Jumaat, 6 Julai 2018

PERLU INGAT MENCARI NAFKAH




 PERLU INGAT MENCARI NAFKAH  

Ingat mencari rezeki itu
Bukan boleh main tangkap muat sahaja
Kena kaji dan menilainya bersih sumber halal haramnya
Kerana rezeki itu makanan untuk anak dan isteri kita seharian
Setiap darah daging yang telah  tumbuh dan membesar daripada makan haram
Sesungguhnya Allah mengingat kan kita  api neraka itu sedia sahaja untuk mengidamkannya.

Hari ini ada anak –anak .
Suka melawan dan bercanggah pendapat
Terutama dengan ibu bapa yang membesar menjaga mereka
Malah ada yang sanggup membunuh dan menderhaka kepada keduanya
Kerana kita tidak pernah menilai dan mengkaji hasil usaha kita itu halal atau haram
Justeru itulah  anak muda kita kini tidak lagi menghormati orang tua dan kaum keluarganya.

Kerja tidak rasa  ikhlas
Curi tulang , malas dan buat suka hati ini
Juga dikira rezekinya kurang baik , makan gaji buta nampaknya
Menjadikan rezeki hasil kerja kita tidak ikhlas dan hilang keberkatannya
Apa pun kita boleh nilai dan mengkajinya tidak ada silap dan salah kita lakukannya
Sewaktu kita bekerja baik kerja sendiri atau makan gaji dengan kerajaan atau pun swasta

Oleh Tinta Azimad
Catatan jam 7.20 pagi
Jumaat Tanggal 29hb Jun 2018

1 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Tahukah mereka selama 9 tahun DS Najib mentadbir negara, beliau telah mengumpul RM1.6 trilion aset untuk negara:
1. khazanah RM157 billion
2. PNB RM 270 billion
3. KWSP RM 791 billion
4. KWAP RM 150 billion
5. LTH RM 60 billion
6. LTAT RM 10 billion
7. FELDA RM 15 billion
8. AGROBANK RM 10 billion
Kesemua diatas belum diambil kira beratus-ratus institusi dibawah MOF seperti BANK pembangunan, BSN, BANK industri, Ekuinas, pelaburan hartanah, dengan jumlah mencecah melebihi RM 2.5 trilion
Malaysia satu2 nya negara yang memiliki aset perbankan islam ke 2 terbesar di dunia dengan jumlah USD 156.7 billion (RM 697 billion).