Jumaat, 28 Disember 2012

.SEPI TAK BERTEPI (7)



 
Sayembara ouisi Oktober 2012 tempat ke (7)

Sepi membungkam bibir ingin berkata
Senyap hening dikeliling jiwa.
Lirih tiada menampakkan hadir
Semua membeku tak terasa apa
Inginku cuba utarakan
beberapa bait puisi.
Namun berat untuk disampaikan
kerana semua sudah membeku
Perlahan cair ke sudut mata.
Sesak jantung pun enggan berdetak.
Hanya Sepi ini tak bertepi

Oleh: Saidatina Ayubi
sajak dari sarah dia tarik diri kerana ayah dia meninggal
 jadi sy sebagaikan kakak tiri dia sy ganti tempat dia /30 Oktober 2012 11:43 PG

 

30 ulasan:

Tinta Emas berkata...



SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG OKTOBER2012
PUSINGAN AKHIR PENENTUAN
Sdri/Pn. Saidatina Ayubi peganti Sarah (takziah ke atas pemergian ayahnya) buat pertama kali berjaya terpilih ke pusingan akhir penentuan dengan sajaknya yang bertajuk: SEPI TAK BERTEPI Tema sajak tidak dinyatakan? Pengucapannya mengelirukan sedikit meragukan namun punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam menyentuh soal sepi sehingga gagal mengucapkan kata-kata. . Layak diberi tempat ke enam (7)

Tinta Emas berkata...



21.SEBENTANG KERTAS HIJAU (LSS)

Di rel kereta api ini,
Dahulu menjadi jembatan kehidupan
setiap hari matahari selalu
terbit bercahaya di celahnya
Tapi kini terbentang kertas hijau
menghalang menuntup semuanya
kini derita kami semakin parah
mungkin menghantui hingga mati
dengarlah rintihan sayu dari hati kami
yang dicengkam kehidupan sepi dan ngeri.

Oleh: Penyair Agung
sajak rintihan org2 di tempat yg kini dipegang oleh si puak hijau
Ulu Tembeling 8.7.2012/27 Disember 2012 7:13 PTG

PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.

UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.

Sdra Penyair Agung Tahniah! kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: TERENTANG KERTAS HIJAU Tema sajak rintihan kecewa nampaknya. Pengucapannya, sadikit tambahan tapi bersahaja penuh dengan maknasinis dan bersimbolik punya artinya yang tersembunyi tersendiri. Mesejnya menyentuh soal kehidupan di pendalaman yang semakin parah dan tenat bila pembagunan tersekat bila mendengar cerita sekadar digula-gulakan sahaja. Kini dicengkam kehidupan sepi dan ngeri. Cuma andaian..Apa pun layak terpilih untuk sayembara seterusnya (LSS)


Tinta Emas berkata...



22.BUNGA MELIAR (LSS)

Aku tak perlu tuntunan hidup
mahupun nasihat atau pelukan kasih
yang kuinginkan hanyalah kebebasan
bukanlah terinaya seperti burung
terkurung dalam sangkar emas
tidak dapat bergerak hidup bebas
Aku ingin seperti bunga-bunga
bebas hidup dan tumbuh meliar
tanpa gangguan dihutan belukar
seperti unggas yang bebas lepas
berkicauan bersahutan di mana sahaja
bersama angin yang bebas datang dan pergi
seperti mentari yang bebas menyinari dunia ini..…
Oleh: Jalal Rafzee
sajak tentang kebebasan
penanti 7.8.2012/27 Disember 2012 7:18 PTG

PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.

UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.

Sdra Jalal Rafzee Tahniah! kini kembali dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: BUNGA MELIAR Tema sajak mencari kebebasan nampaknya. Pengucapannya,ada sadikit penambahan namun bersahaja dan penuh dengan makna bersimbolik dan sinis, punya artinya yang tersembunyi dan tersendiri. Mesejnya menyentuh soal peribadi dengan apa yang dialaminya selama ini bagaikan tercabar kesabaran seorang lelaki, seperti diperbodoh untuk mengejar pelangi kini pasrah sahaja kepadaNya mencari kebesan sendiri. Cuma andaian..Apa pun layak terpilih untuk sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...



23.LAIN MAK LAIN BAPAK (TBD)

Kehadiranku kini tidak diperlukan
walaupun kita saudara
cuma lain mak dan lain bapak
Tapi kita tetap saudara
Nilailah hidupku yang dahulu
Jangan nilai hidupku sekarang
dahulu aku memang bersalah
janganlah singkir aku
kerana kita semua tetap saudara

Oleh: Ustaz Mahfuz
sajak terasa hati di tempat kerja
Nibong Tebal 10.4.2012/27 Disember 2012 7:21 PTG
PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.

UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.

Sdra ustaz Mahfuz kini tampil kembali lagi dengan mengetengahkan sajak yang bertajuk:LAIN MAK LAIN BAPAK . Thema sajak semacam kecelaruan perasaan nampaknya.Pengucapannya perlu diperbaiki lagi ,namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya juga mengelirukan permasalahannya isu politik agaknya sebenarnya Islam itu bersaudara . siapa pula yang terpingkir dan tersingkir?. Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)


Tinta Emas berkata...


24.RENCANA (TBD)

Bagai malam tak berbintang…
Seperti langit berawan mendung…
Hati teriris ayat luka…
Perih menderita tak bisa
menerima kenyataan ini….
tak sanggup mengingat kenangan
Ternyata manusia hanya merencana
Yang menentukan adalah Tuhan….
Hingga akhir waktu ku menutup mata…
tak sanggup menanggung luka dihati

Oleh: Sang Arjuna
sajak kecewa
Melaka 9.6.2012/27 Disember 2012 7:24 PTG

PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.

UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.

Sdra Sang Arjuna kini tampil kembali lagi dengan mengetengahkan sajak yang bertajuk: RANCANA..Thema sajak semacam kecewa juga nampaknya.Pengucapannya perlu diperbaiki lagi ,namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya ternyata kecewa putus tumnang atau cinta?. Biasanya begitulah manusia cuma merangcang Tuhan mentukannya. Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)



Tinta Emas berkata...

KUM 7 dan KUM 8 esok Qalam Mutiara
melihatnya.

Jangan terbit terlalu banyak , nanti kepala otak jadi semak.

Qalam kena buat semua, cari gambar susun number dan siap semacam se buah buku dan tersedia untuk di cetak.

Tinta Emas berkata...


KUM 7.

25.PASIR COKLAT- Ali Conan (TBD)
26.JANGAN JADI TIKUS MONDOK- Muhamad Rabbi (LSS)
27 HIDUKU DI .KUMBAHAN -Satria Juragan (LSS)
28.WARNA WARNI PELANGI- Karim Ghani (TBD)

Tinta Emas berkata...


25.PASIR COKLAT (TBD)

Pasir coklat indah dipandang mata
Desiran ombak begitu bergelora
Lautan nan bening bersih rupanya
Nyiur kelapa bertiup kesana-kemari
Angin sepoi-sepoi hiasi suasana
Sinar mentari menyengat hangatnya

Oleh: Ali Conan
sajak keindahan alam
Pulau Tioman 9.5.2012/28 Disember 2012 1:19 PTG

PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.

UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.

Sdra Ali Conan kini tampil kembali lagi dengan mengetengahkan sajak yang bertajuk: PASIR COKLAT Thema sajak memuji keindahan alam nampaknya.Pengucapannya cerita semacam tergantung tapi menarik dan punya artinya yang tersendiri .Mesejnya ternyata sekadar mengambarkan keindahan ciptaan Tuhan semata. Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan lebih hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...


26.JANGAN JADI TIKUS MONDOK (LSS)

Konon hijau itu segarkan mata
jadi aura cuba timbulkan kekayaan
tetapi bina kerajaan penuh kehampaan
semuanya habis semua kering kerontang
Lintah hijau asyik menyedot emas
buat janji hanya bualan sembang panas
senyum mereka penuh muslihat
dalam diam kami teperangkap
menghancurkan kami secaya senyap
kini rakyat jelata menderita terseksa
Sadarlah anak jadi bumi sendiri
jangan menjadi tikus mondok.
cuma kerja melompat dan berlari
makan mencuri, jalan menunduk…

Oleh: Muhamad Rabbi
sajak sinis buat pemerintah di negeri sy
Tumpat 3.3.2012/28 Disember 2012 1:28 PTG

PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.

UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.

Sdra Muhamad Rabbi Tahniah! Muncul kembali dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: JANGAN JADI TIKUS MONDOK Tema sajak sinis politik nampaknya. Kalau tak tumbuh tak akan melata tak sungguh orang tak kata..Pengucapannya, bersahaja penuh dengan makna sinis bersimbolik punya artinya yang tersembunyi dan tersendiri. Mesejnya menyentuh soal isu semasa politik tanah air, malah negerinya sendiri dengan apa yang dilihat dan dialaminya selama ini, amat mengecewakan, terasa semacam indah kabar dari rupa sahaja.. Cuma andaian..Apa pun layak terpilih untuk sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...


27 HIDUKU DI .KUMBAHAN (LSS)

Hidupku di dalam kumbahan
tidaklah berarti bagai kotoran
aku terlahir dengan kata cemuhan
umpama cahaya hilang ditelan malam
ketawaku menyembunyikan duka nestapa
tanpa harapan menekmati rasa sukacinta
Hidup ini sepi usang miskin terbuang
lebih baik mati kurasa lebih senang
berlagu kedukaan dalam lubuk hati
gundah tidak dilihat bagai serangga
ungapan caci maki membara jiwa
hanya tangisan darah menutupi muka

Oleh: Satria Juragan
sajak geladangan ambil dari rakan "Muhamad Amin" yg hidup di jalanan tetapi kini telah kembali ke ramatullah Shah Alam 9.2.2012/28 Disember 2012 1:32 PTG

PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.

UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.

Sdra Satria Juragan Tahniah! Muncul kini kembali dengan sahabatnya seorang geladangan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: HIDUPKU DI KUMBAHAN Tema sajak mengenang nasib nampaknya. Pengucapannya,ada sadikit penambahan, namun bersahaja penuh dengan makna kesedihan punya artinya yang tersembunyi dan tersendiri. Mesejnya menyentuh soal kehidupan yang mencengkam nasib malangnya hidup sebagai seorang geladangan merempat dan terbuang di tempat kumbahan, sehingga hembusan nafasnya yang terakhir. (sajak terbaik KUM 7) .Cuma andaian..Apa pun layak terpilih untuk sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...



28.WARNA WARNI PELANGI (TBD)

Kumasuki dunia ini dengan warna
Terang benderang dalam dunia nyata
Biru,merah,kuning dan lain lagi
Penuhi kesejahteraan dan bahagia
Garis warna fantasi pelangi
penuhi otak makhluk di dunia
warna telah ubah diri kita
kebahagiaan kesejahteraan kesuciaan
Bunga mentari bernyanyi senandung

Oleh: Karim Ghani
sajak fantasi
6.9.2012 Jelapang28 Disember 2012 1:36 PTG

PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.

UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.

Sdra Karim Ghani kini tampil kembali lagi dengan mengetengahkan sajak yang bertajuk: WARNA-WARNI PELANGI Thema sajak fantasi nampaknya.Pengucapannya menarik tapi pada akhir penutupnya perlu diperbaiki lagiuntuk lebih menyakinkan, namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya menceritakan keindahan alam yang penuh arti dengan warna perlangi Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)




Tinta Emas berkata...


KUM 8.

29.TUTUPI LANGIT BIRU -Qalam Musoffa (TBD)
30.DARAH SEGAR - Pangeran Pertawa (LSS)
31.KULIT MENJADI KERIPUT- Raja Muda (TBD)
32.BALA-BALA - Irham kesuma (LSS)

Tinta Emas berkata...


KUM 8

29 .TUTUPI LANGIT BIRU (TBD)

Melihat Sungai bernyanyi disana
Sambil berdendang lagu
tarian daun di pohon cinta
Seruan angin bawa jiwa
menyambut jiwaku terbawa dihilir
Dari sungai hingga lautan luas
Tersenyum menyapa riang penuhsenang
jiwa duka tiada sendu dalam hati
hanya habiskan nyawa
bersinar cahaya tutupi langit biru

Oleh: Qalam Musoffa
sajak simbolik
Parit 10.2.2012/28 Disember 2012 1:40 PTG

PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.

UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.


Sdra Qalam Musoffa kini tampil kembali lagi dengan mengetengahkan sajak yang bertajuk: TUTUPI LANGIT BIRU Thema sajaksimbolik katanya. Pengucapannya menarik tapi mengelirukan pada akhir penutupnya juga perlu diperbaiki lagi untuk lebih menyakinkan, namun punya artinya tersendiri .Mesejnya juga gagal menangkap maksud yang hendak disampaikannya .Harap maaf kerana persaigan amat hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...


30.DARAH SEGAR (LSS)

Dunia penuh kezaliman dan kosong
Buaya menghancuri pejuang cicak
Tikus menghabiskan harta cicak
Tiada terbela kaum cicak kecil ini
mereka di hidup dengan kurus kering
bagai mayat bertulang tak berdaging
masyarakat hanya dijanji kalimat palsu
Tanpa perlindungan dan harapan lagi
kerana tangisan dahulu kini sudah berubah
menjadi titisan darah segar kembali mencurah..

Oleh: Pangeran Pertawa
sajak isu luar negara sy minta petolongan rakan "Patinggi Haji Ali" yg berkeja didewan bahasa
Brunei 2.2.2012/28 Disember 2012 1:47 PTG

PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.

UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.


Sdra Pangeran Pertawa Tahniah! Muncul kini kembali dengan sajak sahabatnya di DBP Berunei (kenal dg Adi Marhean atau Leman Awang ? sudah bersara agaknya) mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: DARAH MERAH SEGAR KEMBALI MENCURAH. Tema sajak rintehan perjuagan nampaknya. Pengucapannya, penuh sinis dan rasa marah dengan ketidak adanya keadilan menindas bangsa seagama kita, namun punya artinya yang tersembunyi dan tersendiri. Mesejnya menyentuh isu luar negara bila kezaliman ke atas negara Islam dipermainkan sahaja oleh pihak kuasa besar tertentu yang menguasai dunia ini .Cuma andaian..Apa pun layak terpilih untuk sayembara seterusnya (LSS)

Tinta Emas berkata...



31.KULIT MENJADI KERIPUT (TBD)

Perjalanan panjang di tempat ini
Melihat kawan bersenandung rindu
melewati sepanjang gurun
Suaranya bagai pisau tajam
Bicara perdamaian negeri dan bangsa
Warna damai yang indah itu
membuat kulitku jadi keriput

Oleh: Raja Muda
sajak simbolik
Padang Tambak 2.9.2012/28 Disember 2012 1:51

PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.

UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.

Sdra Raja Muda kini tampel kembali lagi dengan mengetengahkan sajak yang bertajuk: KULIT MENJADI KERIPUT Thema sajak simbolik nampaknya.Pengucapannya menarik tapi pada ungapan akhir atau penutupnya (baris 6 dan 7 ). sadikit mengelirukan , namun punya artinya yang tersendiri .Mesejnya agak terlalu luas sehingga gagal menangkap maksud sebenar apa yang hendak disampaikan pada kehidupan atau isu semasa?. Cuma andaian .Harap maaf kerana persaigan hebat, cuma disini penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini dahulu. (TBD)

Tinta Emas berkata...






32.BALA-BALA (LSS)

MANUSIA BILA DATANGNYA BALA,
BARU LA INGAT BANYAKNYA DOSA,
BARU SEDAR WUJUDNYA SANG PENCINTA,
BARU LA INGAT PADA YANG MAHA ESA
BILA BUMI AMAN SEJAHTERA,
DOSA ITU TERASA PERKARA BIASA,
HIDUP BAGAI TIADA YANG LEBIH KUASA,
HUDUP SEMENTARA DIANGGAP SYURGA

OleH; Irham kesuma
sajak peringatan buat semua sumbangan rakan sy dari jawa "Hortono Awi" sbb sy xda idea nak buat sajak jd minta bantuan rakan2
9.9.2012/28 Disember 2012 1:54 PTG

PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI MAHA BLOG CITRANURI TAHUN 2012.

UNTUK KELAYAK SETERUSNYA SUKU AKHIR.

Sdra Irham Kesuma Tahniah! Muncul kini kembali dengan sajak sahabatnya Hartono Awi dari jawa. Kini kembali mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: BALA BALA .Tema sajak peringatan untuk semua katanya. Pengucapannya, mudah penuh sinis dan bersahaja namun punya artinya yang tersembunyi dan tersendiri. Mesejnya menyentuh isu semasa buat peringatan makhluk yang bernama manusia. Agar mengingati Allah swt baik semasa susah dan senang jangan lupa. Jangan lupa bala boleh dating bila–bila masa sahaja. Ingat dan mengingatkan , sesame kita dapat pahalka, amin !itu sahaja .Cuma andaian..Apa pun layak terpilih untuk sayembara seterusnya (LSS)

Penglipur Lara berkata...

KETAMAKAN

SETENGAH ABAD KEHIDUPANKU
MEMUKUL TANAH YANG TERBENTANG LUAS
HIDUPKU SELALU BEGINI..
NAFASKU TERKADANG SESAK
JALAN TERASA KAKU KERANA
ORANGKU SENDIRI YANG MENJAJAH
AKANKAN NEGERI INI BERTAHAN
ATAU HANCUR KARENA KETAMAKAN MEREKA

Penglipur Lara
sajak rintihan dari ayah sy "Orang Lama" yang jugak ahli blog ni cuma dia tersingkir pusingan kelayakan
Kedah 1 mac 2012

Kusyairi Adnan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Kusyari Adnan berkata...

MARAH PADA CERMIN

Rasa duka kecewa dan sedih
Pikiran jadi kelabu dan hitam
Tiada kata ku mengerti
Gundah dan marah hirup hidupku
Tiada terang dalam hati hitam kelam
Marah tangis jadi pedoman hidup ini
kehidupan bagai dalam sangkar
Tiada harapan untuk terus hidup lalu ku marah pada cermin

Kusyari Adnan (adik Guest)
sajak kecewa akibat cinta
Kubang Pasu 9.2.2012

Mat Noh berkata...

PASIR DI HATI

Dalam sebuah kenyataan hidup,,
Semua terjadi begitu saja,,
Kehidupanku tidak jauh berbeza
Aku ukir dalam sebuah alunan
Terangkai begitu jela syair indah
Tak mampu aku jalani ini semua,,
namun aku akan terus bertahan,,
walaupun badai selalu meghadang bersama hamparan pasir di hati

Mat Noh
sajak keperitan hidup
Kubang Kerian 9.9.2012

Fatimah Zahrah berkata...

TERLAHIR DALAM LUMPUR

Aku bagai terlahir di dalam Lumpur
walau kekayaan alam begitu indah
pepohonan yang begitu rendang
cahaya kemeriahan di dalam hidup
tetapi air dan api hingga kini
takkan bisa bersatu
kerana jika berlaku dunia berdarah
Tapi aku cuba terus pertahankan
Hidupku yang terlahir dari Lumpur
boleh bertumbuh di pohon-pohon mati

Fatimah Zahrah
sajak politik dari ayah sy sbb masa balik kampung ms cuti chistmas ayah sy minta hntrkan sajak dia kt mana2 majalah tp terpikir psl sayembara ni jadi sy hntr kat sini je ayah pun setuju...
Mak Mandin 25.12.2012

Abdullah Sani berkata...

kumpulan seterusnya aku lps plak walaupun raja munirah x bagi tapi aku ikut arahan EN SANUSI sbb dia kata lps cepat2 sikit sbb nk thu sapa menang sayembara hujung tahun ni

Shah Inderapura berkata...

TENTERAM

Damai dunia damailah jiwa
Hasrat putih nan suci rupawan
slalu tertanam dalam dada.
Walaupun dajal akan berkeliaran
hantu bermahajalela
tetapi kekuatan damai ini
bisa membanteras segalanya
Dunia haus akan hasrat suci
kekacauan yang terjadi hari-hari
Biarlah tenteram kan berkumandang.

Shah Inderapura
sajak kedamaian
Pulau Pinang 8.8.2012

Hambali Maliki berkata...

TINGKAH LAKU

Siapa menyatakan dunia nan abadi.
dunia ini hanya penuh cinta surgawi
Hingga akhir hayat ini.
Waktu terus berjalan bagaikan kilat
Jangan kau pangku diriku
bergeraklah sendiri supaya
setiap matakan akan melihat
tingkah lakumu itu

Hambali Maliki
Guar Perahu
7.3.2012

Quratul Aini berkata...

JALUR SUTERA LUAS TERBENTANG

bagai melayang ke langit ketujuh
melewati cakrawala luas
Tiada keegoan yang kaku
Hanya lewati tingkap langit dunia.
putar otak ini hingga terasa
bumi di atas langit di bawah.
Hati jadi bercahaya hingga
silau mata yang melihatnya
Dari hati ini lahirlah benih suci
bertumbuh hingga menuju
jalur sutera yang luas membentang

Quratul Aini (adik Abul Hassan)
sajak simbolik tentang alam semesta
Teluk Kumbar 3.3.2012

Kevin Khairudin berkata...

MENGENGGAM

Senja ini mata ku sempat melirik..
irama air bumi menyejukan.
mereka saling mengejar..
ingin aku mencari makna..
seumpama tidak punya erti lagi.
Seakan mencoba menggenggam..

Kevin Khairudin
sajak simbolik
Pahang 2.9.2012

Tinta Emas berkata...

Kelapan sajak yang baru diterima ini akan diulas Oleh Qalam Mutiara.


Biasanya di alkukan di waktu yang tenang tidak ada gangguan katanya

Biasa selepas solat tahajud bawah jam de empat atau lima pagi.Dah bertahun kerjanya begitu...

Tinta Emas berkata...


Rahsianya!

Kenapa Qalam sering melakukan tugas
mengulas di waktu tersebut?

Mudah katanya;
Aku juga lahir ketika jam empat dan de lima subuh..

Biar betul Qalam ini?

Tinta Emas berkata...


Ia benar katanya Qalam juga lahir tanpa nangis!

Tiada siapa yang tahu? Qalam lahir lebih kurang sama dengan en nuri gak nangis!

Entah kenapa tak tahu????

Tinta Emas berkata...


Apa pun dalam blog citranuri atau citrarasa ini En nuri mungkin sering menyamar seperti Marlin agaknya...

SELAMAT!.