu menunggu

Pak Manaf
sajak simbolik

Zuraifah berkata...

TERBATASAN

Hanya keyakinan yang datang
Kau takkan pernah tahu
seberapa besar sebuah kehilangan
Berusaha bersyukur atas apa yang ada
Karena sungguh dalam keterbatasan
lelah berusaha memberi yang terbaik

Zuraifah
sajak sedih

Tuan Wan Leman berkata...

BERGETAR TAK BERHENTI

Aku anak bangsa Mendengus
gusar, marah, membara didada.
Ingin aku rombak negeriku,
tapi aku tidak punya kekuatan.
Terkadang aku ingin menangis
agar seisi dunia mendengar
Namun Hanya dengan sepasang mata
kaki ku bergetar tidak berhenti

Tuan Wan Leman
sajak marah saya ingatkan kena berlawan dgn sapa2 sayembara tp raja munirah kata menang tanpa bertanding? sbb lagi 4 org lama x hntr sajak mereka jd kami org baru menang trus...

Tok Tam berkata...

RESAH TAK BERTEPI

Andaikan aku berharta melimpah
Tidak akan aku biarkan
Tangis insan yang tidak berdaya.
Akan aku perbanyak titisanku
agar negara ini maju
Namun apkan daya aku lemah,
terombang ambing oleh badai
resah yang tidak bertepi.

Tok Tam
sajak kekecewaan

Ananita Subahan berkata...

MASALAH

aku tidak tahu kemana harus ku pergi
setiap yang ku hadapi adalah musuh
jika aku mempunyai sayap
Aku akan terbang tinggi
tinggalkan dunia ini,
pergi jauh dari masalah ini

Ananita Subahan
sajak tekanan

Dewi Anuja berkata...

TIDUR YANG PANJANG

Di malam yang dingin
berselimut kesendirian
terbangun menatap langit kamarku
Terlintas di benak menjemput pagi
menikmati panasnya sinar matahari
menyaksikan bulan bintang
mengantar dalam tidur yang panjang

Dewi Anuja
sajak fantasi



Haji Hasbullah berkata...

HATI TERPAUT

Hati bertaut kesunyian
bila malam datang….
Bayang bidadari hadir menyapa
senyum waktu mata terpejam…
Rona jingga kilauan mutiara senja…
Kian lusuh karena tercampak
Karena diri tiada harta dan tahta
Hanya perih iringi jalan berduri

Haji Hasbullah
sajak simbolik agak kelakar jgk sbb sy dijemput ke sayembara baru dpt emel tp tiba2 raja munirah kata sy menang tanpa bertanding???? agak pelik jgk....

Angelina woo berkata...

LIDAH YANG KEJI

Ucapan gementar bibir
saat sayup mata perlahan pergi..
Jauh takkan kembali
mungkin sampai takdir
Meluluhkan hatinya yang beku…
Bila kuku mencakar hati..
maaf hanya anugerah lidah yang keji
Sampai hari berganti abad

Angelina woo
sajak patah hati

Tinta Emas berkata...

CERPEN BERSIRI KE 2
BERTAJUK;SEBIJI JAMBU MAWAR
cerpen tanpa dialog daripada saudara nurimanja.

Setibanya aku di kepala jalan masuk ke kampungku, Alangkah tekejutnya aku .bila melihat bagunan rumah murah didirikan. Dulu di kepala jalan itu tempat aku mencari buah jangus dan buah letup. Dan di itu ada sebuah pondok kecil beratap nipah tempat tinggal seorang tua bernama Mat Cak.

Tetapi hari ini segala-galanya telah berubah, pokok jangus yang rendang pohonnya tidak kelihatan lagi.tempat itu diganti dengan gerai jual makanan. Pondok Mat Cak yang buruk dan hamper tumbang itu telah hilang diganti dengan pembangunan rumah murah..

Dahulu dikenali dengan tempat buaya bertapa bernama Dungun, kini telah bertukar wajah, seperti wajah anak-anak saudaraku yang kian rumaja, Dahulu Sungai Dungun adalah tempat bagi komunis memanggal kepala tali barut kuncu-kuncu Jepun, termasuk beberapa orang melayu dan cina.selepas Jepun surrender bintang tiga mengambil alih pula beberapa hari saja sebelum British memrentah .

Bila sampai saja di kampungku, hatiku menjadi sayu, mlihat rumput panjang tidak bertebas, aku Cuma berjalan kaki, tiada eorang pun orang kampung yang aku jumpa untuk menompang basikal atau pun motosikal.membetislah aku sampai ke rumah, kalau Sarah ikut pasti dia pengsan berjalan.

Aku bercadang untuk membeli rumah murah Sungai Dungun yang terletak di kepala jalan masuk ke kampung aku untuk mak dan ayah tinggal sementara mereka masih hidup, tetapi siapa pula hendak menjaga kampung dan kebun kelapa dan nipah di tepi sungai itu.

SAMBUNGAN SIRI 3,

Tinta Emas berkata...


CERPEN BERSIRI KE 3
BERTAJUK: SEBIJI JAMBU MAWAR
OLEH: Nurimanja.

Ayah dan mak sudah biasa dengan suasana hidup secara kampung dengan berkebun dan kadangkala ayah kesungai menjala udang galah, tentu ayah rasa tidak selesa tinggal di rumah murah.lagi pun ayah bukan ada pncn hendak duduk di kedai kopi goyang kaki. Lagi pun itu bkanlah sifat ayah yang pernah aku ketahui.

Walaupun kali ini aku pulang bukan bersama Sarah, tetapi aku berharap sebiji jambu mawar akan dapat aku bawa pulang yang Sarah idamkan. Biasanya di tepi sungai banyak pokok jambu mawar tumbuh dan berbuah. Malah pokok jambu sepeti ini susah hendak tumbuh di tengan pecan atau bandar.tetapi itulah yang sarah idamkan.

Mudah-mudahan hajat Sarah tidak dihampakan, semoga anak dalam kandungan tidak kempunan. Perkara inilah yang membuat hatiku meronta-ronta hendak pulang ke kampung.Lagi pun cuti panjang bagi seorang guru tentu membosankan jika tiada ada kerja hendak dibuat.

Sampai di muka pintu mak dan ayah tercengang melihat aku pulang sendirian , berbagai andaian dan petanyaan mungkin bermain di hati mereka. Setelah aku mencritakan akan segala duduk pekara, mereka berdua nampaknya mengerti dan faham.aku pun bersyukur kapada Allah AWT.

Setelah dua hari dua malam aku tidur di kampung, aku sperti biasa , semacam sudah terlatih, pagi-pagi lagi selepas solat subuh berjumaah dengan iman muda di masjid , aku mencapai cangkul dan parang panjang menebas,semua rumput panjang di sekliling rumah aku tebas dan rumput pendek di tengah halaman aku cangkul membuangnya.

Sesekali aku berasa sihat membuang peluh dengan kerja begitu, sehingga aku lupa sarapan pagi.sehingga anak saudaraku memanggil untuk sarapan .Aku berasa tidak senang hati melihat kawasan halaman sekeliling rumah berkeadaan semak samun , terasa sempit fikiran di kepala dibuatnya.
Selepas bersarapan pagi secawan kopi besama ubi kayu rebus dengan kelapa parut atau cicah madu lebah asli, sudah cukup menyelerakan.

Tambah pula kasih sayang bersama ayah dan mak serta dua orang anak saudara bertambah kemesraan .sayangnya Sarah tidak ikut serta, jika tidak aku tentu lebih berselera.

BERSAMBUNG4.

Tinta Emas berkata...


CERPEN BERSIRI KE 4
BERTAJUK: SEBIJI JAMBU MAWAR
OLEH: Nurimanja.

Di kampung memang berbagai cerita tidak pernah habis, seperti tali arus yang membawa sampah sarap hanyut di tengah kuala sungai kurau.

Sehari sebelum aku sampai sudah ada berita sedih menyerang tangkai hatiku. Mat Saad Ali telah meninggal dunia akibat terjatuh ke dalam sungai, mayatnya ditemui setelah tiga puluh empat jam di dalam sungai. Dia meningal seorang isteri dan empat orang anak.

Berita kesedihan itu terpampar di sebuah akhbar harian tempatan. Selang sehari kemudiannya, Mak Lang Cik Gun pula meninggal dunia isteri kepada Pak Lang Saidin bekas siak kampung Tanjung Nipis, meninggal dunia akibat deman panas. Tinggal Rahim anak angkat tungalnya sebatang kara.

Setelah tiga hari aku di kampung. Cerita baru pula meletus. Kononnya Nayan sepupu aku Adik beradik dengan abang Dan dan Syawal, selalu saja bersimbang panjang dengan Mahani sampai bejam-jam sewaktu Saad suami Mahani tidak ada di rumah. Memang hati Dan mulut orang kampung tidak boleh ditutup. Lebih-lebih lagi cerita sejengkal akan jadi sedepa.

Sesekali aku fikir pelek juga, apa pula kerja Nayan setiap hari ke rumah Mahani, dan Mahani pula mengapa suka melayani Nayan sewaktu Saad pergi ke bendang atau pun ke kebun kelapa atau hutan nipah mencari pucuk nipah buat rokok daun.

Memang di kampung kisah-kisah yang buruk dan mengerikan selalu saja sambung menyambung tidak penah habis selagi kampong bernama kampong penghuninya suka sangat mengambil tahu hal tepi kain orang.lain.

Perkara ini amat terasa perbezaannya di antara kampung dengan bandar, di bandar setiap penghuni tidak perlu sangat bertegur sapa, kadangkala jiran sebelah menyebelah pun jarang mengetahui hal diri masing-masing.

Di kampung boleh dikatakan hampir sekampung mempunyai hubungan keluarga di antara anak cucu dan datuk nenek, tetapi sikap dengki, iri hati, pertengkaran, perkelahian, pergaduhan tidak mengira itu semua.

SAMBUNGAN 5

Tinta Emas berkata...


CERPEN BERSIRI KE 5
BERTAJUK: SEBIJI JAMBU MAWAR
OLEH: Nurimanja.

Walaupun di kampung orang kata masyarakatnya suka tolong menolong, tetapi ada juga setengahnya masih berlagak seperti orang kota, tidak mahu menegur sapa walaupun ada darah tali persaudaraan.

Dalam hal ini aku fikir tidak ada bezanya tinggal di kota atau pun di desa, soalnya jika kita pandai menjaga hati pasti tiada orang yang akan membenci.

Aku juga biasa tinggal di pondok atau dangau tempat menunggu padi sewaktu ayah membuat bendang. Lantai batang pinang, dinding dan bumbungnya beratapkan daun nipah.

Setelah seminggu aku di kampong, mak mengingatkan aku kepada isteriku Sarah yang aku tinggalkan, kerana sudah seminggu aku tinggalkan Sarah yang kini sedang sarat mengandung, kata mak tak baik tinggal lama-lama, nanti sayu pula hatinya, aku cuma berdiam saja.

Sebenarnya hatiku masih belum puas tinggal di kampung, masih belum sempat mengziarahi kaum keluarga yang aku tinggalkan selama lima tahun itu.

Cuma baru dua tiga buah rumah yang aku pergi itu pun secara kebetulan saja, aku singgah rumah abang Kadir setelah hari hujan. Dia pun marah juga dengan aku kerana balik kampung tidak singgah rumahnya.

Esok aku bercadang hendak menyiapkan pagar rumah dengan menanam pokok bunga pagar, bila aku melihat banyak kambing dan lembu berkeliaran melintasi kampung dan halaman rumahku.

Malah ayah selalu saja bertempik bila kambing dan lembu memasuki dan mencuri makan pokok tanaman mak di hadapan rumah, tetapi ayah tidak pula bercadang hendak membuat pagar di sekelilinginya.

Aku menjadi kalut juga untuk memikirkannya,Esok atau lusa aku tepaksa juga pulang ke Pulau Pinang, jika tidak Sarah tentu gelisah kerana aku telah berjanji kepadanya, biarlah pagar di belakang rumah ayah tidak siap, asalkan di hadapan rumah aku dapat tanam pokok bunga puding emas dan puding jari.sudah cukup memadai.

BERSAMBUNG 6….

Tinta Emas berkata...

CERPEN BERSIRI KE 6 AKHIR
BERTAJUK: SEBIJI JAMBU MAWAR
OLEH: Nurimanja.



Petang ini lepas solat jumaat aku tepaksa pergi memcari buah jambu mawar yang Sarah idamkan itu, setahu aku di tebing sungailah tempat tumbuh pokok jambu mawar itu, Mak dan ayah juga menyakinkan aku begitu. Malah ayah juga telah meninjau di tebing sungai petang semalam tetapi gagal untuk mendapat buah jambu mawar yang masak, ayah rasa kecewa.

Mulanya aku meminta Kalsum dan Liza sahaja pergi mencarinya, tetapi aku tidak berkeyakinan mereka boleh memanjat pokok jambu yang condong di tepi sungai itu. Akhirnya aku sendiri pergi mencarinya.

Terasa cukup kecewa beberapa pokok yang aku temui tidak ada buah yang masak, bunga, putik, buah muda sebesar buah guli kaca pun aku tak nampak, aku hampir putus asa, kata ayah kalau bukan musimnya memang susah hendak mencari .

Aku menyusuli lagi tebing sungai kurau, akhirnya aku bertemu dengan sebatang pokok jambu mawar tua yang hampir rebah ke dalam sungai.Aku melihat bunga dan putiknya, kemudian mencari jika ada buah yang lebih besar dan masak. lama aku mencari dan merenung di celah-celah daunnya yang hijau itu.

Sesekali aku berdiri kemudian mencangkung pula melihat daunya yang terjuntai ke dalam air, kalau –kalau ada se biji buah yang lebih besar dan masak tergantung di situ. Asyik mata aku mencari dari dahan ke dahan, rupanya ada sebiji buah yang masak terjuntai ke air tidak jauh daripada tempat aku mencangkung.

aku membaca bismilah dan segera memetiknya, bau harum buah jambu itu cukup sedap dan wangi bila menciumnya.sebiji pun sudah cukup asalkan tidak menghampakan, bisik hati kecilku. Jambu itu aku masukkan ke dalam saku seluarku, kemudian pulang ke rumah.

Pagi esok, aku telah bersiap-siap untuk pulang semula ke Pulau Pinang, mak dan ayah telah membekalkan aku sedikit buah tangan dari kampung, mulanya aku malas hendak membawanya, takut pula kecil hati mak dan ayah, aku terpaksa juga membawanya pulang untuk Sarah.

Sesampainya aku di rumah, aku segera membuka beg yang berisi barang-barang dari kampung.seperti belacan, buah sukun, betik, ubi kayu dan sayuran kacang kelisa, pucuk ubi. Dan tapai ubi. Sarah mengambil dan menyimpannya.
Mak dan ayah kirim salam untuk semua, kataku. Kemudian aku menghulurkan sebiji buah jambu mawar ke hidung Sarah, sebelum memakannya, Sarah tersenyum dan nampak sekali kegembiraannya.

SELESAI.
Oleh; Nurimanja Pk.

Tinta Emas berkata...


Kerana Mengenang jasa Zainal dan Jalal , baru hari ini dapat ditunaikan permintaan Jalal agar
cerpen se biji jambu Mawar disiarkan.

Maaf dulu memang hilang, kini baru jumpa dan penuh misteri, bersama kehilangan Zainal dan Jalal di blog ini...

Kata dua orang Hamba Allah. yg juga telah berhenti menjadi Admin di blog ini...

Qalam Mutiara berkata...



Pak Manaf berkata...

1.SENJA TAKKAN BERUBAH (2)

Mungkin waktu telah menepis
hingga membelenggu aku
satukan arti dalam sebuah mimpi
Menenggelamkan janji
Terlalu lelah untuk aku mengerti
Jejak kisah sepi tergores dihati
Menemani jalanku satu arah
Namun senja takkan pernah berubah
Masa lalu takkan mampu menunggu.

Oleh: Pak Manaf
sajak simbolik/29 November 2012 12:12 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA / CITRANURI UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG AKHIR NOVEMBER 2012
PUSINGAN AKHIR PENENTUAN

Pak Manaf Thahniah! Telah terpilih ke pusingan penentuan akhir dengan sajaknya yang bertajuk: SENJA TAKKAN BERUBAH Tema sajak simbolik nampaknya Pengucapannya bersahaja ada kekuatannya dan punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam ada rasa kebimbangan dan kecelaruan perasaan dengan keadaan isu semasa yang pernah dialaminya selama ini , kini menjadi tanda Tanya yang sukar dimengerti, Apa pun penulis sekadar mampu pasrah kepada ketentuanNya !. Layak diberi tmpat ke dua (2)

Qalam Mutiara berkata...


Zuraifah berkata.
..
2.TERBATASAN (5)

Hanya keyakinan yang datang
Kau takkan pernah tahu
Seberapa besar sebuah kehilangan
Berusaha bersyukur atas apa yang ada
Karena sesungguhnya dalam keterbatasan
lelah aku berusaha memberi yang terbaik
untuk kau menilai akan kesucian hatiku ini

Oleh: Zuraifah
sajak sedih/29 November 2012 12:13 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA / CITRANURI UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG AKHIR NOVEMBER 2012

PUSINGAN AKHIR PENENTUAN

Sdri/Pn Zurifah tahniah! Kerana berjaya terpilih ke pusingan akhir penentuan dengan sajaknya yang bertajuk: TERBATASAN Tema sajak kesedihan nampaknya. Pengucapannya juga sadikit perlu diperbaiki namun punya artinya tersendiri. Mesejnya menceritakan tentang keperibadian sendiri yang mungkin sering saja ditimpa musibah dan masalah. Apa pun layak sekadar diberi tempat ke lima sahaja (5)

Qalam Mutiara berkata...


Tuan Wan Leman berkata...

3.BERGETAR TAK BERHENTI (3)

Aku anak bangsa Mendengus
gusar, marah, membara didada.
Ingin aku rombak negeriku,
tapi aku tidak punya kekuatan.
Terkadang aku ingin menangis
agar seisi dunia mendengar
Namun Hanya dengan sepasang mata
kaki ku bergetar tidak berhenti

Oleh: Tuan Wan Leman
sajak marah saya ingatkan kena berlawan dgn sapa2 sayembara tp raja munirah kata menang tanpa bertanding? sbb lagi 4 org lama x hntr sajak mereka jd kami org baru menang trus...29 November 2012 12:16 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA / CITRANURI UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG AKHIR NOVEMBER 2012

PUSINGAN AKHIR PENENTUAN

Tuan Wan Leman, thaniah! buat pertama kali berjaya terpilih ke pusingan akhir penentuan dengan sajaknya yang bertajuk BERGETAR TAK BERHENTI Tema sajak marah nampaknya Pengucapannya sinis dan geram , namun punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam ingin bertanya dengan keadaan isu semasa mungkin politik tanah air yang sering mengharubirukan keadaan rakyat dalam negari. oleh pihak tertentu. Cuma andaian. Layak diberi tempat ke tiga (3)

Qalam Mutiara berkata...


Tok Tam berkata...

4.RESAH TIDAK BERTEPI (1)

Andaikan aku berharta melimpah
tidak akan aku biarkan sesiapa pun
tangisan insan yang tidak berdaya.
akan aku perbanyak titisan bantuan
agar negara ini lebih makmur dan maju.
Namun apakan daya aku ini lemah,
terombang ambing dipukul badai
menjadikan aku resah yang tidak bertepi…

Oleh: Tok Tam
sajak kekecewaan/29 November 2012 12:18 PG.

SAYEMBARA PUISI CITRARASA / CITRANURI UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG AKHIR NOVEMBER 2012

PUSINGAN AKHIR PENENTUAN

Tok Tam Thahniah! buat pertama kali berjaya terpilih ke pusingan penentuan akhir dengan sajaknya yang bertajuk: RESAH TIDAK BERTEPI Tema sajak kekecewaan tapi simbolik juga nampaknya Pengucapannya bersahaja ada kekuatannya dan punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam ada rasa kecewa dengan keadaan isu semasa , Tetapi apa daya untuk membantunya amat sukar sekali. Kerana diri sendiri tidak terdaya resah dilanda badai kehidupan yang tidak bertepi.. Layak diberi tempat pertama (1)

Qalam Mutiara berkata...


Ananita Subahan berkata...

5.MASALAH (6)

aku tidak tahu kemana harus ku pergi
setiap yang ku hadapi adalah musuh
jika aku mempunyai sayap
Aku akan terbang tinggi
tinggalkan dunia ini,
pergi jauh dari masalah ini

Oleh: Ananita Subahan
sajak tekanan perasaan /29 November 2012 12:20 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA / CITRANURI UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG AKHIR NOVEMBER 2012

PUSINGAN AKHIR PENENTUAN

Sdri/Pn. Ananita Subahan Thahniah! buat pertama kali berjaya terpilih ke pusingan akhir penentuan dengan sajaknya yang bertajuk: MASALAH Tema sajak tekanan perasaan nampaknya. Pengucapannya perlu sadikit pembetulan lagi namun punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam ada rasa tidak puas hati dengan pihak tertentu yang cuba mengharu birukan keadaan.mungkin hal peribadi agaknya kita cuma berdoa dan pasrah kepadaNya Amin . Layak diberi tempat ke enam (6)

Qalam Mutiara berkata...


Dewi Anuja berkata...

6.TIDUR YANG PANJANG (7)

Di malam yang dingin
berselimut kesendirian
terbangun menatap langit kamarku
Terlintas di benak menjemput pagi
menikmati panasnya sinar matahari
menyaksikan bulan dan bintang
mengantar dalam tidur yang panjang

Oleh: Dewi Anuja
sajak fantasi/29 November 2012 12:22 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA / CITRANURI UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG AKHIR NOVEMBER 2012

PUSINGAN AKHIR PENENTUAN .

Sdri/Pn. Dewi Anuja Thaniah! buat pertama kali berjaya terpilih ke pusingan akhir penentuan dengan sajaknya yang bertajuk: TIDUR YANG PANJANG Tema sajak tfantasi katanya Pengucapannya mengelirukan dan meragukan namun punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam menyentuh soal kelalaian yang panjang , menjadikan diri sepi sehingga gagal mengungkapkan kata-kata. . Layak diberi tempat ke enam (7)

Qalam Mutiara berkata...


Haji Hasbullah berkata...

7.HATI TERPAUT (4)

Hati bertaut kesunyian
bila malam datang menjelma….
Bayang bidadari hadir menyapa
senyum waktu mata terpejam…
Rona jingga kilauan mutiara senja…
Kian lusuh karena tercampak
Karena diri tiada harta dan tahta
Hanya perih iringi jalan berduri

Oleh: Haji Hasbullah
sajak simbolik agak kelakar jgk sbb sy dijemput ke sayembara baru dpt emel tp tiba2 raja munirah kata sy menang tanpa bertanding???? agak pelik jgk..../29 November 2012 12:24 PG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA / CITRANURI UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG AKHIR NOVEMBER 2012

PUSINGAN AKHIR PENENTUAN .

Tuan Haji Hasbullah Thaniah! buat pertama kali berjaya terpilih ke pusingan akhir penentuan dengan sajak yang bertajuk: HATI TERPAUT Tema sajak bersimbolik juga nampaknya. Pengucapannya penuh bersahaja ada kekuatan dan punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam menghadapi kedangkalan keadaan kehidupan yang dihadapinya munkin kemiskinan dan ketidak ada kedudukan terpaksa melalui jalan yang berduri... Cuma andaian . Layak diberi tempat ke empat (4)



Qalam Mutiara berkata...


Angelina woo berkata...

8.LIDAH YANG KEJI (8)

Ucapan gementar bibir
saat sayup mata perlahan pergi..
Jauh takkan kembali
mungkin sampai takdir
Meluluhkan hatinya yang beku…
Bila kuku mencakar hati..
maaf hanya anugerah lidah yang keji
Sampai hari berganti abad

Oleh: Angelina woo
sajak patah hati
29 November 2012 12:26 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA / CITRANURI UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG AKHIR NOVEMBER 2012

PUSINGAN AKHIR PENENTUAN .

Sdri/Pn Angelina Woo thaniah! buat pertama kali berjaya terpilih ke pusingan akhir penentuan dengan sajaknya yang bertajuk: LIDAH YANG KEJI . Tema sajak soal patah hati .Pengucapannya perlu diperbaiki lagi, namun punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam ada pengakuan ikhlas dengan apa yang dialami sesuatu perpisahan bisa terjadi kerana lidah yang tidak bertulang ghairah melontar kata.mungkin menyebabkan hati terluka. Hanya layak diberi tempat ke lapan (8)


Qalam Mutiara berkata...


SAYEMBARA PUISI CITRANURI NOVEMBER 2012 FINAL 8 orang menang tanpa bertanding separuh akhir..Terus kepenentuan kedudukan seperti berikut: dibawah ini

1. Tok Tam
2. Pak Manaf
3. Tuan Wan Leman
4. Haji Hasbullah
5. Zuraifah
6. Ananita Subahan
7. Dewi Anuja
8. Angelina Woo

30 November 2012 12:01 PG

THAHNIAH!!!!

Tinta Emas berkata...

Semua keputusan adalah mutamat dan terima kasih pada dua pengelola, terutamanya raja munirah yg telah menyusun dengan saksama. Amin.

Apa pun Tereima kasih banyak pada Datuk Hasbi yg sebuk dengan tugas hariannya , masih juga sempat untuk melangsaikan nazar yang cuma tinggal satu bulan saja lagi.

Setiap KUM 8 orang yg terpilih utk sayembara bulan Disember ini , Aku diminta utk dijadikan antologikan bertajuk: RESAH TIDAK BERTEPI . Pilih tajuk sajak Pak Tam. Johan bulan ini. Terima kasih.