Rabu, 15 Ogos 2018

BASMALAH DENGAN AWAL PERKATAAN


mimpi sama.jpg


BASMALAH  AWAL PERKATAAN

Bismillah hirrahman nilrahim
Kita mengakui dengan nama Allah apa kita buat
Sesungguhnya kita kena mengaku Allah yang menyempurnakannya
Apa sahaja kerja memberi memfaat kecuali yang tidak ada pekenan daripada Allah S.W.T.

Mulakanlah dengan  basmalah?
Sebenarnya perlu disebut dengan hati dan lidah
Kerana menyebut nama Allah yang wajib kita sembah atau solatnya
Dan Allah juga punya nama gelaran yang banyak lebih 99 peratus nama-nama Allah S.W.T.

Maksud dengan nama Allah Itu?
Sebut  al Rahman dan ar Rahim itu  contohnya
Kedua nama ini bererti pemurah dan penyayang limpah rahmat Nya.
Kerana apa sahaja yang kita dapat di dunia ini semua  daripada  pemberian Allah S.W.T.

Erti ar Rahman dan Ar Rahim ?
Kerana Allah memberi rahmat yang  amat luas
Tidak terkira di langit dan di bumi malah di pelusuk alam maya ini
Sedangkan Ar Rahim itu  rahmat yang berterusan diberikan kepada makhluk  Allah S.W.T.

Oleh: Qalam Mutiara,
Catatan jam 6.50 pagi,
Isnin Tanggal 6hb Ogos 2018

Tiada ulasan: