Rabu, 13 April 2011

SEBELUM MELINTAS TITIAN RAMBUT



sajak pilihan ahli Cr

sajak terutama tp.


Susur gelap di sebalik
lebuh peganganmu
Merabunkan iman
Sepanjang jalan
tersasar dari jalanan lurus
Di sisimu ada pedoman dan nafsu
didepanmu cahaya
dibelakangmu lohong gelita
dikananmu syurga
dikirimu neraka
Kau titi titian usang
Berpijak di helaian rambut berbelah tujuh
Mahu kemana kau?
Lari kemana kau?
Ayuh sebelum langkahmu dirantai
ayuh sebelum langkah tersasar
ayuh genggam tanganku
Ayuh kita cari jalan pulang


Oleh: Syeikh Al Habib
sajak tentang hari akhirat2011 Februari 13 00:11
diterbitkan semula tanggal 14/04/2011.






Selasa, 12 April 2011

KEPERCAYAAN MUSLIM KUNO



 mereka yang bertopengkan agama

Kepada kepercayaan muslim konu
kebaikkan dan kekayaan patut dicari
rohnya akan mulia selepas  ke matian
tetapi selepas kematian mereka cuma
 diletakkan di tempat yang paling hina.

Sikap orang munafik dan musrikun ini
cuma mahu mempermainkan agama Islam
mereka percaya akan kebenaran dilakukan
tetapi mereka terpaksa menerima  azab
daripada allah yang mereka engkar sembah.

Kini mereka tidak dapat mengelak lagi
akan azab api neraka yang datang padanya
dari atas dan bawah , kiri  dan juga kanan
depan dan belakang semuanya membakar
dan mengejar mereka dari segenap penjuru
akhirnya mereka jadi buntu untuk berfikir.......



Oleh: Nurimanja,
Catatan ceramah  bebas
Dua tiaga bulan lalu. Diblogkan 12/04/2011







TRAGEDI



 sajak pilihan ahli Cr.

Dalam singkat masa
Kita diberi ingat
akan satu ketika
Apa yang kita rasa
Apa yang kita pegang
Belum tentu milik kita
abadi satu tangan
Dalam singkat rasa
Kita diberitahu
akan satu peluang
Untuk kita rebut
Untuk kita gapai
Biar pasti jadi milik kita
tangan yang mula memegang
Tragedi demi tragedi
Biar kita ingat
Bukan setakat sayang
Bukan setakat rindu
Hati yang dibelah belum tentu
Jadi jamin rasa yang satu
Tragedi demi tragedi
Jangan biar jadi mimpi ngeri


Oleh: Ai Kutubudin
Pulau Pinang
11 malam/2010 Ogos 6 10:14
Diterbitkan semula tarikh: 12/04/2011





Isnin, 11 April 2011

ABU TALAHAH DAN NABI SULAIMAN





Kisah Abu Talahah,
seorang yang banyak kebun buahan
satu hari dia bersolat di kebunnya
tetiba dia terlihat saekor burung yang cantek
sehingga terlupa rakaat solatnya yang ke berapa?
apabila dia selesai solat  dia menjadi kesal 
dengan kemewahan yang dikurniakan allah swt
untuk menghukum kesalahannya
kerana keasyekkan yang melalaikan
lalu didermakan  semua kebun buah-buahannya.

Kisah Nabi Sulaiman,
seorang yang amat kaya raya
sehingga  beribu kuda peliharaannya
satu hari dia pun terlupa juga
kerana  tertinggal solat waktu assar
dia  memekirkan  kuda-kuda di padang
setelah disedarinya akan sesalahan itu
lantas dia menghukum dirinya yang  terlupa
untuk menebus kemewahan mengasekkannya
disembeleh seribu ekor kuda [eliharaanya
lalu diberinya   kepada  fakir dan miskin.



Oleh: Nurimanja,
Sekadar cerita dan tauladan
Catatan penceramah bebas di udara.
Tanggal dua tinga bulan lalu ingat semula  11/04/2011.







PELUKIS



sajak pilihan ahli cr.

Aku diminta melukis
tentang kehidupan
tentang seekor haiwan
namun tanganku kaku
tak mampu mengerak
berus pada dada kanvas
tak sebagaimana bibirku
yang lebih manis meruntun kata
menyanyikan syair,
pantun dan seloka,
adikku sering menyindir
lalu aku kumpulkan kekuatan
akhirnya terhasil sebuah lukisan
berlatar belakang putih
sebuah kotak kelabu
secalit garis hitam
aku dengar suara mengatakan
pintarnya dia seorang pelukis


Oleh Seniaman jalanan
jam 2 petang.Khamis, 17 Jun 2010
Diterbitkan semula 12/o4/2011