Isnin, 20 Ogos 2018

JANGANLAH KITA MENGELUH







JANGANLAH KITA MENGELUH

Setiap kesusahan
Atau pun kesenangan
Semuanya ujian ke atas kita
Ingat janganlah kita selalu mengeluh
Kerana ada balasan di hari akhirat  nanti

Di syurga nanti
Tempat kita berehat
Cuaca tiada panas dan sejuk
Cukup damai dan tenang keadaannya
Kita akan mendapat kenikmatan berterusan.

Dalam syurga itu
Ada pepohon buahan
Satu tempat penanugerah
Kerana sikap sabar kita di dunia
Kerana kita selalu bersyukur dengan rezeki Nya.

Oleh : Nuri Manja,
Catatan jam 6.00 pagi
Ahad Tanggal  19 hb  Februari 2017.

Tiada ulasan: