Ahad, 26 Ogos 2018

.BILA MENDENGAR CERITA TOHMAH DAN FITNAH.


lakonan.jpg


.BILA MENDENGAR CERITA TOHMAH DAN FITNAH.
-ternyata si licik pandai bermain putar belit.

Jika kita melihat dan mendengar
Sesuatu cerita yang kurang menyenangkan
Menghasut, maki hamun ,memfitnah dan tohmah
Perlulah berfikir dengan  cara matang dan berhemah
Agar kita tidak terperangkap  di dunia ataupun  akhirat.

Boleh saja dengar Jangan percaya
Terus memberi sokongan dan bersimpati pula
Kerana kerja onar dan mungkar ini perlu  diteliti dulu
Jika tersalah , kita juga dikira bersubahat setelah terlibat.

Fikirlahlah dengan minda tenang
Adakah benar  cerita ini atau satu rekaan semata ,
Jikalau  kita  terus bersekongkol samalah juga  kita
Seperti daun atau rumput kering yang menunggu masa
Untuk dibakar bersama dengan   penyampai ceritanya…

Oleh: SUARA PULAU
Catatan : Tanggal 3hb Mac, 2013. Petang
Gambar  Cuma hiasan sahaja.

Tiada ulasan: