Sabtu, 7 Julai 2018

KINI AKHIRNYA?





KINI AKHIRNYA?

Kini Pokok
Durian Musang King
Kita nikmati isi manisnya
Sudah ditebang pokok berusia 62 tahun itu
Oleh segerombolan bangsa melayu yang telah kufur di hasut
Dengan budaya tohmah dan fitnah lebih 3 tahun lamannya akhirnya tumbang?

Bagi  menanam
Pokok yang baru pula
Perlulah mengambil masa
Mungkin puluhan tahun bukan sehari dua ?
Itu pun belum tentu lagi berjaya kalau tidak dijaga akan mati
Harapan untuk merasai nikmat Durian Musang King mungkin tidak dapat dirasai?

Adakah dapat
Anak cucu cicit kita
Boleh bergembira kini ?
Setelah pokok Durian Musang King  ?
Telah ditebang sejarahnya pun telah ditukar dengan durian lain
Akhirnya jadilah kita sebagai Temasik rakyatnya tidak tahu asal usul kejadiannya?

Oleh: Suara Pulau,
Catatan jam 5.40 pagi.
Sabtu tanggal 7hb Julai 2018.

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kebetulan apa punya nasib perkebun durian musang King harganya dahulu melabung beratus ringgit sekilogram hari tinggal RM15 hingga RM35 .00 sahaja .