Isnin, 20 Ogos 2018

HIDUP KITA BERPASANGAN


HIDUP KITA BERPASANGAN 

Allah mencipta
Hidup perlu berpasangan
Melengkapkan rasa ketenangan jiwa
Sebab itu Allah jadikan pasangan Adam dengan  Hawa.

Zaman nabi Lut
Perempuan diketepikannya
Bila lelaki gemar berkahwin dengan lelaki
Hidup tidak sempurna tiada lengkap dan melengkapi

Zaman jahiliah
Bila perempuan dihina
Di tanamnya anak perempuan hidup-hidup
Hak mereka tidak ada hidup pasangan yang melengkapi.

Tetapi zaman
Kedatangan nabi Muhamad
Telah menganjur kan hidup mesti berpasangan
Tidak ada dominan hidup berpasangan lengkap melengkapi.

Oleh Pena Runcing,
Catatan jam 6 petang
Sabtu Tanggal 13hb Mei 2017.

Tiada ulasan: